Sabtu, 16 Mac 2013

Perana Guru Sebagai Murabbi di Sekolah Pondok dan Sekolah Aliran Kebangsaan....kesimpulan...

KESIMPULAN

Biar pun berbagai halangan dan cabaran yang perlu di harungi oleh pusat pengajian yang berasaskan pondok, ia tetap mempunyai keistimewaan yang tersendiri berbanding dengan sekolah aliran kebangsaan. Keistimewaan ini benar-benar terserlah dari semenjak sebelum negara mencapai kemerdekan lagi, malah kelangsungan pusat pengajian pondok di teruskan dan di pelihara hingga kini. Ini membuktikan sejarah sekolah pondok ini mempunyai sejarah yang cukup panjang malah boleh di letakkan sebagai sebuah khazanah sejarah negara kerana sumbangan pondok terhadap pengajian dan pembelajaran bagi masyarakat Islam sebelum kemunculan sekolah aliran kebangsaan  muncul. Sumbangan dalam menghadapi penjajah dan usaha untuk mencapai kemerdekaan oleh lulusan yang menerima didikan sekolah pondok juga tidak boleh di nafikan oleh sesiapa.

Dalam pengajian sistem pondok di kalangan orang Melayu khususnya, telah sedia wujud beberapa keistimewaan yang boleh di ertikan sebagai ciri pendidikan yang berterusan, ciri ini boleh di lihat dari maksud hadis rasulullah S.A.W yang menyarankan setiap umatnya belajar dari sejak lahir hingga ke liang lahad. Kewujudan ciri ini di dalam sistem pengajian pondok menandakan ada menifestasi yang mendekati sistem universal dalam pencarian falsafah dan matlamat pendidikan terkini. Jika di lihat dari segi infrastruktur yang wujud, kemungkinan keistimewaan yang ada di sekolah sistem ini tidak kelihatan. Namun hakikat di dalamnya ada tersirat ciri dan prinsip universal yang sejak kebelakangan ini di cari oleh setengah pemikir dan sesetengah institusi pendidikan Barat.

            Atas dasar menunaikan tugas dan hasrat murni dalam usaha menyampaikan ajaran Islam, para ulama sejak mula menjejak kakinya di Nusantara telah berusaha keras mendirikan sistem pendidikan Islam secara pondok. Kerja yang di lakukan oleh ulama-ulama ini tidak mengharapkan apa-apa balasan yang berupa kebendaan atau wang, khidmat yang berikan ini ikhlas kerana Allah dan Islam semata-mata. Ulama pewaris nabi ini menjadi teladan umat dan sentiasa tersemat di hati masyarakat. Oleh itu, mereka sangat di hormati dan di sanjungi tinggi oleh masyarakat Islam yang memahami konsep,martabat dan posisi ilmu serta ulama. Meskipun berlaku berbagai-bagai halangan atau gugatan lantaran silih bergantinya kuasa politik dalam pemerintahan dan walaupun terpaksa berpindah-randah, namun keunggulannya tetap terserlah. Kejayaan yang di tempanya dalam mendidik ummah atau masyarakat jelas terbukti.

Bedasarkan sejarah usia kewujudan dan perkembangannya yang panjang itu dengan pasang surutnya, tetapi tidak pernah berkubur malahan tetap memperlihatkan natiah positif yang di hasilkannya, maka adalah tidak keterlaluan andainya di ungkapkan bahawa sistem pendidikan dan pengajian pondok ini sebenarnya telah memberi sumbangan bagi pengukuhan rohani, malah pada yang sama telah mewujudkan daya ketahanan ummah dengan pencapaian keilmuan yang tinggi bagi melahirkan barisan para ulama yang dapat menjawab pelbagai persoalan dan permasalahan yang timbul di zaman teknologi maklumat kini.

            Kini kesedaran untuk mengekalkan pengajian pondok ini semakin hari semakin mendapat sambutan, kemunculan beberapa inividu dermawan dan juga beberapa buah syarikat untuk menaja perjalanan pengajian yang berasaskan pondok jelas kelihatan. Usaha yang di lakukan ini atas kesedaran sendiri demi mengekalkan peranan yang telah di lakukan oleh pondok-pondok yang telah wujud di negara kita ini. Kenyataan beberapa individu yang amat menghargai sistem pengajian pondok ini dapat di lihat dari kenyataan Ketua Eksekutif Yayasan Al Jenderami, Kamarulzaman Omar, beliau berkata:

“Perkampungan itu sebenarnya ialah sebuah pusat pengajian Islam bagi mengembalikan semula kegemilangan institusi mengaji pondok. Institusi pondok pada suatu masa dahulu berjaya melahirkan begitu ramai tokoh dan cendekiawan Islam dan kita sangat perlu berterima kasih kepada mereka. Tanpa mereka, tidak mungkin kita dapat mengecap sebarang kemanisan kemerdekaan daripada segala bentuk penjajahan baik secara fizikal mahupun mental," (Utusan Malaysia, 30 Ogos 2006)

Oleh itu, menjadi kewajipan kepada umat Islam yang berada di Malaysia berganding bahu dan tenaga untuk mengekalkan sistem pengajian pondok yang telah terbukti menyumbangkan tenaga yang tidak terhitung dari sudut ilmu, keharmonian sejagat dan juga perpaduan di kalangan bangsa dan agama yang menetap di negara ini. Sumbangkanlah apa jua yang termampu, sesungguhnya Allah tidak mensia-siakan pahala orang yang membuat kebaikan.

 
RUJUKAN

Ramli Awang. 1960. Perkembangan Institusi Pondok Di Nusantara Pengaruhnya di

 Negeri Kedah. Universiti  Teknologi Malaysia.

Suzalie Mohamad. 2003. Memahami Isu-Isu Pendidikan Islam Di Malaysia. Institut

            Kefahaman Islam Malaysia(IKIM).

1.      Mendidik Generasi Berakhlak Mulia: Fokus Peranan Guru Pendidikan Islam- Universiti Malaya Masalah Pendidikan-Zaharah Hussin 2005.

2.     Peranan Guru Dalam Pendidikan-Kursus Ikhtisas Guru-Guru Agama Islam Kementerian Pendidikan Malaysia, Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pendidikan Malaysia, Kuala Lumpur-Abdul Raop Dalip 1985. 

3.      Ihya Ulumuddin-Imam al-Ghazali-Kaherah, Mesir.

4.      Akta Pendidikan (Akta 550)-Kuala Lumpur: Percetakan Nasional 1996


6.      Tamadun Melayu Jilid 3, Ismail Hussein, Dewan Bahasa dan Pustaka 1995

Tiada ulasan: