Selasa, 13 Oktober 2009

Ibnu al-Adim Sejarawan Halab siri 1

SEJARAH HIDUP IBNU AL-ADIM

Ahli sejarah yang ingin di tulis ini merupakan salah seorang sejarawan yang di kenali sebagai seorang yang cukup adil dan tidak terlalu fanatik dan melampau di dalam penulisannya mengenai sejarah. Kehebatan beliau juga terserlah di dalam disiplin ilmu selain daripada sejarah seperti kesusteraan arab, hadis, kaligrafi arab dan ayam al-Nas. Beliau di kenali dengan nama Ibnu al-Adim. Nama sebenar beliau ialah Kamaluddin Abu Qasim Umar bin Ahmad bin Ahmad bin Hibbatullah bin Abu Jaradah al-Aqili al-Halabi. Tokoh ini di lahirkan di sebuah bandar yang terletak di utara Syria iaitu Halab. Sebuah bandar yang penuh dengan sejarah semenjak zaman awal ketamadun manusia di dunia. Di lahirkan pada permulaan bulan Zulhijjah tahun 588 hijrah, ada juga yang berpendapat beliau di lahirkan pada sekitar tahun 580-an, ini dinyatakan oleh Ibnu al-Imad di dalam bukunya yang berjudul Syazratul al-Zahab. Beliau merupakan seorang tokoh di dalam bidang sejarah yang paling agung pernah di lahirkan di Syam atau Syria ketika ini. Beliau amat di kenali sebagai seorang yang mempunyai naluri yang asli dan tersendiri dalam penulisan beliau mengenai sejarah, di dadanya mempunyai ilmu yang cukup banyak, malah boleh di anggap sebagai tokoh contoh terbaik untuk tamadun Arab dan untuk kebudayaan Syam sebelum tejatuhnya kota Halab di tangan tentera Monggol. Antara sejarawan yang sezaman dengan beliau ialah Yaqut al-Hamawi, Ibnu Syakir, Ibnu Kathir, Ibnu Khatib, al-Nasriyah dan Muhammad al-‘Ardi. Ibnu Syakir menulis tentangnya, beliau berkata:

“Seorang yang boleh di gelar sebagai al-Allamah, beliau adalah seorang ahli hadis, hafiz al-Quran, sejarawan yang jujur, ahli fekah, mufti, baligh dan penulis kaligrafi arab yang cantik dan menarik. Beliau juga seorang guru malah sentiasa berbalas surat dengan penguasa yang wujud ketika itu.Kehebatan beliau di dalam kaligrafi arab boleh di anggap sebagai mentor di dalam disiplin ilmu ini lebih-lebih lagi di dalam method al-Nasakh dan al-Hawasyi. Ketika beliau di dalam perjalanan atau pengembaraan, beliau tetap akan menulis di atas dua bonggol unta itu.”

Ketokohan dan kepandaian beliau ini adalah dari hasil corak didikan yang telah beliau lalui dari kecil lagi. Beliau telah mempelajari Bahasa Arab dan Pengajian Agama pada permulaannya dengan bapanya sendiri sehingga berumur sepuluh tahun, beliau juga telah mengikuti pengajian yang berbentuk halaqat atau menadah kitab dengan beberapa ulama yang ada di sekitar Halab. Tradisi ini masih kekal hingga kini di keseluruhan negeri-negeri di Syria. Kitab-kitab yang di gunakan di dalam pengajian berbentuk halaqat ini terdiri dari kitab-kitab muktabar dan turath. Setelah itu beliau telah memulakan kembara ilmu untuk menggali ilmu pengetahuan ketika usia beliau meningkat remaja. Kembara ilmu yang beliau lalui ini telah memberikan beliau peluang untuk berguru dengan alim ulama di tempat yang telah beliau sampai, antara tempat yang menjadi tempat persinggahan beliau untuk mendalami ilmu pengetahuan ialah Damsyik, Baghdad, al-Quds dan al-Hijaz. Ilmu yang beliau gali tidak terhadap terhadap ilmu agama semata-mata, malah beliau mempelajari semua jenis lapangan ilmu yang wujud ketika itu.

