Selasa, 30 Disember 2008

Perlukah Bersangka Baik Dengan Golongan Wahabi?

Assalamualaikum.....
Kali ini isu yang ingin dibawa ialah mengenai wahabi, panas jugalah kalau diutarakan bab ini, nanti ada yang tak puas hati. Setelah mengkaji, mendalami, membaca dan menyelongkar kebanyakkan yang berkaitan dengan wahabi ini, makin hari makin pening kepala juga memikirkanya, apa tidaknya ada soalan mengenai wahabi didalam harakah yang dijawab oleh mantan persatuan ulama malaysia makin menambahkan kesusutan yang yang sebenarnya sudah sedia kusut, ditambah pulak dengan sikap kerajaan yang amat berdolak dalih mengenai isu ini. Saya cuba bersangka baik dengan golongan ini atas alasan mereka ingin menghidupkan kembali sunnah dan mengajak manusia kembali pada al-quran dan jg mengikut salafi.....nampak baik dan positif saranan yang diberikan, tetapi kenapa si penjawab tidak serta samakan perkara-perkara negatif yang telah mereka timbulkan? Inilah kehairanan saya, apa ust yang menjawab itu seorang wahabi atau ingin bersangka baik dengan golongan ini atau beliau sendiri tidak mempunyai maklumat yang detail mengenai wahabi, sedangkan jawapan yang dikemukan pada soalan2 yang lain mempunyai nilai ilmu tapi malangnya pada soalan berkaitan wahabi tidak dirungkai secara mendlm dan ilmiah.

Terang lagi tersuluh seperti yang tertulis di dalam buku "la mazhabiah akhtar bidaah tuhadidu syraiah islamiah" karangan dr.said ramadan al-bouti dari syria, ketika membaca buku tersebut makin hari makin menggelegak hati ini. Kenyataan-kenyataan yang bertanggung jawab telah dikeluarkan oleh golongan ini yang sepatutnya membuatkan kita berfikir terhadap mereka, antara kenyataan yang tidak bertanggungjawab dari ulama yang mereka hormat ialah dari kata2 albani mengenai imam bukhari, katanya "imam bukhari bukanlah orang arab dan tidak mampu berbahasa arab, apa pun kita boleh bersangka baik dengannya" sekali imbas apakah yang dimaksud oleh albani mengenai imam bukhari ini? sedangkan kita semua maklum kitab hadis yang dihimpun oleh imam bukhari merupakan hadis yang sahih malah dikatakan sebagai kitab paling sah selepas al-quran. Dengan ilmu yang dimiliki oleh imam bukhari yang begitu tinggi kenapa albani ini mempertikaikannya? Cuba kita fikirkan secara mendalam.

Buat masa ini saya catatkan yang ini dulu, akan ada lagi hujah2 yang perlu kita fikirkan bersama, ma'as salamah.....

Ahad, 28 Disember 2008

Wahbah Zuhaily tokoh Ma'al Hijrah Malaysia 1430/2008

Assalamualaikum..
Hari ini 1 muharam 1430 bersamaan 29.12.2008 satu kenangan manis buat sahabat-sahabat yang pernah menjadikan Syria sebagai tempat tadahan ilmu. Rasanya buat pertama kali pertama di Malaysia tokoh ma’al hijrah diberikan kepada ilmuwan Syria, iaitu kepada ustaz dr.wahbah az-zuhaily. Ini secara tidak langsung mengiktiraf pusat-pusat pengajian ilmu yang wujud di Syria, ianya juga kemenangan moral dan juga suntikan semangat agar yang masih berjuang mencari ilmu di Syria terus menggali sebanyak ilmu yang ada disana. Gunakanlah peluang yang diberi sebaik mungkin. Moga kejayaan milik kita semua.

Wajarkah PPMSI diteruskan?

