Ahad, 21 Februari 2010

Kelancangan Aduka Taruna Di dalam Blognya

السلام عليكم
Dalam ruangan kali ini saya memuatkan semula tulisan dari blog aduka taruna yang di tahan oleh pihak berkuasa kerana tidak menghornati al-marhum sultan johor. Baca dengan teliti dan suaraan pendapat anda.


Sebelum ini Aduka Taruna juga pernah menghina Ulama’-Ulama’ Mahzab dan juga Isteri Rasulullah saw, Aisyah. Dalam tulisan beliau bertajuk ”Wahabi Perlis”, beliau menulis;

“Pada gua, mazhab2 ni semua bangang nak mampos. Aku mazhab Shafie, ekau mazhab Hambali, dio mazhab Hadari. Kalau mak gua Shafie, gua kena Shafie. Kalau geografi gua Shafie, gua kena Shafie gak (Elin sorang jer Shafie Apdal). Kan ke ketetapan yang baling bongok dalam dunia. ” dan;

“Samo gak isu perang Muawwiyah-Aishah dgn Ali. Pada gua Aishah dan Muawwiyah manusia stupid dalam tajuk itu. Lu nak hukum gua kapir pun gua no hal punya. Memang 2-2 salah, tapi paling berat kat mangkuk 2 ekor tuh. Apa ingat Aishah isteri Nabi dia maksum. “

Dalam tulisan bertajuk “Sembang Mazhab” dia menulis;

“Takda maknanya, mak gua Shafie, gua kena Shafie sampai mampos. Sambung ke anak cucu. Ada bahan mentah yang suruh lu terikat dengan keturunan dan terikat dengan tafsiran 3rd party? Pada gua, ada banyak tafsiran Shafie yang mengarot, sebagaimana banyak lagi tafsiran mengarot dari mazhab lain. Kerana apa? Kerana kuasa mentafsir bahan mentah, Allah tak beri kepada hanya 4 ekor mazhab ni secara mutlak. Refresh beb… refresh sket.”

dan; “Muawiyah & Aishah plak.

Lagi 2 ekor mangkuk. 2 ekor mangkuk bukan pada ahli syurganya atau pertalian darah Nabi, tapi kepada tajuk. Isteri Nabi Nuh jatuh hukum bangang, tetap jatuh hukum bangang. Anak Nabi Nuh jatuh hukum bangsat, tetap jatuh hukum bangsat. Anak Nabi Adam jatuh hukum sohai, tetap tiada kompromi. Sohai sebab bunuh saudara sendiri.

Anak Nabi Muhammad SAW kalau mencuri, potong tangan dia. Seandainya dia bertaubat selepas itu, atau redha Allah lebih tinggi dari perbuatannya mencuri, dia tetap Allah masukkan dalam syurga .

Aishah penyebab kematian ratus ribu nyawa dan darah muslim, dia tetap jatuh hukum bangang nak mampos. Dalam tajuk itu.

“Jumhur ulama menetapkan keduanya tidak salah. Tapi Ali menghampiri kebenaran.”

What the f**k? Berapa ramai mampos sebab kerja bodoh dikatakan tiada yang salah? Hanya kerana status elite Aishah? Hanya kerana dia kerabat diraja atau hanya kerana dia keturunan Syed? Islam itu Allah punya atau ulama punya? Niamakahai.”

Cuma satu komen saya terhadap Aduka Taruna, dia memang BIADAP dan patut DIAJAR. Salah siapakah ini semua terjadi.

Isnin, 15 Februari 2010

'Filem M'sia gagal terap unsur Islam'

Industri perfileman di Malaysia dikatakan masih gagal dalam menghasilkan karya yang mampu menerapkan unsur-unsur Islam untuk menyampaikan dakwah kepada masyarakat secara lebih berkesan.

Penulis novel popular, Ayat-ayat Cinta yang berasal dari Indonesia, Habiburrahman el-Shirazy, berpendapat pembikin filem di negara ini masih tidak berani untuk menonjolkan seni Islam dan amalannya dalam karya mereka menyebabkan mereka ketinggalan berbanding hasil dari negara jiran itu.

