Jumaat, 8 Jun 2012

Sejarah Sekolah Pondok di Malaysia -Part 6-

Peringkat pertengahan atau menengah terdiri daripada pelajar-pelajar yang telah pun mempunyai asas-asas pengetahuan agama Islam. Mereka menggunakan kitab-kitab Jawi yang lebih tinggi sedikit dalam semua bidang di samping mempelajari Nahu, Saraf,  Bahasa Arab, Tauhid dan Fekah.
            Pada peringkat tinggi pula pelajar-pelajar telah pun mempunyai kemampuan untuk mengikuti kursus yang lebih tinggi daripada peringkat rendah dan menengah, pelajarannya pula lebih mendalam dengan menumpukan kepada kitab-kitab berbahasa Arab dalam usaha menggali apa yang telah ditulis oleh ulama-ulama muktabar pada masa dahulu. Menariknya kitab-kitab yang dipelajari dipondok tidak boleh didapati di sekolah aliran kebangsaan,  ini kerana buku-buku yang digunapakai ialah buku-buku yang telah disediakan oleh pihak kementerian yang mesti selari dengan KBSR atau KBSM, apa yang ditetapkan oleh kementerian adakalanya terpaksa diubah, dikemaskini hingga adakalnya kelihatan terlalu lebih mengejar nilai komersial dan keuntungan semata-mata, jika dilihat kepada subjek Pendidikan Islam isinya yang ringkas dan adakalanya lebih mementingkan grafik buku tidaklah membantu dalam menyelesaikan permasalahan yang timbul di kalangan pelajar mahupun masyarakat, pendedahan sepatutnya sudah didedahkan dari bangku sekolah dalam menanam minat pelajar dalam mengejar apa yang mereka impikan. Tetapi pembelajaran dan pengajaran di pondok telah mendedahkan kepada pelajar kitab-kitab atau buku-buku yang boleh menjawab beberapa persoalan yang berlegar di dalam masyarakat setempat berkaitan dengan segala hal agama termasuk Akidah dan paling ketara sekali ialah permasalahan Fekah, antara kitab-kitab yang dipelajari di sekolah pondok ialah di dalam bidang Nahu ialah matan al-Jurumiyah dan matan al-Fiyah Ibn Malik, manakala antara kitab-kitab yang digunakan di dalam subjek Fekah ialah Fath al-Mu’in, Fath al-Qarib dan I’anah al-Tolibin. Dalam bidang Hadis pula antara kitab yang digunakan ialah Subul al-Salam, matan al-Arbain al-Nawawi.
           
         Apa yang telah disebutkan tadi menunjukkan sistem pembelajaran dan pengajian di pondok benar-benar  mampu menyediakan individu yang mampu menangani permasalahan yang timbul di dalam masyarakat, sejak awal lagi sudah terdedah dengan kitab-kitab yang sememangnya menjadi rujukan di dalam bidang agama. Pengajian yang mempunya tiga peringkat dan bersinambungan pada tempat yang sama banyak membantu pelajar-pelajar aliran pondok menghadami apa yang mereka belajar tanpa perlu berpindah-randah ke tempat lain kerana semuanya telah lengkap di satu tempat malah tidak perlu risau sekiranya tercicir kelas atau tidak lulus dalam sesuatu peperiksaan, ini kerana pengajian pondok memberi peluang kepada siapa sahaja ingin mendalami ilmu agama malah mungkin juga mampu mencapai cita-cita yang diimpikan oleh pelajar.