Sabtu, 26 Februari 2011

Luahan hati Bob Lokman tentang beliau memilih PAS

ALHAMDULILLAH Setelah aku melalui segala jalan syahwat, ALLAH memberikan aku gambaran AKHIRAT. Maka aku mula berjalan mencari kebenaran dan semalam 16 Rabi'ul awal, aku melangkah masuk kedalam gerbang hijau yg bertonggakkan Ulama' yg sangat ditakuti oleh pencinta dunia.

Mengalir airmata bila borang ahli disambut oleh DS Ustaz Azizan, Menteri Besar Kedah. Biar pun aku bukan sesiapa dikalangan orang PAS, tapi aku dapat merasakan kehangatan persaudaraan yg dihulurkan oleh mereka. Aku menjadi insaf dikalangan anak2 muda PAS yg rugged tapi ikhlas dalam perjuangan dan aku merasa amat malu diperhatikan oleh mereka bilamana aku merasa seperti seluruh hidup aku sebelum ini diselubungi syahwat keduniaan hingga aku merasa aku teramat tua dikalangan mereka. Terlintas juga dibenak ku, mungkin kerana anak2 muda inilah orang bijak pandai seperti Mahathir menolak PAS.

Biarlah tua, biarlah bertongkat, tapi sekarang aku tahu ALLAH maha pengampun dan penyanyang. Maka oleh kerana itu aku akan patuh kepada kehendak ALLAH dalam ayat 104 Surah Aali-Imran. PAS akan aku jadikan wadah perjuangan utk mempopularkan ALLAH kepada mereka yg belum kenal akan kekuasaanNYA. Aku jadi insaf betapa aku yg lahir dalam keluarga Islam keturunan Ulama', terabai dengan kefahaman Islam yg pernah diterapkan kedalam jiwaku. Apatah lagi mereka yg tidak pernah tahu mengenai Islam, bagaimana mereka akan merasa takut pada ALLAH. Utk itu sekali ini aku akan terus bercerita kepada sesiapa sahaja sesuatu yg membuatkan mereka bertaqwa kepada ALLAH.

Lagikan setiap ibu bapa sayangkan anak2 yg dilahirkan, inikan pula ALLAH yg menciptakan kita dan segalanya. Biar pun Iblis dan yahudi memang dilaknat oleh ALLAH, namun satu masa dahulu mereka adalah hamba ALLAH yg baik. selepas itu dengan takdir ALLAH mereka dijadikan sebagai contoh buruk kepada sesiapa yg tidak bertaqwa kepada ALLAH. Ini Kuasa ALLAH. kalau tiada keburukan kita tidak pandai menilai kebaikan sebagai mana kalau tiada ketaqwaan maka tiadalah kita mengerti bahawa ALLAH itu maha diatas segalanya.

Hari ini bila jiwa berada didalam PAS, ada satu semangat baru yg membuatkan aku berfikir mengapa ALLAH menjadikan aku. Pagi tadi bila ada member2 yg bertanya, mengapa aku menganut PAS, aku tahu bahawa aku sudah diterima utk bekerja oleh ALLAH. Inilah masanya untuk berubah dan mengubah sebahagian besar kenalan, kepada jalan baru bagi mereka yg fasiq.

Belum ramai yg menerima Islam sebenar. Kalau tidak sudah tentu Malaysia diperintah oleh Ulama'. Masalahnya siapa yg Islam dalam orang Melayu? Utk mereka yang mencari jawapan bacalah Sirah Rasulullah berulang kali, maka kita akan nampak siapa Abu Bakar, siapa Abu Jahal dan siapa Abdullah bin Ubai dalam bangsa Melayu. Kerana itulah aku memohon utk masuk PAS. Lepas ni kita akan baca ada yg marah dgn apa yg aku kata. Itu biasa, sebagaimana ada orang yg marahkan harimau membunuh lembu.

Ini kerana kita tidak mengerti SUNNATULLAH. Kalau kita susah di dunia, kita lupa bahawa itu kehendak ALLAH, apatah lagi bila kita mewah.

