Rabu, 1 Disember 2010

KENAPA TAK ROGOL SAYA?

Kisah benar ini berlaku di US (Amerika Syarikat).

Ia tentang seorang wanita dari Malaysia yang bekerja di US. Dia memakai tudung dan memiliki akhlak yang bagus.

Suatu malam perempuan ini dalam perjalanan balik ke rumah dari tempat kerjanya. Kebetulan dia mengambil jalan singkat untuk pulang. Jalan yang diambil pula agak tersorok dan tidak banyak orang yang lalu lalang pada masa itu.

Disebabkan hari yang agak sudah lewat, berjalan di jalan yang agak gelap sebegitu membuatkan dia agak gelisah dan rasa takut. Lebih-lebih lagi dia berjalan bersaorangan.

Tiba-tiba dia nampak ada seorang lelaki (kulit putih Amerika) bersandar di dinding di tepi lorong itu. Dia sudah mula rasa takut dan tak sedap hati. Apa yang dia boleh buat waktu tu adalah berdoa ke hadrat Allah memohon keselamatan atas dirinya. Dia baca ayat Kursi dengan penuh pengharapan agar Allah membantu dia di saat itu.

Masa dia melepasi tempat lelaki itu bersandar, dia sempat menoleh dan dapat mengecam muka lelaki itu. Nasib baik lelaki itu buat tidak endah dan perempuan ini selamat sampai ke rumahnya.

Keesokkan paginya, wanita ini terbaca dalam akhbar yang seorang perempuan telah dirogol oleh seorang lelaki yang tidak dikenali dekat lorong yang dia jalan semalam hanya 10 minit selepas dia melintasi lorong tersebut. Muslimah ini yakin benar lelaki kulit putih yang dia lihat semalam adalah perogol itu.

Atas rasa tanggungjawab dia terus ke balai polis dan buat aduan. Wanita ni dapat mengenalpasti suspek melalui kawad cam dan selepas siasatan dilakukan, polis dapat bukti bahawa lelaki tersebut adalah perogol yang dicari.

Tapi perempuan ini hairan juga kenapa lelaki tadi tak jadikan dia mangsa ketika dia melalui lorong tersebut walhal dia keseorangan di masa tu, tetapi lelaki tadi rogol perempuan yang lalu selepas dia. Wanita ini nak tahu sangat sebabnya. Jadi dia minta kebenaran polis untuk bercakap dengan perogol tadi sebelum hukuman dijatuhkan (sebelum lelaki tadi di bawa ke tempat lain).

Dia pun tanya perogol itu..

“Why don’t you do anything to me on that night even though you know that I’m alone?”

(Kenapa awak tak buat apa-apa kat saya malam tu walaupun awak tau saya seorang je masa tu?)

Perogol tu jawab:

“No, you are not alone. That night I saw two young man walking with you. One on your right side and the other one was by your left side. If you were alone of course you will be my victim.”

(Tak, awak bukan berseorangan. Malam tu saya nampak ada 2 orang lelaki berjalan dengan awak. Seorang sebelah kanan awak dan sorang lagi sebelah kiri awak. Kalaulah awak sorang-sorang malam tu, sudah pasti awak jadi mangsa saya..)

Wanita ni rasa amat terkejut bila dengar penjelasan perogol tu. Dia bersyukur ke hadrat Allah kerana memelihara dia malam itu, mungkin juga berkat ayat Kursi yang dia baca malam itu.

moralnya: sentiasa menutup aurat DIA akan melindungi kamu dimana saja.

Selasa, 23 November 2010

Surat Terbuka Kepada Tan Sri Ismail Omar daripada Mat Zain Ibrahim(Bekas Pegawai Penyiasat polis terhadap Mata Lebam DSAI)

Surat Terbuka Kepada Tan Sri Ismail Omar

Kepada,
YDH Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar IGP,
Ketua Polis Negara,
Polis Di-Raja Malaysia,
Bukit Aman,
50560 Kuala Lumpur. Melalui:Email dan Pos
Email:iho@rmp.gov.com

YDH Tan Sri,

LAGI MENGENAI INSIDEN MATA-LEBAM.


Assalamualaikum wbt.,Semoga YDH Tan Sri dalam sihat walfiat.

1. Dengan segala hurmatnya saya menjemput Tan Sri merujuk kepada teks ucapan YB Lim Kit Siang, “Gani Patail stan

d accused of fabricating evidence in the Anwar Ibrahim “black-eye” investigation in 1998,which stands unrebutted although made by the police officer responsible for the investigation 12 years ago.” ,ketika beliau mengemukakan satu usul untuk memotong gaji Peguam Negara sebanyak RM 10.00 di-Parlimen pada Selasa 9.11. 2010 yang tersebar dalam laman-laman blogs .

1.2. Setelah meneliti teks tersebut sepenuhnya,saya mengesahkan telah menghantar email kepada YB LKS pada 14.4.2010 yang beliau sebut itu, sebagai membalas/membetulkan komen beliau terhadap PDRM berkaitan siasatan kes mata-lebam, yang sedikit tersasar. Saya turut megesahkan bahawa kenyataan-kenyataan yang beliau petik daripada surat saya bertarikh 15.4.2009 kepada Lembaga Penasihat SPRM dan Surat Terbuka kepada YBhg.Datin Kalsom Taib bertarikh 8.10.2010(Surat Terbuka Pertama),yang salinannya saya email kepada Tan Sri, adalah betul setakat yang terkandung dalam salinan-salinan original surat-surat berkenaan.Saya akan merujuk kepada kandungan surat- surat tersebut apabila, atau jika berkenaan.

1.3. Sehubungan hal sama,saya mendapat tahu menerusi media, bahawa YB Dato Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz ,Menteri di-JPM akan membawa isu diatas dalam mesyuarat Jemaah Menteri yang bermesyuarat pada Jumaat 12.11.2010.Beliau turut mengumumkan bahawa penjelasan akan diminta daripada Tan Sri Abdul Gani Patail (TSGP) sebagai memberinya peluang untuk menjelaskan dirinya yang merupakan hak beliau kepada pendengaran yang adil. Saya menyokong sepenuhnya TSGP diberikan hak sedemikian oleh kerana hak kesamarataan dari sudut undang-undang dan hak pendengaran yang adil adalah merupakan hak asasi individu yang dijamin oleh Perlembagaan Malaysia (Perlembagaan),dan wajar dihurmati oleh semua pihak.

2. Bagaimanapun apa yang menjadi kemuskhilkan saya kini ialah,apabila penjelasan diberi oleh TSGP, seorang Peguam Negara, dalam bentuk apa sekalipun,sama-ada secara lisan,atau kenyataan akhbar,atau representasi dan lain-lainnya,pihak berkuasa manakah yang layak dan berhak serta mempunyai kuasa untuk memberikan pendengaran yang adil kepada semua pihak terlibat dalam persoalan ini, dan tidak hanya adil kepada TSGP seorang sahaja.Sesuai untuk saya nyatakan disini, bahawa pihak-pihak yang terlibat, bukan setakat empat individu yang dinamakan dalam laporan Dato Seri Anwar Ibrahim (DSAI) iaitu TSGP,Tan Sri Musa Hassan (TSMH),Dr.Abdul Rahman Yusof

(Dr.Rahman) dan saya sendiri. Malahan Jabatan Peguam Negara,PDRM dan Kementerian Kesihatan Malaysia (khususnya Hospital Kuala Lumpur) juga merupakan pihak yang mempunyai kepentingan dalam perkara ini.Selain itu, Jemaah Menteri pada masa yang material itu juga adalah pihak dalam isu sama,jika apa yang akan saya bentangkan dalam perenggan-perenggan dibawah diambil pertimbangan.

3. Setakat yang saya telah dinasihatkan dan sesungguhnya percaya;bahawa jika seorang Peguam Negara didapati tidak lagi berupaya diatas apa sebab pun, untuk melaksanakan tugasnya dengan sempurna, atau didapati telah melakukan sesuatu yang boleh menyebabkan beliau dipecat daripada jawatannya,maka pihak yang berkuasa

mengadili/menghakimi beliau ialah suatu Tribunal yang dilantik oleh SPB Yang Di-Pertuan Agong sahaja, sepertimana perbekalan Artikel 125 Clause (4) Perlembagaan; setelah dinasihatkan oleh Perdana Menteri mengikut Artikel sama Clause (3).(Perbekalan ini adalah digunapakai terhadap Peguam Negara bila dibaca bersama Artikel 145 Clause (6)).Precedent penggunaan Artikel ini telah dicipta oleh mantan Perdana Menteri YA Bhg.Tun Mahathir Mohamed, ketika menangani isu pemecatan YA Bhg.Tun Salleh Abas,mantan Ketua Hakim Negara.Oleh itu soal sama ada Artikel berkenaan tidak boleh atau sukar dilaksanakan tidak timbul.


4. Berkaitan dengan dakwaan DSAI yang beliau buat pada 1.7.2008 itu,izinkan saya memaklumkan kepada Tan Sri,bahawa saya telah dibawa menemui Yang Amat Berhormat Dato’Seri Mohd.Najib Tun Abdul Razak (YAB PM) persendirian pada 23 Oktober 2008 lebih kurang jam 1030 pagi di-Pejabat Menteri Kewangan.Ketika itu YAB PM masih lagi Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan Malaysia yang baru diambil alih.Pertemuan ini diatur dipercayai terbit daripada pendedahan yang saya buat,menerusi Pernyataan Tuntutan saya yang disiarkan meluas olih media, apabila kandungan tuntutan tersebut dibacakan sepenuhnya olih pihak Pembelaan dalam prosiding kes liwat terhadap DSAI, ketika diperingkat Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, dalam bulan Ogos/ September 2008.

4.1. Saya harus menyatakan bahawa interaksi antara kami dilakukan dalam suasana yang sangat mesra, dalam semangat persahabatan dan saya sedikit pun tidak rasa tertekan walaupun itulah kali pertama saya mengenali YAB PM.Dalam pertemuan ini, saya telah menjelaskan kepada beliau peranan dimainkan masing-masing oleh TSGP,TSMH, Dr.Rahman dan saya sendiri dalam penyiasatan “kes mata-lebam”.Saya menyentuh sedikit sebanyak butir yang terkandung dalam kertas siasatan kes tersebut dan mengenai keterangan yang telah saya berikan kepada SPRM.YAB PM ada membuat komen-komen tertentu, mengenai isu yang saya taklimatkan secara lisan kepada beliau.

4.2. Dalam perbualan sama ,saya memberitahu YAB PM mengenai maklumat yang saya perolehi; dimana pihak Kerajaan telah melantik satu Panel bagi mengkaji siasatan yang dijalankan oleh SPRM. Saya juga telah menyebutkan nama dua orang yang telah dilantik sahaja yang saya ketahui pada masa itu.Secara sepontan YAB PM bangun daripada tempat duduknya dan menyatakan dengan serious bahawa beliau tidak tahu menahu mengenai perlantikan Panel yang saya nyatakan kepadanya.Beliau selanjutnya menyatakan bahawa sekiranya benar sesuatu Panel telah dilantik, beliau pasti telah ditaklimatkan mengenainya.Malahan YAB PM telah menasihatkan saya supaya tidak percaya dengan khabar angin sedemikian kerana perkara itu adalah tidak benar.Setelah berbual satu dua perkara lain saya telah meninggalkan Pejabat YAB PM.

5. Sekembalinya dari pertemuan tersebut, saya mengambil sikap tunggu dan lihat.Seterusnya menjelang Februari 2009 saya mendapat maklumat, keputusan siasatan SPRM akan diumumkan sedikit hari lagi.Jesteru itu saya mengambil keputusan untuk mengemukakan satu laporan bertulis yang lengkap, kepada YAB PM.Laporan tersebut bertarikh 19 Februari 2009 (lebih kurang 3 minggu sebelum keputusan rasmi diumumkan di-Parlimen pada 11.3.2009)yang dialamatkan atas nama YAB PM persendirian dan dihantar dengan tangan serta disahkan penerimaannya oleh Pejabat Menteri Kewangan.Tanpa menyentuh butiran terperinci laporan tersebut, memadai jika saya menyatakan bahawa ianya boleh disifatkan sebagai “a no holds barred report”.(Dalam surat saya kepada Tan Sri bertarikh 6.5.2010 perenggan 12 ,saya ada setakat menyebut mengenai edaran surat kepada YAB PM ini.)

5.1. Untuk faedah Tan Sri,saya perturunkan perenggan 4 laporan kepada YAB PM tersebut seperti berikut;

“Para 4:
Dengan rendah diri saya memberi maklumat ini secara terus kepada YAB Dato Seri,atas kesedaran dan kepercayaan bahawa YAB Dato Seri akan menerajui kepimpinan Negara sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-6 menjelang akhir Mac atau April depan.

a)Ianya juga adalah,atas kesedaran dan kepercayaan bahawa SPRM tidak dapat tiada akan merujuk hasil siasatan laporan DSAI berkaitan kes “mereka keterangan palsu” itu kepada YAB Dato Seri,memandangkan kedudukkan Gani Patail dan Musa Hassan sebagai orang nombor satu dalam Jabatan masing-masing.

b)Sesungguhnya dengan rendah diri,saya memohon agar YAB Dato Seri sudi menerima maklumat yang akan menyusul dibawah sebagai input mustahak dalam membantu YAB Dato Seri mempertimbangkan sesuatu keputusan yang terbaik,adil dan saksama dan “without fear or favour”berkaitan kes “mereka keterangan palsu”tersebut.
………….
………….
Ditandatangan oleh Mat Zain Ibrahim bertarikh 19.2.2009.
.
6. Seterusnya pada 11.3.2009, Dato Seri Nazri telah membuat pengumuman di-Parlimen mengenai keputusan siasatan SPRM tersebut.Antara perkara penting yang beliau umumkan ialah; bahawa siasatan dan keputusan tersebut telah selesai dua bulan daripada tarikh laporan DSAI,bermakna dalam minggu pertama bulan September 2008. Bagaimanapun hanya diumumkan pada hari tersebut kerana kes ini sangat sensitif.Beliau seterusnya mengumumkan bahawa siasatan SPRM telah diteliti oleh tiga orang Ahli Panel bebas yang dilantik sebagai Timbalan Pendakwa Raya(DPP) mengikut Kanun Prosidur Jenayah(CPC) oleh Peguam Cara Negara(SG).Beliau juga memberikan nama-nama tiga orang Ahli Panel bebas tersebut iaitu; Datuk Abdul Kadir Sulaiman,Datuk Wira Mohd.Noor Ahmad dan Datuk Mohd.Noor Abdullah,masing-masing mantan Hakim Mahkamah Persekutuan dan seorang mantan Hakim Mahkamah Rayuan. Selanjutnya beliau mengumumkan bahawa Ahli Panel sebulat suara (3-0) mendapati TSMH tidak terlibat dalam sebarang salah laku jenayah manakala keputusan majority (2-1) terhadap TSGP yang bermakna seorang dari Ahli Panel tersebut mendapati terdapat keterangan mengaitkan TSGP dalam suatu salah-laku.Namun begitu kedua-dua TSGP dan TSMH dibersihkan daripada sebarang salah laku jenayah.

