sajak yg disampaikan oleh Ammu Afdalin Shawqi (panggilan oleh org gaza pdnya) dlm tv hijrah mlm nie terkesan juga di hatiku membaca sajaknya:-
MATA KECILKU
Nukilan : Ammu Afdlin Shauki aka Abu Miasara
Kau buat mataku kecil
Kau buat badanku besar
Kau sayangkan aku
Kau buatku serba kekurangan
Supaya aku berusaha mencari kejayaan
Kemudian kau limpahkan dgn kesenangan
Kau sayangkan aku
Aku leka dengan hidup dunia
Tiada syukur tersemat didada
Hari hari bergelumang dosa
perhubungan kita tidak ku jaga
seperti seorang anak tak mengenang jasa
Kau sayangkan aku
Aku yg sudah hanyut jiwaku
Rasa tak layak lagi bersamaMu
Sangkaku tertutup sudah pintu kemaafanMu
kerana ke-alpaan diriku
Kerana kebodohan diriku
kerana keangkuhan diriku
Kerana ku butakan mata kecilku
"Masihkah Kau sayangkan Aku?"
f16 Israel membedil Gaza
Kau sayangkan aku
Bom Bom Israel mencari Syuhada
Kesengsaraan di tanah Gaza
Kehancuran merata- rata
Kezaliman yg tak terkata
Kau sayangkan aku
Kemanusiaan membawaku ke sana
Kau permudahkan segala cara
Walaupun debar menggoncang dada
Kau beri ku kekuatan minda
Selamat perjalananku ke Gaza
Agar akhirnya dapat ku guna
Mata yang lama tak bercahaya
Kerana hanya mengejar dunia
Kau Sayangkan aku
Mataku melihat, runtun hatiku
bukan kerana kematian dan kesusahan di situ
Gaza tanah barakahMU
walaupun semuanya kelabu
Dipenuhi oleh kekasih-kekasihMU
Yang tidak pernah menyoal cintaMU
Yang tak pernah menyalahkanMU
Walaupun apa saja kesusahan yang kau beri
Kesyukuran tak pernah meninggalkan hati
Semua kekasih kekasihMU itu merindui
Bersamamu di Jannah nanti
Air mata berlinangan dari mata kecilku
Melihat Ketenangan wajah kekasihMU
Melihat Keberanian jiwa kekasihMU
Melihat keredhaan hati kekasihMU
Melihat ketaqwaan hidup kekasihMU
Senyum kekasihMU penuh cahaya
Senyun terukir walaupun duka
Senyum di beri tak memilih siapa
Senyum penuh kesyukuran padaNYA
AKu terduduk, terdiam melihatnya
Mata aku berkelip tidak percaya,
tidak pernah aku melihat sepertinya
Adakah aku dibumi nyata
ataupun menghampiri ahli-ahli syurga
Palestin bergolak atas keizinanMu
Kau mahu Palestin menjadi guru
Pelajaran bagi semua umat MU
Menyuluh jalan pulang padaMU
Aku meminta pengampunan dariMu Ya Allah
Kerana setelah semua yg aku laku
kau masih sudi membuka mataku
kau masih sudi mahu bersama ku
Kau masih sudi sayangkan aku
Kau sayangkan aku
Aku bersyukur dan merasa rendah
kerana diriku yang masih kau endah
Akan ku balas cintamu dengan seluruh jiwaku
dengan badan besarku
dengan seniku, dengan jenakaku, dengan akalku
dengan mata kecilku yang kini melihat kebesaran Mu
kekuatan Mu, Ke BijaksanaanMu, PengampunanMU
Cinta Mu yang memang tidak ada seteru.
Semua yang ku lakukan kini kerana Mu
UntukMu inginku menjadi Qalam
Akan aku ceritakan kebesaranmu kepada sekian Alam
Akan ku sampaikan kasih mu yg sangat mendalam
Ya aku, Budak gemuk yg 120kg ni... ISLAM.
Allahu akbar!
Ahad, 23 Disember 2012
Perbezaan Metodologi Pengajaran&Pembelajaran Di Antara Sekolah Pondok&Aliran Kebangsaan (sambungan....)
Perbezaan lain yang dapat kita lihat diantara kedua-dua
aliran ini ialah dari segi masa yang diperuntukkan untuk mempelajari
subjek-subjek yang berkaitan dengan agama. Jika dilihat pada subjek yang
dipelajari di aliran pondok sudah tentu masa yang diperuntukkan untuk mendalami
ilmu agama tidak terbatas malah adakalanya berlanjutan sampai ke malam dalam
menggali permasalahan dan menghadami tajuk yang dipelajari. Manakala di sekolah
aliran kebangsaan dengan subjek Pendidikan Islam yang begitu ringkas, sudah
tentu boleh dibayangkan berapa lama yang diperuntukkan untuk mempelajari subjek
Pendidikan Islam ini sekalipun subjek
ini menjadi subjek teras di sekolah aliran kebangsaan. Peruntukan waktu bagi
subjek Pendidikan Islam di peringkat sekolah rendah ialah 180 minit seminggu di
Sekolah Kebangsaan (SK) dan 150 minit di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan
(SRJK). Peruntukan waktu di peringkat Sekolah Menengah Rendah pula ialah 140
minit (termasuk 1 waktu amali) + 60 mint seminggu. Manakala di peringkat
Sekolah Menengah Atas ialah 140 minit (termasuk 1 waktu amali) seminggu.
Perbezaan yang telah dijelaskan diatas telah menunjukkan
perbezaan yang amat ketara dari sudut pembelajaran dan pengajaran yang ada pada
dua-dua jenis aliran yang ada di Malaysia. Sudah tentu pengajian di pondok
lebih membantu pelajar atau orang ramai untuk mendalami ilmu agama secara
mendalam, dengan cara begitu Islam yang menjadi agama rasmi di negara kita ini
dapat diamalkan dan dikembang lagi dengan jayanya, malah dapat memperkenalkan
kebaikan agama ini kepada bukan Islam. Tidak keterlaluan juga sekolah aliran
pondok ini terus mendapat sambutan orang ramai walaupun dunia kini telah berada
di ambang permodenan yang begitu tinggi, malah kehadiran pelajar dari luar
negara untuk berguru dan mempelajari semua jenis-jenis kitab yang ditawarkan
oleh aliran pondok ini juga mendapat sambutan. Metologi pembelajaran dan
pengajian yang ditawarkan serta tidak terlalu membebankan dari sudut kewangan
dan tarikan cara pembelajaran juga menjadikan pengajian aliran ini tetap
relevan hingga kini. Yang pasti pengajaran dan pembelajaran didalamnya dapat
mengubati apa yang dipanggil penyakit yang berpunca dari hati.
PERANAN
GURU SEBAGAI MURABBI DI SEKOLAH PONDOK DAN SEKOLAH ALIRAN KEBANGSAAN
Sekolah yang wujud tanpa ada guru akan menyebabkan
pengajian dan pembelajaran di sekolah berkenaan tergantung atau setiap yang
dirancang tidak akan menjadi kenyataan malah akan menyebabkan setiap subjek
yang sepatutnya difahami, tidak akan dapat dihadam oleh pelajar, pengajian dan
pembelajaran tanpa ada bimbingan akan menghasilkan salah faham pada sesuatu
subjek malah boleh menyebabkan pelajar menjadi lebih jahil gara-gara tiada
pembimbang. Malah sudah tercatit dalam sejarah samada di dalam al-Quran atau
mana-mana kitab sejarah, setiap sesuatu benda baru akan menjadi lebih cepat
difahami sekiranya punya pembimbing yang tepat, malah nabi Muhammad S.A.W
sendiri ketika melakukan amanah dalam menyampaikan Islam, baginda tidak
menyampaikan dengan fahaman baginda sendiri, semua yang disampaikan itu
berdasarkan apa yang telah diajar oleh murabbinya yang Maha Agung melalui
perantaraan malaikat Jibrail. Sekalipun yang punya kuasa itu ada kuasa yang
tidak terbatas malah boleh menjadikan insan bernama Muhammad bin Abdullah alim
dalam semua hal agama dalam sekelip mata, tetapi ini tidak berlaku. Setiap
benda baru perlu ada peringkat-peringkat yang perlu dilalui dalam mencapai
peringkat ilmu yang lebih tinggi lagi.
Zat Yang
Maha Agung itu telah mengajar kita umat manusia bagaimana ingin menjadi guru
yang terbaik dalam mendidik pelajar. Segala rahsia dari pembelajaran mengenai
Islam kepada baginda S.A.W terkandung dalam al-Quran. Begitu juga profesyen
perguruan, perlu punya sifat-sifat yang tertentu yang mampu membangunkan minda
dan jatidiri pelajar. Pada kali ini, tidaklah dapat dibezakan peranan guru
dikedua-dua aliran, kedua-dua aliran ini mempunyai hala tuju yang sama dalam
mengamalkan profesyen perguruan. Guru dari aliran kebangsaan mempunya falasafah
mereka sendiri seperti yang tertera pada Falsafah Pendidikan Guru :
Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan
saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan
kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu dan memelihara suatu
masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin.
(Kementerian Pendidikan Malaysia, 2001, ms. 1)
Manakala peranan
yang dimainkan guru di aliran pondok pula tidaklah mempunyai perbezaan jauh
dari Falsafah Pendidikan Guru aliran kebangsaan. Pengajian dan pembelajaran di
aliran pondok banyak terdedah dengan kitab-kitab yang dikira muktabar dan terpakai
dalam bidang agama, sudah tentu falsafah pendidikan guru didalam aliran
pondok banyak dikutip dari ayat-ayat
al-Quran dan juga hadis-hadis nabi yang berkaitan dengan profesyen perguruan
ini. Malah yang lebih menarik lagi dari kalangan guru-guru yang berada di
aliran pondok, mereka mempunyai masa yang begitu banyak bersama dengan
pelajar-pelajarnya, hubungan antara guru dan pelajar menjadi lebih akrab malah
kebiasaannya hubungan antara guru dan pelajar dari aliran pondok tidak akan
putus sampai bila-bila. Guru di aliran pondok sentiasa menjadi rujukan jika ada
timbul kekeliruan daripada permasalahan yang timbul. Malah kalau diperhatikan
kepada kehidupan seharian guru yang berada di aliran pondok, kehidupannya amat
sederhana malah sara hidupnya hadir dari usahanya sendiri, hadiah, zakat,
wakaf, hibah (pemberian) daripada masyarakat sekeliling dan seupamanya. Ini
memperlihatkan aliran pondok mempunyai hubungan akrab dengan masyarkat
sekililing.
Sabtu, 1 Disember 2012
Tentera Israel ramai mati bunuh diri dari berperang
Bunuh diri merupakan penyebab utama kematian di kalangan pasukan tentera yahudi zionis laknatullah. Dari laporan data bahagian pemulihan tentera Israel, harian Ibrani Maariv melaporkan pada tahun 2003 jumlah tentera yahudi lanatullah yang bunuh diri meningkat lebih tinggi berbanding mereka yang terbunuh dalam serangan tentera di Tebing Barat dan Genting Gaza.
Dari laporan tersebut jumlah meningkat kepada 43 tentera Zionis laknatullah bunuh diri berbanding dari angka tahun sebelumnya yang mencatatkan 30 orang. Data ini menunjukkan adanya kenaikan 30% dari jumlah tentera yahudi bunuh diri pada 2002 yang mencapai 31 orang.
Pada tahun 2003 semasa Intifada kedua, seramai 43 tentera yahudi dilaporkan mati kerana bunuh diri dan ini menjadi menjadi penyebab utama kematian di kalangan tentera rejim laknatullah itu. Sementara pada enam bulan pertama tahun 2004 seramai 15 tentera yahudi dilaporkan bunuh diri.
Kementerian Pertahanan sendiri menolak untuk memberi kenyataan kerana merasa malu atas laporan itu.
Jurucakap kementerian hanya mengatakan bahawa dia tidak mengetahui masalah itu dan pihaknya tidak ada hubungannya dengan kes bunuh diri tersebut.
Tentera yahudi laknatullah juga menyangkal bahawa tindakan bunuh diri itu ada kaitan dengan tindakan-tindakan jahat yahudi di wilayah jajahannya.
Sumber tentera berkata alasan seperti faktor emosi, penganiayaan dan ugutan oleh pihak atasan, serta tekanan psikologi sebagai punca tentera yahudi bunuh diri. Hakikat sebenarnya tentera yahudi ini mengalami trauma atas kejahatan mereka di Tebing Barat dan Jalur Gaza yang kemudian berakhir dengan bunuh diri.
Aktivis keamanan Israel mengatakan kepada Aljazeera.net bahawa mereka yakin bahawa kebanyakan tentera yang bunuh diri tidak boleh hidup dengan menanggung beban yang mengerikan atas tindakan kejam mereka di wilayah Palestin.
Pada 2008 seorang polis sempadan Israel bunuh diri di depan Perdana Menteri Perancis ketika itu Nicholas Sarkozy. Pada tahun 2007 hingga tahun 2009 terdapat penurunan jumlah kes bunuh diri. Namun jumlah kes bunuh diri melonjak selepas tahun 2009.
Pada suku pertama 2010 seramai 19 tentera yahudi laknatullah dilaporkan bunuh diri sedangkan pada tahun 2009 statistik mencatatkan terdapat 21 tentera bunuh diri.
Pada 2010 itu dua tentera yahudi laknatullah dilaporkan bunuh diri di Daliat el Carmel. Tentera pertama Ashraf Meriyah 18, ditemui mati kerana tembakan di kepala di rumahnya. Manakala Louis Nasser a Din 21, mengetahui rakannya itu bunuh diri di wilayah tentera yahudi di Haifa, dia juga turut sama bunuh diri dengan menembak kepalanya.
Pasukan Pertahanan Israel (IDF) pernah menjalankan program khusus untuk membantu komander-komander mereka mengesan tekanan psikologi di kalangan tentera akibat meningkatnay jumlah tentera yahudi bunuh diri. Sebahagian daripada program ini, IDF memutuskan untuk mengurangkan jumlah tentera yang membawa senjata ketika pulang.
Menurut IDF, kes bunuh diri ini tidak ada hubungannya dengan perkhidmatan ketenteraan mereka dan IDF mengkaji apakah ada kesilapan oleh komander sebagai pencetus kes bunuh diri.
Pada 2008, laman Ynet melaporkan terdapat dua pegawai dihukum kerana dianggap gagal menghalang seorang prajurit yang bunuh diri akibat tekanan psikologi. Dalam kes yang sama, seorang pegawai kesihatan mental dikenakan tindakan disiplin kerana gagal membantu tentera.
Pada 2011 dilaporkan seorang pengasas kumpulan anti tentera rejim Israel New Profile, Ruth Hiller memberitahu bahawa dianggarkan sebanyak 50% tentera yahudi yang ditanam di tanah perkuburan tentera adalah akibat mati bunuh diri berbanding kemalangan atau dibunuh.
Pada tahun 1989, Jabatan Tentera Israel melaporkan purata angka bunuh diri setiap tahun mencapai 35 orang.
Diterjemahkan dari sumber globalmuslim - http://detikislam.blogspot.com&www.harakahdaily.net
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/14965-tentera-israel-lebih-ramai-mati-bunuh-diri
p/s: fitrah manusia tak sukakan kekerasan dan kekejaman,akhirnya nak selesaikan masalah bunuh diri dalah opsyen mereka.....rupa2nya ada info yg mereka sembunyikan...takut malu lah...

Sabtu, 24 November 2012
PERBEZAAN METODOLOGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI ANTARA SEKOLAH PONDOK DAN ALIRAN KEBANGSAAN (sambungan.....)
