Ahad, 27 Disember 2009

Abel Xavier Bersara Dari Bermain Bola Sepak Dan Memeluk Islam

Assalamualaikum.....
Alhamdulillah kita sebagai umat Islam terasa gembira kerana makin ramai pemain bola sepak antarbangsa memeluk agama Islam terbaru ialah bekas pemain antarabangsa Portugal yang pernah bermain untuk Liverpool dan Everton, dan aksi terakhirnya di dalam liga bola sepak Amerika Syarikat yang turut di meriakan oleh David Beckham. Kini nama Islam beliau ialah Fasial Xavier Mungkin ramai lagi pemain-pemain bola sepak antarabanga akan memeluk agama Islam, doakan saja.
Berikut di bawah ialah berita mengenai keislaman pemain ini dari laman sesawang www.goal.com:

Abel Xavier Quits Football And Converts To Islam
The 38-year-old has retired from the Beautiful Game...
Dec 24, 2009 5:50:35 PM
Related Links
Players
• Abel Xavier
Former Portuguese international Abel Xavier will now go by the name of Faisal Xavier after quitting football at the age of 38.

In converting to Islam the ex-Liverpool and Everton man has stated his regret at leaving the sport behind, but has also claimed that he is happy with his new-found faith.

"While it's an emotional farewell, I hope to participate in something very special as I enter a new stage of my life.

"In times of trouble, I have found comfort in Islam. Gradually I learned of learned a religion that professes peace, equality, freedom and hope. These are extremely important."

Xavier further stated that he is to now undertake humanitarian work with the United Nations while working in the American film industry.

The Mozambique-born defender last played for the Los Angeles Galaxy, following a career that saw him play his trade in Portugal, Italy, Spain, the Netherlands, England, Turkey, Germany, and the USA.

Rabu, 16 Disember 2009

Sejarawan Halab Ibnu al-Adim (sambungan)

DI PANGGIL ILAHI

Seakan sudah menjadi lumrah alam atau sunnah Allah, manusia yang meninggal dunia tidak akan di kebumikan di tempat tanah tumpah darahnya. Nabi Muhammad sendiri di kebumikan di Madinah sedangkan baginda di lahirkan di Mekah, sahabat-sahabat baginda pula bertaburan di merata tempat hinggakan kita mampu bertemu dengan kubur sahabat baginda di negara China. Nabi Adam A.S sendiri yang di ciptakan Allah dengan menetap di syurga terlebih dahulu di kebumikan di bumi ini. Begitu yang terjadi pada sejarawan agung ini. Sekali pun beliau berasal dari Halab, Syria, kuburnya di dapati di Kaherah, Mesir. Jarak antara Halab dan Kaherah begitu jauh tapi begitulah keadaan orang yang mempunyai kelebihan yang di anugerahkan Allah dapat memberikan sinar dan harapan kepada orang lain untuk di manfaatkan setiap apa yang ada pada individu-individu terkenal dengan ilmu pengetahuannya.
Sebab utama beliau berpindah ke Kaherah kerana Halab ketika itu telah di serang oleh tentera Monggol pada tahun 657 hijrah menyebabkan bandar yang hebat ini hancur dan lumpuh sama sekali. Perpindahan beliau dari Halab ke Kaherah berlaku pada tahun 658 hijrah, dengan keadaan bandar yang sedemikian rupa adalah mustahil bagi beliau untuk meneruskan segala perancangan dan aktivit yang telah di rencanakan. Ibnu al-Adim pernah mencuba untuk kembali ke halab setelah Halab di serang, di katakan beliau hanya berjaya sampai ke Damsyik sahaja tetapi tidak meneruskan perjalanan ke Halab. Dalam keadaan halab hancur di serang panglima tentera Monggol iaitu Holako telah membuat tawaran kepada beliau dengan menawarkan jawatan sebagai ketua hakim bagi kawasan Halab. Beliau tidak menerima jawatan yang di tawarkan ini lalu kembali ke Kaherah. Di Kaherah beliau menghabiskan usianya dan meninggal pada 20 Jamadil Awal 660 hijrah.

Isnin, 30 November 2009

KEISTIMEWAAN IBNU AL-ADIM siri 3

KEISTIMEWAAN IBNU AL-ADIM

Tercatit juga sejarah Ibnu al-Adim bukan sahaja yang di kenali sebagai seorang sejarawan yang amat dikagumi oleh orang-orang yang hidup sezaman dengannya atau orang yang mengenali beliau setelah kewafatannya. Kekaguman terhadapnya tidak terbatas pada kemampuan beliau menulis sejarah yang berlaku di depan matanya atau sejarah lampau, malah beliau boleh di anggap sebagai seorang yang digilai oleh peminat kaligrafi arab ketika itu, kepandaian beliau dalam bidang ini dapat dilihat dari sambutan terhadapnya. Beliau merupakan seorang yang pakar dalam bidang kaligrafi arab serta asal usul dan kaedah penulisan kaligrafi arab. Setiap kali beliau berangkat ke sesuatu tempat dengan tujuan yang berlainan samada di sebabkan urusan politik atau belajar, beliau akan menjadi tumpuan dari kalangan para-para cendiakawan atau orang-orang politik dengan menjemput beliau untuk bertandang ke tempat mereka. Beliau di minta oleh orang menjemputnya untuk menulis sebuah syair dengan kaligrafinya yang menarik untuk di abadikan serta untuk dijadikan satu perhiasan atau barang yang boleh di banggakan kerana kaligrafi itu di tulis oleh Ibnu al-Adim, malah orang ramai ketika itu berlumba-lumba untuk memiliki kaligrafi yang di tulis oleh beliau, terdapat juga di kalangan mereka yang menjual kaligrafi cantik dengan mengatakan tulisan ini di tulis oleh Ibnu al-Adim.

Beliau juga merupakan orang yang bertanggungjawab mencipta kaedah Qalam al-Hawasyi. Kecantikan dan keindahan kaligrafi beliau boleh di dapati daripada syair-syiar yang di cipta oleh penyair ketika itu dan juga di iktiraf oleh tokoh sezaman dengan beliau seperti Yaqut al-Hamawi beliau mengatakan Ibnu al-Adim cukup prihatin mengenai perkembangan kaligrafi arab. Kaligrafi beliau juga masih boleh di dapati pada hari ini di sekolah agama al-Halawiyah terletak di Halab, tulisan beliau di gantung di salah satu papan tanda yang tergantung di sekolah tersebut. Kebanyakan penyair-penyair yang melihat kaligrafi beliau memuji bakat yang ada pada Ibnu al-Adim ini, antara mereka ialah Ibnu al-Qisrani, syiar beliau adalah seperti berikut:-

بخد معذبي أيات حسن فقل ما شئت فيه ولا تحاشي
ونسخة حسنه فرنت فصحت وها خط الكمال على الحواشي

Menarik juga untuk di tulis disini mengenai kemampun Ibnu al-Adim di dalam penulisan syair setelah kita mengetahui kemampun beliau di dalam kaligrafi arab. Syair-syiar beliau boleh di dapati di dalam buku-buku biodata, sejarah dan juga sastera. Kemampuan beliau di dalam penulisan syair adalah sama taraf dengan penyair-penyair hebat yang lain pada era pemerintahan al-Ayubi. Syair-syair yang di tulis oleh beliau sebenarnya tidak di karang oleh beliau sendiri malah generasi setelah kewafatnnya juga tidak memulakan usaha untuk menghimpun syair-syair beliau. Kemungkinan beliau sendiri tidak menghimpun syair-syairnya sendiri kerana sibuk dengan tugas yang di amanahkan kepadanya akhirnya syair-syair yang di tulis beliau terabai begitu sahaja. Bagi sesiapa yang meniliti syair-syair beliau, tujuan beliau di gunakan dalam penulisan syair tidak sama dengan penyair-penyair yang wujud ketika itu atau penyair-penyair yang wujud di dalam lipatan sejarah.

Syair-syair yang beliau guna lebih kepada untuk mencatit dan merakam peristiwa sejarah yang berlaku ketika itu. Beliau tidak menggunakan kemampuan beliau dalam mengungkapkan syair untuk menyerang atau menjatuhkan pihak yang tidak sehaluan dengannya. Oleh sebab itu syair-syair beliau memungkinkan pembaca yang menilai syairnya di penuhi dengan unsur-unsur yang menarik pada susunan kalimat dan kosa katanya, serta keindahan syairnya dalam menggambarkan sesuatu peristiwa. Pada helaian seterusnya kita dapat melihat syair beliau dalam menggambar dan menceritakan kehancuran Halab yang di serang oleh tentera Monggol. Antara syair beliau yang boleh kita lihat ialah mengenai sebuah kota yang di kenali sebagai Surra Man Ra’a atau Samarra’ kini terletak di Iraq. Beliau berdiri di hadapan tinggalan bangunan yang menunjukkan sebuah tamadun pernah berdiri di situ. Syair beliau itu mengungkapkan tentang sikap dan pembagunan pada zaman itu, syair beliau berbunyi:

نزلنا سر من راى فازدهتنا محاسنا الدوارس اذ نزلنا
وخاطبنا لسان الحال منها حللنا قبلكم ثم ارتحلنا

Selasa, 3 November 2009

Sejarah Ibnu al-Adim Siri 2

ASAL KETURUNAN IBNU AL-ADIM

Tidak lengkap ketika menulis biodata seorang tokoh jika kita tidak mencari salasilah keturunannya, faktor pengaruh keluarga adakalanya memainkan peranan penting dalam pembentukan jati diri sesorang. Kelahiran nabi Muhammad S.A.W sendiri muncul bukanlah dari keluarga yang boleh di anggap sebagai orang kebanyakan atau keluarga biasa, baginda muncul dari salasilah keluarga atau keturunan yang begitu di hormati oleh bangsa Arab Quraisy di Mekah, keturunan baginda ialah Bani Hasyim. Begitu juga kemunculan Khalifah Umar bin Abdul Aziz yang di anggap sebagai khalifah Islam yang kelima, beliau mempunyai susur jalur keturunan dari Umar al-Khattab. Tidak ketinggalan juga bagi sejarawan yang menjadi tajuk fokus dalam penulisan ini. Ibnu al-Adim hadir dari sebuah keluarga yang mempunyai nama dan pengaruh di dalam masyarakat yang berada di Halab. Asal keluarga Ibnu al-Adim terdiri daripada penyair-penyair, sasterawan, ulama fekah dan juga ‘abid. Kebanyakan kaum keluarga beliau mempunyai pengaruh yang luas dan tempat yang tinggi di dalam beberapa jawatan penting di dalam kerajaan seperti jawatan kadi dan mufti.

Antara kaum keluarganya yang tercatat dalam kitab al-Wafiyat Bil Wafiyat karangan Yaqut al-Hamawi beliau telah menukilkan kisah mengenai bapa saudara Ibnu al-Adim yang bernama Muhammad bin Hibbatullah bin Ahmad, bapa saudaranya ini seorang yang cukup di kenali sebagai seorang ‘adib. Beliau menghabiskan masanya untuk beribadah, bapa saudaranya ini juga di kenali sebagai seorang bijak di dalam bidang fekah, zuhud dan juga seorang yang mempunyai akhlak yang mulia. Disebabkan kepakaran beliau di dalam fekah, penguasa Halab ketika itu pernah menawarkan beliau jawatan qadi atau hakim, tetapi beliau telah menolak tawaran itu untuk memberi penumpuan dengan apa yang sedang beliau lakukan ketika itu. Di catat juga sejarah mengenai bapa saudara Ibnu al-Adim ini juga gemarkan penulisan, setiap kali bulan Ramadan, beliau akan beriktikaf sambil menulis dan menyusun semula kitab atau buku yang di tulis oleh imam al-Tirmizi.

Mengikut sejarah keluarga Ibnu al-Adim berasal dari Basrah, Iraq. Keturunan beliau boleh di lihat daripada datuknya yang di kenali sebagai Abu Jaradah. Beliau merupakan salah seorang yang sentiasa mendampingi saidina Ali bin Abu Talib R.A. Susur jalur nasabnya menjalar hingga ke Rabi’ah bin Uqail yang merupakan salah seorang pembesar bagi kabilah Amir bin Saqsa’ah al-Adnaniah. Sejarah keluarga ini berasal dari Basrah, Iraq, di sinilah berkembangnya keluarga Abu Jaradah sehingga ke anak cucu. Pada permulaan kurun ketiga hijrah Musa bin Isa salah seorang ahli keluarga Abu Jarabdah tiba di Halab atas urusan perniagaan, ketika itu juga Basrah sedang menular penyakit taun. Atas sebab bimbang dan takut akan dijangkiti penyakit yang amat merbahaya dan tiada penawarnya ketika itu, beliau telah mengambil keputusan untuk menetap di Halab.