Sudah berkali-kali PAS kalah dalam pilihanraya. Memang susah nak menang kerana ini bukan perang Badar dimana Malaikat juga turun berperang dengan perintah ALLAH. Janganlah mengharapkan Malaikat turun beratur dipusat2 mengundi yg diadakan oleh suruhan jaya pilihan raya yg tidak mengikut suruhan ALLAH. Ini demokrasi omputeh yang memberikan peluang kemenangan kepada org yg mempunyai syahwat duniawi.

Kerana itu perlunya kita memperkenalkan Islam adalah sistem terbaik utk mentadbir dunia kepada manusia Malaysia. Ini adalah kerana ramai manusia lupa bahawa ALLAH yg mencipta dunia dan hanya hukum ALLAH sahaja yg sesuai dilaksanakan. Mereka yg menolak selalunya mereka yg tidak tahu apa hukum ALLAH.

Selalunya mereka ditakutkan oleh yahudi yg memang mengetahui apa isi Al Quran dan mereka telah tahu lebih awal melalui Taurat bahawa Islam itu perfect dan mereka tidak mahu kita menjadi ummat Muhammad. Maka kita akan luput dari mendapatkan Syufaat Rasul dipadang Mahsyar nanti.

Dan kali ini aku bersedia utk berjuang dengan PAS, dan aku bersedia untuk kalah setelah menjalankan segala syarat2 perjuangan.

YA ALLAH, BERIKAN KEMENANGAN KEPADA PAS, SEKIRANYA MEREKA LAYAK UNTUK MENERIMA HADIAH KEMENANGAN DARI MU, DEMI ISLAM BERKEMBANG SUBUR DI BUMI MALAYSIA YG DULU TERIKAT DGN PERIKATAN DAN KINI KAKU DALAM BARISAN.


http://boblokman.blogspot.com/

Selasa, 8 Februari 2011

Pelajar Malaysia di Mesir hampir 11 ribu, adakah aura dari sana dpt dihirup disini?

Assalamualaikum.

Sedia maklum semua, mesir mempunyai pelajar malaysia paling ramai di tanah arab.pada mulanya sangkaan hanya ribuan rupa-rupanya mencecah 11,000 orang..!!!bukan mempertikaikan bilangan yang ingin menuntut ilmu di tanah arab tersebut, tetapi masih banyak pertanyaan dalam diri hingga kini sukar untuk mendapat jawapan yang tepat
Sekadar muhasabah dan renungan. Dari dulu kita di malaysia benar-benar berbangga dgn apa yg berlaku di Mesir. Dari zaman Rasyid Redo, Muhd Abduh hingga kini Mesir masih menjadi "kiblat" politik islam. Pendek kata segala-galanya Mesir, tapi apa yg umat islam di Malaysia dpt sejak zaman Uthamiah Turki hingga kini? Adakah kita sudah semantap mereka yg mampu mendepani segala tribulasi?
Tiru sikap rakyatnya yang sentiasa peka. Kini 11,000 rakyat malaysia di mesir, mereka pulang ke tanah air, apakah gelombang itu akan sampai ke sini atau sekadar membawa pulang ole-ole dari Utara Afrika? Mungkin dulu kesannya hebat, tapi makin ramai bilangannya semakin kurang kesannya. Dimanakah mereka yang hebat ketika belajar kembali ke Malaysia adakah taringnya hilang?
Rasa seolah-olah rugi aura yang kuat di Mesir tidak dinikmati di tanahair dari segi ilmu, paritkal dll atau mungkin benar kata-kata M.B Kelantan "Akibat berguru dgn guru yg digam mulutnya" terkena virus tersebut ke sini. Di manakah silapnya, salah siapa? Sekadar renungan dan pertanyaan dari hati yg tulus. Moga keindahan Islam itu dinikmati oleh semua makhlukNya yang bernama manusia.