Sistem aliran kebangsaan hadir di dalam masyarkat hanya
agak lewat dari sistem pondok yang telah terbukti memberi impak dalam membentuk
masyarakat , pengajian dan pembelajarnya pula hanya sekadar terhad di dalam
kelas, sekalipun sekolah aliran kebangsaan ini mempunya hala tuju yang agak
jelas tetapi tidak pula tertera pengajaran dan pembelajaran yang dihasilkan
dari aliran ini benar-benar ingin memberikan sumbangan terhadap masyarakat yang
mengelilingi sekolah tersebut. Ini dapat dilihat dari Falsafah Pendidikan
Kebangsaan:
Pendidikan di Malaysia adalah
suatu usaha berterusan ke arah yang lebih memperkembangkan potensi secara
individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang
secara harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan
kepada Tuhan.
Falsafah ini lebih menjelaskan secara lanjut untuk
mengembangkan potensi individu tetapi tidak melibatkan mengembangkan potensi
masyarakat, ini bermaksud pembelajaran dan pengajaran yang ada hanya melibatkan
individu yang hadir di sekolah tersebut, apa yang berlaku di luar sekolah tidak
menjadi keutamaan sekalipun segala kepincangan yang berlaku di dalam masyarakat
setempat benar-benar menyesakkan nafas sesiapa sahaja termasuk golongan
pendidik yang berada di sekolah aliran kebangsaan. Peranan pendidik pula terhad
pada pengajaran dan pembelajaran lingkungan keluasan sekolah tersebut.
Kebersamaan bersama masyarakat dalam menyampaikan ilmu pula tidak dapat
dilakukan kerana hala dan tujuan tidak begitu menyeluruh walaupun setiap sekolah
di aliran kebangsaan mempunyai Persatuan Ibubapa dan Guru Sekolah (PBIG),
peranan yang sepatutya berfungsi seperti sekolah aliran pondok tidak dapat
dipraktikkan dan masih kabur hingga kini, hanya kedengaran yuran PIBG wajib
dilunaskan pada tiap-tiap tahun.
Peringkat-peringkat pengajian dan pembelajaran pondok
pula terbahagi kepada tiga peringkat iaitu ibtida’i (permulaan atau
bawah), thanawi (menengah) dan ‘aliyy (atas atau tinggi).
Peringkat permulaan adalah peringkat bagi para pelajar yang masih baru. Mereka
ini belajar menulis dan membaca di samping membaca al-Quran serta mempelajari
asas-asas agama dengan menggunakan kitab-kitab Jawi yang rendah dan mudah,
menghafal matan-matan Nahu dan Saraf di dalam bahasa arab serta mempelajari
beberapa kitab-kitab yang berkaitan Tauhid dan Fekah.Peringkat pertengahan atau
menengah terdiri daripada pelajar-pelajar yang telah pun mempunyai asas-asas
pengetahuan agama Islam. Mereka menggunakan kitab-kitab Jawi yang lebih tinggi
sedikit dalam semua bidang di samping mempelajari Nahu, Saraf, Bahasa Arab, Tauhid dan Fekah.
Pada peringkat tinggi pula pelajar-pelajar telah pun
mempunyai kemampuan untuk mengikuti kursus yang lebih tinggi daripada peringkat
rendah dan menengah, pelajarannya pula lebih mendalam dengan menumpukan kepada
kitab-kitab berbahasa Arab dalam usaha menggali apa yang telah ditulis oleh
ulama-ulama muktabar pada masa dahulu. Menariknya kitab-kitab yang dipelajari
dipondok tidak boleh didapati di sekolah aliran kebangsaan, ini kerana buku-buku yang digunapakai ialah
buku-buku yang telah disediakan oleh pihak kementerian yang mesti selari dengan
KBSR atau KBSM, apa yang ditetapkan oleh kementerian adakalanya terpaksa
diubah, dikemaskini hingga adakalnya kelihatan terlalu lebih mengejar nilai
komersial dan keuntungan semata-mata, jika dilihat kepada subjek Pendidikan
Islam isinya yang ringkas dan adakalanya lebih mementingkan grafik buku
tidaklah membantu dalam menyelesaikan permasalahan yang timbul di kalangan
pelajar mahupun masyarakat, pendedahan sepatutnya sudah didedahkan dari bangku
sekolah dalam menanam minat pelajar dalam mengejar apa yang mereka impikan.
Tetapi pembelajaran dan pengajaran di pondok telah mendedahkan kepada pelajar
kitab-kitab atau buku-buku yang boleh menjawab beberapa persoalan yang berlegar
di dalam masyarakat setempat berkaitan dengan segala hal agama termasuk Akidah
dan paling ketara sekali ialah permasalahan Fekah, antara kitab-kitab yang
dipelajari di sekolah pondok ialah di dalam bidang Nahu ialah matan
al-Jurumiyah dan matan al-Fiyah Ibn Malik, manakala antara
kitab-kitab yang digunakan di dalam subjek Fekah ialah Fath al-Mu’in, Fath
al-Qarib dan I’anah al-Tolibin. Dalam bidang Hadis pula antara kitab
yang digunakan ialah Subul al-Salam, matan al-Arbain al-Nawawi.
Apa yang telah disebutkan tadi menunjukkan sistem
pembelajaran dan pengajian di pondok benar-benar mampu menyediakan individu yang mampu
menangani permasalahan yang timbul di dalam masyarakat, sejak awal lagi sudah
terdedah dengan kitab-kitab yang sememangnya menjadi rujukan di dalam bidang
agama. Pengajian yang mempunya tiga peringkat dan bersinambungan pada tempat
yang sama banyak membantu pelajar-pelajar aliran pondok menghadami apa yang
mereka belajar tanpa perlu berpindah-randah ke tempat lain kerana semuanya
telah lengkap di satu tempat malah tidak perlu risau sekiranya tercicir kelas
atau tidak lulus dalam sesuatu peperiksaan, ini kerana pengajian pondok memberi
peluang kepada siapa sahaja ingin mendalami ilmu agama malah mungkin juga mampu
mencapai cita-cita yang diimpikan oleh pelajar.
Berbeza dengan pengajian aliran kebangsaan, sekalipun
menyediakan pembelajaran dan pengajian yang bermula dari rendah, pendedahan
hanya benar-benar berlaku ketika mereka menjejak kaki ke menara gading, itupun
sekiranya yang berjaya sampai ke menara gading, bagi mereka yang tidak bernasib
baik tetapi punya minat yang belajar impiannya terhenti sekerat jalan. Amat
malang bagi pelajar yang mempunyai minat untuk belajar lebih mendalam tetapi tidak dapat mencapai impian
tersebut kerana sistem yang disediakan telah pun tertulis begitu, ini
menjadikan negara kita kehilangan aset-aset atau sumber tenaga manusia yang
mampu membangunkan negara ini.
Sabtu, 1 September 2012
Mengapa kami kibarkan Sang Saka Malaya?
|
Saya dan saudara Zairi Shafai adalah individu yang bertanggungjawab membuat dan mengibarkan bendera Sang Saka Malaya di malam sambutan kemerdekaan di Dataran Merdeka.
Kami tidak mewakili mana-mana parti politik dari kerajaan mahupun pembangkang. Kami mewakili golongan Anak Muda yang ingin menonjolkan kebenaran dan sejarah yang cuba ditenggelamkan oleh pihak yang bertanggungjawab.
Jauh sekali, ia tidak bermotif untuk menukar Jalur Gemilang kepada Sang Saka Malaya, kerana Sang Saka Malaya yang ditukarkan kepada Jalur Gemilang hari ini.
Saya fikir penulisan ini bukanlah untuk mencari publisiti diri dan rakan-rakan tetapi penulisan ini adalah bertujuan memberi pencerahan umum kepada masyarakat akan tujuan asal kami mengibarkan panji keramat itu.
Mungkin ramai yang tidak tahu akan kewujudan kesatuan terawal yang terlibat dalam menentang penjajah. Kesatuan Melayu Malaya (KMM) yang ditubuhkan pada 1938 adalah gerakan terawal menentang British. Di sinilah bibit-bibit penentangan penjajah berlaku. Ditunjangi oleh Ibrahim Yaakob bertujuan untuk melindungi Hak-Hak orang Melayu dan menentang penjajah British.
