Sabtu, 17 April 2010

Belajar Bahasa Arab Sambil Ketawa Lagi......

صعد رجل فوق سطح المنزل وفي يده كتاب. فسأله أحد جيرانه " ماذا تفعل؟" , أجاب الرجل "أنا أدرس". فتعجب الجار وسأله "لماذا تدرس فوق سطح؟" فرد الرجل بكل ثقة " انني أدرس الدراسات العليا" ها...ها...ها.....

Ibnu al-Adim Sejarawan Halab (siri 7)

BANDAR HALAB MENJADI PILIHAN

Mungkin ada yang tertanya di dalam diri mengapa Ibnu al-Adim menjadikan Halab sebagai tajuk buku beliau, malah hampir semua isi kandungan mengenai sejarah di dalam kitab beliau lebih berkisar di Halab dan kawasan sekitarnya seperti yang terdapat di dalam kitabnya antaranya ialah Manbij dan Antokiyah. Manbij kini terletak beberapa kilometer sahaja dari pusat bandar utama Halab, manakala Antokiyah pula kini berada di bawah negara Turki. Jika di lihat sekali imbas sudah tentu pembaca akan beranggapan Ibnu al-Adim terlalu fanatik dengan tempat kelahirannya atau beliau terlalu menyayangi dan mengasihi penduduk Halab atau sebab beliau terlalu berbangga dengan bandar ini, malah boleh di andaikan beliau ingin bersaing dengan bandar-bandar lain yang mahsyur ketika itu seperti Baghdad, Basroh, Kufah, Kaherah, Damsyik, Mekah dan bandar-bandar lain yang mempunyai sejarah tersendiri sehingga di bukukan oleh sejarawan mengenai sebuah tempat seperti Ibnu Asakir, Ibnu Kathir, Abu Zar’ah dan ramai lagi sejawaran yang terlibat dalam penulisan mengenai sesuatu tempat, bandar mahupun negeri. Terlalu banyak buku-buku yang di tulis mengenai sesuatu tempat atau bandar menjadi bahan utama untuk di tulis oleh sejarawan-sejarawan lampau, kitab-kitab tersebut ialah Tarikh Asbahan, Muktasor Tarikh Dimasyq, Tarikh Abi Zar’ah al-Dimassyqi, Tarikh Baghdad, Tarikh Makkah al-Musyrifah Wa al-Masjid al-Haram, Tarikh Bait al-Maqdis, Tarikh al-Madinah dan pelbagai lagi kitab-kitab yang di tulis mengenai sesuatu tempat mahupun bandar.

Mungkin beliau melihat usaha-usaha yang telah di lakukan oleh sejawaran lain menulis tentang sebuah tempat atau bandar, maka beliau pun mengambil pendekatan yang sama juga untuk menulis sejarah mengenai Halab. Halab adalah sebuah bandar yang telah di kenali semenjak dari zaman nabi Ibrahim A.S ini dapat di lihat dari tajuk di dalam buku beliau Zabdatul Halab Fit Tarikhil Halab. Bandar Halab ini juga di kenali sebagai Aleppo di dalam Bahasa Inggeris. Halab menurut sejarah pernah di kunjungi oleh nabi Ibrahim A.S, malah baginda pernah memelihara bintang ternakan dan memerah susu untuk di berikan kepada orang yang berada di situ. Perkataan Halab itu sendiri adalah dari perkataan Arab yang bermaksud telah memerah, ianya adalah perkataan fe’el madhi atau pun di kenali sebagai past tense di dalam Bahasa Inggeris. Ini membuktikan Halab adalah bandar asal usulnya adalah Arab bukannya dari bangsa-bangsa lain seperti al-Kurd mahupun al-Turk.

Malah ada juga yang berpendapat perkataan Halab itu berasal dari orang yang mengasaskan bandar itu iaitu Halab bin al-Mahar. Manakala asal usul bandar ini dari pandangan dan pendapat golongan Yunan pula mengatakan asal nama Halab ini adalah dari perkataan Barou atau Bairau. Arastatalis menulis di dalam kitabnya al-Kiyan yang di catit oleh Ibnu al-Adim di dalam kitabnya yang menjadi perbahasan ini menyatakan Iskandar Zulkarnain pernah tiba di Halab bersama tenteranya turut di sertai oleh Arastatalis. Arastatalis telah memberitahu kepada Iskandar Zulkarnain mengenai nama bandar ini setelah Arastatalis memastikan keadaan muka bumi bandar ini untuk di pastikan sesuai dengan pendapat yang di kemukan oleh golongan Yunani melalui nama yang telah di sebutkan tadi.

