Ahad, 23 Disember 2012

MATA KECILKU

sajak yg disampaikan oleh  Ammu Afdalin Shawqi (panggilan oleh org gaza pdnya) dlm tv hijrah mlm nie terkesan juga di hatiku membaca sajaknya:-

MATA KECILKU
Nukilan : Ammu Afdlin Shauki aka Abu Miasara

Kau buat mataku kecil
Kau buat badanku besar
Kau sayangkan aku
Kau buatku serba kekurangan
Supaya aku berusaha mencari kejayaan
Kemudian kau limpahkan dgn kesenangan
Kau sayangkan aku
Aku leka dengan hidup dunia
Tiada syukur tersemat didada
Hari hari bergelumang dosa
perhubungan kita tidak ku jaga
seperti seorang anak tak mengenang jasa
Kau sayangkan aku
Aku yg sudah hanyut jiwaku
Rasa tak layak lagi bersamaMu
Sangkaku tertutup sudah pintu kemaafanMu
kerana ke-alpaan diriku
Kerana kebodohan diriku
kerana keangkuhan diriku
Kerana ku butakan mata kecilku
"Masihkah Kau sayangkan Aku?"
f16 Israel membedil Gaza
Kau sayangkan aku
Bom Bom Israel mencari Syuhada
Kesengsaraan di tanah Gaza
Kehancuran merata- rata
Kezaliman yg tak terkata
Kau sayangkan aku
Kemanusiaan membawaku ke sana
Kau permudahkan segala cara
Walaupun debar menggoncang dada
Kau beri ku kekuatan minda
Selamat perjalananku ke Gaza
Agar akhirnya dapat ku guna
Mata yang lama tak bercahaya
Kerana hanya mengejar dunia
Kau Sayangkan aku
Mataku melihat, runtun hatiku
bukan kerana kematian dan kesusahan di situ
Gaza tanah barakahMU
walaupun semuanya kelabu
Dipenuhi oleh kekasih-kekasihMU
Yang tidak pernah menyoal cintaMU
Yang tak pernah menyalahkanMU
Walaupun apa saja kesusahan yang kau beri
Kesyukuran tak pernah meninggalkan hati
Semua kekasih kekasihMU itu merindui
Bersamamu di Jannah nanti
Air mata berlinangan dari mata kecilku
Melihat Ketenangan wajah kekasihMU
Melihat Keberanian jiwa kekasihMU
Melihat keredhaan hati kekasihMU
Melihat ketaqwaan hidup kekasihMU
Senyum kekasihMU penuh cahaya
Senyun terukir walaupun duka
Senyum di beri tak memilih siapa
Senyum penuh kesyukuran padaNYA
AKu terduduk, terdiam melihatnya
Mata aku berkelip tidak percaya,
tidak pernah aku melihat sepertinya
Adakah aku dibumi nyata
ataupun menghampiri ahli-ahli syurga
Palestin bergolak atas keizinanMu
Kau mahu Palestin menjadi guru
Pelajaran bagi semua umat MU
Menyuluh jalan pulang padaMU
Aku meminta pengampunan dariMu Ya Allah
Kerana setelah semua yg aku laku
kau masih sudi membuka mataku
kau masih sudi mahu bersama ku
Kau masih sudi sayangkan aku
Kau sayangkan aku
Aku bersyukur dan merasa rendah
kerana diriku yang masih kau endah
Akan ku balas cintamu dengan seluruh jiwaku
dengan badan besarku
dengan seniku, dengan jenakaku, dengan akalku
dengan mata kecilku yang kini melihat kebesaran Mu
kekuatan Mu, Ke BijaksanaanMu, PengampunanMU
Cinta Mu yang memang tidak ada seteru.
Semua yang ku lakukan kini kerana Mu
UntukMu inginku menjadi Qalam
Akan aku ceritakan kebesaranmu kepada sekian Alam
Akan ku sampaikan kasih mu yg sangat mendalam
Ya aku, Budak gemuk yg 120kg ni... ISLAM.
Allahu akbar!