Pada tahun 1945, wujud pula Parti kebangsaan Melayu Malaya (PKMM). Parti ini merupakan parti politik Melayu yang pertama tertubuh di Tanah Melayu ketika itu. Matlamat utama penubuhan PKMM ialah untuk menuntut kemerdekaan penuh bagi Tanah Melayu dan menentang sebarang bentuk penjajahan Inggeris.
Parti ini dipelopori oleh Mokhtaruddin Lasso, Ahmad Boestamam dan Dr. Burhanuddin Al-Helmy. PKMM mempunyai dua sayap iatu Angkatan Pemuda Insaf (API) yang di ketuai oleh Ahmad Boestamam dan Angkatan Wanita Sedar (AWAS) yang diketuai oleh Shamsiah Fakeh.
Bagaimanapun beberapa bulan kemudian apabila Kesatuan Melayu Muda (KMM) bergabung dengan PKMM, Dr Burhanuddin Helmi telah mengambil alih pucuk pimpinan sebagai presidennya yang kedua.
Dalam bulan Disember 1947, PKMM bertukar lagi pucuk pimpinan dan kali ini disandang oleh Ishak Haji Muhammad sebagai presidennya yang ketiga. Dengan pertukaran pucuk-pucuk pimpinan itu PKMM tidak lagi condong kepada komunisme sebaliknya bersifat nasionalisme.
Dr Burhanuddin membawa PKMM ke arah mewujudkan Melayu Raya iaitu satu gagasan Kesatuan Malaya-Indonesia yang merupakan salah satu perjuangan utama PKMM. Pada dasarnya perjuangan PKMM adalah didorong oleh keazaman untuk mendapatkan kemerdekaan penuh dari Britain. PKMM lebih cenderung bagi Tanah Melayu menyertai Indonesia bagi mendapat kemerdekaan pada 1949.
Apabila Umno ditubuhkan, PKMM telah menyertainya bersama badan-badan Melayu yang lain, tetapi selepas itu telah keluar darinya apabila tidak setuju dengan pemasukan simbol keris dalam bendera Umno dan tidak puas hati dengan sistem satu badan (tidak mengira saiz) satu undi dalamnya.
Akhirnya, badan-badan yang berhaluan kiri (menentang Inggeris) meninggalkan Umno dan Umno tinggal berhaluan kanan, yang lebih mesra Inggeris. PKMM juga berusaha menubuhkan Pusat Tenaga Rakyat (PUTERA) iaitu gabungan parti-parti politik radikal Melayu dan kemudian bergabung pula dengan All-Malaya Council of Joint Action (AMCJA) yang bertujuan menentang kandungan Perjanjian Persekutuan 1948 bagi penubuhan Persekutuan Tanah Melayu.
Perjuangan PKMM dilabel oleh Inggeris sebagai berbau komunis dan dengan itu beberapa orang pemimpinnya telah ditangkap serta dipenjarakan. Akhirnya pada 18 Jun 1948, PKMM (dan beberapa parti anti-penjajah lain) telah diharamkan dan darurat diisytiharkan oleh pihak berkuasa British dengan persetujuan Yang Dipertua Umno, Datuk Onn Jaafar.
Sang Saka Malaya adalah panji perjuangan mereka dalam menuntut kemerdekaan ditanah Melayu. Panji ini juga pernah berkibar megah digunung semanggol, Perak yang menjadi kubu Hizbul Muslimin yang diketuai oleh Ustaz Abu Bakar Baqir yang diasaskan pada 17 Mac 1948.
Oleh yang demikian, saya bersama saudara Zairi merasakan bendera ini layak dikibar pada malam kemerdekaan selain dari Jalur Gemilang. Penuh dengan pelbagai cerita pahit maung perjuangan di sebalik Sang Saka Malaya ini.
Tulisan ini pada asalnya disiarkan di blog singaselatan.blogspot.com dan disiarkan semula sebagai ulasan di laman Malaysiakini.
p/s: banyak sejarah kita disembunyikan di eropah.banyak yg perlu kita kembalikan sejarah2 kita di sana,tanpanya kita akan hilang jati diri yg menjadi teras kepada negara Malaysia.
Rabu, 18 Julai 2012
HUKUM SEBAT PENZINA DARI SUDUT SAINTIFIK
HUKUM SEBAT PENZINA DARI SUDUT SAINTIFIK
Buat penzina yang belum berkahwin.mereka mempunyai antibody T4 Limfosit
yang kuat dan masih bertenaga. Jika sekiranya seseorang penzina itu
dihinggapi HIV selepas penzinaanya,T4 Limfositnya akan diserang oleh HIV
Aids yang akan menyebabkan sel-sel T4 Limfositnya musnah sehingga
menyebabkan mati dan akhirnya sel sum-sum tulangnya mengalami kelumpuhan
dan fibrosis dan tidak lagi dapat lagi menghasilkan sel-sel T4 yang
baru. Badan akan lemah dan Sindrom Kurang Daya Tahan Penyakit akan
menyerang.
Pesakit jenis ini juga mempunyai kemungkinan untuk
disembuhkan. Tetapi dengan syarat ia mesti didera dan badannya mesti
mengalami kesakitan yang banyak bagi meransang penghasilanan sel-sel T4
yang baru serta mengelakkan sum-sum tulang daripada fibrosis.Cara
terbaik adalah dengan menyebat diantara bawah tengkuk dan di atas
pinggang di bahagian belakang dengan sebatan yang akan meransang
penghasilan semula antibodi T4 yang baru dan pesakit tersebut boleh
sembuh daripada AIDS selepas antibodi sel-sel T4 Limfositnya itu boleh
menguasai HIV AIDS.
Jika sekiranya pesakit tersebut sudah
berkahwin .apabila dihinggapi virus AIDS,sel-sel T4 mereka telah lemah
berbanding dengan sel-sel T4 kepunyaan mereka yang belum berkahwin.
Kelemahan ini berpunca daripada sum-sum tulang yang mengalami sedikit
hakisan dan kurang menghasilkan antibodi kerana lebih banyak ditumpukan
kearah menghasilakan benih-benih bagi tujuan menghasilkan sperma-sperma
baru. Penzina jenis ini tidak akan dapat diselamatkan daripada virus HIV
AIDS dan rejam sehingga mati adalah merupakan penyelesaian terbaik bagi
mengelakkan jangkitan dan penyebaran penyakit di samping memberikan
pengajaran yang menyebabkan orang lain takut untuk melakukan kesalahan
yang sama.
Imuniti Dan Hikmah Pelaksanaan Hukum Sebat Keatas Penzina (Hukum Hudud)
Sistem imuniti badan manusia adalah menepati sistem pentadbiran dan
pertahanan sesebuah negara Islam.Di dalam badan manusia terdapat
berjuta-juta sel yang terdiri kebanyakanya daripada protein. Begitu juga
keadaanya antibodi yang terdiri 100% daripada protein. Salah satu
keistimewaan bagi haiwan vertebrata ialah keupayaan antibodinya
mengenali kandungan asal badan (yang di panggil sel asal)dan benda-benda
yang datang dari luar. Tindakbalas imuniti adalah merangkumi kesemua
aktiviti yang pada akhirnya menghasilkan penghapusan bahan-bahan luar
(foreign materials) samaada melalui proses kecederaan atau tidak
.Tindakbalas imun adalah merangkumi dua fenomena yang asas:
1.Tindakbalas humoral (tindakan antibody)
2.Tindakbalas pembaikan sel
Toleran (ketiadaan tindakbalas imun) adalah juga salah satu daripada
mekanisme tindakbalas imun yang bertindak sebagai mekanisme pertahanan
yang memelihara tindakbalas imun terhadap sel sendiri. Dalam banyak hal,
mekanisme pertahanan badan (tindak balas imun) adalah seolah–olah
sebuah sistem pengawalan (undang-undang hudud) yang di wujudkan bagi
tujuan pengawalan.Sistem ini akan dapat mengenali antara orang asing dan
penduduk tetap sebuah negeri. Orang asing yang di anggap mengancam
keselamatan akan dihapuskan dengan di hukum dan penduduk asal negeri
tersebut yang baik akan di tolerankan. Maka yang menyeleweng di kalangan
penduduk asal negeri itu juga turut dihapuskan bagi tujuan keselamatan
dan sistem sosial yang teratur itu.