6.1. Perkara penting yang boleh saya rumuskan mengenai ketususan ini ialah; maklumat yang saya berikan kepada YAB PM ketika menemuinya pada 23.10.2008,berkaitan dengan perlantikan Ahli Panel tersebut adalah betul. Dua nama Ahli Panel yang saya berikan kepada YAB PM ketika itu juga betul. Perkara yang lebih penting dari itu ialah;keputusan siasatan kes tersebut telah selesai dibuat pada awal September 2008 yang bermakna pada ketika saya menemui YAB PM, keputusan berkenaan sebenarnya telah selesai dibuat lebih kurang 6 minggu sebelum pertemuan itu. Sedangkan, YAB PM sendiri masih tidak tahu menahu mengenainya dan diletakkan dalam gelap berkaitan suatu perkara undang-undang yang sangat mustahak, yang melibatkan seorang Peguam Negara dan seorang Ketua Polis Negara.Walhal setahu saya adalah menjadi tanggung jawab Peguam Negara untuk menasihatkan Jemaah Menteri dalam perkara berkaitan undang-undang sepertimana termaktub dalam Perlembagaan.

6.2. Pegumuman Dato Seri Nazri pada 11.3.2009 itu, menyedarkan saya bahawa Peguam Negara telah memperdayakan Jemaah Menteri untuk mempercayai bahawa SG mempunyai kuasa untuk melantik Ahli-Ahli Panel tersebut sebagai DPP mengikut peruntukkan dalam CPC, tetapi sebenarnya SG tidak mempunyai hak atau kuasa ini sepertimana jelas dalam Seksyen 376(4) CPC.Peguam Negara juga telah memperdayakan Jemaah Menteri untuk mempercayai bahawa kononya Ahli-Ahli Panel Bebas terdiri daripada mantan-mantan Hakim Mahkamah Persekutuan dan Mahkamah Rayuan yang dilantik sedemikian itu, mempunyai hak dan kuasa untuk mengadili/menghakimi seorang Peguam Negara, padahal, hak dan kuasa untuk melantik Tribunal bagi maksud tersebut hanya terletak kepada SPB Yang Di-Pertuan Agong seorang sahaja, setelah dinasihatkan oleh Perdana Menteri sendiri, sepertimana termaktub dalam Perlembagaan.

7. Saya sedikitpun tidak terkejut dengan perkembangan ini oleh kerana ini bukan kali pertama Peguam Negara memperdayakan (atau dalam terma yang digunakan dalam Kanun Keseksaan,”menipu”) Jemaah Menteri, untuk mempercayai perkara yang tidak benar dan menyebabkan Jemaah Menteri melakukan sesuatu,yang tidak akan dilakukan, sekiranya tidak diperdayakan sedemikian.Beliau pernah lakukan perkara yang sama didalam proses siasatan kes mata-lebam.

7.1. Terbit daripada pengumuman oleh Dato Seri Nazri sedemikian itu,saya telah menghantar surat bantahan dan rayuan, Rujukan MZ/SUL/5776/7 bertarikh 15.4.2009 kepada Pengerusi dan Ahli-Ahli Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah,(LPPR),dan salinannya kepada Pengerusi-Pengerusi Jawatankuasa Kecil LPPR dan Jawatankuasa Khas (Parlimen),Saya turut menulis laporan kepada Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia (Persendirian) pada 7.5.2009 dan mengedarkan kedua-dua salinan laporan diatas kepada SG yang masing-masing telah akui penerimaannya.Saya ada menyebut perkara ini dalam perenggan 13 dan 14 surat saya bertarikh 6.5.2010 kepada Tan Sri.

7.2. Dalam laporan saya kepada LPPR itu, saya telah menghuraikan dengan terperinci mengenai caramana pemalsuan keterangan tersebut telah dilakukan dan oleh siapa.Saya juga turut melampirkan dokumen-dokumen buktinya.Selain itu saya juga mempersoalkan berkaitan kesahihan perlantikkan Ahli-Ahli Panel bebas oleh SG demikian itu.(bekaitan hak dan kuasa yang wajib dilaksanakan oleh Pendakwa Raya secara sendiri, sudi Tan Sri merujuk kepada hujah yang dikemukakan oleh SG sendiri dihadapan Hakim YA Dato Mohamad Zabidin bin Mohd.Diah dalam Rayuan Jenayah No:43-(70)-2008 dalam perkara Pendakwa Raya lwn DSAI (Decision on Revision bertarikh 5.3.2009) berkaitan kuasa Pendakwa Raya menandatangani sendiri sijil dibawah Seksyen 418(1) CPC yang boleh dibaca bersama dengan kuasa Pendakwa Raya sendiri dalam melantik Timbalan Pendakwa Raya dibawah Seksyen 376(4)CPC.).

7.3. Selain daripada dua perkara utama dalam laporan tersebut saya telah memadatkan/meringkaskan maklumat mengenai insiden menipu Jemaah Menteri sepertimana terkandung dalam perenggan 41 hingga 42 (a) yang diperturunkan seperti dibawah;

“KEPUTUSAN JEMAAH MENTERI MENUBUHKAN SURUHANJAYA DI RAJA.

41.Jemaah menteri yang bermesyuarat pada 27.1.1999 bersetuju menubuhkan Suruhanjaya Di Raja tersebut,yang mendapat perkenan SPB Yang Di Pertuan Agong pada 3.2.1999.(Jemput YA Bhg.Tun,merujuk lampiran N,iaitu salinan surat Kerajaan memohon perkenan tersebut).Terma rujukan Suruhanjaya Di Raja yang di-Titahkan adalah sepertimana perenggan 4(i)dan (ii).

42.Saya ada alasan untuk menegaskan bahawa Jemaah Menteri mengambil keputusan menubuhkan Suruhanjaya Di Raja ini setelah dibekalkan dengan maklumat yang mengelirukan dan tidak benar (sepertimana kandungan Kenyataan Media Peguam Negara 5.1.1999),berkaitan status siasatan kes mata-lebam ketika itu,serta maklumat kononnya mengenai ketidakupayaan dan/atau ketidakcekapan PDRM menangani siasatan kes ini.Saya percaya sekiranya Peguam Negara telah menasihatkan Kabinet bahawa siasatan PDRM telah mengesahkan sebab kecederaan mata-lebam tersebut serta mengenalpasti sejak 30.10.1998 lagi,orang yang bertanggung-jawab mencederakan Anwar Ibrahim,saya yakin Kerajaan tidak akan membuang masa dan dana Rakyat serta mengaibkan PDRM,dengan menubuhkan Suruhanjaya Di Raja tersebut,jika hanya untuk mencari jawapan yang sama yang telah PDRM bentangkan tanpa sebarang keraguan, kepada Gani Patail.
(a)Walaupun diakhir prosiding Suruhanjaya Di Raja tersebut,Yang Arif Pengerusinya telah sedaya upaya cuba menaikkan imej dan keyakinan rakyat terhadap PDRM dengan kata-kata pujian akan bagaimana tegas dan jujurnya Pegawai-pegawai dan anggota Pangkat Rendah PDRM memberikan keterangan masing-masing walaupun terhadap Ketua Polis Negara mereka,hakikatnya ianya telah terlewat kerana ketika itu intergriti dan imej PDRM telah dimusnahkan dengan hanya satu Kenyataan Media Peguam Negara 5.1.1999 yang direka.”

8. Saya percaya penerima-penerima laporan bertarikh 15.4.2009 itu tidak terlepas pandang maklumat diatas.Sungguhpun saya terdengar komen yang menyatakan maklumat tersebut adalah keterlaluan dan ada juga yang mempersendakannya sebagai maklumat mengarut,namun majoriti daripada mereka bersetuju maklumat tersebut adalah serious.Namun begitu, masa telah menentukan untuk saya merasa telah di-“vindicated” setelah 15 bulan mengemukakan maklumat tersebut, apabila pada 29.7.2010,Peguam Negara sendiri,yang mengetuai Pasukan Pendakwaannya yang terbaik, telah menuduh YA Bhg.Tun Dr.Ling Liong Sik (Tun LLS),bekas Menteri Kanan Persekutuan di-Mahkamah, dibawah Seksyen 418 Kanun Keseksaan, kerana menipu Jemaah Menteri.Maklumat yang dahulunya dikatakan sebagai keterlaluan dan mengarut dan tidak mungkin berlaku kepada Jemaah Menteri, kini terserlah dan tidak boleh disembunyikan lagi.

8.1. Sekiranya Peguam Negara menuduh Tun LLS dalam apa pertuduhan lain pun, beliau dan keluarganya tetap akan merasa keaibannya.Malah mungkin banyak lagi kesalahan yang lebih berat yang beliau boleh dituduh berkaitan skandal PKFZ itu.Tetapi apabila Peguam Negara dengan sengaja memilih untuk menuduhnya kerana menipu Jemaah Menteri, maka bukan sahaja Tun LLS yang merasa aib, bahkan kesemua Ahli Jemaah Menteri dan rakyat telah diaibkan.Ianya boleh memberi gambaran negatif seolah-olah Jemaah Menteri Malaysia terdiri dari gulungan mereka yang dengan mudah ditipu.Siapa yang ada ekses untuk menipu Jemaah Menteri?, kalau tidak dikalangan Menteri sendiri atau orang-orang yang dipertanggung-jawabkan oleh Perlembagaan untuk menasihatkan Jemaah Menteri.Mesej apa yang ingin disampaikan oleh Peguam Negara dan kepada siapa, hanya beliau mengetahuinya.

8.2. Namun begitu,mungkin ada hikmahNya Peguam Negara berbuat begitu.Jika Bahagian Pendakwaan dapat mengesan “ingredients” yang diperlukan untuk membuktikan Tun LLS telah menipu Jemaah Menteri, sepertimana pertuduhan yang dikenakan terhadap beliau,bagaimana pula mereka boleh terlepas pandang kesalahan menipu Jemaah Menteri yang dilakukan oleh TSGP sendiri?.Walhal maklumat mengenai kesalahan itu sepertimana perenggan 7.3 diatas adalah sangat jelas, dan telah diakui terima oleh SG.Lebih-lebih lagi kita ketahui SG dan Ketua Bahagian Pendakwaan, Jabatan Peguam Negara adalah orang-orang yang sangat teliti apabila mengkaji sesuatu kertas siasatan dan pakar dalam undang-undang jenayah.Tidak mungkin mereka terlepas pandang.Lagipun “ingredients” untuk membuktikan kes tersebut, semuanya dimuatkan dalam maklumat berkenaan. Apa yang pasti ialah, pertuduhan menipu Jemaah Menteri terhadap Tun LLS itu tidak adil kepada beliau,jika Peguam Negara pula tidak dituduh,kerana beliau juga pernah menipu Jemaah Menteri, sekurang-kurangnya dua kali.

8.3. Baru-baru ini pula,ketika perbicaraan OC Phang, salah seorang tertuduh dalam skandal PKFZ ,seorang DPP daripada Jabatan Peguam Negara telah menyatakan persetujuannya di-Mahkamah, untuk perbicaraan kes Tun LLS diselesaikan dahulu oleh kerana mengikut kronologi kejadian, kes yang dihadapi oleh Tun LLS,telah berlaku terlebih dahulu daripada kes terhadap OC Phang.Saya tidak akan terkejut ,apabila perbicaraan kes Tun LLS dimulakan,Peguam beliau akan meminta pula, pendakwaan terhadap Peguam Negara diselesaikan dahulu oleh kerana mengikut kronologinya, Peguam Negara yang lebih dahulu menipu Jemaah Menteri daripada Tun LLS.Apa pula pendirian yang akan diambil oleh DPP ketika itu,kita tunggu dan lihat.Secara ikhlas,saya tidak berniat untuk mempersendakan perkara ini,tetapi hampa melihat Sistem Keadilan Jenayah dan Sistem Pentadbiran Keadilan kita dihalakan kelorong kemusnahan dan kehancuran oleh orang yang telah diberi kuasa mengawalnya, seolah-olah rakyat jelata semuanya buta undang-undang.

9. Saya juga tidak berhasrat untuk melebarkan perkara dalam persoalan ini dengan isu lain.Namun begitu,saya juga tidak dapat mengelakkan diri daripada bercakap mengenai Statutory Declaration(SD) palsu oleh Private Investigator Balasubramaniam (P.I.Bala).Jelas P.I.Bala telah melakukan suatu kesalahan jenayah dan boleh dihukum penjara 7 tahun dibawah Seksyen 193 Kanun Keseksaan jika disabitkan kesalahannya.Malah P.I.Bala sendiri mengaku bahawa SD keduanya itu, mengandungi kenyataan palsu serta dengan berani secara terbuka, mencabar TSGP menuduhnya di-Mahkamah.Rakyat jelata, malahan rakyat Malaysia diseluruh dunia pun tahu perkara ini.

9.1. Dari sudut keputusannya, kita harus terima hakikat bahawa apa juga keputusan yang dibuat mengenai kes ini,Peguam Negara adalah dilindungi oleh Perlembagaan dan tidak boleh dipersoalkan di-Mahkamah.Persoalannya, adakah Peguam Negara sendiri telah membuat keputusan yang adil kepada semua pihak?.Tentunya ia tidak adil kepada orang-orang yang telah dituduh kerana melakukan kesalahan yang sama seperti P.I.Bala,atau yang dituduh membuat afidavit palsu,atau memberi keterangan palsu di-Mahkamah, ataupun orang-orang yang telah dituduh kerana kesalahan-kesalahan berkaitan membuat, atau memberi keterangan palsu yang lain yang boleh dihukum dibawah Seksyen 193 Kanun Keseksaan juga.Malah lebih tidak adil lagi,kepada orang-orang yang telah didapati bersalah dan menjalani hukuman penjara pula.Antaranya yang saya ingat, ialah dalam kes seorang Sharma Kumari Shukla, yang dijatuhkan hukuman 3 tahun penjara bagi setiap satu daripada dua kes membuat kenyataan palsu, dalam afidavit, berkaitan dengan nama beliau sahaja,iaitu perbezaan diantara “Sharma Kumari” dan “Sharma Kumari Shukla” pada 26.4.2000.Malah ketika menjatuhkan hukuman, Majistret Juliana Mohammad dilapor menyatakan “making false statement was like giving false evidence,which could undermine the country’s justice system”. Saya juga masih ingat betapa Peguam Negara begitu megah dengan kejayaan seorang DPP-nya yang berhujjah bersungguh-sungguh dalam prosiding rayuan, dihadapan Hakim Mahkamah Tinggi Augustine Paul (mendiang) apabila Sharma Kumari dibebaskan, tanpa membela diri pada mulanya. Mungkin lebih tidak adil lagi kepada Sharma Kumari, apabila dalam rayuan kes kes yang lebih berat lagi daripada kes beliau, malah hingga ada kes yang menyebabkan kehilangan nyawa, Peguam Negara bertindak sambil lewa sahaja, malahan ada yang tidak dibuat rayuan langsung.