Sabtu, 5 Februari 2011

PERKEMBANGAN PERUBATAN DI ANDALUS siri 4

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMBAWA KEPADA KEMAJUAN PERUBATAN DI ANDALUS

Setiap kejayaan yang di tempa sudah pasti ada faktor atau sebab yang menyebabkan kejayaan itu di cipta, malah kegagalan yang berlaku juga di sebabkan faktor-faktor yang menyumbang kepada kegagalan atau kejatuhan sesebuah kerajaan, negara atau apa sahaja yang melibatkan orang ramai hinggakan ke dalam kejayaan pasukan bola sepak sendiri juga selalu bedah kaji semula untuk menggerakan semula pasukan ke arah kejayaan. Tentera Salahuddin al-Ayubi sendiri telah mencari sebab kenapa tentera pimpinannya masih belum lagi mencipta kejayaan dalam menawan kembali kiblat umat Islam yang pertama itu, akhirnya kejayaan ini adalah di sebabkan tentera yang berani ini menghidupkan malam mereka dengan melakkukan ibadah agar kemenangan pasti berlaku bagi pihak umat Islam. Begitu juga dengan kejayaan yang di tempa di dalam bidang perubatan di Andalus hingga menghasilkan satu seni perubatan yang di iktiraf di seluruh dunia.

Setelah melihat kepada aspek sejarah yang berlaku ketika pemerintahan Bani Umayyah di Andalus ada beberapa faktor atau aspek sebagai pemangkin kepada kemajuan di dalam bidang perubatan ini. Sekali imbas faktor yang paling utama membawa kepada kemajuan ini ialah kestabilan politik yang terhasil ketika pemerintahan Abdul Rahman al-Thalith, beliau telah berusaha selama hampir dua puluh tujuh tahun untuk untuk mematahkan segala serangan yang boleh menggugat kerajaan yang di bina, daya tahan dan semangat juang yang di miliki beliau semata-mata ingin menghasilkan kestabilan politik. Jika kestabilan dan keamanan dapat di capai semua usaha yang di rancang akan mudah di laksanakan tanpa banyak halangan. Seterusnya penulis membicarakan faktor-faktor yang memacu kejayaan dalam bidang perubatan ini:-
2.1 KEKUATAN KETENTERAAN YANG KUKUH

Inilah rahsia kepada kejayaan yang telah terhasil daripada bidang perubatan ini. Sudah menjadi kebiasaan bagi mana-mana kerajaan berusaha untuk mengukuhkan kerajaan yang di bina pada permulaan pemerintahan. Visi yang terdapat pada setiap pemimpin mestilah di usahakan agar menjadi realiti jika seseorang pemimpin tidak mampu mengusahakan keinginannya atau menjadikan sesebuah negara itu aman nasib tidak akan menyebelahinya malah akan membuat rakyat di bawah payung kerajaan tersebut akan melakukan pemberontakan. Sejarah juga telah merakam beberapa peristiwa sesebuah kerajaan boleh di jatuhkan dengan kuasa rakyat jika keamanan dan kedamaian hilang di negara tersebut, jika di zaman kini susana yang tidak tentu arah akan menyebabkan ekonomi negara bergerak perlahan kerana tiada aktiviti ekonomi berjalan dengan baik serta pelabur hilang keyakinan untuk menuai keuntungan. Menariknya di dalam kerajaan al-Umawi di Andalus ini keamanan yang di miliki hasil daripada kejayaan tentera kerajaan al-Umawi ini menyumbang kepada pegerakan ilmiah lebih efektif malah di sokong pula oleh orang-orang penting di dalam kerajaan.

Keamanan yang yang dicipta di Andalus ini kebanyakkannya hadir dari era permulaan nama khalifah di gunakan di dalam kerajaan ini iaitu pada pemerintahan Abdul Rahman al-Thalith. Penggunaan nama khalifah ini di gunakan setelah berjaya menewaskan kerajaan Kristian Leon, kerajaan Islam al-Abbasiah yang berada di Baghdad pula diperintah oleh khalifah-khalifah yang hanya gagah pada nama tidak pada kuasa, pada masa yang sama kerajaan Islam al-Fatimiah di Mesir juga menggunakan nama khalifah kepada ketua negara. Kelebihan yang dimiliki oleh khalifah ini telah menyaksikan beliau mempertahankan serangan dari dalam negara dan juga serangan dari luar.