Masyarakat yang tidak
melaksanakan hukum yang telah di tentukan oleh Allah itu adalah
seolah-olah masyarakat yang sedang dilanda AIDS dimana kesemua unsur
asing budaya dan kehidupan yang boleh membahayakan manusia dan boleh
memusnahkan kehidupan manusia dibolehkan masuk seluas-luasnya tanpa
sebarang pengawasan.Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui tentang
segala-gala keperluan biologis, psikologi dan mental manusia. Adalah
menjadi satu perkara yang boleh merosakan manusia apabila manusia cuba
menentukan haluan mereka sendiri yang mereka sendiri tidak faham dan
tidak tahu. Sedangkan Allah ,Tuhan yang menjadikan dan menciptakan yang
paling arif dan tahu tentang keperluan-keperluan manusia serta sistem
pengawalanan yang dapat mengawal manusia daripada terjerumus ke lembah
perhambaan nafsu yang boleh memusnahkan manusia itu sendiri.
HUKUM SEBAT PENZINA DARI SUDUT ISLAM
“Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina hendaklah kamu dera
masing-masing dengan 100 rotan dan janganlah kamu berasa kasihan belas
terhadap keduanya dalam melaksanakan perintah Allah jika kamu beriman
kepada Allah dan pada hari kemudian.Hendaklah hadir ketika dijatuhkan
hukumun terhadap mereka sekumpulan dikalangan orang-orang yang beriman”
(An-Nur:2, al Quranul Karim)
Pandangan Ulama’ Tafsir
Hukuman keatas penzina lelaki dan perempuan yang merdeka, berakal dan
yang masih bujang atau dara yang masih belum berkahwin adalah disebat
dengan seratus sebatan setiap seorang. Hikmah memulakan hukuman keatas
perempuan dalam kes zina dan memulakan hukuman keatas lelaki ketika kes
mencuri adalah kerana kes zina selalunya terjadi disebabkan oleh
golongan perempuan yang boleh mengaibkanya lebih daripada lelaki dan
lebih memberi kesan keatasnya, manakala dalam kes mencuri pula selalunya
berlaku keatas orang lelaki kerana mereka lebih berani dan lebih
merbahaya daripada orang perempuan dalam melakukan perkara itu maka
didahulukan orang lelaki daripada orang perempuan.
Pada zahir
ayat ini menerangkan akan ketetapan hukuman keatas penzina –penzina
iaitu 100 sebatan rotan tetapi telah ditetapkan di dalam Sunnah yang
Qat’ie dan penzina yang belum berkahwin dan yang telah berkahwin. Adapun
hukuman bagi penzina yang telah berkahwin ialah direjam dengan batu
sehingga mati mengikut Sunnah secara lisan dan perbuatan. Telah
diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim daripada Ibnu Mas’ud Bahawasanya
Nabi Muhammad salallahualaihi wasalam telah bersabda:
“Tidak
halal darah orang-orang Islam kecuali belarkunya salah satu daripada
tiga perkara iaitu orang yang telah berkahwin berzina, orang yang
membunuh dengan sengaja dan keluar daripada agamanya juga berpecah
daripada jamaah orang-orang Islam”
Janganlah kamu berlembut dan
berasa belas kasihan ketika hendak melakukan hukuman keatas penzina
kerana ini adalah hukuman yang telah ditetapkan oleh Allah juga tidak
boleh merosakkan hudud Allah yang telah ditetapkan dan sebagaimana sabda
Nabi Muhammad SAW daripada apa yang telah diriwayatkan oleh Ahmad dan
Ashab al-Kutub as-Sittah daripada Aisyah radhiAllahu anha:
“Demi Tuhan yang menciptakan diriku, walaupun sekiranya Fatimah bt Muhammad mencuri Sesungguhnya aku akan potong tanganya”
Maka dirikanlah hukum Allah ini keatas orang-orang yang melakukan
perbuatan zina dan pukullah mereka itu dengan pukulan yang menyakitkan
untuk memberikan pengajaran keatas mereka jika kamu beriman dengan Allah
SWT dan hari Akhirat.
Dan dirikanlah hukum Allah ini secara
terang-terangan dihadapan sekumpulan daripada orang-orang Islam tambahan
balasan bagi orang yang berzina.Sesungguhnya penzina-penzina itu
apabila disebat di hadapan orang ramai akan memberi kesan yang lebih
untuk mencegah mereka daripada melakukan perbuatan itu lagi. Telah
berkata Qatadah:
“Allah S.W.T telah memerintahkan sekumpulan
daripada oraang-orang yang beriman untuk melakukan penyaksian ketika
hukuman itu dijalankan adalah kerana untuk memberi peringatan, nasihat
dan pengajaran”.
Kes-Kes zina ini disabitkan dengan salah satu daripada perkara berikut :
1- Iqrar atau pengakuan : Ini selalunya berlaku ketika pemerintahan
Islam Keterangan atau penyaksian: Iaitu penyaksian 4 orang saksi lelaki
yang merdeka, adil dan beragama Islam dan melihat dengan mata mereka
sendiri. Ini sangat jarang berlaku dan tidak terhasil kecuali sedikit.
2- Mempunyai hubungan dengan perempuan yang tidak mempunyai suami yang boleh dikenali baginya.
Hukuman Bagi Mereka Yang Melakukan Penzinaan
Apabila Allah menjadikan manusia Allah juga menjadikan bersama kejadian
manusia itu undang-undang yang dapat mengawal manusia daripada
terjerumus ke lembah kehinaan dan kesengsaraan akibat daripada perbuatan
manusia itu sendiri.Terdapat 17 jenis kesalahan yang dihukumkan dengan
hukum hudud antaranya hukum bagi mereka yang melakukan penzinaan.Apabila
sabit dua kesalahan terdapat dua jenis hukuman bagi dua kategori
manusia yang melakukan kesalahan itu ;
1. Sebat 100 rotan untuk yang belum berkahwin
2. Rejam sampai mati untuk penzina yang sudah berkahwin
Kenapakah terdapat perbezaan di dalam hukuman yang di jalankan bagi
kesalahan yang sama tetapi dilakukan oleh jenis manusia yang berbeza?
Sepintas lalu, Ulama’ menggariskan bahawa menghukum mereka yang belum
berkahwin jika disabitkan kesalahan dengan 100 rotan adalah wajar
sebagai pengajaran bagi mereka yang melakukanya ataupun remaja yang
berkeinginan mencubanya. Hukuman sebat ditentukan bagi penzina jenis
adalah kerana mereka belum pernah merasa nikmat perkahwinan.Keinginan
mereka adalah disebabkan dorongan nafsu yang kadangkala dapat mengatasi
fikiran manusia sehingga menjerumuskanya melakukan kesalahan zina.
Rejam sampai mati pula adalah hukuman yang dijatuhkan ke atas penzina
yang sudah berkahwin kerana penzina jenis ini sudah merasai nikmat
perkahwinan dan tidak ada alasan yang boleh diterima sebagai kemaafan
kerana dikhuatiri tabiat mereka itu akan merosakkan banyak manusia.
Rejam sampai mati adalah ubat yang paling mujarab bagi manusia jenis
ini. – Dr. Jamnul Azhar

Khamis, 5 Julai 2012
perbezaan brain lelaki dan perempuan,apa pendapat anda pula?
perbezaan brain lelaki dan perempuan,apa pendapat anda pula?
Human Brain Analysis - Man vs. Woman......A MUST READ!
