Sabtu, 24 Disember 2011

Masjid tersejuk dunia?

Masjid Nurd Kamal di Kutub Utara(pic)

Selama ini mungkin kita tertanya-tanya apakah keadaannya jika ada umat Islam yang berkunjung ke kawasan paling sejuk di dunia seperti di Kutub Utara dan Kutub Selatan, bagaimana jika mahu menunaikan solat?Hakikatnya terdapat beberapa masjid di sana yang mungkin ramai tidak tahu kewujudannya. Jika melihat pada keadaan cuaca, sememangnya agak sukar untuk didirikan sebuah masjid.

1. Masjid Nurd Kamal di Kutub Utara

Masjis ini terletak di bandar Norilsk di bahagian utara wilayah Siberia, di Rusia, dikatakan masjid ini dibangunkan oleh seorang lelaki daripada etnik Tartar, Mukhtad Mekmeyev pada 1998.
Masjid Nurd Kamal, terletak di pinggiran kota Norlisk, yang suhunya boleh mencecah sehingga -50 darjah Celsius. Daerah ini dilanda salji sekitar 270 hari dalam setahun dan musim ribut pula adalah sekitar 130 hari.

Menurut pengurus masjid tersebut, Mukum Sidikov warga Rusia yang merantau ke daerah itu untuk mencari kehidupan yang lebih baik, terdapat lebih kurang 50,000 penduduk yang beragama Islam di daerah itu daripada jumlah keseluruhan 210,000 orang.

Kebanyakan mereka adalah imigran dari Azerbaijan dan Dagestan. Namun hanya sekitar 1,000 orang yang sering mengunjungi masjid itu untuk menunaikan ibadah.
Namun kini penghijrahan penduduk Muslim ke daerah Norilsk semakin menurun berpunca daripada keadaan cuaca yang sangat buruk, kesan dari isu pemanasan global. Akibatnya, populasi di Norilsk semakin menurun bukan saja melibatkan umat Islam, tetapi kaum lain.

Golongan Muslim diterima baik oleh penduduk asal dan tidak mengalami diskriminasi.
Menurut Sidikov, walaupun tidak ramai yang berkunjung ke masjid itu, beliau tetap membukanya sehingga larut malam setiap hari untuk memberi kesempatan bagi mereka yang ingin belajar al-Quran.
Apabila tiba Ramadan, orang Islam di sini terpaksa berpuasa lebih lama jika dibandingkan umat Islam di negara atau benua lain iaitu sekitar 18-20 jam sehari.

2. Masjid di Hujung Dunia (Mosque at the End of the World)

Masjid ini terletak di Bandar Inuvik, lebih kurang 200 kilometer dari Kutub Utara. Kota yang terletak di barat laut Kanada, dengan diduduki sekitar 3,700 orang dan sekitar 80 orang daripada mereka ialah Muslim. Sebahagian besarnya terdiri daripada orang Arab.Uniknya masjid ini dibina dahulu di tempat lain sebelum diangkut sejauh 4,000 kilometer melalui jalan darat dan sungai ke bandar ini.

Sebuah badan kebajikan Islam, Yayasan Zubaidah Tallah di Thompson, Manitoba membiayai kos pembelian bangunan baru seluas 140 meter persegi itu.Pada bulan Ogos 2010, masjid berwarna kuning itu mula dibawa dengan trak merentasi kawasan hutan di Barat Kanada menuju ke Sungai Hay di tebing Tasik Great Slave.

Bangunan itu kemudiannya dipindahkan ke atas sebuah tongkang yang dihanyutkan mengikut Sungai McKenzie ke bandar Inuvik, kira-kira 200 kilometer ke utara Lingkaran Artik.Masjid ini telah dibuka secara rasmi pada 10 November 2010 sebagai keperluan untuk jemaah yang terdiri daripada imigran dari Sudan, Lebanon dan Mesir yang berhijrah untuk mencari peluang pekerjaan dan kehidupan yang lebih baik.

3. Pusat Komuniti Muslim Eskimo (Antartika)

Wilayah yang dikenali sebagai tempat tersejuk di dunia ini hampir dilitupi salji sepanjang tahun dengan suhu mencecah -90 darjah Celsius pada musim sejuk dan 30 darjah lebih tinggi pada musim panas. Dikatakan terdapat kira-kira 1,000 orang tinggal di Antartika pada satu-satu masa.

Walaupun keadaan cuacanya begitu menggerunkan tetapi tetap terdapat sebuah masjid untuk digunakan umat Islam yang terdapat di sana.Satu-satunya pusat kegiatan Islam yang terdapat di sana adalah Muslim Eskimos Community Center, yang beralamat di nombor 3, Amundsen Scott Station South Pole, Kutub Selatan, Antartika. Selain untuk beribadat, pusat ini juga digunakan bagi membantu orang yang ingin mengetahui dan mempelajari tentang Islam.

4. Masjid baru di Alaska

Kini umat Islam di Alaska yang berjumlah sekitar 3,000 sedang menanti siapnya pembinaan sebuah masjid baru dengan keluasan 70,000 kaki persegi. Ia terletak di 80th Street berhampiran Lebuh raya Old Seward di Anchorage.