Antara serangan yang dilakukan dari dalam yang perlu beliau patahkan ialah serangan-serangan dari kalangan puak-puak pemberontak yang bekerjasama dengan golongan-golongan Syiah untuk memberi laluan kepada kerajaan Syiah di Tunisia untuk berkuasa di Andalus malah tidak ketinggalan juga serangan dalaman yang datang golongan Kristian temapatan. Manakala serangan dari luar Andalus seperti serangan atau gangguan yang datang dari kerajaan Islam al-Fatimiah di Afrika dan juga serangan yang datang dari kerajaan Krisrian Leon sehingga mereka tewas dalam menghadapi kemaraan tentera Islam dan mereka memeterai perjanjian Abdul Rahmah al-Thalith. Sangkaan golongan Kristian Leon meleset dengan menganggap kerajaan Islam al-Umawi lemah setelah kewafatan Abdul Rahman al-Tahlith, dengan itu mereka cuba melanggar perjanjian yang telah dimeterai itu pada zaman pemerintahan al-Hakam al-Thani tetapi keamanan yang telah tercipta oleh bapanya Abdul Rahman al-Thalith tidak langsung tergugat malah masih lagi kuat untuk menumpaskan pihak Kristian Leon.

Segala serangan samada dalam atau luar Andalus akhirnya dapat di atasi oleh Abdul Rahman al-Thalith ini dengan kecekapan yang di miliki oleh kerajaannya iaitu kecekapan, kekuatan dan kecilikannya beliau mengendalikan tenteranya yang terdiri dari pelbagai bangsa dan mempunyai bilangan yang ramai. Selama dua puluh tujuh tahun mempertahankan serangan yang mampu menggugat kestabilan kerajaan akkhirnya beliau berjaya menghadapi segala tentangan ini hingga mampu mengekalkan keamanan kepada penggantinnya iaitu al-Hakam al-Thani. Dengan keamanan yang terhasil ini pengganti khalifah seterusnya mempunyai masa, ruang dan dana yang mencukupi untuk menggerakkan segala perancangan yang telah di atur. Berikut di bawah adalah antara serangan atau petempuran yang di hadapi oleh kerajaan Islam al-Umawi di Andalus ketika pemerintahan Abdul Rahman al-Tahlith :-


• Tahun 894M hingga 912M
Dalam jangka masa ini kerajaan Islam al-Umawi berada di dalam keadaan yang sangat lemah di sebabkan pertelingkahan golongan Muwalladun dan orang Arab tercetus semula di Elvira, Sevilla dan juga tempat-tempat lain. Dalam masa yang sama kebangkitan Banu Hajjaj juga telah menjadikan suasana semakin buruh hinggakan mereka mengiystiharkan sebuah wilayah baru yang di beri nama Hajaj ianya adalah wilayah yang merdeka. Keadaan ini memberi peluang terbuka kepada kerajaan-kerajaan Kristian untuk meluaskan takluk kekuasaan mereka di wilayah Islam dan wilayah Islam yang pertama di kuasai oleh Kristian ialah Asturias.

• Tahun 913M
Abdul Rahmah al-Thalith berjaya menawan semula tempat-tempat yang begolak seperti di Sevilla dengan mengambil semula wilayah ini dari pemerintahan Banu Hajjaj tanpa melibatkan penumpahan darah yang banyak. Ketika ini juga kemunculan kerajaan al-Fatimiah yang berpusat di Mahdiya yang terletak berhampiran Tunisia yang berfahaman Syiah. Kempen dan motif kerajaan ini lebih menjurus ke arah agama atau bermotifkan agama dengan mewartakan pemimpin yang menjadi khalifah umat Islam mestilah dari keluarga Rasullullah S.A.W dan jika sebaliknya kerajaan tersebut mesti disingkirkan. Pihak kerajaan Islam al-Umawi melihat motif kerajaan al-Fatimiah membahayakan kedudukan mereka di Andalus maka kerajaan yang berpusat di utara Afrika ini mesti diperangai kerana mereka adalah musuh utama politik bagi kerajaan Islam al-Umawi di Andalus.