Assalamualaikum
Kehadapan semua pembaca, kali ini saya ingin memberi fokus kepada salah satu isu yang dikira agak penting bagi kita semua yang berada ditanah air yang kita cintai ini, umum mengetahui bahawa dasar pembelajaran bahasa inggeris bagi mata pelajaran sains dan matematik telah menjadi perdebatan yang amat hangat sekali malah ianya juga memberi modal kepada pihak pembangkang untuk menghadapi pilihanraya parlimen kuala terengganu yang dijadualkan pada 17.1.2009 nanti. Saya amat tertarik dengan salah satu ruangan surat khabar harakah dengan salah seorang orang kuat yang berusaha keras untuk menterjemahkan istilah sains yang kebanyakkannya didalam bahasa inggeris ke bahasa melayu. Terzahir kebencian yang amat sangat kepada mantan perdana menteri yang ke-4 kerana memperkenalkan PPMSI, kerana pada orang yang diwawancara tersebut merasakan usaha yang dilakukan beliau dan kawan-kawannya telah dikuburkan oleh matan perdana menteri yang ke-4 itu. Kata beliau ada perkara yang pegawai-pegawai kerajaan di kementerin pelajaran tidak perasan apa yang sedang berlaku dalam sistem pembelajaran kita. Selama ini saya sering merasakan ada yang tidak kena dengan system pembelajaran kita, ini bukan soal mengenai pengagjian islam tapi saya melihat kepada konsep yang lebih luas merangkumi semua kaum yang ada di Malaysia. Antara bukti yang boleh dilihat kepada kecelaruan sistem pendidikan kita ialah terhasilnya generasi muda kini yang telah hilang arah dan pedoman, kita sendiri boleh melihat bagaimana rentak hidup mereka kini, akan tetapi setelah membaca ruangan wawancara tersebut bertambah lagi maklumat yang ada mengenai kecelaruan yang berlaku. Katanya lagi system pendidikan kita telah kembali kepada era penjajah, contoh yang diberi ialah peperiksaan UPSR, peperiksaan ini ada 5 subjek hanya 2 sahaja yang menggunakan bahasa melayu iaitu bahasa melayu dan pendidikan islam manakala selebihnya sains, matematik dan English semuanya menggunakan bahasa inggeris, jadi bukankah ini bukti jelas yang system pendidikan kita telah di”inggeris”kan malah ianya juga melanggar perlembagaan Negara? Malangnya Negara kita mendapat pemimpin yang bertindak ikut apa yang dirasakannya betul, sikap ini sebenarnya telah wujud dalam jatidiri orang-orang veteran di Malaysia yang susah nak ditegur sikap mereka jika mereka melakukan kesalahan dan kesilapan. Hujah beliau lagi mengenai susahnya bahasa inggeris pada sains ini ialah dari apa yang dialami sendiri oleh matan perdana menteri Malaysia ke-4, beliau yang mengambil jurusan kedoktoran yang kebanyakkannya didlm bahasa inggeris, tetapi beliau sendiri mengalami kesukaran untuk memahami pelajaran yang dipelajari hingga terpaksa ulang berulang kali untuk lulus.

Setelah diberikan 2 bukti yang diberikan amat tidak wajar PPMSI, banyak lagi bukti boleh kita sama-sama cari, semua ini bukan ingin menunjukkan hero terhadapa ketuanan melayu tetapi untuk membolehkan semua bangsa dapat memahami apa yang dipelajari terutama sains dan matematik dengan lebih lagi agar dapatkan bangunkan Negara kita yang dicintai ini agar setanding dengan Negara-negara maju yang lain yang lebih mengutamakan bahasa ibunda mereka. Renung-renungkanlah jika dasar ini terus dipakai, mengikut disiplin ilmu mengenai kebudayaan, hanya jangka masa 30 tahun diperlukan untuk melihat sesuatu itu hilang dan luput, malah tidak mustahil lagi dalam jangka masa 30 tahun lagi orang Malaysia terutama yang berbangsa melayu tidak mampu berbahasa melayu langsung jati diri melayu yang amat dekat dengan islam hilang begitu saja, malangnya kita, fikirkanlah……..