1. MULTI-TASKING
Women - Multiple process
Womens brains designed to concentrate multiple task at a time.
Women can Watch a TV and Talk over phone and cook.
Men - Single Process
Mens brains designed to concentrate only one work at a time. Men can not watch TV and talk over the phone at the same time. they stop the TV while Talking. They can either watch TV or talk over the phone or cook.
2. LANGUAGE
Women can easily learn many languages. But can not find solutions to problems. Men can not easily learn languages, they can easily solve problems. That's why in average a 3 years old girl has three times higher vocabulary than a 3 yeard old boy.
3. ANALYTICAL SKILLS
Mens brains has a lot of space for handling the analytical process. They can analyze and find the solution for a process and design a map of a building easily. But If a complex map is viewed by women, they can not understand it. Women can not understand the details of a map easily, For them it is just a dump of lines on a paper.
4. CAR DRIVING.
While driving a car, mans analytical spaces are used in his brain. He can drive a car fastly. If he sees an object at long distance, immediately his brain classifies the object (bus or van or car) direction and speed of the object and he drives accordingly. Where woman take a long time to recognize the object direction/ speed. Mans single process mind stops the audio in the car (if any), then concentrates only on driving.
5. LYING
When men lie to women face to face, they get caught easily. Womans super natural brain observes facial expression 70%, body language 20% and words coming from the mouth 10%. Mens brain does not have this. Women easily lie to men face to face.
So guys, do not lie face to face.
6. PROBLEMS SOLVING
If a man have a lot of problems, his brain clearly classifies the problems and puts them in individual rooms in the brain and then finds the solution one by one. You can see many guys looking at the sky for a long time. If a woman has a lot of problems, her brain can not classify the problems. she wants some one to hear that. After telling everything to a person she goes happily to bed. She does not worry about the problems being solved or not.
7. WHAT THEY WANT
Men want status, success, solutions, big process, etc... But Women want relationship, friends, family, etc...
8. UNHAPPINESS
If women are unhappy with their relations, they can not concentrate on their work. If men are unhappy with their work, they can not concentrate on the relations.
9. SPEECH
Women use indirect language in speech. But Men use direct language.
10. HANDLING EMOTION
Women talk a lot without thinking. Men act a lot without thinking.

Jumaat, 8 Jun 2012
Sejarah Sekolah Pondok di Malaysia -Part 6-
Peringkat pertengahan atau menengah terdiri daripada
pelajar-pelajar yang telah pun mempunyai asas-asas pengetahuan agama Islam.
Mereka menggunakan kitab-kitab Jawi yang lebih tinggi sedikit dalam semua
bidang di samping mempelajari Nahu, Saraf,
Bahasa Arab, Tauhid dan Fekah.
Pada
peringkat tinggi pula pelajar-pelajar telah pun mempunyai kemampuan untuk
mengikuti kursus yang lebih tinggi daripada peringkat rendah dan menengah,
pelajarannya pula lebih mendalam dengan menumpukan kepada kitab-kitab berbahasa
Arab dalam usaha menggali apa yang telah ditulis oleh ulama-ulama muktabar pada
masa dahulu. Menariknya kitab-kitab yang dipelajari dipondok tidak boleh
didapati di sekolah aliran kebangsaan,
ini kerana buku-buku yang digunapakai ialah buku-buku yang telah
disediakan oleh pihak kementerian yang mesti selari dengan KBSR atau KBSM, apa
yang ditetapkan oleh kementerian adakalanya terpaksa diubah, dikemaskini hingga
adakalnya kelihatan terlalu lebih mengejar nilai komersial dan keuntungan
semata-mata, jika dilihat kepada subjek Pendidikan Islam isinya yang ringkas
dan adakalanya lebih mementingkan grafik buku tidaklah membantu dalam
menyelesaikan permasalahan yang timbul di kalangan pelajar mahupun masyarakat,
pendedahan sepatutnya sudah didedahkan dari bangku sekolah dalam menanam minat
pelajar dalam mengejar apa yang mereka impikan. Tetapi pembelajaran dan
pengajaran di pondok telah mendedahkan kepada pelajar kitab-kitab atau
buku-buku yang boleh menjawab beberapa persoalan yang berlegar di dalam
masyarakat setempat berkaitan dengan segala hal agama termasuk Akidah dan
paling ketara sekali ialah permasalahan Fekah, antara kitab-kitab yang
dipelajari di sekolah pondok ialah di dalam bidang Nahu ialah matan
al-Jurumiyah dan matan al-Fiyah Ibn Malik, manakala antara
kitab-kitab yang digunakan di dalam subjek Fekah ialah Fath al-Mu’in, Fath
al-Qarib dan I’anah al-Tolibin. Dalam bidang Hadis pula antara kitab
yang digunakan ialah Subul al-Salam, matan al-Arbain al-Nawawi.
Apa
yang telah disebutkan tadi menunjukkan sistem pembelajaran dan pengajian di
pondok benar-benar mampu menyediakan
individu yang mampu menangani permasalahan yang timbul di dalam masyarakat,
sejak awal lagi sudah terdedah dengan kitab-kitab yang sememangnya menjadi
rujukan di dalam bidang agama. Pengajian yang mempunya tiga peringkat dan
bersinambungan pada tempat yang sama banyak membantu pelajar-pelajar aliran
pondok menghadami apa yang mereka belajar tanpa perlu berpindah-randah ke
tempat lain kerana semuanya telah lengkap di satu tempat malah tidak perlu
risau sekiranya tercicir kelas atau tidak lulus dalam sesuatu peperiksaan, ini
kerana pengajian pondok memberi peluang kepada siapa sahaja ingin mendalami
ilmu agama malah mungkin juga mampu mencapai cita-cita yang diimpikan oleh
pelajar.
Rabu, 9 Mei 2012
Peneroka terjerat dengan Borang pinjaman saham FGVH
Peneroka terjerat dengan Borang pinjaman saham FGVH
Kerajaan BN telah berlaku zalim apabila terang2 menipu Peneroka dengan istilah durian runtuh. Berbulan2 dimainkan sentimen kononnya nak dpt duit beribu2 ringgit yg menyebabkan ramai peneroka jadi ghairah tak tentu pasal. Peneroka hilang pertimbangan, nasihat orang lain termasuk anak mereka yg cerdik pandai pun ditolak.
Saya menerima ratusan sms, email dan add dlm fb dpd anak2 peneroka yg terlalu marah dgn tindakan terbaru FGVH yg memperalat pengurus n pegawai felda. Beberapa hari ini secara tergesa2, peneroka seluruh negara di himpunkan di balairaya, dewan orangramai atau pejabat felda agar menandatangani Borang Permohonan Pinjaman Saham Terbitan FGVHB. Ia dikeluarkan oleh 8 bank tempatan.
Antaranya Maybank, CIMB, Affin, BIMB, Ambank dll. Sebahagian besar berbahasa inggeris dan ada yang sama 66 ms. Peneroka tidak diberi ruang langsung utk bawak balik supaya ada masa meneliti kandungan borang tsb. Ada peneroka nak mintak pandangan anak2 dulu atau merujuk kepada orang lain utk minta nasihat. Tak dibenarkan dan dipaksa sign di situ juga.
Ada anak2 yg cuba bantu dengan bertemu pihak pengurusan mohon penjelasan tp diherdik dan di'halau' dpd majlis tandatangan borang tsb. 90 peratus peneroka keliru, bingung, terpedaya dan akhirnya sign. Saya paparkan beberapa terma dlm borang yg dikeluarkan oleh Maybank sebagai contoh.
Surat Tanggung Kerugian menulis....' SAYA PADA BILA2 MASA BERTANGGUNGJAWAB SEPENUHNYA DAN BERSEDIA MENANGGUNG SEGALA KERUGIAN DAN SENTIASA BERSEDIA MENANGGUNG KERUGIAN TERHADAP SEMUA TINDAKAN GUAMAN, PROSIDING, TUNTUTAN, CAJ, PENALTI, FEE, DENDA, KOS YURAN UNDANG2, DAN APA JUA PERBELANJAAN YANG DIBUAT, DIAMBIL, DIBAWA, DIKENAKAN, DIALAMI, DITANGGUNG, DIDAKWA, ATAU KENA BAYAR DALAM APA JUA KEADAAN TERHADAP SAYA ATAU MANA2 ORANG PERSEORANGAN YANG BERBANGKIT ATAU BERSANGKUTAN ATAU BERHUBUNG DENGAN SURAT INI'.