Selama ini umat muslim di Alaska beribadah di sebuah surau kecil juga di Anchorage. Kos pembinaan dan pembelian tanah didapati hasil dari kutipan derma masyarakat setempat dan antarabangsa. Dengan pemandangan indah bukit bukau di belakangnya, kawasan masjid ini akan turut didirikan pusat kegiatan masyarakat dan sekolah untuk kegunaan umat Islam di sana.

sumber: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=1218&pub=Utusan_Malaysia&sec=Pelancongan&pg=pl_02.htm

Rabu, 21 Disember 2011

Hikmah Menyimpan Janggut......

Sabda Rasulullah SAW, ”Cukurlah kumis dan peliharalah janggut.” (HR. Muslim)
Kajian terhadap janggut menyerlahkan satu lagi bukti saintifik tentang apa yang disunnahkan oleh Nabi kita sejak lebih seribu tahun dahulu.Dr Jamnul Azhar Mulkan, seorang doktor perubatan, pemilik rangkaian klinik juga seorang pendakwah, dalam satu ceramah, mendedahkan hasil kajian yang sangat luar biasa mengenai khasiat janggut. Ia bukan tunggul gerigis, bukan penyeri atau penyerabut wajah tetapi jauh lebih hebat daripada itu.

Menurutnya, kajian oleh saintis dari Massachusetts Institute of Technology, Amerika Syarikat yang berjudul The Amazing Fact of Human Body mendapati janggut lelaki mengandungi hormon testosteron yang amat diperlukan bagi kesuburan wanita. Ia mampu menstabilkan kitaran haid selain menggalakkan pertumbuhan telur wanita.

SUBHANALLAH!
Caranya bagaimana? Hanya melalui sentuhan. Jadi kepada sesiapa yang belum punya anak kerana ada masalah kesuburan, ataupun jarang anak dan mahu dirapatkan lagi, mintalah suami simpan janggut, dan belailah selalu janggut suamimu itu.
Ini sekali gus jadi bukti apa yang disaran oleh Islam sejak zaman silam, boleh dibuktikan secara saintifik akan hikmah dan kelebihannya.

p/s: apa lagi.....amalkan apa yg rasullullah lakukan semuanya ada sbb saintifik yg tak lari dari garisan2 syariah islamiah....

Sumber Selengkapnya Disini http://www.asyrafasnawi.com/hikmah-janggut-di-sebalik-sunnah-rasulullah/#ixzz1hDoroEJb

Ahad, 18 Disember 2011

Sejarah Sekolah Pondok Di Malaysia-Part 3-

Selain itu kehadiran guru-guru yang diundang dari Timur tengah yang berbangsa Arab untuk mengajar kepada murid-murid yang mendaftar di madrsah menjadikan antara faktor penarik bagi mengikuti pengajian di madrasah atau sekolah aliran kerajaan seperti mana yang dilakukan oleh Sultan Perak yang menjemput Syeikh Abdullah Maghribi yang berbangsa arab untuk mengajar di madrasah.

Pada tahun 1916 sehingga 1941, hanya terdapat 12 buah sekolah aliran kerajaan sahaja di Besut Terengganu, akan tetapi menjelang kemerdekaan jumlahnya telah meningkat beberapa kali ganda iaitu 53 buah. Begitu juga dengan Kelantan apabila pada 1975, terdapat 323 buah sekolah rendah dan 65 buah sekolah menengah. Keadaan ini menunjukkan bahawa penerimaan masyarakat terdapat sekolah aliran kerajaan adalah sangat menggalakkan. Hal ini kerana dasar kerajaan yang ingin memberikan kepada rakyatnya menguasai dalam bidang pengetahuan. Di samping itu sekolah aliran kerajaan ini menyediakan kemudahan yang lengkap terhadap pelajarnya dengan memberikan biasiswa bagi meringankan beban pelajar yang menghadapi kesusahan, pinjaman buku teks, penyediaan kelengkapan sekolah yang sempurna dan kemudahan asrama bagi pelajar yang sukar atau jauh penempatan dari sekolah. Maka tidak hairan sekiranya ibu bapa berlumba-lumba untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah aliran kerajaan disamping kemudahan dan prasarana yang disediakan, faktor jaminan masa depan juga terbela.

Terdapat faktor lain yang mempengaruhi penyusutan dan penutupan sekolah pondok ini bilamana ia tidak lagi memainkan peranan utama sebagai institusi yang memberikan dan melahirkan golongan ulama apabila istitusi ini di jadikan sebagai medan politik kerana ramai dikalangan ulama pondok ini menyertai dan melibatkan diri dalam parti politik yang bermula sekitar tahun 1950-an. Oleh yang demikian tugas mereka sebagai mudda’i dan murabbi sedikit tersasar apabila tidak dapat memberikan tumpuan utama terhadap anak murid dan sedikit sebanyak memberi kesan pada menarik masyarakat mengikuti pengajian pondok. Dilema yang dihadapi oleh sekolah pondok ini menjadikan ia semakin berkurangan sehingga memasuki abad ke 21.