Khamis, 25 Disember 2008

Selamat Hari Natal dan Selamat Tahun Baru Hijrah dan Masihi

Assalamualaikum w.b.t
Dikesempatan ini saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat hari natal pada penganut agama kristian dan juga selamat menyambut tahun baru hijrah pada semua umat islam dan juga kepada semua rakyat malaysia selamat menyambut tahun baru 2009. Sempena dengan tahun baru hijrah dan masihi ini marilah kita sama-sama menyemat azam agar menjadi manusia yang lebih baik dimasa akan datang, malah kita juga sama-sama mengharapkan negara yang kita cintai ini semakin maju dan bebas dari unsur-unsur negatif dalam setiap lapangan yang menjadi teras kepada negara kita yang kita cintai ini.

Ingatlah setiap kita mempunyai tanggungjawab, kita tidak boleh lari dari tanggungjawab itu ini kerana tanggung jawab itu akan ditanya oleh allah taala di mahsyar nanti, jika kita tidak lakukan tanggung jawab kita dengan baik susahlah kita akan menjawab soalan yang bakal dikemukan nanti. Antara tanggungjawab kita ialah memastikan negara kita diperintah oleh pemimpin yang adil, tidak rasuah dll sifat yang tidak sewajarnya disebut disini, semua manusia tidak kira agama tidak sukakan perkra negatif. Jatuh bangun sebuah negara terletak pada kematangan rakyat. Jangan biarkan tangan-tangan pengkhianat merompak hak-hak kita. Negara kita adalah tanggungjawab kita. Inilah antara azam yang kita perlukan bagi semua rakyat malaysia.

Insya'allah dengan usaha semua pihak segala azam yang menyeru kearah kebaikan akan menjadi realiti jika kita saling hormat menghormati antara satu sama lain, marilah kita renung sejarah Islam yang lampau bagaimana kebebasan suara dalam semua lapangan akhirnya menjadikan tamadun Islam ketika itu menjadi hebat dan gagah malah masih menjadi buah mulut para-para sejarawan. Akhir kata selamat tahun baru hijrah dan masihi, ma'as salamah!!!

Khamis, 18 Disember 2008

Pertemuan dgn Dr.Taufik dan perhimpunan almuni Syria

Assalamualaikum…..
Semalam 18.8.2008 bertempat di bagunan Persidam, Shah Alam syeikh Taufik bin Ramadan Al-bouti telah memberi kuliah dan tazkirah kepada bekas-bekas graduan dari syria, pelajar-pelajar sekolah Persidam dan juga orang awam yang tidak memahami bahasa arab. Isi kandungan kuliah dapat difahami oleh semua orang dengan menggunakan penterjemah yang dilakukan oleh Ust Aleh. Alhamdulillah sambuntan menggalakkan terutama dari kalangan ex-student syria.

Ceramah bermula selepas solat isyak dan habis pada jam 10.15mlm, jamuan juga disediakan dengan juadah arab yang ditempah khusus dari restoran mandee nour yang diusahakan oleh ex-student syria ramli ahmad. Setelah selesai makan, satu pertemuan secara separa rasmi diantara ex-student syria dilakukan, kebanyakkan yang hadir adalah dari generasi syria yang belajar disana pada pertengahan 90an, secara tak langsung dapat saling kenal mengenal dengan 'senior2' syria yang hadir pada malam itu. Objektifnya ialah pada pertemuan mlm itu adalah untuk mewujudkan alumi pelajar malaysia disyria agar semua graduan syria dapat bertemu dan berkongsi pengalaman terutama dalam permasalahan agama dan juga survive utk hidup, kepada yang berkesempatan membaca tulis ini, jgn lupa hadir ke program pertemuan alumni syria yang akan diadakan disebuah chalet dibelakang UIA pada cuti hari raya cina pada 27 dan 27/1/2009, program ini akan disertai oleh pihak lelaki dahulu sebelum merancang utk pertemuan yang lebih besar melibatkan isteri, suami dan anak-anak.