9.2. Disebalik itu pula, mungkin keputusan TSGP untuk tidak mengambil sebarang tindakan terhadap P.I.Bala, dan menutup kes terhadapnya, adalah sangat adil kepada TSGP sendiri yang boleh dibuktikan telah memalsukan beberapa keterangan, atau kepada kenalan beliau atau orang-orang lain yang telah melakukan kesalahan serupa tetapi dikecualikan daripada tindakan undang-undang.Antara yang saya ingat ialah dalam kes Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik (TSRTC)bekas Ketua Menteri Melaka. TSGP sendiri yang telah mengesahkan bahawa terdapat keterangan prima-facie berkaitan empat pertuduhan jenayah yang boleh dikenakan terhadap TSRTC, dan salah satu daripada kesalahan-kesalahan tersebut ialah kerana membuat Statutory Declaration palsu di-Pejabat Perdana Menteri,Jabatan Perdana Menteri ketika itu terletak di-Jalan Dato Onn Kuala Lumpur,suatu kesalahan yang boleh dihukum penjara 7 tahun dibawah Seksyen 193 Kanun Keseksaan jika disabitkan kesalahannya.(komen saya mengenai TSGP berkaitan perkara TSRTC dan beberapa yang lain adalah sepertimana perenggan 19,20 dan 21 dalam surat saya kepada Tan Sri bertarikh 6.5.2010, khasnya perenggan 29).

10. Dalam hal diatas saya hanya mampu memberi pendapat peribadi saya untuk menyatakan, bahawa caramana Peguam Negara sampai kepada keputusan yang dibuatnya berkaitan kes P.I.Bala dan sebelum itu, dalam memilih pertuduhan sesuai terhadap Tun LLS, mengesahkan tanpa ragu lagi, bahawa beliau tidak menghiraukan langsung hak kesamarataan individu dari sudut undang-undang, yang dijamin oleh Perlembagaan .Tidak keterlaluan untuk saya menyatakan bahawa beliau telah sampai ketahap tidak lagi mampu berfikir secara rasional.Saya berpendapat bahawa TSGP telah hilang keupayaan untuk melaksanakan tanggung-jawab dan fungsi jawatannya, dengan betul dan adil selaku Peguam Negara.Saya juga berpendapat yang beliau tidak lagi mampu dan berupaya untuk menjadi pelindung Keadilan Awam dan hak asasi rakyat.Sebagai seorang individu, saya berhak untuk tidak membiarkan hak kebebasan individu saya,isteri dan anak-anak serta cucu-cucu saya ditentukan oleh seorang yang tidak waras dan rasional lagi.Mungkin ramai individu lain juga berpendirian sedemikian.

10.1. Sekiranya Ketua Hakim Negara boleh dibawa kehadapan Tribunal,jika bekas Timbalan Perdana Menteri,Menteri Besar,Menteri-Menteri kanan termasuk Tun LLS,Ahli-Ahli Parlimen,Ketua Polis Negara,Panglima dalam Tentera Darat, Ketua Setiausaha Kementrian,Ketua Pengarah-Ketua Pengarah Jabatan Kerajaan dan lain-lain, mampu dihadapkan kemuka pengadilan oleh Kerajaan,malah ada diantara mereka yang telah menjalani hukuman,dibuang kes dan ada yang masih menunggu perbicaraan selain daripada telah diaibkan.Apa istimewanya Peguam Negara? Walaupun kita wajar hurmati kuasa seorang Peguam Negara seperti yang termaktub dalam Perlembagaan, namun, tidak ada dalam mana-mana undang-undang Malaysia yang melindungi beliau sekiranya, menyalahgunakan kuasanya atau melakukan jenayah.Beliau tidak ada hak atau kuasa untuk sewenang-wenangnya mencabuli undang-undang, lebih-lebih lagi jika jenayah itu adalah terhadap Keadilan Awam itu sendiri dimana beliau sepatutnya menjadi pelindungnya.

YDH Tan Sri,

11. Sungguh pantas masa berlalu.Kini usia kes mata-lebam telah genap 12 tahun dan sedang melangkah pantas menuju tahun ke-13.Jika tidak ada penutupan sepenuhnya (“full and final closure”) kepada episode ini,ia akan terus melangkah 12 tahun lagi dan tidak berkesudahan.Setiap hari ada sahaja peristiwa yang mengingatkan saya kepada insiden mata-lebam ini.Malahan di-Parlimen pun sejak insiden ini berlaku sehingga kehari ini tidak henti-henti membahaskannya,dan tidak nampak tanda-tanda untuk ia dihentikan dalam masa terdekat ini.Ketika saya mulakan menulis surat ini kepada Tan Sri dua hari lalu;mengingatkan saya tempoh 8.10.1998 hingga 20.11.1998 genap 12 tahun dalam sejarah,merupakan tempoh paling rumit yang PDRM lalui menangani kes mata-lebam ini,khasnya kepada diri saya sendiri.Saya sedar bukan tidak ada usaha PDRM dan Kerajaan untuk membawa kes ini kepada penutupan sepenuhnya.Malangnya terdapat halangan-halangan yang sengaja diujudkan olih pihak-pihak yang mempunyai kepentingan dalam perkara ini,dengan memutar belitkan fakta-fakta yang betul,malahan membenamkan keterangan sebenar daripada diketahui umum dan Jemaah Menteri,sehingga memburukkan lagi keadaan.

12. Saya percaya Tan Sri,pucuk pimpinan tertinggi dan warga PDRM keseluruhannya,berminat mengetahui apakah tindakan yang diambil oleh pucuk pimpinan PDRM sendiri ketika itu, untuk membawa penutupan segera kepada peristiwa tersebut sebelum didedahkan dalam prosiding Suruhanjaya Di-Raja, yang pada pendapat saya, tidak sepatutnya diadakan.Untuk faedah Tan Sri,saya ringkaskan seperti perenggan-perenggan berikut dibawah;

12.1. Sebenarnya persetujuan untuk penutupan sepenuhnya insiden mata-lebam itu, dicapai antara jam 2.30 petang hingga 3.30 petang hari Khamis 8.10.1998.Persetujuan ini dicapai diantara Tan Sri Abdul Rahim Noor (TSRN), Ketua Polis Negara ketika itu,Tan Sri Norian Mai,Timbalan Ketua Polis Negara dan saya selaku Pegawai Penyiasat,didalam bilik Pejabat TSRN sendiri.Wajar saya menyatakan kesediaan dan kerelaan TSRN mengambil tanggungjawab sepenuhnya insiden mata-lebam yang telah berlaku itu,dibuat secara sukarela dan tanpa pujukkan sebagai seorang gentleman. Proses penutupan ini juga dipersetujui dibuat secara professional,mengikut lunas undang-undang dan perlaksanaan sepenuhnya dibuat secara “above board”. Saya telah ditugaskan untuk menyiapkan kertas-siasatan serta merta dan lain-lain dokumentasi yang berkaitan,termasuk menyediakan factor-faktor mitigasi (mitigating factors),yang saya perakukan boleh disiapkan dalam tempoh 2 hari.Dengan mengambil kira tempoh rayuan 10 hari daripada Isnin 12.10.1998, jika ada sebarang rayuan keatas hukuman, kita menjangka dapat menutup kes tersebut sepenuhnya pada Khamis 22.10.1998.

12.2. Setelah memberi persetujuan tersebut saya lihat wajah TSRN begitu tenang,dan menerusi “body language” beliau, saya dapati seolah beliau begitu lega, setelah beban diatas bahunya dilepaskan.Malah beliau sambil bersahaja menanyakan kepada Tan Sri Norian, sama ada beliau(TSRN) layak membeli staff-car Mercedes yang sedang beliau gunakan itu, dan jika boleh beliau minta tolong, untuk repair sedikit-sedikit mana yang rosak.TSRN juga memanggil PA beliau untuk menyemak baki pinjaman perumahannya atau bil-bil Kerajaan yang perlu beliau jelaskan.Malah beliau berpesan kepada Tan Sri Norian untuk menjaga kebajikkan “budak-budak” (anggota polis) yang menjaga dan mengawal kediamannya dengan baik.Tan Sri Norian juga ada menyatakan yang beliau dan seluruh warga Polis tidak akan melupakan jasa-jasa TSRN kepada PDRM dan berjanji akan membantu beliau dan keluarga setakat yang termampu setelah TSRN meninggalkan Pasukan;mengikut rancangan,dua hari selepas perjumpaan kami itu,bagi membolehkan PDRM membuka lembaran baru.Begitulah antara suasana dalam bilik TSRN ketika itu,dan selepas bersalaman dan memohon kemaafan dan ucapan terima kasih saya dan keluarga kepada beliau,serta berjanji akan menjengok-jengok keluarga beliau di-Melaka, saya telah meninggalkan Pejabat TSRN jam lebih kurang 3.30 petang, membiarkan mereka berdua untuk meneruskan perbualan.

12.3. Manusia hanya boleh merancang,tetapi Allah sahaja yang boleh menentukanNya. Saya mendapat tahu kemudiannya, iaitu pada jam lebih kurang 5.00 hingga 5.30 petang 8.10.1998 itu,Tan Sri Mohtar Abdullah (Allahyarham) diringi oleh orang kuatnya Datuk Abdul Ghani Patail ,telah menemui TSRN dibilik Pejabat KPN.Lebih kurang jam 6.00 petang itu saya dipanggil untuk berjumpa dengan Tan Sri Norian dan beliau cuma memberitahu saya “untuk meneruskan siasatan seperti biasa”,dan apabila melihat beliau membuat gesture bahunya sedemikian,saya faham bahawa persetujuan yang dicapai antara kami beberapa jam sahaja sebelum itu telah dibatalkan.Saya harus menyatakan bahawa saya terkejut dan hampa dengan perubahan ini,tetapi siapalah saya untuk menghalangnya, oleh kerana kita sendiri tidak tahu apa yang akan berlaku pada hari esok.

13. Untuk mengelakkan sebarang kekeliruan dan mengenepikan sebarang keraguan Tan Sri, kepada ketepatan kronologi yang saya huraikan diperenggan 12 diatas,saya menggesa Tan Sri mendapatkan Kertas Siasatan kes mata lebam IP No:8497/98 bersangkut Tun H.S.Lee Rpt:25223/98 yang mungkin masih tersorok di-Jabatan Peguam Negara;untuk menyemak Diari Penyiasatan saya dan juga Minit-Minit saya bertarikh 15.10.1998,29.10.1998 dan 27.1.1999 yang kesemuanya berjumlah lebih daripada 100 muka surat, bagi tujuan verifikasi.Walaupun Diari Penyiasatan saya, tidak 100% lengkap seperti sebuah novel,namun tarikh,waktu dan rakaman ringkas peristiwa penting adalah cukup untuk menyegarkan ingatan saya kepada peristiwa sebenar yang berlaku.

13.1. Sudi nanti Tan Sri merujuk Diari Penyiasatan bertarikh 8.10.1998 (Khamis) siri 75 hingga 78 muka surat 22 hingga 24 khasnya nombor siri 78 bertarikh 8.10.1998 mulai jam 2.30 petang berkaitan dengan persetujuan penutupan berkenaan.

13.2. Untuk peristiwa berkaitan sebelumnya,sudi juga merujuk siri no:73 bertarikh 7.10.1998 (Rabu)jam 8.45 malam hingga 1100 malam dirumah Tim.KPN, Tan Sri Norian.Saya juga ada merakamkan nama Pengarah-Pengarah PDRM yang hadir sama.Perjumpaan ini adalah bagi membincangkan pendirian PDRM dalam menangani siasatan ini dan cara terbaik menyelesaiknya segera, tanpa membelakangkan undang-undang.Saya juga telah diberi mandat untuk mengambil keputusan sendiri, asalkan nama baik dan imej Pasukan dipelihara.

13.3. Dalam siri No:74 pula saya ada merakamkan mengenai perbincangan menerusi telefon antara jam 1200 tengah malam(7.10.1998) hingga 1.00 pagi (8.10.1998)dengan KPN.

13.4. Mengenai pendirian TSRN sendiri berkaitan siasatan ini pula,sila Tan Sri rujuk siri No:15 jam 9.30 hingga 11 malam,Ahad 27.9.1998, bertempat di-Pejabat Komander Brigade Tengah,Ceras.Dalam perjumpaan ini beliau secara one-to-one dengan saya mengarahkan untuk siasatan dijalankan secara berkecuali dan “to leave no stone unturned”.TSRN juga berpesan bahawa sebarang keputusan yang saya bakal ambil,hendaklah meletakkan imej Pasukan diatas segalanya.

14. Selanjutnya,sejak 9.10.1998 tempo dalam “gelanggang” siasatan bertukar menjadi tegang.Beberapa kali berlaku pertembongan secara “head-on” antara TSGP dan saya.Tidak mendatangkan faedah kepada mana-mana pihak pun jika saya menghuraikan apa yang terkeluar dari mulut TSGP dan apa pula yang terkeluar dari mulut saya.Mungkin hanya akan menimbulkan permusuhan dan benci membenci antara pihak-pihak yang tidak berkenaan.Namun begitu saya telah mengambil langkah-langkah yang terdaya oleh saya, sepertimana yang saya telah jelaskan terperinci dalam perenggan 10.9.1 Surat Terbuka Pertama.Selanjutnya,tanpa sedikitpun menghiraukan nasihat, sergahan dan amaran daripada saya yang lebih tua dari beliau, TSGP terus melakukan pemalsuan untuk menutup pemalsuan terdahulu dan membenamkan keterangan untuk membenamkan keterangan sebelum itu.TSGP yang sebelum insiden mata-lebam itu mungkin bersih daripada sebarang salah laku jenayah,tetapi kini mengikut pengiraan saya sendiri; boleh dihadapkan dengan sekurang-kurangnya 6 dakwaan salah laku jenayah melibatkan pembuatan keterangan palsu dan menyorokkan dan/atau cuba membinasaka keterangan,kesalahan-kesalahan yang beliau cari sendiri.

14.1. Lebih lama kes mata-lebam ini kekal,lebih banyak kesalahan tambahan yang mungkin akan tercipta,dan tidak hairan ramai lagi orang-orang yang tidak berkenaan akan terbabit, lebih-lebih lagi Pegawai-Pegawai Kanan kita yang bagus-bagus,terutamanya di-Jabatan Peguam Negara boleh menjadi korban keadaan, selain dari ianya merosakkan imej Negara.

15. Kita tidak dapat menafikan hakikatnya, bahawa kes mata-lebam itu dicetuskan oleh PDRM sendiri.Sewajarnyalah PDRM yang menyelesaikannya. Walaupun pihak Peguam Negara keberatan melepaskan kertas siasatan kes berkenaan sejak awal 1999 sehingga dirampas oleh pihak SPRM pada July 2008,atas sebab-sebab yang saya percaya TSGP dan TSMH ketahui,tidak bermakna PDRM kini terus menanggung beban mereka.Kita sedar hakikatnya bahawa Jemaah Menteri sendiri tidak mampu menyelesaikannya.Oleh kerana Jemaah Menteri tidak dibekalkan dengan kuasa menyiasat,atau kuasa membuat tangkapan,atau kuasa pendakwaan dan jauh sekali kuasa menjatuhkan hukuman.Yang ada dua daripada empat kuasa tersebut adalah Polis…

16. Saya memohon maaf jika penulisan saya kali ini membebankan Tan Sri.Saya ingin Tan Sri ketahui bahawa saya melakukan ini semata-mata sebagai memenuhi janji saya kepada pucuk pimpinan PDRM dan Kementerian Dalam Negeri yang telah saya perakukan secara bertulis apabila selesai siasatan kes mata-lebam tersebut.Jemput rujuk perakuan saya dalam muka surat 14 perenggan 9, Minit bertarikh 29.10.1998 dan muka surat 26 perenggan 9 juga, Minit bertarikh 27.1.1999.Tidak hairan jika Kertas Siasatan tersebut sengaja disorokkan akibat minit-minit ini.Malah kertas siasatan sama pernah “dihilangkan” antara 30.10.1998 hingga 20.11.1998 yang menyebabkan heboh seluruh Negara kerana berita “kehilangan”ini disiarkan disemua akhbar dan siaran Buletin Utama TV dan dibahaskan juga dalam Parlimen.