Beliau telah memilih bandar ini sebagai tempat mastautinnya kerana Halab merupakan ibu kota bagi utara Syam, malah bandar ini terletak di tempat yang strategik yang menghubungkan Iraq, negara-negara yang terletak di Asia Tengah dan juga Turki. Musa bin Isa telah mewarisi harta dan kedudukan untuk keturunannya setelah beberapa tahun membina reputasinya di Halab. Usaha yang telah di lakukan oleh Musa bin Isa memberikan ruang bagi generasinya yang berikut untuk membina lagi reputasi keluarga Abu Jaradah ini ke tahap yang lebih tinggi, hinggakan keluarga ini terlibat di dalam pelbagai bidang yang mengundang keluarga ini di hormati oleh semua pihak di Halab. Nama keluarga ini terus berkembang dan mekar berkembang sehingga Halab di hancurkan oleh tentera Monggol, malah reputasi keluarga ini terus di jaga dan di pelihara setelah peristiwa hitam di serang tentera Monggol yang di ketuai oleh Holako. Penggunaan nama keluarga oleh sejarawan tersohor ini telah bertambah dari nama asal keluarganya, beliau telah menambah nama yang terus kekal hingga kini iaitu Ibnu al-Adim. Perubahan nama yang di lakukan oleh beliau tidak dapat di jelaskan apa sebabnya mengikut pendapat yang di kemukakan oleh Yaqut al-Hamawi ketika beliau bertanya mengenai pertukaran nama ke Ibnu al-Adim kepada keturunan Abu Jaradah ini, tiada pun salah seorang dari ahli keluarga yang besar ini dapat memberi jawapan yang tepat mengenai pertukaran nama ini.

Selasa, 13 Oktober 2009

Ibnu al-Adim Sejarawan Halab siri 1

SEJARAH HIDUP IBNU AL-ADIM

Ahli sejarah yang ingin di tulis ini merupakan salah seorang sejarawan yang di kenali sebagai seorang yang cukup adil dan tidak terlalu fanatik dan melampau di dalam penulisannya mengenai sejarah. Kehebatan beliau juga terserlah di dalam disiplin ilmu selain daripada sejarah seperti kesusteraan arab, hadis, kaligrafi arab dan ayam al-Nas. Beliau di kenali dengan nama Ibnu al-Adim. Nama sebenar beliau ialah Kamaluddin Abu Qasim Umar bin Ahmad bin Ahmad bin Hibbatullah bin Abu Jaradah al-Aqili al-Halabi. Tokoh ini di lahirkan di sebuah bandar yang terletak di utara Syria iaitu Halab. Sebuah bandar yang penuh dengan sejarah semenjak zaman awal ketamadun manusia di dunia. Di lahirkan pada permulaan bulan Zulhijjah tahun 588 hijrah, ada juga yang berpendapat beliau di lahirkan pada sekitar tahun 580-an, ini dinyatakan oleh Ibnu al-Imad di dalam bukunya yang berjudul Syazratul al-Zahab. Beliau merupakan seorang tokoh di dalam bidang sejarah yang paling agung pernah di lahirkan di Syam atau Syria ketika ini. Beliau amat di kenali sebagai seorang yang mempunyai naluri yang asli dan tersendiri dalam penulisan beliau mengenai sejarah, di dadanya mempunyai ilmu yang cukup banyak, malah boleh di anggap sebagai tokoh contoh terbaik untuk tamadun Arab dan untuk kebudayaan Syam sebelum tejatuhnya kota Halab di tangan tentera Monggol. Antara sejarawan yang sezaman dengan beliau ialah Yaqut al-Hamawi, Ibnu Syakir, Ibnu Kathir, Ibnu Khatib, al-Nasriyah dan Muhammad al-‘Ardi. Ibnu Syakir menulis tentangnya, beliau berkata:

“Seorang yang boleh di gelar sebagai al-Allamah, beliau adalah seorang ahli hadis, hafiz al-Quran, sejarawan yang jujur, ahli fekah, mufti, baligh dan penulis kaligrafi arab yang cantik dan menarik. Beliau juga seorang guru malah sentiasa berbalas surat dengan penguasa yang wujud ketika itu.Kehebatan beliau di dalam kaligrafi arab boleh di anggap sebagai mentor di dalam disiplin ilmu ini lebih-lebih lagi di dalam method al-Nasakh dan al-Hawasyi. Ketika beliau di dalam perjalanan atau pengembaraan, beliau tetap akan menulis di atas dua bonggol unta itu.”

