Ahad, 27 Mac 2011

Selamatkan Malaysia

Walaupun ada yang akan mempertikaikan dan tidak mengamalkan hadis ini kerana dikatakan dhaif (lemah), saya tetap dengan pendirian saya "sayangi negaraku". Tanya pada sesiapa pun di negara ini, adakah mereka sayangkan Malaysia? Kita pasti semuanya akan memberi jawapan, "ya".


Tapi, apakah mereka semua tahu bagaimana mahu menyelamatkan negara ini daripada rosak? Ini yang tidak dapat dipastikan lagi kerana perasaan bangga dengan negara ini hanyalah terungkap di mulut, tetapi tidak di hati.

Semakin hari, semakin gusar perasaan saya memikirkan nasib negara, bagaimana rupanya generasi akan datang? Kini, saya sedang menantikan kelahiran anak sulung. Terus saya termenung, "Apakah nasib anak aku ini kalau beginilah corak pemerintahan Malaysia?"

Ada ketikanya, hati bagai meluap-meluap apabila melihat kepincangan yang ada. Perdana Menteri langsung tiada kelayakan mentadbir negara. Asas penting pembinaan anak bangsa berada dalam keadaan caca merba sepanjang 50 tahun merdeka. Sistem pendidikan ini cuma lebih berpaksikan politik dan mengikut kehendak nafsu sendiri.

Natijahnya, kita dapat lihat kini betapa nipisnya akhlak dan tingkah laku masyarakat. Manakala golongan remaja terus disumbatkan dengan hiburan, yang agak berumur menyimpan teman seks. Yang muda pula menganggap semua ini adalah kehidupan peribadinya sendiri. Makin difikirkan, makin sukar. Apakah rakyat Malaysia bersedia membuat perubahan?

Sukar untuk menjawab. Naluri rakyat Malaysia berlainan dengan naluri rakyat lain. Di Indonesia, tumbangnya Suharto dengan perubahan yang diinginkan rakyat. Australia pula menghukum Perdana Menterinya atas isu Iraq. Di Amerika, rakyatnya sudah jemu dengan dasar Bush sehinggakan ekonomi Amerika Syarikat jatuh. Di Korea Selatan pula, rakyat bebas menyuarakan pendapat demi kebaikan negara. Tapi di negara kita, sedihnya masih ramai lagi dalam kalangan kita yang tidak ambil peduli hal berkaitan politik dan kenegaraan.

Wakil rakyat adalah 'khadam'

Walhal, rakyatlah raja sebenar dan juga penentu halatuju negara. Mereka yang dipilih hanyalah berstatus wakil rakyat atau dengan kata lain, merekalah hamba rakyat kerana melakukan kerja untuk kepentingan rakyat. Tapi, kita yang memilih mereka dan kita pula yang menjadi hamba untuk mereka. Sulit sekali memikirkan gaya pemikiran rakyat Malaysia ini. Apakah rakyat Malaysia berada dalam kelompok yang tidak peka?

Nabi Muhammad s.a.w pernah menyebut dalam hadisnya, "Kamu semua adalah penjaga dan bertanggungjawab ke atas tanggungannya." Terang lagi bersuluh bahawa setiap 25 juta rakyat Malaysia ada tanggungjawab ke atas dirinya sendiri, keluarga dan juga negara! Tapi, apakah sumbangan kita kepada negara?

Cukupkah sekadar berbangga kita sudah punya angkasawan, menara berkembar tertinggi di dunia? Ini semua cuma cebisan sumbangan untuk negara, sumbangan sebenar adalah menjaga negara daripada tangan-tangan yang tiada rasa sekelumit pun dalam diri mereka sifat amanah.

Semakin difikirkan kembali, agaknya dunia sudah berada di penghujung usia. Ini kerana antara tanda akhir zaman ialah amanah tidak diletakkan kepada tempatnya. Inilah yang berlaku dalam negara kita. Paling ketara pada mereka yang sedang memegang tampuk kuasa pemerintahan.

Apa lagi yang harus ditunggu? Kepincangan dan kebobrokan makin terserlah di pihak pemerintah negara. Kenapa masih ada mata yang buta untuk melihat ini semua? Jangan biarkan negara ini seperti negara-negara Arab kini. Negaranya kaya, tetapi amalan demokrasi pincang.