17. Sebagai insan biasa yang lemah ,saya juga tidak terlepas daripada membuat salah dan kesilapan.Ada juga kegagalan saya semasa dalam perhidmatan. Terdapat juga hari-hari bodoh dan hari-hari malas saya ketika dalam Pasukan. Namun disebalik itu,saya boleh mendabik dada dan mengangkat kepala, bahawa saya tidak pernah sekali dalam khidmat saya, menganiaya sesiapa.Saya tidak pernah memalsukan fakta dan keterangan untuk mensabitkan kesalahan terhadap mana-mana orang.Lebih daripada itu, saya tidak pernah menggadai atau melelong maruah Pasukan.

18. Akhir kata saya doakan YDH Tan Sri dianugerahkan kesihatan dan kesejahteraan, untuk memimpin barisan baru kepimpinan tertinggi PDRM yang kesemuanya dikenali dan diyakini dapat membantu Tan Sri, untuk membawa semula PDRM kezaman bilamana rakyat menaruh keyakinan dan penghurmatan yang tinggi terhadapnya, dan zaman kemegahan serta kemantapan semangat setia kawan, seperti yang pernah kita nikmati bersama, sepanjang dekad sembilan puluhan.Selamat maju jaya.

Wassalam.

Yang benar,
(Mat Zain Ibrahim)
22 November 2010.
sumber:http://anwaribrahimblog.com

Ahad, 24 Oktober 2010

PERKEMBANGAN PERUBATAN DI ANDALUS siri 2

PERKEMBANGAN PERUBATAN ARAB DI ANDALUS

Setiap sejarah yang telah terjadi perlu di ketahui asal usul kewujudannya, ini sememangnya sudah menjadi lumrah alam untuk mengenali sesuatu, tanpa mengenal asal usulnya agak sukar bagi generasi seterusnya untuk menyingkap kembali apa yang telah berlaku lebih-lebih lagi pada peristiwa yang telah pun terbukti memberi sumbangan kepada manusia yang menghuni bumi ini. Malah penceritaan dan peristiwa yang menjadi sejarah juga dapat membetulkan kesilapan lalu untuk di jadikan pemangkin kepada generasi berikutnya untuk mencipta kejayaan yang lebih baik dari kejayaan yang telah tercipta sebelumnya.

Begitu juga pekembangan perubatan di Andalus yang melihatkan sisi lain dari perubatan yang telah diteroka oleh ilmuan-ilmuan ketika permerintahan kerajaan Abbasiah yang berpusat di Baghdad. Andalus menjadi sebuah tempat yang begitu praktikal untuk terus mengembangkan keadah perubatan ke tahap yang begitu di kagumi oleh dunia terutama dari ilmuan-ilmuan barat dulu dan kini. Walaupun berbagai peristiwa pahit dan manis berlaku ketika permerintahan kerajaan-kerajaan Islam terdahulu, bidang perubatan tetap berkembang seolah-olah peristiwa hitam yang berlaku tidak mematahkan semangat ilmuan-ilmuan ini untuk terus melakukan kajian dan penciptaan dalam bidang perubatan, manusia tanpa ubat akan mendedahkan diri kepada sakit. Orang islam yang sihat dan cergas adalah orang yang di sukai Allah. Lantaran itu kita dapat melihat gerakan fikiran untuk meningkatkan tahap sesuatu disiplin ilmu hebat berkembang di dalam tamadun Islam yang pernah di asaskan suatu ketika dahulu, lebih-lebih lagi ketika Islam menguasai sebuah negara yang terletak di semenanjung Iberia kini terdiri dari negara Sepanyol dan Portugal, kini dua-dua negara tersebut boleh bermegah dengan apa yang mereka telah terima dari sebuah kerajaan yang mempunyai tamadun yang meninggalkan impak cukup besar buat Eropah ketika itu malah juga keseluruhan lima benua yang berada di alam ini.
Melihat kepada susur jalur sejarah yang berlaku ketika pemerintahan kerajaan al-Umawi di Andalus kegemilangan ilmu perubatan ketika itu adalah lanjutan dari apa yang yang telah di mulakan oleh kerajaan Islam sebelumnya sama ada di Damsyik, Syria atau di Baghad, Iraq. Usaha yang di lakukan oleh al-Walid bin Abdul Malik dengan mengarahkan pembinaan beberapa buah sekolah atau pusat pengajian ketika itu boleh di anggap sebagai langkah awal kepada kajian di dalam semua bidang dan disiplin ilmu yang sedia wujud ketika itu secara lebih mendalam, lebih-lebih dalam bidang perubatan. Bidang perubatan terus mendapat tempat dengan kemunculan beberapa buah hospital atau al-Bimarsitan yang menjadi tempat merawat penyakit samada dari segi penyakit mental atau fizikal. Setiap khalifah yang memerintah mempunyai doktor peribadi atau pakar perubatan peribadi. Kewujudan doktor yang berkerja untuk khalifah inilah antara penyumbang kepada kewujudan dan kemunculan ilmu perubatan di Andalus. Selain itu juga kestabilan politik di bawah perintahan Islam ketika itu juga memainkan peranan penting menyumbang kepada kelicinan segala kajian dan penterjemahan di dalam bidang ini. Di peranggan seterusnya akan di sebut beberapa aspek dan peringkat yang menyumbang kepada kewujudan perubatan yang begitu hebat di Andalus yang lebih di kenali sebagai al-Jannah al-Mafqudah.

Perkembangan perubatan Arab di Andalus boleh di lihat dari beberapa peringkat yang menjadi kemunculannya. Di sini penulis akan membahagikan kepada tiga peringkat penting setelah merujuk beberapa penulisan mengenai perubatan Arab di Andalus. Di harap penulisan ini boleh menjadi rujukan buat pembaca yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai perubatan Arab di Andalus. Peringkat tersebut ialah:-




1.1 PERMULAAN KEMUNCULAN PERUBATAN ARAB DI ANDALUS

Di dalam lembaran sejarah di Andalus terdapat seorang tokoh perubatan yang hanya berkhidmat sebagai doktor peribadi kepada sang khalifah. Ini dapat di lihat pada zaman pemerintahan al-Amir Abdul Rahman al-Awwal atau al-Amir Abdul Rahman al-Dakhil, si khalifah sentiasa bersama dengan doktor peribadinya iaitu Abu Ibrahim al-Walid al-Mazjahi. Beliau di kenali sebagai orang yang pertama mencipta kaedah perubatan di Andalus. Mengikut catatan yang di lakukan oleh sejarawan tidak terdapat maklumat yang menjelaskan kewujudan pakar perubatan yang mampu mencipta kaedah perubatan yang lebih baik dari sebelumnya ketika itu, malah golongan yang aktif dalam bidang perubatan ketika itu yang hadir bersama dengan kewujudan kerajaan Islam di Andalus masih tidak mempunyai ilmu yang mencukupi di dalam bidang perubatan.

Mengikut kata Ibnu Jaljal terdapat juga di kalangan orang Nasrani yang terlibat secara langsung di dalam bidang perubatan ketika zaman pemerintahan al-Amir Abdul Rahman al-Awsat tetapi amalan perubatan yang di amalkan mereka tidak mencapai tahap yang begitu mendalam. Di kalangan pengamal perubatan golongan Nasrani ketika itu mereka hanya menggunakan buku yang menjadi pegangan mereka ketika mengamalkan perubatan ianya buku yang bernama al-Abrisyam yang bermaksud al-Jamik atau al-Majmuk. Hanya bukti yang boleh di dapati mengenai ilmu perubatan ialah kemunculan sebuah buku yang bertajuk al-Mukhatsar fi al-Tib yang di karang oleh Abdul Malik bin Habib al-Salami al-Ilbiri. Di dalam buku tersebut terdapat himpunan mengenai perubatan pada zaman dahulu serta juga di sertai dengan hadis-hadis, keadah-keadah perubatan dan penyembuhan. Malah kitab ini juga menyebut mengenai maklumat tentang ubat-ubatan, pemakanan dan lain-lain maklumat mengenai perubatan.

Ketika pemerintahan al-Amir Muhammad bin Abdul Rahman terdapat seorang tokoh perubatan yang datang dari timur iaitu dari negara-negara arab yang berada dari arah timur Andalus, namanya ialah al-Harrani. Kedatangannya ke Andalus bukanlah dengan tangan kosong tetapi bersamanya ubat yang tidak di kenali di Andalus ketika itu. Beliau telah menjual ubat yang di proses di jadikan makjun yang mampu menghindarkan rasa ketakutan. Ubat yang di proses menjadi makjun itu di jual dengan harga lima puluh dinar. Dengan penjual ubat tersebut beliau telah memperolehi wang yang banyak malah cukup di kenali di Cordova.

1.2 PERKEMBANGAN PERUBATAN ARAB DI ANDALUS.

Pada permulaan kurun ke empat hijrah, Andalus telah mengalami perubahan iklim politik dari tidak mempunyai kestabilan yang jitu kepada kestabilan yang membolehkan tamadun yang agung di lahirkan. Keadaan politik yang stabil ini membolehkan kemajuan dalam lapangan ilmu di gerakkan lebih maju ke hadapan malah kestabilan ini juga mencipta suasana yang lebih bebas dari segi pandangan dan intelektual. Situasi yang merangsang ke arah pertumbuhan dan percambahan daya akal dan intelektual ini terjadi ketika pemerintahan al-Amir Abdul Rahmah al-Thalith, pada masa yang sama beliau telah menggelarkan diri sendiri sebagai khalifah dan berpisah serta tidak lagi berada di bawah naungan kerajaan al-Abbasiyah, ketika itu kerajaan al-Abbasiyah di ketuai oleh khalifah Jaafar al-Muqtadir Billah. Peranan yang di mainkan oleh al-Amir yang mengishtiharkan dirinya sebagai khalifah cukup tinggi, selain beliau di kenali sebagai seorang yang mempunyai semangat yang kuat, daya fikiran yang tinggi, berpandangan jauh serta mempunyai sikap hormat terhadap ulama dan ilmuwan dan cintakan ilmu. Situsai negara dan juga sikap khalifah terhadap ilmu dan ilmuwan menjadikan Sepanyol amnya dan Cordova khususnya sebagai tempat pilihan bagi golongan yang cinta ilmu.

Perkembangan ilmu terutamanya yang melibatkan al-Ulum al-Aqliyah semakin berkembang hingga mencapai satu tahap yang boleh di banggakan. Suasana yang muncul ini juga di dorong oleh keprihatinan dua individu dari pihak pemerintah iaitu khalifah al-Nasir dan juga anaknya al-Hakam al-Thani al-Mustansir Billah. Si anak yang mempunyai kedudukan di dalam kerajaan beliau telah mengambil kesempatan yang ada untuk menghimpun semua jenis buku-buku ilmu atau karya-karya dalam semua bidang, karya atau buku yang di himpun itu juga datang dari tempat yang jauh. Dengan himpunan karya-karya atau buku-buku ilmu yang begitu banyak beliau telah mengasaskan satu khazanah ilmu, di dalamnya terdapat hampir empat ratus ribu buah buku. Al-Hakam juga mempunyai sikap yang begitu cintakan ilmu malah sentiasa mengambil apa sahaja faedah dan pengetahuan dari himpunan buku yang cukup banyak ini. Terdapatnya banyak karya-karya atau buku-buku yang bernilai dari sudut akedemik telah merangsang suasana ilmu dan pengakajian ilmiah dengan lebih mendalam. Kemunculan golongan yang berminat dengan kajian juga kelihatan di sebabkan suasana yang dikira sebagai kondusif dan merangsang minda, oleh itu tidak hairan semakin ramai cendekiawan yang lahir dari pelbagai bidang ilmu tidak terlepas juga bidang perubatan juga mendapat faedah dari ledakan keilmuwan ini. Suasana yang banyak membantu ini telah memudahkan golongan ilmuan ini untuk melakukan kajian dan penciptaan demi untuk menjadikan kehidupan manusia semakin baik dari sebelumnya.

Pengamal perubatan sebelumnya tidak mempunyai maklumat yang begitu banyak mengenai perubatan yang asli, hanya maklumat yang cabang mengenai perubatan, ini kerana pengamal perubatan ketika itu hanya menggunakan sebuah buku yang bernama al-Kananish. Maklumat yang terkandung di dalamnya hanya membicarakan perkara cabang di dalam bidang perubatan dan sifat-sifat mengenai ubat yang hanya boleh menyembuhkan penyakit tertentu sahaja, ini bermakna pengamal perubatan tidak mampu menyelesaikan masalah-masalah yang lebih rumit. Situasi yang di hadapi oleh pengamal perubatan ketika itu menjadikan skop pekerjaan mereka hanya terhad kepada berkhidmat untuk si khalifah sahaja.
Seterusnya dapat di lihat perkembangan perubatan di Andalus makin berkembang dengan kehadiran tokoh-tokoh perubatan Islam yang mampu mencipta ubat dan menyembuhkan penyakit yang tidak dapat di sembuhkan sebelumnya. Pengetahuan yang terhasil ini adalah dari kerancakan aktiviti keilmuan ketika itu yang tidak jemu-jemu untuk merungkai permasalahan dan kerumitan sukar di fahami pada karya-karya yang menjadi rujukan pada masa pada zaman sebelumnya. Malah ilmuwan Islam ketika itu juga telah menyempurnakan kajian yang tidak lengkap pada kajian lepas dari kalangan pengamal perubatan yang berasal dari tamadun bukan Arab seperti dari tamadun Yunani, Siryani dan Rom. Segala kajian, penterjemahan dan pembelajaran dari karya-karya perubatan tamadun yang lalu di lakukan dengan penuh minat serta di lakukan dengan hati yang terbuka atau dengan al-Ain al-Nafizah.