Perbezaan Metodologi Pengajaran&Pembelajaran Di Antara Sekolah Pondok&Aliran Kebangsaan (sambungan....)

Perbezaan lain yang dapat kita lihat diantara kedua-dua aliran ini ialah dari segi masa yang diperuntukkan untuk mempelajari subjek-subjek yang berkaitan dengan agama. Jika dilihat pada subjek yang dipelajari di aliran pondok sudah tentu masa yang diperuntukkan untuk mendalami ilmu agama tidak terbatas malah adakalanya berlanjutan sampai ke malam dalam menggali permasalahan dan menghadami tajuk yang dipelajari. Manakala di sekolah aliran kebangsaan dengan subjek Pendidikan Islam yang begitu ringkas, sudah tentu boleh dibayangkan berapa lama yang diperuntukkan untuk mempelajari subjek Pendidikan Islam  ini sekalipun subjek ini menjadi subjek teras di sekolah aliran kebangsaan. Peruntukan waktu bagi subjek Pendidikan Islam di peringkat sekolah rendah ialah 180 minit seminggu di Sekolah Kebangsaan (SK) dan 150 minit di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (SRJK). Peruntukan waktu di peringkat Sekolah Menengah Rendah pula ialah 140 minit (termasuk 1 waktu amali) + 60 mint seminggu. Manakala di peringkat Sekolah Menengah Atas ialah 140 minit (termasuk 1 waktu amali) seminggu.

Perbezaan yang telah dijelaskan diatas telah menunjukkan perbezaan yang amat ketara dari sudut pembelajaran dan pengajaran yang ada pada dua-dua jenis aliran yang ada di Malaysia. Sudah tentu pengajian di pondok lebih membantu pelajar atau orang ramai untuk mendalami ilmu agama secara mendalam, dengan cara begitu Islam yang menjadi agama rasmi di negara kita ini dapat diamalkan dan dikembang lagi dengan jayanya, malah dapat memperkenalkan kebaikan agama ini kepada bukan Islam. Tidak keterlaluan juga sekolah aliran pondok ini terus mendapat sambutan orang ramai walaupun dunia kini telah berada di ambang permodenan yang begitu tinggi, malah kehadiran pelajar dari luar negara untuk berguru dan mempelajari semua jenis-jenis kitab yang ditawarkan oleh aliran pondok ini juga mendapat sambutan. Metologi pembelajaran dan pengajian yang ditawarkan serta tidak terlalu membebankan dari sudut kewangan dan tarikan cara pembelajaran juga menjadikan pengajian aliran ini tetap relevan hingga kini. Yang pasti pengajaran dan pembelajaran didalamnya dapat mengubati apa yang dipanggil penyakit yang berpunca dari hati.

PERANAN GURU SEBAGAI MURABBI DI SEKOLAH PONDOK DAN SEKOLAH ALIRAN KEBANGSAAN

Sekolah yang wujud tanpa ada guru akan menyebabkan pengajian dan pembelajaran di sekolah berkenaan tergantung atau setiap yang dirancang tidak akan menjadi kenyataan malah akan menyebabkan setiap subjek yang sepatutnya difahami, tidak akan dapat dihadam oleh pelajar, pengajian dan pembelajaran tanpa ada bimbingan akan menghasilkan salah faham pada sesuatu subjek malah boleh menyebabkan pelajar menjadi lebih jahil gara-gara tiada pembimbang. Malah sudah tercatit dalam sejarah samada di dalam al-Quran atau mana-mana kitab sejarah, setiap sesuatu benda baru akan menjadi lebih cepat difahami sekiranya punya pembimbing yang tepat, malah nabi Muhammad S.A.W sendiri ketika melakukan amanah dalam menyampaikan Islam, baginda tidak menyampaikan dengan fahaman baginda sendiri, semua yang disampaikan itu berdasarkan apa yang telah diajar oleh murabbinya yang Maha Agung melalui perantaraan malaikat Jibrail. Sekalipun yang punya kuasa itu ada kuasa yang tidak terbatas malah boleh menjadikan insan bernama Muhammad bin Abdullah alim dalam semua hal agama dalam sekelip mata, tetapi ini tidak berlaku. Setiap benda baru perlu ada peringkat-peringkat yang perlu dilalui dalam mencapai peringkat ilmu yang lebih tinggi lagi.