Melampau dan mengkhianati peneroka semata2 BN dah terdesak nak cari duit PRU 13. Mereka urus agihan saham FGVH, 8 Mei ini dikeluarkan sebahagian utk umpan peneroka; mungkin beberapa ribu... yang lainnya di guna utk jentera BN. Mereka mahu pertahankan 54 kerusi parlimen di kawasan Felda. Kalau mereka kekal mandat, saham jatuh; peneroka yang tanggung segala beban rugi.
Barang diingat iklim saham dunia tidak menentu. Koomoditi sawit dan getah belum tentu kekal stabil. Penganalisis kewangan menyebut penyenaraian FGVH di istilahkan ' penyenaaraian yang sakit'. Bila menjunam jatuh daripada harga asal setiap unit saham yang dibeli; peneroka mesti tanggung. Mesti bayar hutang tsb. Bank akan melakukan apa sahaja cara utk mendapatkan duit pembiayaan mereka balik. FGVH lepas tangan. Isa Samad, Ahmad Maslan akan kata, biasale main saham turun naik. Akhirnya peneroka merana sepanjang hayat.
Ramai kekawan manager Bank sendiri pesan dgn saya, tentang habis2an borang pinjaman ni. Mereka kata, risikonya terlalu tinggi. Insyaallah ANAK dan rakan2 ambil tgjawab. Segala dokumen berkaitan telah di serah pd lawyer.
Insyaallah lawyer akan failkan injunksi di Mahkamah dlm tempoh seminggu ini utk batalkan semua tandatangan yg peneroka dah buat. Ini jelas penipuan, khianat dpd konspirasi jahat lagi tidak berperikemanusiaan.
Mentang2lah peneroka ni tak belajar tinggi dan sesetengahnya tak reti apa2; dgn mudah didiperdaya. BN betul2 jd petualang terhadap bangsanya sendiri!ANAK membuka talian hotline utk maklumat lanjut. Hubungi- Sdr Abd Rahman Ramli 0136844757, Aris Fezol 0199855883, Zolkifli Abu Osman 0194653701, Yohanis 0133039913. ANAK sedang mengumpul mana2 peneroka yang dah tersign n nak tarik balik. Kita heret Bank dan FVGH ke Mahkamah. Lawan habis2 an!
by: Mazlan Aliman

Ahad, 29 April 2012
Bangsa Melayu Berasal daripada Keturunan Bani Israel Yang Hilang?
by newsfaizal on March 27, 2012
Daripada apa yang saya
baca, Melayu/Mala/Malai bermaksud gunung, jadi melayu bermaksud bangsa
gunung, lagipun bukan ke bangsa Melayu/Malai/Mala daripada
keturunan Nabi Ibrahim a.s., jadi tidak mustahil bangsa Melayu ini
berasal daripada salah satu kaum Bani Israel yang hilang. Nak tahu
mengenai sejarah-sejarah dan rahsia-rahsia bangsa
Melayu/Mala/Malai/Bangsa Gunung yang berasal/dilahirkan dari ibunda
Keturah/Qeturah, iaitu isteri Nabi Ibrahim a.s. yang berasal dari
kerajaan Melayu Kemboja purba atau Champa Kuno serta hubung kait bangsa
Melayu dengan salah satu kaum Bani Israel yang hilang dan telah mendapat
hidayah Allah SWT serta akan menentang kaum-kaum Bani Israel yg sesat
atau bangsa yahudi di negara haram Israel sekarang di Tanah Yang
Dijanjikan.
Apakah kepentingan mencari bangsa yang
hilang bagi Yahudi? Bagi Yahudi Ortodoks tiada apa kepentingan yang amat
perlu pun. Jika ada, hanyalah untuk menjejak sejarah mereka sahaja.
Tetapi bagi Yahudi Zionis, ianya amat perlu. INI ADALAH KERANA MEREKA
AMAT PERCAYA DENGAN RAMALAN DI DALAM KITAB-KITAB AGAMA LEBIH-LEBIH LAGI
DI DALAM AL-QURAN. Mengikut daftar bangsa yang hilang di dalam Kitab
Yahudi Kuno, terdapat 12 puak Yahudi di masa lalu iaitu:
1. Reuben
2. Simeon
3. Levi
4. Judah
5. Issachar
6. Zebulun
7. Dan
8. Naphtali
9. Gad
10. Asher
11. Joseph
12. Benjamin
2. Simeon
3. Levi
4. Judah
5. Issachar
6. Zebulun
7. Dan
8. Naphtali
9. Gad
10. Asher
11. Joseph
12. Benjamin
Di dalam 12 puak yang hilang ini,
hanya keturunan Nabi Yusuf a.s. sahaja yang hilang daripada rekod
Yahudi. Keturunan Nabi Yusof a.s menurunkan dua puak yang lain
iaitu Manasseh dan Ephraim. Mengikut satu kitab Yahudi, satu ‘lost
tribe’ Bani Israel (yang mendapat petunjuk ILAHI, iaitu beragama Islam)
akan membunuh Yahudi Zionis di Palestin. Di dalam kitab Yahudi kuno yang
lain pula, ada mencatatkan golongan Manasseh (anak kepada Nabi Yusuf
a.s.) bakal menyembelih Yahudi jahat (Zionis/Yahudi Kabbalah) di
Palestin. Setelah Yahudi membuat pencarian, terdapat banyak puak
golongan Manasseh di sebelah timur. Antaranya, Afghanistan , Pakistan
Utara (Patan/Pashtun), sedikit India, sedikit Myanmar, sedikit China,
sedikit Jepun, sedikit Filipina, sedikit Western Samoa, sedikit Tonga,
sedikit Ecuador , sedikit Madagascar dan sedikit Hawaii.
Namun begitu kesemua mereka tahu
berkenaan asal-usul mereka (bercanggah dengan prinsip ‘lost tribe’).
Termasuk di Afghanistan dan Pakistan Utara juga (namun yang beragama
Islam cuma di Afghanistan dan Pakistan Utara – sebab itu mereka diserang
oleh Yahudi Amerika dan Russia). Dalam pada itu, seorang Professor di
Amerika bernama Ralph Olssen telah membuat hipotesis baru. Pada mulanya
Yahudi Zionis menyangkakan Red Indian Amerika adalah ibu bagi segala
orang-orang Manasseh’the lost tribe’. Tetapi kesemua keputusan DNA
adalah negatif. Kemudian Profesor Ralph Olssen mengkaji secara mendalam
tentang Book of Mormon (yang diselewengkan dari satu manuskrip kuno) dan
tutut membuat kajian DNA juga. Keputusan beliau adalah, ibu bagi segala
keturunan Manasseh adalah orang-orang Melayu di Semenanjung Tanah
Melayu. Untuk menguatkan lagi cerita, tidak ada seorang Melayu pun yang
tahu mengenai salasilah keturunan Bani Israel mereka. MALA ADALAH THE
LOST TRIBE YANG SEBENAR, LEBIH TERSEMBUNYI DARI THE TRIBE OF DAN. Maka
jika berpandukan kepada kitab Yahudi tua menunjukkan bahawa ‘lost tribe’
daripada kalangan Manasseh (anak Nabi Yusuf a.s.) yang bakal berada di
barisan hadapan tentera Imam Mahdi dan bakal menyembelih orang-orang
Yahudi di Palestin dan bakal juga memadamkan Israel daripada peta dunia
adalah terdiri daripada orang-orang Melayu.