Pada mlm itu juga dr.taufik juga menjawab persoalan yang dibangkitkan oleh salah seorang yang hadir yang tidak tau berbahasa arab tapi cintakan ilmu bertanya mengenai betapa banyaknya golongan yang ada ilmu tapi masih banyak juga yang melakukan maksiat. Saya tertarik dengan perbandingan yang diberikan beliau mengenai kerosakan akhlak yang berlaku diantara syria dan malaysia, kata beliau di syria masih terjaga lagi dari sudut akhlak berbanding malaysia, pesan beliau lagi para pendakwah dan juga orang agama di malaysia perlu main peranan yang lebih kuat dan gigih lagi kerana cabaran yang ada di malaysia lebih dahsyat serta kuatkan keazaman dan keyakinan dengan iman yang sudah tersemat di dalam jiwa kita. Renung2kanlah kata yang dikeluarkan beliau, ini bermakna kebejatan akhlak di malaysia sudah dapat dilihat oleh orang luar, malah classmate saya semasa di syria juga bila belajar di uia gombak telah menyatakan hal yang sama, malaysia punya nama di kalangan negara-negara islam, berbagai slogan diberikan kepada malaysia sebagai negara islam contoh tapi isi yang ada di dalam negara ini amat berlainan sekali, fikir-fikirkan lah………

Rabu, 17 Disember 2008

Hargailah Alam Ini

Assalamualaikum
Buat semua pembaca yang dihormati sekalian semoga berada dibawah payung rahmatNya selalu. Topik yang ingin di hilite disini ialah mengenai kejadian tanah runtuh yang telah pun berlaku di bukit antarabangsa. Tragedi ini mengundang berbagai pelbagai reaksi dikalangan orang ramai, kawasan yang dikenali juga sebagai hollywood malaysia ini kerana didiami ramai artis-artis malaysia kini rebah ranap menyembah bumi. Tragedi ini juga menzahirkan sikap orang-orang kaya yang tidak biasa dengan kesusahan, sehingga terjadi peristiwa mengamuk oleh seorang penduduk sambil ditenteramkan oleh YB Azmin terpampang di siaran buletin utama TV3, makanan yang dibuang dengan banyakkannya ditepi longgakan sampah juga menjadi tajuk berita di TV3, pelik juga memikirkan, agaknya orang-orang kaya tidak mahu menjamah makanan paling ringkas hingga dibuang begitu saja atau memang makanan yang dijamu itu tidak sedap, semuanya ini mengundang persepsi mengenai sikap yang dimiliki oleh golongan yang mendiami kawasan yang dikatakan elit ini. Apa pun kita sepatutnya bersyukur kerana masih ramai lagi yang terselamat dari tragedi ini walaupun banyak wang telah melayang kerana tragedi ini. Yang menariknya siaran tv memberi liputan yang amat istimewa kepada golongan yang kaya ini tetapi kenapa kawasan yang miskin tidak mendapat liputan yang hebat seperti apa yang terjadi dibukit antarabangsa ini, sedangkan mereka juga memerlukan bantuan. Entahlah, agaknya penyiar tv tidak lebih mementingkan nilai glamour dan komersial berbanding nilai kemanusiaan dalam ingin merakamkan sesuatu, nasiblah kita dapat penyiar tv yang sebegini.