Beliau berkata apa yang paling penting adalah niat dan masyarakat semestinya akan melihat hasil dan ini semua bergantung kepada penulis itu sendiri.

"Malah, di Malaysia mereka masih tidak berani menaikkan nilai dan imej-imej Islam dengan lebih mendalam dan contoh yang paling mudah ialah seperti aktiviti keagamaan di dalam masjid.

"Tetapi di Indonesia, kita mengangkat masjid sebagai nilai Islam dan kalau ada nilai, kena ada simbolnya iaitu masjid itu sendiri. Ini yang kita buat untuk masyarakat di sana ," katanya ketika ditemui semasa program 'Hari Hiburan Islam' di Kota Bharu hari ini.

Siri itu turut diselitkan dengan rancangan bicara selebriti dan tayangan filem Ketika Cinta Bertasbih yang diadaptasi daripada novel terbaru beliau.

Habiburrahman, 34, terkenal dengan nama penanya Kang Abik. Beliau turut dikenali sebagai pendakwah, novelis dan penyair lulusan Universiti Al-Azhar, Mesir.

Menurutnya, sepanjang tiga tahun lepas filem-filem yang berunsurkan dakwah seperti Ayat-ayat Cinta (2004), Ketika Cinta Bertasbih (2007) yang diadaptasi daripada novel beliau serta Laskar Pelangi mendapat sambutan luar biasa dan paling ramai ditonton oleh masyarakat republik itu.

Ini kerana, katanya filem tersebut menyentuh secara langsung kehidupan masyarakat di negara itu yang majoritinya menganut agama Islam.

Mengulas lanjut mengenai perkembangan filem di Malaysia, beliau berkata kebanyakan penghasilnya mempunyai garapan yang baik tetapi dari segi idea dan tema masih kurang memberangsangkan.

Sama-sama kita renungkan pendapat yang di utarakan oleh pengarang novel berunsur islam dari indonesia ketika penulis tersebut berada di kota Bharu, Kelantan.
"Saya merasa di Malaysia ia juga mendapat sambutan yang luar biasa. Cerita yang Islamik kalau kita tulis dengan kaedah yang baik maka akan dapat sambutan.

"Selain penggarapan, kematangan dan pemilihan idea perlu tetapi di sini ada penulis garapan bagus tapi ideanya tidak sesuai dengan masyarakat. Apa yang dikehendaki oleh masyarakat tidak ditampilkan sedangkan seorang sasterawan itu harus berinteraksi dengan masyarakat.

"Kalau orang haus kita kena bagi minum bukan bagi keropok. Macam mana sedap pun dia tidak akan ambil kerana apa yang dimahukan adalah minuman," katanya berfalsafah.

Ahad, 14 Februari 2010

Belajar Bahasa Arab Sambil Ketawa

كانت احدى الصغيرات تلهو في مكتب جدها بعد وفاته. فعثرت على نظارته التي كان يستعملها. فذهبت الى امها وقالت: ماما! لقد نسي جدي نظارته فماذا يصنع في الاخرة بدونها؟

Khamis, 4 Februari 2010

KEISTIMEWAAN IBNU AL-ADIM siri 6

KANDUNGAN KITAB

Isi kandungan kitab Zabdatul Halab Fit Tarikhil Halab merupakan ringkasan dari kitab beliau yang berjudul Talab Fit Tarikhil Halab, sudah tentu isi kandungannya hampir serupa dengan isi kandungan bagi kitab asalnya. Di dalamnya terdapat pelbagai sejarah bermula dari asal usul nama Halab dari pendapat yang di kemukan oleh golongan Yunani dan Rom. Penceritaan Halab pula di kemukakan semenjak zaman Nabi Ibrahim A.S hingga sejarah dan peristiwa yang berlaku pada tahun 600 hijrah. Dengan sejarah dan peristiwa yang cukup banyak di dalam kitabnya menunjukkan beliau tidak pernah berhenti atau bertangguh di dalam kerja beliau ini sekalipun beliau pernah di lantik sebagai seorang menteri. Kebanyakkan peristiwa berlegar apa yang berlaku di Halab dan juga kawasan sekitarnya. Malah catatan sejarah yang tulis beliau juga meliputi tokok-tokoh penting yang pernah mencorakkan perjalan kerajaan yang memerintah di Halab dan kawasan yang berada di bawah naungannya. Dari sudut poiltik dan perundangan seperti hakim-hakim, kita dapat melihat beberapa nama yang di sebutkan di dalam kitab beliau seperti nama Abu Fattah Osman bin Said al-Kalabi, Saiful al-Daulah, Ahmad bin Muhammad bin Masil, Luluk al-Saifi dan Mansur bin Luluk. Nama-nama ini adalah tokoh-tokoh yang telah membentuk sejarah yang telah berlaku di Halab. Ibnu al-Adim juga menyenaraikan beberapa nama tokoh-tokoh di dalam kerajaan al-Umawi dan al-Abbasi.