Ketokohan dan kepandaian beliau ini adalah dari hasil corak didikan yang telah beliau lalui dari kecil lagi. Beliau telah mempelajari Bahasa Arab dan Pengajian Agama pada permulaannya dengan bapanya sendiri sehingga berumur sepuluh tahun, beliau juga telah mengikuti pengajian yang berbentuk halaqat atau menadah kitab dengan beberapa ulama yang ada di sekitar Halab. Tradisi ini masih kekal hingga kini di keseluruhan negeri-negeri di Syria. Kitab-kitab yang di gunakan di dalam pengajian berbentuk halaqat ini terdiri dari kitab-kitab muktabar dan turath. Setelah itu beliau telah memulakan kembara ilmu untuk menggali ilmu pengetahuan ketika usia beliau meningkat remaja. Kembara ilmu yang beliau lalui ini telah memberikan beliau peluang untuk berguru dengan alim ulama di tempat yang telah beliau sampai, antara tempat yang menjadi tempat persinggahan beliau untuk mendalami ilmu pengetahuan ialah Damsyik, Baghdad, al-Quds dan al-Hijaz. Ilmu yang beliau gali tidak terhadap terhadap ilmu agama semata-mata, malah beliau mempelajari semua jenis lapangan ilmu yang wujud ketika itu.

Beliau telah di anugerahkan bakat dan kepandaian semula jadi, dengan segala kelebihan yang ada beliau, bintangnya mula bersinar ketika umur beliau meningkat sebagai seorang pemuda, malah ketika usianya yang masih muda beliau telah mencapai satu tahap tertinggi di dalam kehidupannya terutama di Halab. Tahap tertinggi yang beliau telah capai ini adalah di dalam lapangan politik dan ilmu. Kehebatan yang dimilikinya membolehkan beliau hadir di dalam majlis rasmi yang dihadiri oleh penguasa Halab ketika itu al-Malik al-Zahir Ghazi bin Salahuddin, penghormatan yang di berikan oleh penguasa Halab ke atas beliau melebihi tetamu-tetamu yang lain sekalipun umur Ibnu al-Adim masih lagi hijau. Beliau juga pernah di lantik sebagai guru besar bagi dua buah sekolah yang terletak di Halab iaitu sekolah agama Syazbakhat , perlantikan beliau sebagai guru besar di sekolah ini pada bulan Zulhijjah tahun 616 hijrah, manakala sekolah yang kedua ialah sekolah agama al-Halawiyat. Penghormatan dan pengharagaan yang di terima oleh beliau tidak terhad di dalam jajahan Halab, malah penghormatan ini melangkaui tempat keliharannya sama ada di dalam lingkungan tanah Syam, kini di Syam terdiri dari negara-negara seperti Syria, Lubnan, Jordan, Palestian dan sebahagian daripada Iraq, semenanjung tanah Arab, Mesir dan juga negara-negara yang terletak di Asia kecil.

Antara yang menarik tentang beliau ialah di setiap negara yang beliau lawati atau menjadi tempat persinggahan mencari ilmu, setiap tempat yang mempunyai khazanah kitab-kitab dan juga dokumen-dokumen penting telah di kawal oleh beliau. Ini menunjukkan beliau bukanlah seorang yang biasa, dengan kemampuan dan kepandaian yang beliau miliki ini, tidak mustahil beliau mampu menguasai semua bahan-bahan penting yang wujud ketika itu. Bintang beliau terus bersinar tanpa henti sesuai dengan bakat dan kemampuan yang beliau miliki hinggakan beliau terlibat di dalam bidang politik di Halab dengan di lantik menjadi seorang menteri. Penghidupan beliau sebagai seorang politikus tidak menghalang beliau untuk terus aktif di dalam penulisan dan kelimuan terutama di dalam bidang sejarah. Buku-buku yang di karang oleh beliau seperti Zabdatul Halab Fit Tarikhil Halab, Baghyatut Talab Fit Tarikhil Halab, al-Insaf Wa al-Taharri Fi Daf’i al-Zulmi dan al-Tajarri ‘An Abi ‘Ala al-Ma’ri, buku-buku yang di karang oleh beliau ini menunjukkan kepada kita tentang minat beliau yang mendalam terhadap ilmu dan penulisan sekalipun di hambat dengan tugasan beliau sebagai seorang menteri yang sudah tentu tugasnya sibuk dan berat. Kemampuan beliau untuk menulis dan mengarang menjelaskan kepada kita tentang sifat dan sikap beliau, tidak pernah berputus asa atau memberikan alasan sibuk untuk mengarang, sudah pasti beliau memperuntukkan masa tertentu untuk menulis dan mengarang sesebuah buku atau kitab. Antara buku-buku yang di karang oleh selain yang di sebutkan di atas ialah:-