Fokus yang ingin diberi disini ialah mengapa ini semua terjadi? Adakah kerana kerakusan manusia atau kerana fenomena alam yang menjadi penyebab tanah runtuh ini terjadi, setiap orang akan berhujah berdasarkan apa yang mereka ketahui, tetapi kita sebagai orang Islam yang beriman dengan alquran dan hadis, tentunya kita perlu kembali kepada sumber perundangan kita dengan tragedi yang berlaku ini. Jika diteliti, segala bencana alam yang berlaku adalah disebabkan tangan-tangan manusia tamak haloba dalam mencari kemewahan dunia, ghairah mengejar keuntungan sering kali aspek yang berkaitan dengan fitrah alam dan juga fitrah yang ada pada manusia sering dilupakan, ini hanya bukan terjadi didalam projek yang berkaitan dengan pembangunan semata-mata, malah ianya juga melibatkan projek yang berkaitan buku-buku teks sekalipun buku tersebut merupakan buku yang berupa agama. Masihkan terdapat golongan koporat yang berjiwa seperti abdul rahmn bin auf yang dikenali sebagai sahabat nabi yang paling kaya serta dermawan? Mungkin ada tapi hanya segelintir sahaja yang mahu bersikap sebegitu yang lain hanya memikirkan keuntungan hingga tidak mempedulikan nyawa manusia, binatang dan juga tumbuh-tumbuhan. Malangnya bumi yang kini makin tidak selamat diduduki, bumi diibaratkan perempuan yang sgt tua yang hanya menanti untuk rebah, kasihan bumi, bumi yang allah cipta dengan lengkap telah diubah dengan cara yang tidak bertamadun hingga menyebabkan cuaca dunia berubah sama sekali, atmosfera makin nipis malah ada saintis yang meramalkan jika keadaan begini berterusan bongkah-bongkah ais ada dikutub selatan dan utara akan cair dan menyebabkan banyak tanah akan terhapus termasuklah malaysia. Salah siapa jika fonemena ini berlaku? Bencana alam tidak akan berlaku jika manusia mempunyai adab dan akhlak ketika berhadapan dengan alam yang amat luas ini, di dalam alquran banyak ayat yang menyatakan kita mesti melihat bagaimana alam, binatang dan tubuh manusia bagaimana diciptakan, saranan tuhan itu bukan hanya sekadar melihat tapi mengkaji dan memelihara kejadian yang tuhan ciptakan. Maksud ayat alquran dari surah at-Toriq ayat 5 "maka lihatlah pada manusia bagaimana ianya dicipta", surah al-ghosiyah ayat 17 "apakah mereka tidak melihat kepada unta bagaimana ianya dicipta", surah yang sama ayat 18 hingga 20 " apakah mereka tidak melihat kepada langit bagaimana ianya diangkat, dan kepada bukit bagaimana ianya dipasak dan kepada bumi bagaimana ianya dihamparkan". Amat jelas tuhan telah lama mengajar kita bagaimana kita harus menggunakan segala ciptaan allah dengan sebaik-baiknya. Jika dilihat pula pada sejarah hijrah nabi ke madinah, baginda mengambil berat mengenai pencemaran yang berlaku di madinah kerana madinah dan penyakit taun tidak dapat dipisahkan, lalu baginda mengarahkan semua orang madinah melakukan perbersihan total. Tapi, apakah sikap kita sebagai umat islam kini? Sejarah silam yang ada pada baginda bukan hanya perlu dibaca tapi perlu dihayati, galilan alquran sedalam yang mungkin akan terjumpa jawapan yang kita mesti menghargai alam semula jadi agar dunia yang kita jaga kini selamat untuk generasi yang akan datang, atau dengan persoalan lain, mungkinkah dunia kita sudah bersedia untuk ditamatkan hayatnya? Fikir-fikirkanlah………

Isnin, 1 Disember 2008

Ketuanan Melayu hanya hebat jika Islam menjadi terasnya

Assalamualaikum…..

Saya telah membaca artikel yang saudara tulis didalam ruangan harakahdaily.net, ianya agak menarik perhatian saya terutama apabila saudara mengatakan yang saudara ingin ruangan perdebatan dibuka untuk orang ramai, oleh itu saya amat-amat mengalu-alukan hasrat murni saudara ini, tanpa perdebatan yang berpaksikan ilmu minda dan kreativiti seseorang akan menjadi lemah dan mandum.

Persoalan yang selalu didendangkan oleh UMNO ialah masalah ketuanan Melayu, seolah-olah menggambarkan Melayu akan hilang kuasa didalam negara sendiri, persoalannya ialah kenapa setelah majoriti 2/3 BN hilang di Parlimen barulah isu ini cuba diangkat, kenapa tidak dari dulu lagi ketika mereka punya solid power di dalam Parlimen. Kemungkinan ketika itu UMNO hanya terlena dengan kekayaan dan juga jawatan yang mereka sandang hingga gagal memahami perasaan sahabat-sahabat gabungan yang lain, sungguh malang buat pihak kerajaan. Hendak salahkan 100% UMNO yang melakukan ini semua rasanya masih tidak adil, pada saya dari pengamatan saya sebagai anak muda melayu yang berumur 30 tahun serta mempunyai seorang anak. Jika dilihat keadaan sekililing didapati masih lagi ramai orang Melayu yang beragama Islam masih belum lagi boleh menerima konsep Islam yang sebenar, masih belum mampu melihat bangsa lain sebagai individu yang perlu kita raikan, masih lagi terpasak didalam jiwa orang melayu sensitiviti yang tidak kena tempatnya dan berbagai lagi ragam yang adakalanya menyerlahkan kedangkalan cara orang Melayu berfikir dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Lebih-lebih lagi dengan isu yang timbul kini, makin hari makin pelik bin ajaib situasinya.

