Rabu, 25 Januari 2012

Pakar genetik perjelas asal usul manusia dari Melayu Proto

Seorang pakar genetik Universiti Oxford, Dr Stephen Oppenheimer berkata beliau terkejut apabila melihat betapa kajian ke atas asal usul warga pribumi di negara ini dijalankan mengikut pertimbangan politik.

Reaksi seperti itu dapat dikesan melalui laporan media ke atas satu persidangan mengenai asal usul orang Melayu minggu lalu, yang mendedahkan bahawa Orang Asli daripada suku Senoi, Semang dan Melayu Proto merupakan "pemegang obor" yang merintis tamadun manusia moden.

Oppenheimer ketika menjelaskan penemuan itu dalam satu wawancara dengan Malaysiakini minggu lalu berkata, Orang Asli khususnya dari suku Semang dan Melayu Proto merupakan keturunan daripada manusia pertama yang menjejakkan kaki ke Asia Tenggara.
Keturunan manusia itu, di kawasan yang dahulunya dikenali sebagai Pentas Sunda ini juga menjadi nenek moyang kepada keturunan mereka di Asia Timur dan juga di benua Amerika, katanya.

Keturunan Semang dan Melayu Proto itu mempunyai ciri khas dan unik, sama seperti keturunan yang tersebar daripada kawasan Pentas Sunda, kata Oppenheimer lagi.

Perkara itu menunjukkan bahawa masyarakat tersebut telah wujud di sini semenjak penduduk awal tiba di kawasan ini, tambahnya.

Beliau menjalankan kajian tersebut ke atas sampel DNA yang diperolehi daripada penduduk serata dunia untuk menentukan asal usul masyarakat dunia – bermula daripada manusia pertama di Afrika sehingga kepada warga Eropah di teluk Arab dan juga tanah warga Asia timur di Pentas Sunda.

Oppenheimer berada di Kuala Lumpur pada Jumaat lalu untuk membentangkan kajiannya di persidangan Asal Usul Melayu: Induknya di Alam Melayu, anjuran Ikatan Ahli Arkeologi Malaysia.

Beliau telah menerbitkan kajiannya sebelum ini melalui buku Eden in the East dan juga Out of Eden yang memperincikan teorinya mengenai migrasi penduduk awal dunia.

Pembentangan kajiannya boleh dilihat di laman yayasan Bradshaw Foundation, satu badan yang bergiat dalam kajian genetik, antropologi dan arkeologi.
p/s:kita semua berasal daripada Adam dan Hawa tp kajian yg dilakukan ini juga tak boleh tolak ketepi utk lebihkan percambahan minda lagi mendalam.
sumber: http://www.malaysiakini.com/news/187444

Rabu, 11 Januari 2012

Muflis 2019: Henti beri mandat kepada BN

PULAU PINANG, 11 Jan: Pengesahan Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) bahawa Malaysia akan bankrap menjelang 2019 menujukkan rakyat perlu menukar kerajaan supaya Pakatan Rakyat dapat menyelamatkan negara, kata Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.

Menurutnya, Malaysia akan menjadi negara penghutang sebelum akhir dekad ini jika Kerajaan BN meneruskan cara-cara perbelanjaan dan peminjaman yang tidak bertanggungjawab.

Nisbah hutang Kerajaan Persekutuan kepada KDNK telah meningkat setiap tahun dari 53.1% pada tahun 2010, 53.8% pada tahun 2011 hingga 54.8% pada tahun 2012. Kadar hutang ini amat membimbangkan kerana sudah hampir mencecah siling hutang negara iaitu 55%.

Mengikut felo Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) Mohd Ariff Abdul Kareem, sekiranya Kerajaan Persekutuan terus meminjam seperti sekarang, nisbah hutang kepada KNDK negara akan mencapai 100% ataupun menyamai KDNK menjelang tahun 2019.

Secara mutlak, hutang Kerajaan Persekutuan telah meningkat sebanyak 71% dalam tempoh 4 tahun kepada RM456 bilion pada akhir 2011 daripada RM266 bilion pada akhir 2007.

Jika kadar peningkatan yang sama diteruskan, hutang negara akan meningkat kepada RM780 bilion pada tahun 2016 dan RM1,300 bilion pada tahun 2020.

Yang lebih menrunsingkan kata Lim, kadar pinjaman negara adalah jauh lebih tinggi daripada kadar pertumbuhan ekonomi.

"Ini amat berbahaya, dan lebih teruk lagi jika ditambah dengan data Laporan Tahunan Bank Negara 2010 yang mendedahkan bahawa hutang isi rumah Malaysia pada akhir 2010 berada di tahap RM581 bilion atau pun 76 peratus daripada KDNK, lantas “menobatkan” Malaysia sebagai negara dengan hutang isi rumah yang tertinggi di Asia selepas Korea Selatan.