Antara ilmuwan yang mahir dalam bidang perubatan ini di Andalus yang muncul pada kurun ke empat hijrah ialah Ibnu Jaljal, beliau telah menulis sebuah buku yang menjadi rujukan buat pengamal perubatan, buku tersebut berjudul Tobaqat al-Atibba’ wa al-Hukama’, di dalamnya merangkumi maklumat yang berguna mengenai tokoh-tokoh perubatan di Andalus samada yang berketurunan Arab, Siryani, Rom dan al-Ighriq. Ibnu Jaljal juga telah telah menyenaraikan ubat-ubatan daripada buku karya Disagurides, hasil kerja yang di lakukan oleh Ibnu Jaljal ini amat berharga kerana ianya di kira sebagai rujukan utama bagi pengamal perubatan selepas beliau wafat. Manakala pada penghujung kurun ke empat hijrah muncul pula satu ekslopedia mengenai perubatan yang di kenali sebagai al-Tasrif Li Man ‘Ajaza ‘an Taklif. Karya agung ini di tulis oleh Abu al-Qasim al-Zahrawi. Penulisan yang di hasilkan oleh al-Zahrawi ini telah memberikan kesan yang cukup mendalam dalam perkembangan bidang perubatan ini di Andalus dan juga di Eropah Barat. Kehebatan karya al-Zahrawi ini membolehkan buku yang berharga ini di terjemah ke Bahasa Latin dan terus kekal sepanjang zaman bagi pengamal perubatan yang ingin mendalami dan mempelajari mengenai bidang farmasi dan bidang pembedahan.

Menarik juga untuk melihat perkembangan perubatan di Andalus dari sudut lain. Sudut lain itu ialah dengan melihat pergolakan politik yang berlaku di Andalus samada memberi kesan pada perkembangan ilmu perubatan itu sendiri, seperti yang dinyatakan di sebelum ini terdapat pengamal perubatan Islam yang berkhidmat sebagai doktor peribadi bagi penguasa yang memerintah, sudah tentun bila kerajaan yang di bangunkan itu hancur sudah tentu tempat bergantung atau tempat untuk bekerja tiada lagi malah secara tidak langsung perkembangan perubatan akan terbantut atau dengan istilah lain dipanggil mandom. Ini yang berlaku pada perkembangan perubatan setelah kewafatan khalifah al-Umawi di Andalusia iaitu kemangkatan al-Mustansir. Sekalipun selepas kejatuhan kerajaan Islam ini pada kurun ke lima, perkembangan perubatan bersama dengan disiplin ilmu-ilmu yang lain tidak menemui ajalnya malah terus berkembang walaupun tidak semekar dulu. Ramai dari ilmuwan yang menetap Cordova secara khususnya di tinggalkan oleh sekumpulan ilmuwan yang hebat ini. Penghijrahan mereka ini adalah di sebabkan ingin mencari keamanan dan persekitaran yang sesuai untuk melakukan pengakajian, penelitian dan penciptaan di dalam perubatan sekaligus dapat mengelakkan dari suasana politik yang tidak menentu.

Sekalipun kerajaan yang besar tidak berkuasa lagi namun telah muncul kerajaan-kerajaan kecil, kerajaan-kerajaan ini di perintah oleh sang ketua yang amat berminat dengan ilmu malah menghargai dan menyanjungi ilmuwan. Kerancakan dalam lapangan ilmu ini dapat di lihat dari pendirian kerajaan-kerajaan kecil ini sentiasa berebut-rebut untuk memberi tempat kepada ilmuwan-ilmuwan yang mencari tempat setelah kejatuhan kerajaan Islam al-Umawi, malah kerajaan-kerajaan ini juga sentiasa menyediakan peluang dan persekitaran yang sesuai untuk menjalankan setiap kajian yang ingin di lakukan oleh ilmuwan ini. Dengan suasana sebegini rupa pergerakan ilmu kembali mekar malah menyaksikan beberapa tokoh bessinar di dalam lapangan ilmu yang menjadi kepakarannya malah suasana ilmu kembali hidup dan mekar dengan suasana si murid berusaha untuk menggali sebanyak mana ilmu dari ilmuwan-ilmuwan yang terdapat pada masa itu. Ini semua terjadi pada kurun ke enam, pada kurun ini juga Andalus mengalami suasana politik yang tidak menentu malah perpecahan mazhab juga mengambil tempat dalam situasi yang tidak menentu ini. Pengakhiran kerajaan-kerajaan kecil ini atau Muluk al-Tawaif ini membawa pula kepada kewujudan kerajaan yang bernama al-Murabtin dan al-Muwahhidin. Pertukaran pihak yang memerintah atau apa sekalipun pergolakan yang berlaku perkembangan perubatan tetap berjalan seperti biasa, ini kerana pihak yang memerintah ketika itu tetap memberi tumpuan, fokus, sokongan dan menyediakan persekitaran yang sesuai untuk golongan ilmuwan ini menjalankan segala aktiviti mereka tanpa sekatan.

Isnin, 11 Oktober 2010

PERKEMBANGAN PERUBATAN DI ANDALUS (siri 1)

PENDAHULUAN

Perubatan Islam mulai muncul pada zaman selepas kerasulan Nabi Muhammad s.a.w. dan ia terus berkembang sepanjang abad-abad kewujudan ketamadunan Islam. Sebelum kedatangan Islam, orang-orang Arab tidak mempunyai bidang perubatannya sendiri. Selepas kedatangan Islam didapati ramai tokoh-tokoh yang terkenal dalam bidang perubatan Islam seperti al-Razi, al-Zahrawi dan ramai lagi tokoh-tokoh perubatan yang lahir seiring dengan kemajuan yang dicapai oleh tamadun yang meninggalkan sesuatu yang berharga kepada dunia. Ilmu perubatan Islam ini diamalkan dengan luasnya ketika tamadun Islam mencapai kemuncak kegemilangannya. Pada mulanya ilmu ini telah dicedok dari pengaruh tamadun sebelum Islam seperti tamadun Greek dan kemudiannya dimajukan lagi sejajar dengan perkembangan dan kemajuan yang dicapai oleh tamadun Islam ketika itu. Unsur dan pengaruh kuno kebanyakannya berasal dari ilmu perubatan Yunani atau amalan-amalan perubatan dari India dan China telah mengalami evolusi dan memberi suatu bentuk dan corak tersendiri kepada sistem ilmu perubatan Islam. Namun selepas empayar Islam yang gemilang mulai lesap, banyak karya perubatan dari zaman Islam mulai muncul dalam bahasa Latin dan mempengaruhi cara pemikiran dan amalan sistem Barat.

Kira-kira dua ratus tahun sebelum hijrah tapak-tapak tamadun yang pernah mencapai gemilang telah mulai runtuh disebabkan peperangan dan penyakit yang merebak melanda penduduknya. Kemajuan fikiran perubatan yang berasaskan prinsip-prinsip penganalisaan dan pengalaman mulai lumpuh. Syria pula telah mengambil tempat sebagai pelindung bagi pemikiran ilmu perubatan asal dari Yunani. Puak Nestorian telah menubuhkan pusat-pusat pengajian perubatan di Edessa dan Nisibis dan berkembang ke peringkat yang disanjungi ramai menjelang abad ke lima masihi, golongan Kristian mazhab Nestorian inilah yang membawa tamadun Yunani bersama mereka ketika diusir. Mereka menterjemah karya-karya perubatan Yunani ke bahasa Syria dan mengembangkannya ke Mesopotamia. Apabila orang Arab disatukan di bawah pemerintahan Islam dan seterusnya menewaskan Syria dan Parsi, mereka telah menemui tamadun ini. Kuasa Islam terus bertapak sehingga keseluruh Afrika Utara dan Sepanyol. Dalam abad inilah tokoh-tokoh Islam menyerap tamadun yang terdapat di kalangan puak-puak yang ditewaskannya. Khalifah-khalifah Islam telah membina pusat-pusat pengajian di Baghdad. Selepas itu akademi-akademi mulai ditubuh di Samarkand, Isfahan dan Damsyik. Akademi-akademi tersebut berpusat di masjid. Di masjid juga terdapat perpustakaan yang lengkap, klinik dan hospital. Doktor-doktor mazhab Nestorian dan Sabaen telah menterjemahkan buku-buku teks perubatan terutamanya karya-karya Galen.

Kecenderungan umat Islam keturunan Arab terhadap ilmu perubatan terus mencipta suatu sejarah baru dalam perkembangan perubatan. Dengan ini ilmu perubatan mula berkembang semula di bawah naungan Islam. Ilmu perubatan Islam berkembang pesat melalui sumbangan dari berbagai sumber dan arus yang mempengaruhinya mengikut tempat dan masa. Sumbangan Islam kepada perkembangan ilmu perubatan bukan sahaja terbatas pada penterjemahan karya-karya Yunani tetapi mereka juga meningkatkan bidang kimia dan material perubatan. Tidak dinafikan bahawa hingga ke abad ke lapan belas masihi masih wujud lagi pusat-pusat perubatan di Eropah yang menggunakan karya-karya ciptaan pakar-pakar perubatan Islam yang terkemuka umpamanya al-Razi, al-Zahrawi dan lain-lain. Sumber-sumber dari Parsi dan Hindu juga merupakan asas pengajian umat Islam pada masa itu. Dari arus-arus sejarah inilah unsur-unsur ilmu perubatan Islam mula bertunas dan ini dipadankan pula dengan prinsip-prinsip ajaran Islam.

Di dalam al-Quran dan hadis terdapat banyak saranan untuk berubat apabila ditimpa penyakit, ini menandakan Islam amat mementingkan kesihatan umatnya sama ada kesihatan yang sihat dari segi mental mahupun fizikal. Rasullah sendiri ketika beliau mula sampai ke Madinah ketika permulaan hijrah bukan sekadar membina masjid untuk dijadikan pusat tumpuan dan pentadbiran Madinah malah beliau melakukan aktiviti pembersihan sekeliling Madinah kerana Madinah adalah kawasan yang pernah menerima penyakit taun. Langkahan pertama yang dilakukan oleh baginda terus diikuti oleh sekalangan umat Islam seterusnya di dalam bidang perubatan, asas yang di lakukan oleh baginda ini merupakan cara terbaik untuk mengelak terkena penyakit dan juga menjaga penyakit dari terus merebak ke tempat lain. Antara hadis yang menggesa umat Islam agar mencegah dan menjaga diripada ditimpa penyakit ialah:-

قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : اِذَا سَمِعْتُمْ بِالطَّاعُوْنَ بِأَرْضٍ فَلَا تَدْخُلُوْهَا وَاِذَا كُنْتُمْ فِيْهَا فَلَا تَخْرَجُوْا مِنْهَا
رَوَاهُ اَلْبُخَارِي
Ertinya: Sabda Rasullullah s.a.w ‘Apabila kamu mendengar taun di sesuatu tempat janganlah kamu semua memasukinya dan sekiranya kamu pernah berada di dalamnya (yakni di dalam kawasan yang terkena taun) maka janganlah kamu semua keluar daripadanya’

Berdasarkan hadis ini juga sahabat-sahabat nabi telah mengambil pendekatan yang sama seperti yang dinyatakan oleh baginda dalam usaha untuk mengelak dari terkena wabak taun. Tindakan yang di ambil ini oleh saidina Umar al-Khattab ketika beliau ingin bergerak ke Syam tetapi ketika beliau tiba di Sargha beliau telah dihalang oleh sahabat-sahabat nabi s.a.w agar tidak ke Syam, walaupun berlaku sedikit perbincangan yang hangat akhirya saidina Umar al-Khattab mengambil keputusan untuk tidak meneruskan perjalanan ke Syam setelah dipujuk oleh Abu Ubaidah dan diberitahu hadis di atas kepada Umar al-Khattab oleh Abdul Rahman bin Auf.


OBJEKTIF KAJIAN

Kertas kerja ini bertujuan untuk mencapai objektif-objektif berikut:-
• Mengenali perkembangan perubatan di Andalus.
• Mengenali ciri-ciri kelebihan perubatan di Andalus.
• Mengenal pasti faktor yang membawa kepada kemajuan perubatan di Andalus.
• Memberi kesimpulan dan cadangan dari hasil penulisan ini.

METODOLOGI KAJIAN

Bagi mendapat maklumat yang diperlukan untuk menyiapkan kertas kerja ini penulis telah melakukan kajian kepustakaan iaitu dengan merujuk, menganalisa dan mengkaji beberapa buku yang berkaitan dengan tajuk penulisan kertas kerja ini, malah penulis juga merujuk beberapa artikel yang mempunyai kaitan dengan tajuk kertas kerja ini dari beberapa majalah elektronik dan laman web. Tumpuan yang di berikan pada kertas kerja ini terhadap aspek-aspek yang dikaji dan juga untuk memenuhi objektif-objektif kajian.

Isnin, 27 September 2010

Sir Branson (jutawan Virgin Air & Record): Perbicaraan liwat Anwar jejas pelaburan

Usahawan jutawan Britain Sir Richard Branson berkata perbicaran liwat membabitkan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sedang berlangsung memberi kesan ke atas Malaysia dan mematahkan semangat pelabur untuk menanam modal di negara ini.

"Malaysia mempunyai reputasi yang baik di luar negara. Tetapi apa yang berlaku ke atas Anwar Ibrahim membawa kesan buruk ke atas Malaysia,” katanya pada majlis khas forum Invest Asia 2010, anjuran International Herald Tribune di Kuala Lumpur, hari ini.

"Saya fikir ia bukan isu utama tetapi yang pasti ia bagaikan duri dalam daging. Saya berpendapat ini telah berlarutan agak lama. Ini tidak baik di luar negara,” katanya .

Bercakap kepada kira-kira 800 pemimpin perniagaan di Kuala Lumpur, Branson berkata, imej negara masih lagi penting kerana ia membolehkan kerajaan untuk menarik para pelabur dan pada masa yang sama, melaksanakan dasar yang lebih baik untuk melengkapinya.

Bekas timbalan perdana menteri itu yang dipecat dan dipenjarakan atas dua tuduhan berasingan membabitkan tuduhan liwat dan rasuah lebih sedekad lalu berkata tuduhan terbaru juga membabitkan liwat dengan pembantunya bertujuan 'membunuh' kerjaya politiknya.

Human Rights Watch menggesa Malaysia menggugurkan tuduhan berkenaan manakala kerajaan Amerika Syarikat pula memberi amaran bahawa ia sedang memerhatikan saga itu dengan dekat.

"Jika Malaysia lebih liberal, lebih ramai orang akan melabur. Jika anda pemimpin yang berani, anda sepatutnya menghapuskan perkara seumpama itu yang merosakkan reputasi negara,” kata Branson.

Usahawan Britain itu diminta mengulas sama ada dasar ekonomi dan pelaburan Malaysia pada masa ini akan terus mampan untuk pertumbuhan masa depan jika iklim politik boleh menjejaskan pelaburan.

Beliau juga berkata, iklim politik semasa tidak menjejaskan Malaysia dengan ketara tetapi kerajaan perlu mengambil langkah-langkah berani untuk menangani isu itu.

"Pada umumnya, saya rasa banyak yang boleh kami di barat ini belajar dari Malaysia dan kami sememangnya mahu belajar dari anda," kata Branson yang dilaporkan mempunyai nilai kekayaan bernilai AS$4 bilion.

sumber: malayskini.com/bm Sep 27 3.51pm

p/s: apa pendapat anda semua, sila kemukan komen anda

Ahad, 26 September 2010

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI

Assalamualaikum

Kepada pembaca dan pengikut blog saya ini, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat hari raya aidil fitri, sekiranya ada salah dan silap sepanjang penulisan saya ini, saya memohon maaf zahir dan batin.