Sekali pandang orang Melayu kebanyakkannya tidak suka membaca dan memikir sesuatu yang amat mendalam dan penting dalam kehidupan mereka, kita ambil contoh pengajian agama yang dilakukan disurau-surau mahupun masjid, kebanyakkan tajuk pengajian masih lagi berkisar tentang ibadah yang berkaitan solat, puasa dan lain-lain, bila pengajian yang ingin dilakukan itu berkaitan sejarah mengenai cara al-Quran diturunkan dan segala yang berkaitan, gambarkan betapa luas dan indahnya Islam sudah ada yang mula mengomel mengatakan tajuk yang dipelajari amat tinggi pada perkiraan mereka. Sekiranya inilah yang terjadi, bagaimana keindahan Islam ingin disampaikan kepada umat Islam Malaysia terutama yang berbangsa Melayu? Masalah ini akan terus berterusan selagi minda orang Islam Melayu tidak akan berubah dan juga bersedia menerima apa sahaja yang menggambarkan Islam itu amat luas. Kenapa ini semuanya harus terjadi, surau-surau dan masjid sewajibnya menjadi bukan sahaja tempat beribadah tetapi juga menjadi tempat komuniti setempat dan juga tempat orang ramai menggali sebanyak ilmu agama dan yang lain-lain. Permasalahan hukum dari kalangan imam mazhab yang empat juga susah mendapat tempat, memang benar kita di Malaysia bermazhab Syafie, tapi dalam ingin menerangkan betapa luasnya ilmu Fekah dan kesenangan dalam menyelesaikan sesuatu masalah yang berbangkit jarang diambil perhatian. Sudahnya Islam yang luas itu disempitkan dan dijumudkan sehingga kita orang Islam terumata yang Melayu tidak berlapang dada dalam seseuatu isu, masing-masing ingin menunjukkan yang mereka adalah jaguh dalam isu tersebut.

Ini semua adalah perkara asas jika ingin meletakkan semua umat Islam yang berbangsa Melayu belajar berlapang dada terutama pada perkara yang sensitif dikalangan kita di Malaysia, jika apa yang saya sebutkan diatas mendapat perhatian semua, insya'allah kita akan menjadi lebih terbuka dan berlapang dada kerana telah melihat Islam itu amat luas, indah dan mudah, semuanya bergantung pada kemahuan orang Melayu jika inginkan perubahan pada minda mereka. Jika ini semua dapat diatasi dengan jayanya, semua bangsa yang bukan Islam di Malaysia akan memandang tinggi dan hormat pada bangsa Melayu malah kehormatan itu juga akan dirasai juga kepada penganut Islam yang bukan Melayu. Jika silap saling hormat menghormati wujud nescaya masyarakat majmuk di Malaysia akan menjadi contoh kepada negara-negara lain.