Terdapat juga dikalangan guru-guru sekolah pondok ini menghantar anak-anak mereka mengikuti pengajian di sekolah aliran kerajaan atau madrasah atas faktor untuk mempelbagaikan lagi bidang keilmuan atau juga supaya anak-anak mereka dapat mengikuti pengajian yang lebih sstematik. Keadaan ini secara tidak langsung menjadi faktor kepada kemerosotan bilangan murid sehingga menutup banyak sekolah pondok. ( tamadun Islam jilid 3, ismail hussein, Dewan bahasa dan pustaka 1995, ms 1184 )

Oleh yang demikian dapat di fahami bahawa pada masa kini terutama di dalam pertengahan abad ke-20 sehingga abad 21 sekolah pondok mengalami zaman kejatuhan dan kemunduran sehingga tidak lagi menjadi institusi pilihan rakyat untuk menimba ilmu malahan menerima banyak persaingan dari madrasah aliran negeri, sekolah aliran kerajaan dan sekolah Inggeris. Kurangnya sokongan masyarakat maka institusi ini tidak dapat berkembang dan dapat dibilang dengan jari kini berapa sahaja yang tinggal. Sekiranya tiada usaha dibuat maka kemungkinan besar sekolah aliran pondok ini hanya akan menjadi sebutan sejarah dalam buku teks sahaja.

Isnin, 12 Disember 2011

Daulat Tuanku....senarai penuh agung-agung di malaysia dari meredka hingga kini.

Senarai Agong

Berikut adalah senarai Yang di-Pertuan Agong:

1) Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan
Tuanku Abdul Rahman Ibni Almarhum Tuanku Muhammad
Mangkat: 1 April 1960 (mangkat semasa memerintah sebagai Yang di-Pertuan Agong pertama)
Ditabal: 2 Sept 1957
Tempoh Jawatan: 3 Ogos 1957 - 1 April, 1960

2) Sultan Selangor
Sultan Hisamuddin Alam Shah Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Ala'iddin Sulaiman Shah
Mangkat: 1 Sept 1960
Ditabal: 1 Sept 1960 (mangkat beberapa jam sebelum ditabal sebagai Yang di-Pertuan Agong kedua)
Tempoh Jawatan: Menjalankan tugas Yang di-Pertuan Agong sejak 4 April 1960 berikutan kemangkatan Tuanku Abdul Rahman)

3) Raja Perlis
Tuanku Syed Putra Ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullail
Mangkat: 16 April 2000
Ditabal: 4 Jan 1961
Tempoh Jawatan: 21 Sept 1960 - 20 Sept 1965
(Raja paling muda dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong iaitu pada usia 40 tahun)

4) Sultan Terengganu
Sultan Ismail Nasiruddin Shah Ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin
Mangkat: 20 Sept 1979
Ditabal: 21 Sept 1965
Tempoh Jawatan: 21 Sept 1965 - 20 Sept 1970

5) Sultan Kedah
Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah
Ditabal: 20 Feb 1971
Tempoh Jawatan: 21 Jan 1970 - 20 Sept 1975

6) Sultan Kelantan
Sultan Yahya Petra Ibni Almarhum Sultan Ibrahim
Mangkat: 29 Mac 1979
Ditabal: 28 Feb 1976
Tempoh Jawatan: 21 Sept 1975 - 29 Mac, 1979

7) Sultan Pahang
Sultan Ahmad Shah Al-Musta'in Billah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin Al-Mu'adzam Shah
Ditabal: 10 Julai 1980
Tempoh Jawatan: 26 April 1979 - 25 April 1984

8) Sultan Pahang
Sultan Mahmood Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail
Mangkat : 23 Jan 2010
Ditabal: 15 Nov 1984
Tempoh Jawatan: 15 April 1984 - 25 April 1989

9) Sultan Perak
Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Yussuff Izzuddin Ghafarullahulahu Shah
Ditabal: 18 Sept, 1989
Tempoh Jawatan: 26 April 1989 - 25 April 1994

10) Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan
Tuanku Ja'afar Ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman
Mangkat : 27 Dis 2008
Ditabal: 22 Sept, 1994
Tempoh Jawatan: 16 April, 1994 - 25 April, 1999

11) Sultan Selangor
Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Ibni Almarhum Sultan Hishamuddin Alam Shah
Mangkat: 21 Nov 2001 (mangkat semasa memerintah sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-11)
Ditabal: 23 Sept 1999
Tempoh Jawatan: 26 April 1999 - 21 Nov 2001

12) Raja Perlis
Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail
Ditabal: 25 April 2002
Tempoh Jawatan: 13 Dis 2001 - 13 Dis 2006

13) Sultan Terengganu
Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah
Ditabal: 26 April 2007
Tempoh Jawatan: 13 Dis 2006 - 12 Dis 2011

14) Sultan Kedah
Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah (Dilantik untuk kedua kali)
Ditabal:
Tempoh Jawatan: 13 Dis 2011
- Bernama