Ahad, 5 September 2010

Asal Usul Nama Syam Dan Kelebihan Damsyik Daripada al-Quran (sambungan)

KELEBIHAN DAMSYIK DARIPADA AL-QURAN

فضل دمشق من القرآن ما ورد في فضل دمشق من القرآن

وعن أبي أمامة عن النبي صلى الله عليه وسلم أنه تلا هذه الآية: " وآويناهما إلى ربوة ذات قرار ومعين " . قال: " هل تدرون أين هي؟ قالوا: الله ورسوله أعلم. قال: هي بالشام، بأرض يقال لها الغوطة، يقال لها دمشق، هي خير مدائن الشام " .وقال ابن عباس: هي أنهار دمشق وعن سعيد بن المسيب قال: هي دمشق ذات قرار ومعين، الغوطة. وعن يزيد بن شجرة قال: دمشق هي الربوة المباركة.وعن محمد بن خالد بن أمية الهاشمي قال: ثم إن الله تبارك وتعالى أمر عيسى بن مريم عليهما السلام وأمه أن يسكنا دمشق، وهي إرم ذات العماد. وقال الحسن: في قوله: " ذات قرار ومعين " ذات معيشة تقوتهم وتحملهم، وماء جار. قال: هي الربوة، هي دمشق. وقال الحسن البصري: " ذات قرار ومعين " قال: ذات ثمار وكثرة ماء. قال: هي دمشق. وعن سعيد بن جبير: " ربوة ذات قرار " قال: الربوة النشز من الأرض. والقرار: المستوي. قال منصور بن أبي مزاحم: وهذا التفسير موجود في صفة ربوة دمشق، فلا يمتنع أن يكون هو الحق.

Dalam membicarakan hal Syam ini adalah tidak lengkap untuk tidak menyertakan sama di dalam kertas kerja ini mengenai kelebihan salah sebuah negeri yang terletak di dalam tanah Syam ini iaitu Damsyik. Kelebihan Damsyik sering kali diceritakan kepada orang ramai dari dulu hingga kini malah sahabat-sahabat nabi s.a.w juga banyak ditanam di negeri yang bertuah ini. Sebab itulah penulis asal kitab ini setelah menceritakan mengenai asal usul nama Syam ini penulis kitab ini juga mendatangkan satu tajuk yang tidak kurang penting bagi umat Islam dalam usaha mengenali sejarah tanah yang berkat ini setelah Mekah dan Madinah. Jika diteliti pada tanah Syam atau di dalam peta negara Syria selain daripada Damsyik yang menjadi tempat bersejarah bandar yang terletak di utara Syria juga mempunyai sejarah sendiri kerana nabi Ibrahim a.s pernah sampai ke situ malah tempat tersebut juga dinamakan sempena aktiviti baginda memerah susu untuk penduduk di kawasan itu dan sekitarnya, bandar tersebut adalah Halab atau Aleppo di dalam bahasa Inggeris.


Kelebihan yang dimiliki oleh Damsyik ini dapat dilihat dari hadis nabi s.a.w ketika beliau bertanya kepada sahabat-sahabatnya tentang ayat al-Quran yang dibaca oleh baginda, lantas baginda bertanya kepada sahabat-sahabatnya apakah yang dimaksudkan dari ayat tersebut sepotong ayat yang berbunyi ila rabwah zatu qararin wa ma’in. Pada ayat inilah sahabat yang ditanya itu tidak mengetahuinya, maka penulis kitab ini telah mendatangkan beberapa pendapat dari kalangan sahabat dan lain-lain yang boleh digunapakai untuk menjelaskan apakah yang dimaksud dengan ayat yang ingin ditanya oleh nabi s.a.w. Setiap yang disebut oleh baginda s.a.w bukanlah kata-kata kosong tetapi mempunyai nilai yang boleh dihayati oleh manusia keseluruhannya atau dengan lebih tepat lagi kata-kata yang keluar dari mulut baginda adalah berpaksikan wahyu ilahi.


Oleh kerana apa yang diucapkan oleh nabi s.a.w ini adalah hadis sudah tentu maksud dan erti yang ditanya oleh kepada sahabat-sahabat baginda mempunyai berbagai maksud dan juga pendapat. Inilah yang kelihatan pada makna tersebut dari berbagai nama antara yang disebut di dalamnya ialah Hasan al-Basri dan Ibnu Abbas. Berikut adalah pecahan dari maksud perkataan berbunyi ila rabwah zatu qararin wa ma’in malah rasulullah s.a.w dengan terang juga ada menyebut ianya Syam, Damsyik dan Guthah malah beliau juga mengatakan Damsyik adalah sebaik-baik bandar yang terdapat di dalam tanah Syam. Antara kenyataan atau pendapat berhubung dengan ayat yang dibacakan oleh nabi s.a.w itu adalah seperti berikut:-

1-Ibnu Abbas r.a

Pendapat yang dikemukan oleh sahabat nabi s.a.w ini mengenai ayat tersebut ialah ianya adalah sungai-sungai yang terdapat di Damsyik, Syria. Memang terdapat sungai yang mengalir di dalam bandar ini yang di kenali sebagai sungai Barada. Ini dapat dilihat dari kenyataan dari Ibnu Abbas seperti di bawah:-

وقال ابن عباس: هي أنهار دمشق

2-Yazid Bin Sajarah

Pendapat yang dikemukan ini juga hanya kelihatan berbeza sedikit dari apa yang dinyatakan oleh Ibnu Abbas r.a. Beliau menyatakan al-Rabwah di dalam bahasa Melayu bermakna tanah tinggi itu ialah Damsyik, ini dapat dilihat dari kenyataan beliau di bawah dengan menyatakan secara jelas apa yang dimaksudkan dengan al-Rabwah al-Mubarakah itu. Kenyataan ini boleh dilihat dengan jelas melalui kenyataan beliau di bawah:-

وعن يزيد بن شجرة قال: دمشق هي الربوة المباركة

3-Saad bin al-Musayib

Pendapat yang dikemukan oleh beliau pula tidak sama seperti Ibnu Abbas dan Yazid bin Sjarah yang lebih cenderung mengatakan ianya adalah Damsyik atau yang berkaitan dengannya. Beliau lebih melihat ke dalam lagi dengan menyebut salah satu daerah yang terdapat di dalam bandar Damsyik iaitu Ghuttah. Kenyataan beliau di bawah dengan jelas menyebut perkataan al-Ghutah itu sendiri. Ia sebenarnya juga diambil dari sabdaan baginda s.a.w juga. Kenyataan beliau ialah seperti berikut:-

وعن سعيد بن المسيب قال: هي دمشق ذات قرار ومعين، الغوطة.

Maka tempat yang dimaksudkan oleh baginda pada pendapat ini bukanlah keseluruhan Damsyik tetapi salah satu daerah yang terdapat di dalam Damsyik iaitu Ghutah. Penulis kertas kerja sendiri telah sampai kesana dan memang kawasan tersebut dipenuhi dengan pohon yang menghijau dan suasana yang begitu nyaman sekali terutama di musim panas yang kebiasaannya hadir pada bulan lima hingga lapan setiap tahun.


4-Muhammad Bin Khalid Bin Umayyah al-Hasyimi

Seterusnya kita dapat lihat bagaimana pendapat mengenai kelebihan Damsyik hingga disebut di dalam kitabNya secara tidak langsung, pendapat ini dikemukakan oleh Muhammad bin Khalid al-Hasyimi. Kenyataan beliau lebih menjurus kepada membuktikan kelebihan Damsyik berdasarkan perintah Allah dengan menyuruh nabi Isa Bin Maryam a.s dan ibunya tinggal di Damsyik. Ini jelas kelihatan di dalam kenyataan beliau di bawah:-

وعن محمد بن خالد بن أمية الهاشمي قال: ثم إن الله تبارك وتعالى أمر عيسى بن مريم عليهما السلام وأمه أن يسكنا دمشق، وهي إرم ذات العماد.

5-Al-Hasan al-Basri

Pendapat yang dikemukakan kali ini hampir sama dengan pendapat yang dikemukan oleh Ibnu Abbas dan juga Yazid bin Sajarah yang lebih terarah dan condong dengan mengatakan Damsyik adalah tempat yang dimaksudkan oleh nabi s.a.w di dalam penerangan mengenai ayat al-Quran tersebut. Kelihatan beliau memberikan dua kenyataan yang agak berbeza tetapi semuanya menyatakan Damsyik adalah tempat yang dimaksudkan. Di bawah ini dalah kenyataan yang beliau mengenai maksud zatu qararin wa ma’in :-

وقال الحسن: في قوله: " ذات قرار ومعين " ذات معيشة تقوتهم وتحملهم، وماء جار. قال: هي الربوة، هي دمشق. وقال الحسن البصري: " ذات قرار ومعين " قال: ذات ثمار وكثرة ماء. قال: هي دمشق.

Pada beliau zatu qararin wa ma’in adalah merupakan satu tempat yang mampu memberikan kepada manusia makanan dan juga mampu menjadikan tempat itu sebagai sebuah penempatan yang sesuai dan kata al-Rabwah pula maksudnya ialah Damsyik. Selain itu beliau juga menyatakan zatu qararin wa ma’in adalah tempat yang mempunyai buah dan sumber air yang banyak tempat tersebut juga adalah Damsyik.


6-Said bin Jubiar

Pendapat yang dikemukan kali ini tidak pula menyatakan dan menyebut nama Damsyik berbanding pendapat-pendapat sebelumnya,tetapi ianya lebih kepada menerangkan makna rabwah zatu qaririn. Kenyataan beliau adalah seperti berikut:-

وعن سعيد بن جبير: " ربوة ذات قرار " قال: الربوة النشز من الأرض. والقرار: المستوي.

Beliau menjelaskan maksud bagi dua patah perkataan al-Rabwah dan juga al-Qarar. Maksud bagi al-Rabwah ialah tanah tinggi manakala al-Qarar pula membawa maksud sama rata. Apakah beliau saja yang tidak menyetujui Damsyik adalah tempat yang dimaksudkan itu tidak kita mengetahuinya hanya yang kelihatan beliau lebih menerangkan maksud perkataan yang disebut oleh baginda s.a.w, yang jelas ianya lebih ke arah penghuraian bahasa semata-mata.


7-Mansur bin Abi Muzahim

Menariknya pendapat yang terakhir ini lebih cenderung ke arah untuk menyimpulkan pendapat-pendapat yang telah dikemukan sebelum ini. Kelihatan jelas sekali beliau menyokong pendapat-pendapat yang menyatakan Damsyik adalah tempat yang dimaksudkan dari ayat yang disebutkan di dalam al-Quran itu, kita boleh melihat pendapat beliau ini seperti berikut dibawah:-

. قال منصور بن أبي مزاحم: وهذا التفسير موجود في صفة ربوة دمشق، فلا يمتنع أن يكون هو الحق.

Beliau menyatakan setiap penafsiran yang dilakukan sememangnya terarah Damsyik adalah tempat yang dimaksudkan. Maka tidaklah menjadi halangan untuk menjadikan kenyataan dan pandangan ini sebagai sesuatu yang benar atau pasti.

KESIMPULAN

Setelah meneliti segala yang dikemukakan di dalam kitab ini jelas kelihatan banyak kazhanah dan rahsia perlu dicungkil lagi agar generasi akan datang mengetahui tempat-tempat yang pernah disebutkan di dalam al-Quran dan hadis nabi. Ramai juga di kalangan umat Islam tidak mengetahui tempat-tempat yang pernah disebut di dalam kalam-kalam ilahi sama ada disebut secara jelas atau tersembunyi. Lebih-lebih lagi Syam atau Syria yang masih belum dikenali ramai lagi sejarahnya buat umat Islam Malaysia. Ini mungkin kerana sistem kerajaannya sebelum ini tidak mengamalkan dasar terbuka kepada mana-mana pihak menjadikan Syria dan tempat-tempat bersejarah di dalamnya tidak begitu dikenali sedangka sejarah yang ada banyak memainkan peranan pembagunan Islam secara khusus dan manusia secara amnya.

Dalam usaha untuk menggali lebih mendalam lagi sejarah atau yang berkaitan dengan sejarah bagi sesuatu tempat penulis memberikan beberapa cadangan yang berikut, selain tempat yang bersejarah itu boleh dilawati sebagai umat Islam ianya juga dapat mengimbau kembali sejarah yang telah berlaku dan juga dapat menyumbang kepada ekonomi setempat negara tersebut, cadangan tersebut ialah:-

•Mengkaji dan mendalami tempat bersejarah yang kurang dikenali.
•Mewujudkan satu pasukan melakukan kajian sama ada secara perpustakaan atau melawati tempat tersebut.
•Memastikan pasukan yang menganggotai pasukan ini berkemampuan berbahasa Arab dengan baik sama ada dari segi pertuturan dan penulisan.
•Berterusan melakukan terjemahan untuk hebahan ilmu kepada umum.

Dengan usaha yang gigih dengan izinNya segala tempat yang pernah dinyatakan di dalam al-Quran dapat dikenali oleh umat Islam khususnya di Malayisa, bilangan umat Islam pun semakin hari semakin ramai alangkah ruginya tempat-tempat ini tidak dihebahkan untuk tatapan umum.


RUJUKAN

Muhammad bin Mukarram bin Ali bin Ahmad Ibnu Manzur. Mukhtasar Tarikh
Dimashq. al-Maktabah al-Syamilah. Arab Saudi.

Abu al-Qassim Ali bin al-Hassan bin Habibatullah Ibnu Asakir al- Dimashqi.
Tarikh Dimashq.al-Maktabah al-Syamilah. Arab Saudi.

Selasa, 31 Ogos 2010

Asal Usul Nama Syam Dan Kelebihan Damsyik Daripada al-Quran

PENDAHULUAN

Al-Quran banyak menceritakan tempat-tempat yang telah pun menjadi sejarah buat umat Muhammad sejak hampir lima belas kurun lamanya. Malah banyak juga sejarah yang tidak dicungkil oleh umat Islam kini. Sejarah seperti dimana berhentinya kapal nabi Nuh a.s yang dikatakan terdampat di Bukit Judy, Turki masih lagi menjadi misteri lantaran tiada kajian yang dilakukan secara tepat dan mendalam. Sejarah Islam yang berkaitan dengan negera-negara yang bukan Arab tetapi memberi sumbangan besar pada tamadun umat manusia juga banyak belum di rungkai secara mendalam.


Di dalam ruangan yang terhad ini penulis kertas kerja ini sekadar merungkai dan memberi sedikit penerangan sekadar yang termampu dari diri penulis yang masih dalam proses belajar dan pembelajaran dalam menghadami karya-karya asal yang banyak ditulis di dalam bahasa Arab. Sebenarnya buku yang menjadi rujukan penulis adalah kitab yang berjudul Tarikh Dimashq yang dikarang oleh Ibnu Asakir dan juga kitab Mukhtasar Tarikh Dimashq yang dikarang oleh Ibnu Manzur. Kitab yang pertama merupakan induk kepada kitab yang kedua, ini kerana Ibnu Manzur meringkaskan kitab Ibnu Asakir untuk lebih mudah difahami oleh orang yang ingin mengenali sejaranh yang berlaku di Damsyik atau Syam secara keseluruhannya. Maka penulisan yang terkandung di dalam kertas kerja ini ini adalah dari kitab yang ditulis oleh Ibnu Manzur dari bab yang bertajuk Ihstiqoq Ismu al-Tarikh Wa al-Faidah Bi al-‘Inayah Bihi.