Harapan ini sebenarnya telah pun berlaku tidak mustahil akan berlaku semua dizaman canggih ini. Kegemilangan tamadun Islam yang lampau adalah disebabkan demokrasi yang sebenar begitu subur ketika itu, kebebasan bersuara samada dari orang Islam mahupun bukan Islam begitu mekar, hasilnya kita boleh lihat kemunculan sarjana-sarjana Islam muncul hingga kini penulisan mereka masih menjadi rujukan terutama di barat, akhirnya negara yang bukan Islam menjadi maju dari negara-negara umat Islam. Malangnya kita mengaku sebagai sebuah negara Islam tapi tahap pemikiran, demokrasi, ekonomi dan lain-lain semuanya tempang dan caca-merba. Contoh paling dekat ialah ketidak upaya menguruskan ekonomi negara dengan baik ketika minyak dinaikkan dengan mendadak dan tergesa-gesa dan berbagai lagi lompang sana sini yang berlaku tapi tetapi tidak mahu kesalahan yang ada malah siap memberi tunjuk ajar pada negara yang lebih maju agak mengikit acuan ekonomi yang dirangka oleh Malaysia. Hanya Islam sahaja yang dapat menyelamatkan kita, jika orang-orang arab ada menyebut bangsa arab akan maju sekiranya dengan Islam, begitu juga dengan bangsa Melayu dan juga bangsa-bangsa lain yang beragama Islam, maruah dan jatidiri hanya akan tinggi sekiranya Islam yang memandu kita. Tapi harus diingat Islam bukan sekadar hukum sahaja, fahamilah Islam secara luas dan global, kajilah al-Quran dah Hadis nescaya globalnya Islam akan dapat dihayati oleh semua bangsa di dunia ini.

Isnin, 17 November 2008

Apalah nak jadi lani......

Assalamualaikum…..
Pelik bin ajaib tapi inilah yang terjadi kini, semuanya sudah tunggang langgang dari perjalanan politik hingga ke masalah masyarakat. Sistem politik pula yang berwang dan pandai tabur duit ke poket orang lain merekalah yang akan menjadi pemimpin, masyarakat pula sistem perkongsian hidup song sang mula kelihatan, kalau dulu mak nyah hanya berani di lorong2 gelap, tetapi kini kebanyakkan dari mereka masih lagi berada dilorong gelap, lelaki lembut pula yang semakin berani berlegar sana sini walaupun tidak memakai pakaian wanita, gay pula masih mengekalkan ciri lelaki sejati hanya dikenali oleh golongan tertentu sahaja semakin hari semakin berani berlegar dikeliling kita, tapi yang jelasnya mereka ini adalah lelaki, lelaki tidak terlalu mengikut perasaan dalam menggambarkan perasaan dalaman mereka, ini amat berlainan dengan wanita lantaran akal yang satu mereka tidak banyak akal hanya mengikut sahaja kata akal yang satu itu, itulah yang terjadi pada pengkid, mereka lebih berani dari golongan lelaki yang songsang, mungkin mereka ingin menunjuk hebat dimata orang ramai mereka sanggup mungusung "teman wanita" mereka sana sini, pengkid ini tetap seorang wanita zahir dan batin, akal mereka tetap satu, kerana satunya akal mereka berani melakukan apa yang tidak berani orang lain melakukannya. Hairan bin ajaib itulah ungkapan yang paling sesuai buat orang-orang yang begini atau dengan kata lain dunia sudah sampai ke penghujungnya, segala sistem yang tuhan buat makin hari makin dicabuli disongsangkan sistemnya. Nah kitalah yang menjadi mangsa lantaran kerosakan yang dilakukan oleh orang lain, bala yang menanti tidak mengenal sesiapa, tanggung jawab kita bersama untuk menjaga sistem yang ada dalam kehidupan kita baik politik mahupun masyarakat. Adakah kita cukup sekadar kita menggelengkan kelapa atau melihat sistem yang cacamerba ini berlaku depan mata kita? Bangkitlah kita sebagai rakyat bermaruah tidak kira apa bangsa pun untuk sama-sama menjaga keharmonian masyarakat, janganlah kerana kebebasan sistem masyarakat kita menjadi seperti dibarat yang menyebabkan masyarakat asal barat tidak berkembang yang akhirnya menjerumus kepada kerosakkan dimasa akan datang

Isnin, 10 November 2008

Assalamualaikum

Salam semua buat semua insan2 yang bergelar bloggers, kehadiran saya dalam blog ini hanya untuk memeriahkah lagi suara demokrasi di dalam negara kita, apa2 saja pertanya dan isu bolehlah diutarakan kepada saya, insya'allah saya akan membalasnya secepat mungkin.