Saya pernah belajar di salah sebuah negara Arab komunis. Saya dapat melihat ketakutan rakyat untuk bersuara. Hinggakan, kalau ingin menyebut nama presiden pun tidak berani kerana bimbang mereka dicop sebagai pembangkang. Jadi, apabila berbual bersama mereka, saya dan pelajar Malaysia lain terpaksa memberi suatu nama gelaran kepada presiden mereka apabila berbual mengenai hal kebebasan di negara itu.

Kini, situasi sebegini telah berlaku di Malaysia. Hinggakan mengoyak gambar pun ingin dibuat undang-undang yang boleh disumbatkan dalam penjara. Di mana demokrasi? Semuanya sudah parah baik dari sudut pentadbiran, perniagaan dan juga akhlak.

Hanya kita saja yang mampu merubahnya. PRU akan tiba tidak lama lagi, saya seru kepada semua rakyat Malaysia untuk menggunakan kebijaksanaan anda untuk mengundi wakil anda di Parlimen. Masalah yang melanda kini bukan hanya masalah Melayu sahaja, tapi masalah semua bangsa yang menetap di Malaysia. Ayuh kita melakukan perubahan. Selamatkan Malaysia. Malaysia milik kita.

p/s: artikel ini ditulis utk harakdah daily.net dan sudah diterbitkan.ditulis sebelum PRU 12.sekalipun isunya sudah lama tp masih relevan hingga kini.

Jumaat, 18 Mac 2011


Syabab F.C Dalam Kenangan
Pasukan bola sepak ini hasil cetusan idea M.P Jerai kini. Akhirnya pasukan bola sepak MTID dapat ditubuhkan secara rasmi dgn menyertai perlawan bola sepak 7 sebelah pada tahun 1997 kalau tidak silap. Kepada penyambung hayat Syabab F.C bolehlah forwardkan gambar-gambar tersebut.Gambar ini adalah generasi pertama Syabab F.C

Ahad, 6 Mac 2011

Perkembangan Perubatan di Andalus siri 5

KERJASAMA DAN SUMBANGAN GOLONGAN ILMUWAN BUKAN ISLAM

Ini antara faktor yang besar sumbangan yang dimainkan oleh golongan bukan Islam di Andalus, tanpa sumbangan daripada golongan ini usaha untuk melakukan terjemahan beberapa karya yang di hasilkan pada zamam Greek mungkin susah untuk dilakukan dengan kata lain sebagai umat Islam kita tidak boleh menidakkan sumbangan yang telah dilakukan oleh golongan ini. Menariknya kerjasama yang terhasil ini datang dari kalangan kaum yang pernah membuatkan nabi-nabiNya pening dengan gelagat umat ini pada masa dahulu hingga sanggup mengatakan mereka bosan dengan makanan di dunia dan meminta pada nabi Musa a.s agar menurunkan makanan dari langit, manakala dari perspektif Islam pula seperti yang dinyatakan di dalam kitabNya golongan Yahudi dan Nasrani tidak sesekali akan reda dengan umat Islam hingga umat Islam mengikut mereka di dalam semua segi. Tetapi apa yang berlaku di Andalus amat menarik untuk di perkatakan kerana kaum Yahudi atau Israel memainkan peranan yang penting di dalam perkembangan ilmu perubatan.

Kebanyakkan karya mengenai perubatan terdapat juga yang di tulis dalam Bahasa al-Ighrik atau Greco, yang memahami dan bercakap bahasa ini kebanyakkan adalah dari kalangan Yahudi atau Israel seperti yang terjadi pada karya Disagurides iaitu al-Hasyaish. Karya ini hadir ke Andalus daripada terjemahan yang dilakukan oleh Astafan bin Basil di Baghdad, Iraq tetapi terjemahan yang dilakukan olehnya tidak sempurna. Kemudian salah seorang raja dari kerajaan Kostantinopal iaitu Armanios telah menghadiahkan karya ini kepada al-Khalifah al-Nasir, karya ini ditulis menggunakan bahasa Bahasa al-Ighrik atau Greco, pemberian ini hadir bersama dengan seorang penterjemah yang berbangsa Yahudi atau Israel yang mampu berbahasa Latin dan Greco iaitu paderi Nokola, paderi ini juga telah berkhidmat atau bekerja dengen beberapa orang tokoh-tokoh perubatan Andalus malah terdapat juga beberapa beberapa nama lain dari kalangan Yahudi atau Israel ini yang memberi sumbangan di dalam bidang ini.