Moga usaha yang sedikit ini mendapat manfaat dari pihak pembaca. Segala yang baik hadir dariNya dan segala yang buruk datang dari pihak penulis. Segala komentar dan cadangan amat-amatlah dihargai moga usaha menkaji dan mengenali tempat yang disebut di dalam al-Quran ini diberi ganjaran sepatutnya dariNya.



ASAL USUL NAMA SYAM


ذكر أصل اشتقاق تسمية الشام

قال أبو الجلد: الأرض أربعة وعشرون ألف فرسخ، منها ألف فرسخ للعرب، ولسائر الناس البقية. قال: والشام فيه وجهان: يجوز أن يكون مأخوذاً من اليد الشؤمى: وهي اليسرى، ويجوز أن يكون فعلى من الشؤم، وقد أشأم: أتى الشام. وقال أبو الحسين بن فارس: أما الشام فهو فعل من اليد الشؤمى: وهي اليسرى، يقال: أخذ شأمة أتى على يساره، وشأمت القوم ذهبت على شمالهم. وقال قوم: هو من شوم الإبل وهي سودها وحضارها هي البيض. ورجل شآم من أهل الشام. وقال ابن المقفع: سميت الشام بسام بن نوح، وسام اسمه بالسريانية شام وبالعبرانية شيم. وقال الكلبي: سميت الشام بشامات لها حمر وسود وبيض، ولم ينزلها سام قط. وقيل: سميت الشام لأنها عن شمال الأرض كما أن اليمن أيمن الأرض. وقالوا: تشاءم للذين نزلوا الشام. وقال بعض الرواة: اسم الشام الأول سورية، وكانت أرض بني إسرائيل، قسمت على اثني عشر سهماً فصار لكل قسم تسعة أسباط ونصف في مدينة يقال لها شامرين وهي من أرض فلسطسين، فصار إليها متجر العرب في ذلك الدهر، ومنها كانت ميرتهم فسموا الشام بشامرين ثم حذفوا فقالوا الشام.


Tajuk yang diingin diulas dan menerangkan apa yang di ambil dari kitab Mukhtasar Tarikh Dimasyq mengenai asal usul nama Syam yang kini lebih dikenali sebagai Syria walaupun terdapat dikalangan lain yang mengatakan Syam itu termasuk negara-negara seperti Palestin, Lubnan, Jordan dan juga sebahagian daripada Iraq atau dikenali sebagai Badiah al-Syam. Penulis tertarik untuk mengulas dan menerangkan apa yang terkandung di dalam tajuk ini kerana pernah berada di Syria hampir enam tahun kerana menyambung pengajian. Di dalam tajuk ini kita dapat melihat bagaimana penulis kitab ini iaitu menceritakan asal usul nama Syam itu terjadi, seperti yang tercatit di dalam tajuk ini terdapat beberapa nama yang memberikan pandangan mereka mengenai asal nama Syam ini, terdapat empat nama yang disebut di dalam tajuk ini mengenai asal usul nama ini. Di bawah ini penulis membahagikan nama-nama tersebut untuk menjadi kemudahan kepada pembaca mengenali lebih jelas lagi asal usul tempat yang pernah disebut oleh nabi Muhammad dan juga disebut secara tidak langsung di dalam kitabNya, nama-nama tersebut ialah:-

1-Abu al-Jild
Beliau menyatakan Syam berasal dari kenyataan beliau yang berbunyi:-
قال: والشام فيه وجهان: يجوز أن يكون مأخوذاً من اليد الشؤمى: وهي اليسرى، ويجوز أن يكون فعلى من الشؤم، وقد أشأم: أتى الشام
Pada beliau Syam berasal dari dua cara, cara yang pertama boleh diambil dari perkataan al-Yad al-Syu’ma yang bermaksud tangan kiri, malah boleh juga diambil dari perkataan al-Syu’um yang bermaksud telah datang ke Syam.




2-Abu al-Husin bin Faris
Beliau pula menyatakan beberapa lagi asal usul nama Syam dengan dikemukan juga beberapa kenyataan yang dipetik dari orang kebanyakkan, kenyataan beliau adalah seperti berikut:-
وقال أبو الحسين بن فارس: أما الشام فهو فعل من اليد الشؤمى: وهي اليسرى، يقال: أخذ شأمة أتى على يساره، وشأمت القوم ذهبت على شمالهم. وقال قوم: هو من شوم الإبل وهي سودها وحضارها هي البيض. ورجل شآم من أهل الشام.

Beliau pula menyatakan asal usul nama Syam pula pada beliau adalah merupakan perbuatan dari tangan kiri, kenyataan ini dapat dilihat dari perkataan al-Yad al-Sya’uma. Beliau juga menyatakan asal usul nama Syam ini dari kenyataan yang berbentuk umum melalui ayat yang dimulakan dengan kata kerja Yuqal dan juga beliau merujuk juga kepada kenyataan yang berasal dari sesebuah kaum atau bangsa, bangsa dan kaum yang dimaksud ini ialah kaum arab, ini dapat dilihat dari kata yang berbunyi Qala Qaumun. Apa yang dinyatakan oleh beliau ini kelihatan beliau ingin menguatkan lagi hujah beliau mengenai asal usul nama Syam ini, setelah beliau memberikan makna tangan kiri tersebut beliau terus mendatangkan ayat yang bermaksud “diambil al-Syaa’mah itu ialah datang dari kiri” , beliau juga menyertakan lagi ayat yang lain untuk menguatkan hujahnya dengan ayat yang bermaksud “Berkiri-kiri kaum itu iaitu telah pergi dari arah kiri mereka”. Seterusnya beliau juga mengambil dari kata-kata kaum Arab mengenai asal usul kalimat ini iaitu Wahuwa Min Syaum al-Ibil Wahuwa Sauduha Wa Hidaruha Hiya al-Baidhu yang memberi penerangan perkataan Syam ini hadir dari kalimat ini. Setelah itu beliau juga menyebut tentang asal usulnya dari perkataan Rajul Sya’am adalah dari kalangan orang-orang Syam.


3-Ibnu al-Muqaffa’
Pada kali ini Ibnu al-Muqaffa’ menyatakan asal usul Syam ini tidak sama dengan dua kenyataan yang telah dikemukan tadi yang kelihatan lebih cenderung ke arah yang berkaitan dengan bahasa Arab itu sendiri. Tetapi beliau pula menyatakan kalimat Syam ini berasal dari nama salah seorang anak nabi Nuh a.s iaitu Sam. Ini dapat dilihat dari kenyataan beliau yang berbunyi:-
وقال ابن المقفع: سميت الشام بسام بن نوح، وسام اسمه بالسريانية شام وبالعبرانية شيم.
Ayat di atas memberi maksud dinamakan Syam itu dari nama Sam bin Nuh a.s. Nama Sam itu sendiri mempunyai sebutan yang berbeza dari dua bahasa yang berlainan. Jika dilihat daripada bahasa al-Sirayaniah nama Sam dipanggil dengan nama Syam, manakala di dalam bahasa al-Ibraniah yang pula Sam dipanggil dengan nama Syim.

4-Ibnu Kalbi
Ibnu Kalbi pula menyatakan asal usul nama Syam ini bukanlah disebabkan nama Sam atau keturunan Sam bin Nuh a.s sahaja yang pernah bermastautin di situ. Tetapi beliau menyatakan :
وقال الكلبي: سميت الشام بشامات لها حمر وسود وبيض، ولم ينزلها سام قط.
Maksud dari kenyataan di atas dinamakan Syam adalah disebabkan Syamat terdapat di dalamnya terdapat kaum yang mempunyai warna kulit yang pelbagai samada yang berwarna merah, hitam dan putih, bukan saja Sam yang pernah tiba di Syam.

5-Sumber Yang Pelbagai
Sumber ini tidak dinyatakan secara jelas di dalam kitab yang menceritakan tentang asal usul nama Syam ini, kebiasaannya ianya akan ditulis dengan maksud telah diperkatakan oleh sebahagian ahli riwayat atau di dalam bahasa Arab ianya akan ditulis Qala Ba’da al-Ruwat. Sumber dari sebahagian ahli riwayat juga tidak dapat ditolak untuk mencari asal usul bagi nama Syam, di bawah ini dinyatakan perkara itu:-
وقال بعض الرواة: اسم الشام الأول سورية، وكانت أرض بني إسرائيل، قسمت على اثني عشر سهماً فصار لكل قسم تسعة أسباط ونصف في مدينة يقال لها شامرين وهي من أرض فلسطين، فصار إليها متجر العرب في ذلك الدهر، ومنها كانت ميرتهم فسموا الشام بشامرين ثم حذفوا فقالوا الشام.
Pada pendapat yang ini, Syria adalah nama awal bagi Syam. Syria juga merupakan tanah bagi Bani Israel pada masa dahulu, dibahagikan Syria ini kepada dua belas bahagian, setiap satu bahagian mempunyai sembilan setengah suku kaum di sebuah bandar. Bandar tersebut dipanggil dengan nama Syamirin ianya terletak di tanah Palestin. Syamirin ketika itu menjadi tempat tumpuan para peniaga untuk melakukan perniagaan. Tempat ini dinama Syam dari nama Syamirin setelah dibuang beberapa huruf dari nama tersebut.

Terdapat juga pendapat lain mengenai asal usul nama Syam ini. Menariknya pendapat ini tidak pula kelihatan yang mempunyai kaitan dengan bahasa Arab yang di ambil dari mana-mana kaum atau bangsa atau diambil dari nama seseorang. Pendapat tersebut juga berdasarkan dari kata fe’el madhi yang majhul yang tertulis Qila, asal usul bagi Syam dari pandangan ini adalah seperti di bawah:-
وقيل: سميت الشام لأنها عن شمال الأرض كما أن اليمن أيمن الأرض.
Kenyataan kali ini mengenai asal usul nama Syam kerana kata nama ini mempunyai maksud tanah yang terletak di utara malah sememangnya Syam kini terletak di sebelah utara sebagai sebuah tempat paling akhir bersempadan dengan Turki. Nama Syam yang berasal dari tanah yang utara ianya sama seperti Yaman yang terletak di bahagian tanah yang kanan.

Sabtu, 21 Ogos 2010

Sejarawan Halab Ibnu al-Adim (siri 11) sambungan penutup

Dengan segala sejarah dan penceritaan yang tercatat di dalam kitab Zabdatul Halan Fi Tarikh Halab ini dapat di simpulkan beberapa faedah untuk pembaca dalam membaca sejarah yang telah berlaku. Sejarah bukan sahaja untuk di baca malah ianya juga menjadi panduan kepada semua manusia yang menetap di muka bumi ini untuk menilai, mengkaji dan mengambil segala yang buruk itu untuk di jadikan sempadan. Kitab ini memberikan kepada kita segala macam bentuk pengajaran yang boleh di ambil utk di jadikan pedoman, antara faedah yang boleh di dapati di dalam kitab Zabdatul Halab ini ialah:-

I. Memperingati individu yang di sebut di dalam sejarah untuk di jadikan iktibar dan sempadan. Sebagai manusia yang lemah dan mempunyai emosi yang adakalanya membuatkan manusia itu tidak stabil memerlukan satu contoh dan idola dalam menggerakkan jiwanya untuk menjadi lebih kental dan kuat dalam menghadapi cabaran hidup, malah untuk mengejar kejayaan satu idola juga memainkan peranan penting dalam menuju dan mencari kejayaan yang di impikan. Jiwa manusia memang telah di cipta mempunyai kecenderungan untuk mencari seorang idola. Perlu juga diingatkan setiap individu yang di sebut di dalam sejarah pelu di sebut dari dua-dua sudut yang menampilkan kebaikan dan keburukan. Jika hanya sekadar menyebut keburukan sahaja di bimbangi contoh yang tidak baik akan menjadi ikutan, maka sudut yang menonjolkan kebaikan itu perlu di berikan penekanan agar dapat di jadikan dorongan untuk berjaya dengan budi pekerti yang luhur.

II. Mampu memberikan pengetahuan yang luas pada seseorang individu hingga menjadikan individu tersebut mampu mengenali dan mengkaji segala pengalaman dan peristiwa yang telah berlaku pada sesuatu bangsa, umat dan juga orang perseorangan. Pengetahuan yang begini mampu menjadikan seseorang itu membuat keputusan yang tepat dalam menghadapi segala tribulasi kehidupan malah menjadikan langkahan begitu tepat dan teratur untuk melayari kehidupan di dunia.

III. Dapat mengenali ikatan yang terjalin di antara setiap kabilah, bangsa dan umat-umat yang berada di dunia ini, dengan cara begini dapat melahirkan rasa cinta, kasih dan menimbulkan sikap percaya pada orang lain malah mampu menjadi benteng pertahanan yang jitu jika ada penyelewangan yang mungkin di timbulkan oleh pihak lain untuk mencerobohi hak-hak yang tertentu.

IV. Mempelajari dan mengkaji segala undang-undang yang berkaitan dengan hubungan sesama bangsa dan agama. Setiap pergerakan individu dan bangsa yang menetap muka bumi ini terikat dengan undang-undang yang berkaitan dengan kemasyarakatan, ekonomi dan politik. Bagi pengkaji yang mengkaji ini semua mereka mampu menggerakan bangsa atau agama ke arah yang lebih baik di masa hadapan. Sikap bersaing untuk maju, bekerjasama, melahirkan perasaan kasih sayang, memupuk persaudaraan di antara individu akan terhasil jika memahami sikap dan budaya setiap bangsa dan agama yang ada di dunia ini dengan sebaiknya. Malah dengan mempelajari dan mengkaji sejarah juga, kita dapat mengenali jatuh bangun sebuah kerajaan dan tamadun untuk di ambil pengajaran dan iktibar daripada apa yang telah berlaku agar dapat membina agama, bangsa dan negara yang gemilang, terbilang dan cemerlang.


V. Sejarah mampu membantu orang-orang politik dalam merencana dan mengurus sebuah kerajaan dari pelbagai sudut. Ini kerana sejarah mengajar golongan politikus cara yang tepat dan bijaksana dalam memahami keadaan pergerakan manusia terhadap segala perancangan yang telah di rencanakan. Adakah penduduk di negara tersebut mampu memahami apa yang sedang atau akan di rencanakan oleh sebuah kerajaan? Di sini terletak kebijaksanaan pemimpin yang mengetuai sebuah kerajaan. Keputusan yang di rencanakan oleh kerajaan sekiranya lebih memberi keburukan dari kebaikan dapat di elak jika politikus terbabit mengenali segala permasalahan yang di hadapi oleh rakyat yang dipimpimnya. Malah perjanjian kedamaian atau genjatan senjata yang ingin di lakukan tidak akan tercapai jika tidak mengkaji dan meneliti sejarah sesuatu bangsa dan negara tersebut.