Beliau telah di anugerahkan bakat dan kepandaian semula jadi, dengan segala kelebihan yang ada beliau, bintangnya mula bersinar ketika umur beliau meningkat sebagai seorang pemuda, malah ketika usianya yang masih muda beliau telah mencapai satu tahap tertinggi di dalam kehidupannya terutama di Halab. Tahap tertinggi yang beliau telah capai ini adalah di dalam lapangan politik dan ilmu. Kehebatan yang dimilikinya membolehkan beliau hadir di dalam majlis rasmi yang dihadiri oleh penguasa Halab ketika itu al-Malik al-Zahir Ghazi bin Salahuddin, penghormatan yang di berikan oleh penguasa Halab ke atas beliau melebihi tetamu-tetamu yang lain sekalipun umur Ibnu al-Adim masih lagi hijau. Beliau juga pernah di lantik sebagai guru besar bagi dua buah sekolah yang terletak di Halab iaitu sekolah agama Syazbakhat , perlantikan beliau sebagai guru besar di sekolah ini pada bulan Zulhijjah tahun 616 hijrah, manakala sekolah yang kedua ialah sekolah agama al-Halawiyat. Penghormatan dan pengharagaan yang di terima oleh beliau tidak terhad di dalam jajahan Halab, malah penghormatan ini melangkaui tempat keliharannya sama ada di dalam lingkungan tanah Syam, kini di Syam terdiri dari negara-negara seperti Syria, Lubnan, Jordan, Palestian dan sebahagian daripada Iraq, semenanjung tanah Arab, Mesir dan juga negara-negara yang terletak di Asia kecil.

Antara yang menarik tentang beliau ialah di setiap negara yang beliau lawati atau menjadi tempat persinggahan mencari ilmu, setiap tempat yang mempunyai khazanah kitab-kitab dan juga dokumen-dokumen penting telah di kawal oleh beliau. Ini menunjukkan beliau bukanlah seorang yang biasa, dengan kemampuan dan kepandaian yang beliau miliki ini, tidak mustahil beliau mampu menguasai semua bahan-bahan penting yang wujud ketika itu. Bintang beliau terus bersinar tanpa henti sesuai dengan bakat dan kemampuan yang beliau miliki hinggakan beliau terlibat di dalam bidang politik di Halab dengan di lantik menjadi seorang menteri. Penghidupan beliau sebagai seorang politikus tidak menghalang beliau untuk terus aktif di dalam penulisan dan kelimuan terutama di dalam bidang sejarah. Buku-buku yang di karang oleh beliau seperti Zabdatul Halab Fit Tarikhil Halab, Baghyatut Talab Fit Tarikhil Halab, al-Insaf Wa al-Taharri Fi Daf’i al-Zulmi dan al-Tajarri ‘An Abi ‘Ala al-Ma’ri, buku-buku yang di karang oleh beliau ini menunjukkan kepada kita tentang minat beliau yang mendalam terhadap ilmu dan penulisan sekalipun di hambat dengan tugasan beliau sebagai seorang menteri yang sudah tentu tugasnya sibuk dan berat. Kemampuan beliau untuk menulis dan mengarang menjelaskan kepada kita tentang sifat dan sikap beliau, tidak pernah berputus asa atau memberikan alasan sibuk untuk mengarang, sudah pasti beliau memperuntukkan masa tertentu untuk menulis dan mengarang sesebuah buku atau kitab. Antara buku-buku yang di karang oleh selain yang di sebutkan di atas ialah:-

I. al-Darari Fi Zikri al-Zarazi
II. al-Akhbar al-Mustafad Fi Zikri Abi Jaradah
III. Dau’ al-Sabah Fi al-Hathi ‘Ala al-Simah
IV. al-Khat Wa Ulumuhu Wa Wasfu Adabihi Wa Aqlamihi Wa Khurusihi
V. Tazkirah Ibnu al-Adim
VI. al-Wuslah Ila al-Habib Fi Wasfi al-Tibat Wa al-Tib
VII. Tabrid Hararatu al-Akyad Fi al-Jarri ‘Ala Faqdi al-Awlad