Sabtu, 16 Januari 2010

Sejarah Ibnu al-Adim Siri 5

SEJARAH KITAB ZABDATUL HALAB FIT TARIKHIL HALAB

Buku yang menjadi fokus dari karangan Ibnu al-Adim ialah buku Zabdatul Halab Fit Tarikhil Halab. Terdapat buku-buku karangan beliau yang lain tetapi buku ini menjadi pilihan kerana sebab-sebab yang telah di sebutkan pada mukadimah. Sejarah buku ini mula di tulis tidak dapat di nyatakan dengan tepat ini kerana maklumat yang ada tidak menyebut pada tahun bilakah buku ini mula di tulis, yang pasti buku ini di tulis setelah buku beliau yang berjudul Baghyatul Talab Fit Tarikhil Halab. Kitab Baghyatul Talab Fit Tarikhil Halab ini sebenarnya mempunyai empat puluh jilid tetapi sampai kepada kita hanya sepuluh jilid sahaja yang di tulis dengan tangannya sendiri. Kita tidak akan dapat mengetahui kitab beliau yang berjudul Zabdatul Halab Fit Tarikhil Halab tanpa mengetahui secara asas kitab beliau yang mula-mula beliau tulis mengenai Halab.

Kitab Baghyatul Talab Fit Tarikhil Halab ini sebenarnya boleh di anggap sebagai sebuah kitab yang terlalu lama dan hampir hilang. Malah susunan kitab tersebut dari segi bab-babnya juga berada dalam keadaan caca-merba dan bertaburan, muka surat yang perlu berada di hadapan berada di belakang hingga menjadikan satu kesukaran bagi sesiapa yang ingin mengkaji dan membaca kitab tersebut. Dalam kata lain kitab tersebut tidak berada di dalam keadaan seperti kitab ini di tulis oleh Ibnu al-Adim. Kitab ini pernah di terbitkan oleh syarikat penerbitan Dar al-Fikr, Damsyik, Syria, malah kitab ini yang berada di perpustakaan Tun Sri Lanang, UKM juga merupakan buku yang diterbitkan secara fotostat dari salinan asal bertulis tangan oleh Ibnu al-Adim yang tersimpan di Perpustakaan Maktabah al-Sulamaniyah, Istanbul, Turki. Penyalinan semula buku ini di lakukan oleh Kolej Sejarah Pengajian Arab dan Islam, Strugart, Jerman. Malah kitab ini juga ada di sediakan di dalam berbentuk cakera padat untuk memudahkan pencarian isi kandungan, tetapi isinya hanya terhad kepada beberapa tajuk sahaja. Kitab ini di tulis setelah satu kurun selepas kitab yang berjudul Tarikh Madinatun Dimasyq di karang oleh Ibnu Asakir(499-571 hijrah). Kitab ini yang mempunyai jilid yang begitu banyak, Ibnu al-Adim telah mengambil pendekatan untuk memendekkan kitabnya yang mempunyai jilid yang banyak kepada kitab yang lebih ringkas, iaitu kitab yang menjadi fokus di dalam kertas kerja ini, iaitu kitab yang berjudul Zabdatul Halab Fit Tarikhil Halab.

Setelah meniliti sejarah kitab Baghyatul Talab Fit Tarikhil Halab ini dapatlah kita andaikan isi kandungan bagi kitab beliau yang seterusnya iaitu kitab Zabdatul Halab Fit Tarikhil Halab. Kitab yang ini juga mengalami nasib yang sama dengan kitab yang menjadi asasnya, sukar juga untuk mencari kitab ini. Rujukan yang boleh di gunakan untuk meniliti kitab ini ialah daripada cakera padat yang mengandungi beberapa buah kitab turath untuk dijadikan rujukan dalam memudahkan untuk pembaca membuat rujukan. Sekiranya kitab Baghyatul Talab Fit Tarikhil Halab di tulis setelah kitab Tarikh Madinatun Dimasyq di- karang oleh Ibnu Asakir, maka kitab Zabdatul Halab Fit Tarikhil Halab sudah tentu di tulis setelah kitab Baghyatul Talab Fit Tarikhil Halab selesai di tulis.

1 ulasan:

ARISTIONO NUGROHO berkata...

Hi friend, peace...
You blog very interesting.
If you willing visit my blog, and read my article at http://sosiologidakwah.blogspot.com
And... if you love books, read The Holy Qur'an please...