"Tambahan pula, nisbah bayaran hutang isi rumah Malaysia berada di tahap 47.8 peratus pada tahun 2010, atau dalam erti kata lain, setengah daripada pendapatan isi rumah digunakan untuk pembayaran hutang," kata Lim.

Beliau yang juga Setiausaha DAP berkata, Rakyat Malaysia bukan sahaja dibebani hutang piutang, tetapi kos barang-barang harian juga sedang melambung sementara pendapatan dan gaji tidak meningkat. Susu bayi pun telah naik harga sebanyak 50% baru-baru ini. Antara kos barangan harian yang meningkat adalah:

1.     Gula: RM1.45/kg (Jan 2010) kepada RM2.30 (Mei 2011) – 58% dalam 18 bulan.

2.     Telur: Gred B RM9/30biji (Sep 2010) kepada RM10/30biji (sekarang).

3.     Tarif Elektrik: kenaikan purata 7.12% pada bulan Jun 2011.

4.     Teh Tarik dan Kopi Susu: Kenaikan RM0.10 hingga RM0.20 (9.1% hingga 18.2%).

5.     Roti Gardenia: Kenaikan 5-14% (2011).

6.     Cukai Perkhidmatan: Kenaikan 1% (cukai tambahan RM720 juta untuk Kerajaan Persekutuan).

7.     Bawang: Kenaikan 17% (Dis 2010).

8.     Milo: Kenaikan 5% pada suku pertama 2011, 4% pada setengah tahun kedua 2011.

9.     Nescafe: Kenaikan 6% pada setengah tahun kedua 2011, di mana harga sudah >RM20/300gm.

10.  Semua makanan kegemaran ramai seperti roti canai, char koay teow dan nasi kandar makin kecil bahagiannya walaupun harga tetap sama.

Sebaliknya ujar Lim, negeri-negeri Pakatan Rakyat telah berjaya mengurus kewangan supaya rakyat tidak dibebani hutang.

Di Pulau Pinang, hutang kerajaan negeri telah dikurangkan daripada RM630 juta pada 8 Mac 2008 kepada RM30 juta pada akhir Oktober 201.

"Ini merupakan pengurangan sebanyak 95% ataupun RM600 juta, iaitu pengurangan yang paling besar dalam sejarah mana-mana negeri di Malaysia.

"Adalah jelas bahawa rakyat Malaysia yang menginginkan kehidupan yang lebih baik hari ini dan untuk generasi masa depan hendaklah membuat pilihan di antara sebuah kerajaan yang boros dan meminjam secara tidak bertanggungjawab di samping gagal menjana perkembangan ekonomi, dengan sebuah kerajaan yang berhemat dan telus serta mengutamakan kepentingan rakyat," katanya.
p/s: golongan mana yg paling tertekan dgn keadaan ini,jika dilihat dari trend yg ada kebiasaannya org bawah akan jadi mangsa di tekan oleh org atas utk org2 yg diatas survive in their life.so, fikir2kan lah apa yg patut kita lakukan pd masa yg akan dtg.SELAMATKAN MALAYSIA.....!!!!!
sumber berita: http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/7520-muflis-2019-henti-beri-mandat-kepada-bn

Khamis, 5 Januari 2012

pengakuan bekas menteri kerajaan BN malaysia mengenai style politik BN:

Pengakuan bekas menteri kerajaan BN malaysia mengenai style politik BN:

1.Saya sendiri pernah diberi satu longgok cash suruh saya edar. Pembelian undi secara-terang terangan dua tiga hari sebelum pilihan raya. Berjuta-juta duit diedar cara besar-besaran."Ramai orang kelabu mata bab duit ni, tapi tak usah buat dah la, hodoh sangat dah," katanya sambil menyeru BN bertanding secara 'gentleman'.

2.Kita ada masa, parlimen ini sampai April 2013, apa duk kalut sangat. Tabur duit merata-rata nak buat pilihanraya bulan Mac,katanya.Sambil mengingatkan Najib bahawa sekarang sudah tahun 2012, rakyat zaman ini sudah pandai menilai dan tidak boleh lagi diperbodohkan.


p/s: kenapalah org tak nampak apa yg berlaku malah boleh menafikan mati2pasal rasuah politik duit,statement nie mengesahkan siapa dibeli dan lain2 aktiviti,mana duit tak habis.kalau duit sendiri kesannya maybe takde tp depa hanya hidup dengan duit yg dibayar oleh rakyat awam...!!!!

 http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/7418-praya-selepas-kerja-jk-parlimen-selesai-kadir-sheikh-fadzil

Selasa, 3 Januari 2012

Sejarah Sekolah Pondok Di Malaysia-Part 4-

PERBEZAAN METODOLOGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI ANTARA SEKOLAH PONDOK DAN ALIRAN KEBANGSAAN

Dalam bahagian ini kita akan membincangkan beberapa perkara yang akan menjelaskan perbezaan yang cara pengajaran dan pembelajaran di antara kedua-dua jenis sekolah. Jika dilihat secara mata kasar, kedua-dua jenis sekolah ini mempunyai hala tuju yang hampir serupa antaranya ialah dalam mencapai matlamat akhlak mulia dari setiap apa yang dipelajari dari subjek-subjek yang disediakan terutama subjek yang berkaitan dengan Pendidikan Islam, tetapi jika kita perhalusi lebih mendalam lagi, jelas kelihatan perbezaan yang cukup ketara di antara-antara kedua-duanya, setiap aliran ini ada sejarahnya tersendiri, setiap aliran ini punya metologi tersendiri, setiap aliran ini punya produk yang tersendiri.