Manakala Halab ketika era Islam pula di dalam buku beliau ini di bawah tajuk Halab Fi Sadri al-Islam, tajuk ini hanyalah mencerita beberapa peristiwa mengenai peperangnan tentera Islam di kawasan Syam. Tentera Islam ketika itu di ketuai oleh beberapa orang ketua angkatan tentera seperti Khalid al-Walid dan Abu Ubaidah al-Jarrah. Di ceritakan juga peristiwa penduduk Halab meminta perlinduangan dan keamanan dari tentera Islam yang di ketuai oleh Abu Ubaidah al-Jarrah dan tuntutan mereka itu di penuhi olehnya. Seterusnya beliau menceritakan mengenai Halab di era Islam di bawah pemerintahan kerajaan al-Umawi dan kerajaan al-Abbasi. Setalah itu Halab mengalami beberapa peristiwa yang menyaksikan bandar ini tidak sunyi untuk mencipta sejarah bagi umat manusia terkemudian. Akhirnya Halab hancur dengan teruk kerana di serang tentera Monggol yang di ketuai oleh Holako.
Beliau juga telah mengembara ke serata tempat di seluruh tempat di dalam negara Islam ketika zaman itu. Banyak tempat dan bandar sudah di lawati, dari arah timur hingga ke barat, beliau juga telah menziarahi Iraq dan Hijaz, malah mengetahui selok-belok di Baitul Maqdis malah mempunyai hubungan dengan Mesir. Sudah tentu beliau mengenali tempat-tempat yang telah beliau lawati, malah beliau juga sudah tentu mendapt maklum balas yang positif dari negara-negara yang telah beliau lawati mengenai Halab. Orang luar memandang Halab dengan pandangan yang tinggi dan penuh dengan penghormatan. Halab sendiri telah mengalami pelbagai peristiwa yang telah di sebutkan pada awal bahagian ini, peperangan, gelombang pergerakan rakyat, jihad dan kesungguhan telah di saksikan di bandar ini sejak dari permulaan Islam hadir ke Halab hingga ke zaman beliau. Sekalipun bandar-bandar lain juga menjadi tumpuan, Halab meraih perhatian yang istimewa dari golongan-golongan yang bergelar ulama-ulama, penyair-penyair, tokoh-tokoh yang di hormati dan juga golongan yang di kategori sebagai orang yang mempunyai kelebihan tersendiri.

Golongan-golongan ini semua menjadi Halab tempat tumpuan seolah-olah seperti kaabah yang sentiasa menjadi sepanjang tahun untuk beribadah. Begitulah perumpaan bagi bandar yang di kenali sebagai Halab ini, pelbagai bangsa hadir ke Halab untuk berbagai urusan. Golongan ulama dan penyair dari Mesir dan Iraq datang ke Halab untuk memakmurkan setiap pusat pengajian dan juga pengajian yang di lakukan secara halaqat atau umumi dan mengajar penduduk Halab mengenai syair dan nathar. Suasana dan persekitaran begini telah di rakam oleh penyair yang berasal dari Hama, Syria iaitu Yaqut al-Hamawi. Beliau menyifatkan Halab ketika zaman Ibnu al-Adim adalah tempat yang di penuhi dengan golongan-golongan ilmuwan, penyajak dan juga tokoh-tokoh setempat yang di hormati. Malah mengikut kata Yaqut al-Hamawi Halab sentiasa dalam keadaan sebegitu pada masa lampau dan kini (zaman Ibnu al-Adim). Penduduk tempatan sentiasa berusaha untuk memajukan perniagaan dan membaiki setiap perkara ke arah yang lebih baik dan bagus. Rumah-rumah yang ada kini masih lagi seperti dulu kerana di jaga dan di warisi dengan baik oleh generasi yang berikutnya, suasana begini tidak ada di tempat lain.

Semua peristiwa yang telah berlaku atau sedang berlaku ketika zaman Ibnu al-Adim serta dengan suasana masyarakat yang menetap di Halab seperti yang di ceritakan di atas adalah sebab kenapa Ibnu al-Adim memilih Halab sebagai tajuk buku dan fokus beliau untuk menulis sejarah. Kerugian akan terasa jika beliau tidak memulakan usaha untuk menghimpunkan sejarah Halab, amat sayang sekali warga Halab secara khususnya malah orang Islam secara amnya tidak mengetahui setiap sejarah yang berlaku. Peristiwa atau sejarah yang berlaku bukanlah sejarah yang tidak mempunyai nilai dan kosong, malah ianya mengandungi nilai yang tidak terhingga untuk menjadi rujukan bagi generasi akan datang untuk mengkaji sejarah bandar Halab ini. Ini bermakna beliau ingin generasi berikutnya merasai detik-detik kejatuhan dan kegemilangan Halab bersama-sama seolah pembaca dapat merasai denyutan setiap peristiwa yang berlaku serta menghargai setiap sejarah dan peristiwa yang telah berlaku.