Walaupun beliau menulis kebanyakkan sejarah yang berkisar di Halab atau di Syam atau pun Syria, beliau juga tidak ketinggalan dalam menulis sejarah hubungan sejarah yang wujud antara kerajaan Halab dengan kerajaan-kerajaan lain yang wujud ketika itu seleruh benua Arab. Lebih-lebih lagi beliau sendiri telah menjelajahi banyak negara malah beliau juga telah menetap di Kaherah agak lama setelah Halab di serang tentera Monggol. Hubungan yang berlaku itu kebiasaannya melibatkan hubungan politik. Dapat di lihat bagaimana kerajaan al-Fatimiyah hadir ke Halab sebagai penyelamat untuk membebaskan sengsara yang di hadapi oleh penduduk Halab ketitka itu yang di bebani dengan cukai dan kharaj yang cukup tinggi, dalam keadaan yang begini rupa sudah tentu keadilan sudah tidak lagi menjadi paksi kepada pemerintah. Malah di sebutkan juga beberapa lagi pemerintah yang pernah menguasai Halab ketika itu, di lihat dari sejarahnya tercatat banyak peristiwa yang mempunyai kaitan antara setiap tokoh-tokoh yang di sebutkan di dalam kitabnya, seperti yang berlaku di antara Murtadho al-Daulah dengan Soleh bin Mardas.

Murtadho al-Daulah telah meminta daripada Soleh bin Madras untuk menceraikan isterinya yang bernama Thodrud. Isteri Soleh bin Madras merupakan perempuan yang tercantik di zaman itu. Dalam keadaan Soleh bin Madras di penjara, tindakan yang di lakukan oleh Murtadho al-Daulah ini menjurus ke arah yang membuat orang awam ketika itu membencinya. Akhirnya Murtadho al-Daulah berkahwin dengan perempuan yang sudah pun menjadi isteri seseorang. Beliau merupakan seorang yang zalim dan ganas di dalam pemerintahannya. Perwatakan beliau ini menyebabkan penduduk Halab membencinya hingga mengungkapkan kebencian mereka dalam bentuk syair. Mengenai Soleh bin Mardas beliau antara tokoh yang mendokongi kerajaan al-Mardasiyah, sekalipun beliau pernah di penjara hingga di paksa menceraikan isteri kesayangannya beliau tetap mampu menjadi pemerintah di beberapa tempat seperti yang di sebutkan di dalam kitab ini antara nama-nama tempat yang berada di bawah penguasaan beliau pada tahun 415 hijrah ialah Homs, Baklabak, al-Rahbah, Manbij, Balis dan Rafniyah. Ibnu al-Adim juga memberi fokus pada kerajaan yang di dokonginya iaitu kerajaan al-Mardasiyah secara agak terperinci juga. Antara tokoh dari kerajaan ini yang di sebut oleh beliau di dalam kitab Zabdatul Halab Fi al-Tarikhil Halab selain Soleh bin Mardas ialah Nasr bin Soleh, Thimal bin Soleh, ‘Atiyah bin Soleh dan Mahmud bin Soleh.
Beliau juga tidak lupa untuk mencerita mengenai tokoh yang telah membebaskan Palestin dari tangan Kristian iaitu Salahuddin al-Ayubi. Penceritaan mengenai Salahuddin al-Ayubi tidak terhad kepada tokoh ini sahaja yang dapat di lihat dari tajuk Salahuddin Yuhasirul Halab, Istida’ Salahuddin al-Ayubi Ila Dimasyq, Masiruhu Ila Homs Wa Hamah Wa Halab tetapi penceritaan yang ada juga berkaitan dengan bapa dan bapa saudara yang telah mendidik beliau mengenai kepimpinan dan juga ketenteraan iaitu Nuruddin al-Zanki di dalam tajuk mengenai dua orang yang paling rapat dengan beliau yang tertulis Maut Walid Salahuddin Thumma Maut Nuruddin. Bapa beliau meninggal kerana terjatuh dari kuda pada dua puluh tujuh Zulhijjah 568 hijrah, manakala Nuruddin al-Zanki pula wafat pada hari Rabu sebelas Syawal 569 hijrah.