I. al-Darari Fi Zikri al-Zarazi
II. al-Akhbar al-Mustafad Fi Zikri Abi Jaradah
III. Dau’ al-Sabah Fi al-Hathi ‘Ala al-Simah
IV. al-Khat Wa Ulumuhu Wa Wasfu Adabihi Wa Aqlamihi Wa Khurusihi
V. Tazkirah Ibnu al-Adim
VI. al-Wuslah Ila al-Habib Fi Wasfi al-Tibat Wa al-Tib
VII. Tabrid Hararatu al-Akyad Fi al-Jarri ‘Ala Faqdi al-Awlad

Rabu, 22 April 2009

Bila non-muslim membaca al-Quran

Assalamualaikum.....

Bertemu kembali diruangan alam maya ini utk menyerikan lagi ruangan dakwah melalu alam maya serta memeraiahkan ruangan demokrasi yang ada di negara yang kita cintai ini. Kali ini saya ingin membawa satu tajuk yang menjadi hangat juga seketia ketika pilihanraya parlimen bukit gantang pada 7 April yang lalu.

Rasanya semua sudah maklum bagaimana orang umno membuat laporan polis mengenai wakil rakyat dap yang membaca alquran dan tafsirannya atas alasan mencemar kesucian alquran itu sendiri, tertanya juga kenapakah tindakan yang sebegitu diambil, rata-rata umum yang saya temui ketika setelah menyampaikan kuliah maghrib pada hari isnin 6 April yang lalu berpendapat tindakan ini seperti tindakan orang yang berfikiran jumud sedangkan rata-rata jemaah yang hadir bukanlah dari lulusan agama tetapi hati nurani dan fitrah mereka yang memberitahu betapa peliknya tindakan umno itu. Saya sendiri pun merasa peliknya, mungkin kita boleh berbaik sangka pada mereka kerana mereka tidak begitu memahami sejarah-sejarah lampau atau apa yang berlaku kini.

Mari kita lihat dari sudut kebaikkan yang ada dari peristiwa ini, yang pertama bolehlah kita melihat dari peristiwa ini sebagai satu realiti yang menarik utk dilihat dan dinilai oleh seluruh umat Islam di Malaysia, mari kita lihat sendiri dari kata-kata yang diungkapkan oleh empunya badan setelah isu ini menjadi hangat 'saya berasa amat kesal apabila masyarakat tionghua yang cuba mengenali Islam dan al-Quran melalui kitab berkenan tiba-tiba dihalang" satu anjakan paradigma yang menarik buat golongan non-muslim terhadap islam, ini menunjukkan Islam makin difahami sedikit demi sedikit oleh golongan non muslim dan mereka sendiri membaca alquran serta terjemahannya kerana tertarik dengan ajaran Islam. Bukankah ini menunjukkan mereka tertarik dengan Islam tetapi kita sebagai umat Islam atau golongan yang boleh dikira sebagai golongan jumud terus tidak mahu memahami isi alquran malah ada yang sikap menjauhi alquran sebagai panduan hidup selama kita dimuka bumi ini, malunya bukan kepalang bagi umat Islam lebih2 lagi yang mengaku Melayu tidak mahu mengakui tentang ayat yang dibaca oleh wakil rakyat dari dap ini, memang amat malang kita mendapat saudara seislam yang begini perangainya.