• Tahun 920M hingga 928M
Pemberontakan dalam dari keluarga Ibnu Hafsun yang berlaku setelah memeterai perjanjian damai dengan Abdul Rahman al-Thalith, walau bagaimanapun pemberontakan yang di dalangi oleh salah seorang keluarga Ibnu Hafsun iaitu Sulayman tidak berjaya kerana beliau meninggal dunia pada tahun 928M. Kematian Sulayman digantikan dengan saudaranya Hafs. Kenaikan Hafs sendiri tidak memberi apa-apa erti kepada pergerakan pemberontakan, ini dapat di lihat dari penyerahan kubu terkuat pergerakan pemberontakan ini iaitu Hafsunid kepada Abdul Rahman al-Thalith pada tahun 928M.

• Tahun 939M
Berlaku peperangan antara kerajaan Islam al-Umawi yang di ketuai oleh Abdul Rahman al-Thalith dengan kerajaan Kristian Leon. Peperangan ini mengambil masa yang begitu lama berbanding peperangan lain. Di dalam peperangan ini seramai 50,000 tentera Islam terselamat dari bilangan asalnya 100,000.

• Tahun 950M hingga 963M
Sepanjang tahun ini menyaksikan kerajaan Kristian Leon berada di dalam keadaan yang amat lemah kerana kematian Ramiro ke-3, pengganti kepada Ramiro adalah anak-anaknya tetapi anak-anak beliau tidak mampu untuk menghadapi kekuatan kerajan Islam al-Umawi di bawah pimpinan Abdul Rahman al-Thalith hingga terpaksa menandatangani perjanjian damai dengan kerajaan Islam al-Umawi.

Kenyataan di atas menggambar kepada kita kekuatan ketenteraan yang di miliki oleh kerajaan Islam al-Umawi dalam menghadapi segala tentangan dan serangan samada di dalam negara atau di luar negara. Setelah pelbagai rintangan di hadapi pengganti seterusnya iaitu al-Hakam al-Thani dengan mudah untuk melaksanakan tugas seorang khalifah. Dengan keamanan yang terhasil ini di sebabkan kekuatan ketenteraan telah menghasilkan pulangan ekonomi yang lumayan bagi kerajaan ini. Bila kewangan dan perbendaharaan negara begitu banyak segala perancangan dalam bidang ilmu ini dapat di gerakkan dengan mudah. Di laporkan Abdul Rahman al-Thalith meninggalkan sejumlah 200,000 dinar ketika beliau meninggal dunia, dengan kewangan yang begitu banyak kekayaan ini kekal hingga pemerintahan Ibnu Abi Amir.

Pengganti Abdul Rahman al-Thalith ialah al-Hakam al-Thani, ketika beliau di lantik menjadi khalifah beliau lebih banyak menumpukan usaha mengembangkan ilmu pengetahuan. Ketika waktu pemerintahan beliaulah pergerakan ilmu makin berkembang ke tahap yang begitu tinggi. Al-Hakam al-thani sendiri mempunyi minat yang tinggi terhadap ilmu pengetahuan hingga beliau mempunyai perpustakaan yang tersimpan sebanyak 400,000 malah beliau sendiri telah membeli sebuah kitab yang mempunyai kaitan dengan sejarah karangan al-Asfahani iaitu kitab al-Aghani dengan harga 1000 dinar.

Malah dengan segala kelebihan yang ada pada beliau yang ditinggalkan oleh bapadanya yang terhasil dari kekutaan ketenteraan beliau telah mengembangkan lagi pusat pengajian ke tahap universiti. Pusat pengajian tinggi ini berasal dari sebuah masjid yang di gunakan ketika itu untuk menyampaikan ilmu dan mengembangnya. Pusat pengajian tinggi tidaklah hanya tertumpu pada ilmu atau pengetahuan yang berkaitan akhirat malah juga menawarkan pengajian yang berkaitan dengan duniawi termasuklah perubatan. Pusat pengajian tinggi ini juga membuka untuk semua bangsa dan agama untuk menjadi pelajar di situ samada dari Andalus, Afrika, Eropah atau Asia. Dengan kewangan serta dana yang mencukupi beberapa orang guru yang pakar dalam bidang masing-masing di jemput untuk mencurah tenaga dan mengajar di Andalus dengan gaji yang lumayan dan kemudahan yang banyak untuk melakukan kajian.