Malah Ibnu al-Adim sendiri tidak ketinggalan untuk mencatitkan peristiwa yang telah berlaku ke atas dirinya sendiri, ini kerana beliau sememangnya hidup di tengah-tengah peristiwa yang berlaku dan mempunyai nilai sejarah, lebih-lebih lagi beliau sendiri sentiasa berurusan dengan penguasa Halab ketika itu. Tajuk yang menceritakan perihal beliau antaranya ialah beliau telah di tugaskan untuk menjadi utusan atau wakil kepada raja. Tugas yang beliau lakukan ini memerlukan beliau pergi ke negeri-negeri yang terletak di bawah pemerintahan Rom. Beliau telah menceritakan akan terperinci mengenai situasi yang berlaku ketika beliau melaksanakan tugas yang di amanahkan ini, dapat di lihat dari ketelitian dan terperincian beliau mencerita kisahnya sendiri dari tarikh beliau bertolak ke negeri-negeri Rom hingga beliau kembali semula ke Halab. Beliau mula keluar dari Halab pada empat Syawal 635 hijrah dan kembali semula ke tempat kelahirannya pada hari Khamis sembilan Zulkaedah pada tahun yang sama.

Malah beliau juga tidak ketinggalan menceritakan mengenai Khawarizmiyah di bawah tajuk Tahurruk al-Khawarizmiyah, di bawah tajuk ini dapat di lihat bagaimana golongan al-Khawarizmiyah ini mempunyai cita-cita besar untuk menguasai negeri-negeri yang bersebelahan tempat yang menjadi tempat mereka iaitu al-Birah, malah Halab turut menjadi sasaran mereka hingga berlaku peperangan yang banyak merosakkan harta benda dan nyawa hilang, dorongan yang menyebabkan golongan ini menjadi begini adalah di sebabkan tamakkan kuasa yang lebih besar. Sekalipun mempunyai keinginan yang tinggi untuk menjadi penguasa yang tidak terkalah, tetapi kerana sikap tamak ingin menguasai segalanya di sebabkan sifat tamak yang memandu keinginan, segala yang di rancang tidak akan berjaya malah lebih mendatangkan kerugian. Akhirnya al-Khawarizmiyah menemui kegagalan di dalam percubaan mereka untuk melebarkan kuasa dan pengaruh. Kekalahan al-Khawarizmiyah di sambut dengan meriah oleh penduduk Halab hingga bandar ini di hiasi dengan perhiasan yang menarik dan penuh dengan keciaraan dan kegembiraan kerana terlepas dari cengkaman al-Khawarizmiyah yang tamakkan kuasa. Sambutan yang ini tidak hanya di sambut oleh penduduk yang berada di Halab, malah turut di sertai oleh saudara-mara yang berada di luar bandar ini tetapi mempunyai tali persaudaraan dengan penduduk asal Halab malah tidak ketinggalan juga menyertai hari gembira ini di kalangan tokoh-tokoh yang berada di luar Halab. Kegagalan dan kehancuran golongan al-Khawarizmiyah di dalam percubaan ini boleh di lihat di dalam buku beliau di bawah judul Khasarah al-Khawarizmiyah.