Sejarah telah terakam dulu semasa nabi muhammad di madinah menggalakkan orang islam mempelejari bahasa yahudi, cuba kita pusingkan dan memahami kenyataan yang lebih mendalam lagi, boleh kita maksud yang tersirat dari dorongan nabi itu ialah ilmu perlu dipelajari dari siapa pun tak kira apa bangsa dan agama asalkan apa yang kita pelajari itu tidak lari dan keluar dari apa yang digariskan syarak, malah perkara yang tersirat dari dorongan nabi itu ialah mungkin dengan mempelajari bahasa yahudi Islam boleh disampaikan dengan lebih mendalam lagi kerana ianya disampaikan dalam bahasa ibunda yahudi, selain itu akhlak islam boleh ditonjolkan sekiranya kita tidak memilih guru kita, kita ambil contoh dari apa yang berlaku dari salah seorang 4 mazhab, saya terlupa siapa sebenarnya tapi dari cerita itu bagaimana imam tersebut sedang digunting rambutnya tetiba berdiri kerana ternampak seorang gurunya yang bukan islam, berdirinya imam itu kerana menghormati apa yang telah diajar oleh non muslim tadi, si tukang gunting kehairanan bingung memikirkan kenapa imam yang besar ini memberi hormat kepada orang yang bukan islam, lalu imam tersebut menjelaskan kenapa, kerana non muslim itu telah mengajarnya bagaimana hendak mengenali anjing jantan yang sudah akil baligh. Nah....inilah contoh sebenarnya dalam mencari ilmu dan ikhlas dengan perkara-perkara yang berkaitan ilmu asalkan ilmu itu dapat dimanfaatkan oleh semua umat manusia tanpa mengenal bangsa dan agama.

Oleh itu,marilah kita sama-sama fikirkan kebaikan dari realiti ini, satu peluang amat besar dalam memperkenalkan Islam kepada non-muslim, jgn kita lupa peristiwa 9-11 telah menyebabkan bannyak bangsa yang bukan islam ingin mengenali islam yang hakiki. Ma'as salamah.....

Khamis, 19 Mac 2009

HUKUM SAMBUT MAULID NABI MUHAMMAD S.A.W

RENUNGAN BERSAMA MENGENAI BIRTHDAY OUR NABI

Berikut adalah daripada fatwa Sheikh Yusof al-Qaradhawi

SOALAN : Apakah hukum menyambut hari memperingati Nabi Muhammad S.A.W dan juga hari-hari kebesaran Islam yang lain seperti kedatangan tahun baru hijrah dan juga Isra' dan Mikraj ?

JAWAPAN :
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani, tidak lupa juga selawat dan salam kepada Rasulullah...

Ada golongan dari umat Islam yang menganggap bahawa hari-hari penting dan kebesaran Islam atau apa sahaja cara memperingati peristiwa-peristiwa Islam seperti Hijrah, Isra' Mikraj, Maulidur Rasul, Peristiwa Badar al-Kubra, Fathu Makkah, peristiwa-peristiwa dari sirah nabi dan lain-lain yang seumpamanya adalah bid'ah (yang diada-adakan) dalam agama ini yang mana setiap bid'ah itu sesat dan setiap yang sesat itu akhirnya adalah tempatnya di neraka. Anggapan ini sebenarnya salah secara total. Sebenarnya apa yang kita nafikan dan tidak persetujui pada perkara ini ialah sambutan-sambutan yang bercampur dengan perkara-perkara yang mungkar, perkara-perkara yang salah di sisi syara' dan juga perkara yang langsung tiada asal dan dalil dalam agama sepertimana yang berlaku di sebahagian negara pada sambutan Maulidur Rasul dan sambutan kelahiran yang mereka rayakan untuk para auliya' dan solihin.
ALLAH PEDULI
Banyak perkara yang tak dapat ku mengerti
Mengapakah harus terjadi
Di dalam kehidupan ini
Suatu perkara yang ku simpan dalam hati
Tiada satupun kan terjadi tanpa Allah perduli
Allah mengerti
Allah peduli
Segala persoalan yg kita hadapi
Tak akan pernah di biarkannya ku bergumul sendiri
Sbab Allah mengerti
Allah mengerti
Allah peduli
Segala persoalan yang kita hadapi
Tak akan pernah di biarkannya ku bergumul sendiri
Sbab Allah Yesus ku mengerti

lirik diatas adalah lagu dari artis seberang nyanyian agnes monica, MAIS cuba untuk mengharamkan lagu ini kerana pada pandangan MAIS ada lirik yang tertulis SEBAB ALLAH YESUS KU MENGERTI tetapi orang yang memimbulkan isu ini mengatakan dia belum lagi melihat dan mendengar lagu ini, pelik juga, nak jatuhkan hukuman tapi belum lagi nak siasat detail atau sewaktu dengannya. so apa pilihan pembaca sekalian, sengaja saya hilitekan isu ini boleh kita sama2 bermuzakarah dengan dada yang lapang demi kemajuan islam dan umatnya di malaysia, amin..!!!!