            Zat Yang Maha Agung itu telah mengajar kita umat manusia bagaimana ingin menjadi guru yang terbaik dalam mendidik pelajar. Segala rahsia dari pembelajaran mengenai Islam kepada baginda S.A.W terkandung dalam al-Quran. Begitu juga profesyen perguruan, perlu punya sifat-sifat yang tertentu yang mampu membangunkan minda dan jatidiri pelajar. Pada kali ini, tidaklah dapat dibezakan peranan guru dikedua-dua aliran, kedua-dua aliran ini mempunyai hala tuju yang sama dalam mengamalkan profesyen perguruan. Guru dari aliran kebangsaan mempunya falasafah mereka sendiri seperti yang tertera pada Falsafah Pendidikan Guru :
           
Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin. (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2001, ms. 1)
          
Manakala peranan yang dimainkan guru di aliran pondok pula tidaklah mempunyai perbezaan jauh dari Falsafah Pendidikan Guru aliran kebangsaan. Pengajian dan pembelajaran di aliran pondok banyak terdedah dengan kitab-kitab yang dikira muktabar dan terpakai dalam bidang agama, sudah tentu falsafah pendidikan guru didalam aliran pondok  banyak dikutip dari ayat-ayat al-Quran dan juga hadis-hadis nabi yang berkaitan dengan profesyen perguruan ini. Malah yang lebih menarik lagi dari kalangan guru-guru yang berada di aliran pondok, mereka mempunyai masa yang begitu banyak bersama dengan pelajar-pelajarnya, hubungan antara guru dan pelajar menjadi lebih akrab malah kebiasaannya hubungan antara guru dan pelajar dari aliran pondok tidak akan putus sampai bila-bila. Guru di aliran pondok sentiasa menjadi rujukan jika ada timbul kekeliruan daripada permasalahan yang timbul. Malah kalau diperhatikan kepada kehidupan seharian guru yang berada di aliran pondok, kehidupannya amat sederhana malah sara hidupnya hadir dari usahanya sendiri, hadiah, zakat, wakaf, hibah (pemberian) daripada masyarakat sekeliling dan seupamanya. Ini memperlihatkan aliran pondok mempunyai hubungan akrab dengan masyarkat sekililing.

Sabtu, 1 Disember 2012

Tentera Israel ramai mati bunuh diri dari berperang

Bunuh diri merupakan penyebab utama kematian di kalangan pasukan tentera yahudi zionis laknatullah. Dari laporan data bahagian pemulihan tentera Israel, harian Ibrani Maariv melaporkan pada tahun 2003 jumlah tentera yahudi lanatullah yang bunuh diri meningkat lebih tinggi berbanding mereka yang terbunuh dalam serangan tentera di Tebing Barat dan Genting Gaza.


Dari laporan tersebut jumlah meningkat kepada 43 tentera Zionis laknatullah bunuh diri berbanding dari angka tahun sebelumnya yang mencatatkan 30 orang. Data ini menunjukkan adanya kenaikan 30% dari jumlah tentera yahudi bunuh diri pada 2002 yang mencapai 31 orang.

Pada tahun 2003 semasa Intifada kedua, seramai 43 tentera yahudi dilaporkan mati kerana bunuh diri dan ini menjadi menjadi penyebab utama kematian di kalangan tentera rejim laknatullah itu. Sementara pada enam bulan pertama tahun 2004 seramai 15 tentera yahudi dilaporkan bunuh diri.