Sesungguhnya seni yang terdapat di dalam sejarah merupakan seni yang teragung di dalam mazhabnya, mampu memberikan faedah yang tidak ternilai serta mampu memberikan hala tuju yang murni. Ianya memberikan kepada kita suasana yang telah berlaku di dalam sebuah bangsa dari sudut moralnya, menceritakan mengenai nabi-nabi yang tercatit dalam sejarah mereka dan juga raja-raja yang memerintah di sebuah negara serta hala tuju politik mereka. Semua yang terjadi boleh kita jadikan pengajaran, sempadan dan ikutan bagi sesiapa yang bergelumang dengan situasi dan cabaran agama dan dunia. (Ibnu Khaldun)


RUJUKAN

Abdul Aziz Salim. 1981. al-Tarikh Wa al-Muarikhuna al-Arab. Dar al-Nahdah
Al-Arabiyah. Beirut.Lubnan

Kamaluddin Ahmad bin Ahmad bin Abi Jaradah. 1997. Baghyatul Talab Fi Tarikh Halab. Dar al-Kitab al-Arabi.

Kamaluddin Ahmad bin Ahmad bin Abi Jaradah. Baghyatul Talab Fi Tarikh Halab. al-Maktabah al-Syamilah. Arab Saudi.

Kamaluddin Ahmad bin Ahmad bin Abi Jaradah. 1986. Baghyatul Talab Fi Tarikh Halab. Universiti Frankfurt. Jerman.

Yaqut al-Hamawi. Mu’jam al-Udaba’. Maktabah al-Syamilah. Arab Saudi.

al-Sadafi. al-Wafi Bi al-Wafiyat. Maktabah al-Syamilah. Arab Saudi.

Kamaluddin Ahmad bin Ahmad bin Abi Jaradah. Zabatul Halab Fi Tarikh Halab.
al-Maktabah al-Syamilah. Arab Saudi.

Jaridatu al-Usbu’ al-Adabi al-‘Adad 1091. 2008.

Ibnu Taghri Baradi. Al-Nujum al-Zahirah Fi Muluk Misri Wa al-Qaherah.
al-Maktabah al- Syamilah. Arab Saudi.

Muhammad Raghib al-Tabbakh. 1988. Iklam al-Nubala’ Bi Tarikh Halab al- Sahba’.Halab. Syria.

al-Mausu’ah al-Sa’riyah al-Isdar al-Thailith. al-Mujammak al-Thaqafi. Emiriah Arab Bersatu.

Laman sesawang www.alwarraq.com

Laman sesawang www.aleppo-sy.com

Ahad, 1 Ogos 2010

Sejarawan Halab Ibnu al-Adim (siri 10)

PENUTUP

Setelah di kaji dan meneliti segala maklumat yang ada mengenai pengarang kitab Zabdatul Halab dan pengarangnya, perkataan yang boleh di ungkapkan ialah umat Islam berada di dalam kerugian yang amat sangat kerana mengabaikan permata hebat ini yang telah menyinari dunia Islam suatu ketika dulu. Buku beliau telah hilang entah di mana, syair-syair karangan beliau mengenai sejarah juga tidak di bukukan malah bakat beliau di dalam bidang kaligfari juga hanya di abadikan di Halab, hanya pelajar di sekolah tersebut dapat melihat tinggalan sejarah oleh sejarawan ulung dari utara Syam ini. Bagaimana hak kita sebagai orang Islam sepatutnya mengenali sejarah terutama berkaitan dengan sejarah nabi atau yang mempunyai nilai membangkitkan semangat kepewiraan di dalam diri orang Islam yang semakin hari semakin jauh dari mengenali nabi dan juga tokoh-tokoh yang banyak menyumbangkan tenaga dan pengorbanan untuk menjadikan Islam gagah dan hebat di mata penguasa barat ketika itu. Halab perlu di ketahui sejarahnya, perlu di gali lagi mencari keistimewaanya yang banyak melahirkan tokoh-tokoh yang hebat di dalam sejarah seperti Salahuddin al-Ayyubi, Nuruddin al-Zanki malah tidak ketinggalan Ibnu al-Adim sendiri yang merupakan anak jati dari Halab.

Kerugian yang di rasakan ini sebenarnya berasas untuk di ungkapkan, ini kerana buku karangan beliau amatlah bernilai tetapi tidak pernah lengkap atau tiada usaha untuk menyusun kitab-kitab atau buku karangan beliau atau menjadikan buku-buku karangan Ibnu al-Adim sebagai bahan asas penulisan mengenai Halab. Kitab beliau yang berjudul Baghyatul Talab Fi Tarikh Halab tidak dapat di sempurnakan walaupun ada di simpan di Istanbul Turki dari tulisan tangan asal beliau yang kelihatan sukar untuk di baca, malah kitab beliau yang menjadi ringkasan kepada sejarah Halab ini iaitu Zabdatul Halab Fi Tarikh Halab juga hanya boleh di dapati sebanyak satu pertiga dari buku beliau ini. Inilah kerugian yang di maksudkan, usaha dan pengorbanan yang di lakukan boleh penulis bukanlah sedikit, lebih-lebih lagi beliau pernah menjawat beberapa jawatan yang agak tinggi sepanjang hidupnya. Sudah tentukan kesibukan menjalankan amanah sebagai menteri mahupun tenaga pengajar serta di hambat masa untuk menyiapkan sesebuah penulisan bukanlah satu tugas mudah. Tetapi beliau tetap komited dan ikhlas di dalam penulisan beliau, sebab itu setiap ulasan yang beliau berikan mengenai sesuatu peristiwa dengan tidak melibatkan emosi yang melampau atau fanatik terhadap sesuatu isu atau sejarah, malah mengungkapkannya dengan cara yang begitu amanah dan adil sekali. Beliau menceritakan mengenai sejarah yang berkaitan dengan Islam dengan cara menyebut dua-dua perkara yang positif mahupun negatif secara sama rata tanpa membuatkan pihak lain terasa seperti di aibkan atau terlalu memberi pujian yang melampau. Begitu juga ketika beliau menulis satu peristiwa atau sejarah, beliau tidak di kuasai oleh rasa emosi atau kecenderungan terhadap agama, politik mahupun kemasyarakatan.
Usaha-usaha yang di lakukan oleh beberapa pengarang untuk menyambung warisan yang di tinggal oleh Ibnu al-Adim seperti Ahmad bin Ibrahim Ibnu al-‘Ajami pengarang kitab Kunuz al-Zahab Fi Tarikh Halab dan al-Dur al-Muntakhab Fi Tarikh Mamlakah Halab karangan Abu Walid Majduddin Muhammad bin Muhammad wajar di puji dan mestilah di jaga sampai bila, tanpa usaha yang di lakukan oleh pengarang-pengarang ini mungkin nanti kita hanya mengenali Ibnu al-Adim sekadar mendengar namanya dalam lipatan sejarah tanpa dapat melihat hasil tinggalan yang beliau telah beliau lakukan untuk tatapan generasi akan datang. Inilah sumbangan yang telah di berikan oleh Ibnu al-Adim untuk generasi setelah kewafatan beliau hingga melahirkan beberapa sejarawan yang mampu menyambung usaha yang telah beliau lakukan pada awalnya, boleh juga di ibaratkan Ibnu al-Adim membuka pintu atau membuka ruang untuk penulis yang berkaitan dengan sejarah Halab untuk terus menggali sejarah yang pernah terakam di kawasan yang mempunyai sejarah yang panjang semenjak awal kejadian manusia. Penulis sendiri pernah melawat beberapa tempat bersejarah di Halab yang pernah di sebutkan di dalam kitab Zabdatul Halab ini, terasa bangga kerana dapat menyelusuri tinggalan-tinggalan sejarah ini yang dulu hanya sekadar mendengar tanpa menghayati dengan melihat dengan mata sendiri.

Ahad, 11 Julai 2010

Bahasa-Bahasa Yang Terdapat Di dalam al-Quran كتاب اللغات في القرآن من أوله إلى آخره

كتاب اللغات في القرآن من أوله إلى آخره

لغة قريش وهذيل وكنانة والأوس والخزرج وخثعم وقيس عيلان وسعد العشيرة وجرهم واليمن وأزدشنوءة وكندة وتميم وحمير ومدين ولخم وحضرموت وسدوس والحجاز وأنمار وغسّان وبني حنيفة وتغلب وطيء وعامر بن صعصعة ومزينة وثقيف وجذام والفرس والنبط والحبشة والسريانية والعبرية والقبط والروم والعمالقة

الكتاب : اللغات في القرآن المؤلف : ابن حسنون

Bahasa-Bahasa Yang Terdapat Di dalam al-Quran

Bahasa Quraisy
Bahasa Huzail
Bahasa Kinanah
Bahasa al-Aus
Bahasa al-Khazraj
Bahasa Khas’am
Bahasa Qees ‘Ilan
Bahasa Saad al-‘Asyirah
Bahasa Jurhum
Bahasa Yaman
Bahasa Azadsyanuah
Bahasa Kindah
Bahasa Tamim
Bahasa Himyar
Bahasa Lakham
Bahasa Hadrhamaut
Bahasa Sadus
Bahasa al-Hijjaz
Bahasa Anmar
Bahasa Bani Hanifah
Bahasa Taghlab
Bahasa Wati’
Bahasa Amir bin Sa’sa’ah
Bahasa Mazinah
Bahasa Thaqif
Bahasa Jazzam
Bahasa al-Furs
Bahasa al-Nabt
Bahasa al-Habsyah
Bahasa al-Siryaniah
Bahasa al-Ibriyah
Bahasa al-Qibt
Bahasa al-Rum
Bahasa al-‘Amaliqah

Sumber: Kitab al-Lughat Ibnu Hasnun

Rabu, 30 Jun 2010

Kisah Benar Di Sebalik Kemasukan 40 Ulama Muda Ke Dalam UMNO

KUALA LUMPUR, 30 Jun: Baru minggu lepas, Ustaz Mohd Hosni Mubarak bin Abdul Hamid, 27 tahun, digelar salah seorang dari 40 ulama muda yang menyertai Umno. Kini, Mohd Hosni (gambar) adalah antara penceramah yang top di dalam PAS dan Pakatan Rakyat. Hampir setiap malam beliau mendapat undangan untuk memberikan ceramah di seluruh negara.

Malam tadi beliau bersama dengan Haji Mohamd Sabu berceramah... dan malam ini beliau akan ke Klang pula. Esok dan lusa beliau akan ke Johor dan Melaka untuk memberikan ceramah.
Semuanya kerana gelaran ulama muda yang diberikan oleh Umno kepada beliau dan 39 yang lain."Saya sebenarnya rasa tertipu dengan apa yang berlaku....itulah yang saya terangkan di setiap kali ceramah saya," kata Mohd Hosni ketika datang berkunjung ke pejabat Harakahdaily.

Mohd Hosni bersama tiga rakannya yang belajar di Universiti Al Albyt, Jordan adalah antara mereka yang bersama dalam majlis menyerahkan borang menyertai Umno oleh 40 ulama muda kepada Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak. Keempat-empat mereka diperdaya oleh ayah kepada salah seorang rakan mereka kononnya Perdana Menteri mahu berjumpa dengan bekas pelajar Jordan.

"Jadi, pada saya apa salahnya berjumpa dengan Perdana Menteri," kata Mohd Hosni yang kini menjadi tenaga pengajar di Maahad Tahfiz Intergrasi dan Teknologi Selangor yang terletak di Klang. Mereka diberitahu pertemuan akan diadakan di hotel Legend yang terletak di seberang jalan bangunan Umno. Namun, apabila sampai ke hotel itu, beliau dan rakan-rakan di bawa turun dengan eskalator dan seterusnya menyeberang jalan ke bangunan Umno dan di bawa masuk ke dalam satu dewan.

Di sana sudah ada ramai orang yang kelihatan macam orang PAS, orang Tabligh dan sebagainya berdasarkan pakaian mereka. "Jadi saya senang hatilah," kata Mohd Hosni lagi. Namun tidak lama kemudian, kesemua mereka disuruh berbaris kerana PM sudah mahu sampai. Lalu mereka berbaris menyambut ketibaan PM dengan dihujani oleh lampu flash juru gambar yang memenuhi majlis itu.

Selepas itu, Datuk Seri Shahidan menyerahkan satu sampul surat kepada PM dan memberitahu itu adalah borang-borang permohonan menyertai Umno dari 40 ulama muda yang ada dalam majlis itu. Najib tanpa bercakap apa-apa terus meninggalkan majlis selepas itu dan Shahidanlah yang mengendalikan sidang akhbar selepas itu.

Mulai dari situ, barulah Mohd Hosni dan tiga rakannya lagi sedar bahawa mereka telah tersalah tempat dan terpedaya kerana bukanlah hajat mereka mahu menyertai Umno. Namun, kesan dari situ, Mohd Hosni kini menjadi buruan majlis-majlis ceramah Pakatan Rakyat khasnya majlis ceramah PAS. Nama beliau dan isu ulama muda menyertai Umno menjadi pelaris kepada majlis ceramah PAS kerana orang ramai ingin tahu apa sebenarnya yang berlaku di majlis itu.

sumber: www.harakahdaily.net

Khamis, 24 Jun 2010

زيدان يرّشح منتخب التانغو الارجنتين Zidane Memilih Argentina Sebagai Calon Juara Piala Dunia 2010

زيدان يرّشح منتخب التانغو

أعلن زين الدين زيدان القائد السابق لمنتخب فرنسا لكرة القدم خلال دردشة مع الصحفيين، أنه يرى منتخب الأرجنتين بطلاً لكأس العالم في نسختها التاسعة عشرة.
وأكد الفرنسي الفائز بجائزة أفضل لاعب في العالم في العام 1998 أن منتخب الأرجنتين هو الأكثر إقناعاً حتى هذه اللحظة، ليس فقط بسبب قدراته الهجومية الخارقة إنما كون رفاق ميسي لا يفوتون أي شيء "فهم على قدر كبير من التنظيم لناحية الدفاع أيضاً".
وأضاف صانع أمجاد فرنسا في كأس العالم 1998 أن أبناء المدرب مارادونا أظهروا تماسكاً فظيعاً في مباراتهم الافتتاحية أمام نيجيريا ولم يدخل في مرماهم إلا هدف واحد حتى الآن. وتابع زيدان قائلاً: "هناك منتخبات قوية لا يستهان بها ستنافس بشراسة على اللقب وقد تحدث العديد من المفاجآت".
وعلّق زيدان على الأزمة التي تعصف بمنتخب الديوك قائلاً: "عندما كنت لاعباً لم أكن أعترض على التشكيلة التي يضعها المدرب، كنت قائد الفريق لكن رغم ذلك لم أتدخل. يجب احترام المدرب والأعراف، فالمدرب يضع التشكيلة وعلى اللاعبين احترام ذلك".
وتابع الفرنسي: "في نهاية المطاف سيتذكر العالم اسم الفائز باللقب وبأن لاعبي منتخب فرنسا رفضوا خوض تمارينهم اليومية. لا يمكنني أن أتضامن معهم، فما جرى غير مقبول".

مصدر:
aljazeerasport.net