            Corak pengajian dan pembelajaran di pondok adalah unik serta tidak punya persamaan langsung dengan cara pengajaran dan pembelajaran aliran kebangsaan. Ini boleh dilihat dari kompenan asas yang menujangi sebuah institusi pondok, iaitu Tuan Guru (Tok Guru), masjid (surau) dan pondok, ini membawa maksud sistem pengajian dan pembelajaran pondok benar-benar melibatkan semua pihak dalam menjayakan aspirasi yang telah ditetapkan oleh tuan punya pondok. Bagaimana pula dengan sekolah aliran kebangsaan? Adakah ciri begini kelihatan pada sekolah aliran kebangsaan? Jika dilihat kepada sekolah aliran kebangsaan, kompenan yang menunjanginya tertakluk kepada keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri , jika menteri yang bertanggung jawab mengenai pelajaran memilih untuk menukar sesuatu yang telah lama diamalan secara tiba-tiba, apakah ini tidak menjadi kerugian kepada warga pendidikan? Hal ini jelas disebut didalam Akta Pendidikan 1996 mengenai pembelajaran dan pengajaran Pendidikan Islam, antara kenyataan-kenyatan berikut ialah:

Seksyen 50 (1),
Jika di dalam sesuatu institusi pendidikan terdapat lima orang murid atau lebih yang menganut agama Islam, maka murid-murid itu hendaklah diberikan pengjaran agama Islam oleh guru yang diluluskan oleh Pihak Berkuasa Negeri.

            Seksyen diatas secara jelas tidak memberi peluang kepada perkembangan Islam kepada pelajar yang menetap atau bermukim dikawasan yang tidak mempunya majoriti agama Islam, ini boleh menyebabkan pelajar tersebut terpaksa mencari tempat belajar yang lain untuk mempelajari agama Islam.

Antara perbezaan dari dari sudut pembelajaran dan pengajaran ialah sistem aliran pondok memperkenalkan sistem pengajian halaqat atau dengan kata lain dipanggil umumi, pembelajaran dan pengajian cara ini adalah cara yang cukup popular dimana-dimana sistem pondok diamalkan iaitu dengan cara seorang guru akan akan duduk bersila dihadapan para pelajarnya sambil membuka kitab yang diletakkan di atas sebuah papan rihal atau meja kecil lagi rendah. Murid-murid pula akan duduk bersila dihadapannya dengan kitab yang dipelajari serta buku catatan. Mereka membentuk lingkaran tapak kuda atau halaqat.

            Corak pengajian seperti ini dikatakan sebagai warisan dari zaman awal islam iaitu ketika Nabi Muhammada S.A.W memulakan dakwahnya pada zaman Mekah dan Madinah. Para sahabat ketika itu duduk mengelilingi dan berhampiran Nabi Muhammad S.A.W untuk mendengar pengajaran yang disampaikan tidak kira dimana tempat itu disampaikan hatta dibawah pokok sekalipun. Tertanya cara pengajian ini amat istimewa kerana ianya melibatkan pelajar yang bukan sedikit dan tidak terhad umur si pendengar asalkan ada kemahuan untuk mempelajari ilmu agama yang akan disampaikan oleh tok guru. Pengajaran dan pembelajaran ini tertanya sesuai dengan galakan yang Islam berikan kepada umatnya untuk menuntut ilmu seperti maksud hadis S.A.W:

            Tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad

            Hingga kini sistem pengajian halaqat masih berjalan di merata tempat di dunia Islam, tidak kira dimana pengajian diadakan ianya tetap mendapat tempat di hati masyarakat. Jika kita ke Kota Bharu boleh kelihatan lautan manusia membanjiri bandar Kota Bharu untuk mendengar ilmu yang akan disampaikan oleh penceramah yang dijemput pada cuti mingguan di Pantai Timur, malah juga telah tercatit dalam sejarah ulama-ulama nusantara juga telah mengadakan halaqat di Masjidil Haram, Mekah. Secara tidak langsung pengajian dan pembelajaran secara halaqat ini benar-benar hadir di tengah masyarakat dalam menyebar dan mengembangkan kefahaman Islam yang syumul kepada setiap lapisan umur tanpa mengenal jantina dan bangsa, ini menunjukkan sistem pengajian pondok benar-benar berintreaksi dengan masyarakat setempat.