Kementerian Pertahanan sendiri menolak untuk memberi kenyataan kerana merasa malu atas laporan itu.

Jurucakap kementerian hanya mengatakan bahawa dia tidak mengetahui masalah itu dan pihaknya tidak ada hubungannya dengan kes bunuh diri tersebut.

Tentera yahudi laknatullah juga menyangkal bahawa tindakan bunuh diri itu ada kaitan dengan tindakan-tindakan jahat yahudi di wilayah jajahannya.

Sumber tentera berkata alasan seperti faktor emosi, penganiayaan dan ugutan oleh pihak atasan, serta tekanan psikologi sebagai punca tentera yahudi bunuh diri. Hakikat sebenarnya tentera yahudi ini mengalami trauma atas kejahatan mereka di Tebing Barat dan Jalur Gaza yang kemudian berakhir dengan bunuh diri.

Aktivis keamanan Israel mengatakan kepada Aljazeera.net bahawa mereka yakin bahawa kebanyakan tentera yang bunuh diri tidak boleh hidup dengan menanggung beban yang mengerikan atas tindakan kejam mereka di wilayah Palestin.

Pada 2008 seorang polis sempadan Israel bunuh diri di depan Perdana Menteri Perancis ketika itu Nicholas Sarkozy. Pada tahun 2007 hingga tahun 2009 terdapat penurunan jumlah kes bunuh diri. Namun jumlah kes bunuh diri melonjak selepas tahun 2009.

Pada suku pertama 2010 seramai 19 tentera yahudi laknatullah dilaporkan bunuh diri sedangkan pada tahun 2009 statistik mencatatkan terdapat 21 tentera bunuh diri.

Pada 2010 itu dua tentera yahudi laknatullah dilaporkan bunuh diri di Daliat el Carmel. Tentera pertama Ashraf Meriyah 18, ditemui mati kerana tembakan di kepala di rumahnya. Manakala Louis Nasser a Din 21, mengetahui rakannya itu bunuh diri di wilayah tentera yahudi di Haifa, dia juga turut sama bunuh diri dengan menembak kepalanya.

Pasukan Pertahanan Israel (IDF) pernah menjalankan program khusus untuk membantu komander-komander mereka mengesan tekanan psikologi di kalangan tentera akibat meningkatnay jumlah tentera yahudi bunuh diri. Sebahagian daripada program ini, IDF memutuskan untuk mengurangkan jumlah tentera yang membawa senjata ketika pulang.

Menurut IDF, kes bunuh diri ini tidak ada hubungannya dengan perkhidmatan ketenteraan mereka dan IDF mengkaji apakah ada kesilapan oleh komander sebagai pencetus kes bunuh diri.

Pada 2008, laman Ynet melaporkan terdapat dua pegawai dihukum kerana dianggap gagal menghalang seorang prajurit yang bunuh diri akibat tekanan psikologi. Dalam kes yang sama, seorang pegawai kesihatan mental dikenakan tindakan disiplin kerana gagal membantu tentera.

Pada 2011 dilaporkan seorang pengasas kumpulan anti tentera rejim Israel New Profile, Ruth Hiller memberitahu bahawa dianggarkan sebanyak 50% tentera yahudi yang ditanam di tanah perkuburan tentera adalah akibat mati bunuh diri berbanding kemalangan atau dibunuh.

Pada tahun 1989, Jabatan Tentera Israel melaporkan purata angka bunuh diri setiap tahun mencapai 35 orang.

Diterjemahkan dari sumber globalmuslim - http://detikislam.blogspot.com&www.harakahdaily.net
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/14965-tentera-israel-lebih-ramai-mati-bunuh-diri

p/s: fitrah manusia tak sukakan kekerasan dan kekejaman,akhirnya nak selesaikan masalah bunuh diri dalah opsyen mereka.....rupa2nya ada info yg mereka sembunyikan...takut malu lah...