Seperti yang pernah dinyatakan sebelum ini Abdul Rahman al-Thalith telah berusaha keras mencari keamanan melalui kekuatan kenteraan malah keamanan yang telah tercapai ini menyaksikan Andalus terdapat beberapa nama dari bangsa Yahudi yang turut serta memajukan bidang perubatan ke tahap yang tinggi bersama-sama tokoh perubatan Islam Andalus yang lain. Sebagai contoh khalifah Abdul Rahman al-Tahlith telah melantik Hasadai bin Syabrut sebagai penasihat serta doktor peribadi beliau. Nama-nama lain dari kalangan Yahudi atau Israel yang bersinar di Andalus ialah Donash bin Librat, Manahem bin Sarouq, Solomon bin Gabraul, Yahuda Halabi, Samuel bin Nakrila, Abraha, Mouz bin Izra, Abdullah Bin Maimun, Mier al-Ghawadas dan Jacob bin Nunaz. Dari kebanyakan nama yang dinyatakan ini nama Musa bin Maimun al-Qurthubi lebih dikenali dari yang lain-lain dari kalangan pengamal perubatan Andalus bukan Islam.

Tokoh perubatan berbangsa Yahudi ini dilahirkan di Cordova, Sepanyol pada kurun kedua belas masihi. Kemudian beliau telah berpindah ke bandar Fes, Maghribi pada tahun 1159M bersama keluarganya kerana bangsa Barbar telah menyerang dan menguasai Cordova pada tahun 1148M, sepanjang tempoh penguasaan Barbar ke atas bandar ini mereka telah memberi kata dua kepada golongan Kritisan dan Yahudi sama ada untuk memeluk Islam atau dibunuh. Dalam situasi yang begini Ibnu Maimun telah merasakan beliau tidak selamat untuk terus menetap di tanah kelahirannya, lantas melarikan diri dan keluarganya ke Fes, beliau telah menetap di sana selama sembilan tahun. Selama penghidupan beliau di Fes beliau mendakwa beragama Islam, tetapi pendakwaan beliau hanyalah palsu semata-mata kerana ingin mengelak dari dibunuh oleh kerajaan ketika itu iaitu al-Murabitun dan al-Muwahidin. Beliau juga pernah menjadi doktor peribadi anak sulung Salahuddin al-Ayubi di Mesir, atas kapisiti ini beliau cukup di kenali di Mesir sebagai antara pengamal perubatan yang mahsyur. Seperti sudah tertulis sejak azali bandar Cordova juga telah melahirkan seorang lagi tokoh ilmuwan yang tidak kurang pentingnya kepada umat Islam ketika itu dan kini iaitu Ibnu Rusyd, sekalipun lahir dari bandar yang sama Ibnu Maimun hanya pernah bertemu dengan Ibnu Rusyd ketika umur yang sudah lanjut.

Dari pembacaan penulis mengenai Ibnu Maimun beliau di dapati lebih banyak menulis ketika beliau menetap di Mesir, beliau bukan saja menulis mengenai perubatan untuk orang ramai tetapi juga menulis juga mengenai perubatan bagi golongan-golongan tertentu seperti yang beliau tulis untuk Salahuddin al-Ayubi mengenai pengurusan kesihatan, manakala untuk penguasa di Hama, Syria iaitu al-Malik al-Muzaffar Ibnu Nuruddin beliau telah menulis mengenai seksual dari sudut kesihatan. Selain itu juga beliau juga telah melakukan terjemahan terhadap beberapa buah karya yang diterjemah ke Bahasa Arab dari Bahasa Ibrani dan Bahasa Latin antara ialah karya yang dikarang oleh Galinus iaitu al-Amthal al-Tibbiyah. Malah beliau juga menulis mengenai perubatan di dalam Bahasa Arab sebanyak sepuluh buah jilid yang merangkumi pendapat Galinus, al-Razi dan tokoh-tokoh perubatan yang lain.