Mengikut manuskrip kuno yang
diselewengkan menjadi Book of Mormon itu lagi, sebahagian daripada
Melayu Semenanjung (termasuk Selatan Thai) juga adalah dari keturunan
Bani Israel, iaitu daripada kumpulan Lehi (iaitu terus daripada Manasseh
, iaitu anak kepada Nabi Yusuf a.s.). Nabi Yusuf a.s. ada 2 orang anak
sahaja, iaitu Manasseh dan Ephraim). Mengikut DNA yang dilakukan kepada
86 lelaki Melayu oleh seorang professor perempuan di UKM baru-baru ini,
terdapat 27% variant Mediterranean dalam darah DNA Melayu. Dalam kamus
sains, DNA Mediterranean adalah daripada bangsa Euro-Semitik termasuk
dari Bani Israel!
Hipotesis ini terdapat separuh kebenaran
di dalam kesamaran. Orang Melayu bukanlah 100% berasal dari keturunan
Manasseh (Yahudi Kuno) tetapi teori Ralph Olssen mengenai pengembaraan
bangsa yang hilang ‘the lost tribe’ ke Bumi Mala adalah sesuatu yang
menarik dan amat bertepatan dengan apa yang dibincangkan sebelum ini.
Kenapakah Ralph Olssen menyebut Tanah Melayu ini ’Bumi Mala’? Apakah
yang diceritakan di dalam manuskrip kuno tentang satu bangsa misteri
yang berjalan dan berlayar ke hujung dunia?
Dari mana salasilah “Melayu”. Yahudi
memburu saki baki keturunan Nabi Yusuf a.s.? Kenapa? MAHADI berasal
daripada darah keturunan Nabi Ibrahim = Ishak+Ismail+ “Q” ?. Apakah
itu ”3Mim”? Tiada NABI diutus ke Nusantara? Islam bertapak kukuh
dikelilingi Hinduism dan Budhism, kenapa?
Siapakah Melayu? Dari manakah asalnya
Melayu itu? Ketika ramai pengkaji memperdebatkan kaum-kaum yang hilang
seperti The Lost Tribe of Israel, Atlantis, Lemuria, Sodom and Gomorrah
malah masih mencari-cari siapakah Gog and Magog, rahsia bangsa misteri
ini masih terpelihara di dalam tabut rahsia sejak beribu-ribu tahun.
Tiada siapa yang tahu dari mana asalnya bangsa ini. Bagaimana bangsa ini
boleh wujud di tanah paling selatan benua Asia, ‘di penghujung dunia’.
Bangsa yang hilang masih tidur dan ditidurkan. ‘Di hujung dunia’,
setelah penat mengembara, bangsa misteri ini berehat dan berehat… tidur
dengan lenanya… senyap sunyi tanpa siapa mengganggu walaupun Hitler
telah pergi ke Tibet menjejak bangsa misteri, tetapi dia juga
ketinggalan jejak mereka. Dimanakah bangsa misteri ini meneruskan
perjalanan mereka? Masih adakah masa lagi untuk menjejaki mereka?
‘Dihujung Dunia’ bangsa ini masih nyenyak tidur!
KETURAH, IBU MELAYU
Dalam Kitab Perjanjian Lama ada diabadikan perihal Keturah yakni wanita yang dinikahi oleh Nabi Ibrahim a.s selepas kewafatan Sarah. Menerusi perkahwinan tersebut, Keturah melahirkan enam orang putera iaitu Zimran, Jokshan, Medan, Midian, Ishbak dan Shuah. Menurut riwayat Ibnu Athir dalam kitabnya, Al-Kamil fil Tarikh, umat Nusantara termasuk Melayu bersalasilah secara terus dengan Ibrahim melalui zuriatnya dengan Keturah ini.

Mengikut catatan Ibnu Yusof dalam kitab
Permata Yang Hilang, ada kemungkinan juga bahawa nama Melayu itu berasal
dari perkataan Malai-Ur sempena nama kerajaan Chaldea tempat asal Nabi
Ibrahim a.s. Ada juga pendapat menyatakan bahawa Melayu berasal dari
perkataan Malai dan Yunan.
Orang Melayu dikenali sebagai Orang
Malai oleh beberapa bangsa lain tapi orang Arab cenderung
memanggil orang Melayu sebagai Bani Jawi. Orang Malai (orang bukit atau
gunung) ini mungkin telah mendiami Kemboja sebelum kedatangan Nabi
Ibrahim a.s. ke situ, dan hampir pasti Keturah adalah orang Malai. Apa
maknanya semua ini? Maksudnya, Melayu, Arab dan Yahudi itu bersaudara –
dari asal yang sama. Tetapi siapakah Keturah?
Menurut satu versi daripada sebuah
manuskrip kuno, Keturah adalah isteri ketiga Nabi Ibrahim a.s. Setelah
kewafatan Sarah, Nabi Ishak a.s. telah merayu Nabi Ibrahim a.s. untuk
berkahwin dengan ibu angkat beliau dari kerajaan Champa Kuno (bukan
Champa Baru di era Angkor). Akhirnya Nabi Ibrahim a.s. bersetuju dan
berkahwin dengan Keturah dan telah dikurniakan ALLAH 6 orang anak. Nama
anak-anak Keturah adalah Zimran, Jokshan, Medan, Midian, Ishbak dan
Shuah . Anak-anak mereka inilah menjadi pengasas kepada bangsa Melayu.
Melayu diambil dari perkataan ‘Mala’ (nama bangsa asas Keturah). Lihat,
nama ini sama dengan nama yang tertulis dalam manuskrip yang dikaji oleh
Ralph Olssen.
Bukan itu sahaja, keturunan Keturah
inilah yang ramai tinggal di Tanah Melayu, Sumatera, Jawa, Borneo,
Sulawesi dan Mindanao. Kesemua tempat ini merupakan tempat yang
mempunyai tulisan purba yang diadaptasi daripada tulisan Semitik Purba
(termasuk di dalamnya tulisan Aramaik Kuno dan Ibrani). Tulisan
Rencong adalah tulisan rasmi Melayu. Jawa dan Bugis juga mempunyai
tulisan yang hampir serupa. Agama rasmi Melayu adalah agama Jawi. Agama
Jawi adalah agama Nabi Ibrahim a.s. Jawi dikatakan ada perkaitan
dengan Levi, iaitu anak kepada Nabi Yaakob a.s. Levi merupakan ketua
Ulama dan ketua Rahib bagi agama Nabi Ibrahim a.s. di kalangan Bani
Israel. Sejak penggalian di sebuah daerah di Jordan dan telah
menemui kota purba yang bernama Jawi/Jawa (Jevi), minat sarjana Barat
untuk mengkaji bangsa Mala semakin kuat. INGAT, YAHUDI/BANI ISRAEL
BUKANLAH MELAYU TETAPI KEDUA BANGSA PURBA INI ADA INTERAKSI ANTARABANGSA
PADA MASA SILAM.
Keturah bukanlah Melayu. Walaupun beliau
melahirkan bangsa Melayu, Keturah adalah daripada bangsa Mala. MELAYU
ADALAH BANGSA MALA + (YANG MEMPUNYAI DARAH KETURUNAN NABI IBRAHIM A.S).
Sekiranya kita lihat orang-orang asli seperti Mahmeri dan Jakun, bahasa
mereka adalah diambil daripada bahasa Mala. Semua bangsa seperti
Mahmeri, Jakun, Iban, Kadazan, Melanau, Bajau, dan seumpamanya adalah
merupakan bangsa asal Mala. DNA bagi bangsa ini adalah 01m-19a. Ini
menerangkan Keturah mungkin berasal daripada satu kerajaan purba yang
sedia ada di Timur ketika zaman Nabi Ibrahim a.s. (ada versi yang
mengaitkan ‘Mala’ dengan ‘Mon’) tetapi ini bukan kaum Mon pada hari ini
kerana pertama kaum Mon pada hari ini bukanlah Melayu pada ertikata
sebenarnya dan yang kedua jika terdapat ‘benang-benang merah’ sekalipun
antara Mon dan Melayu ia adalah proses asimilasi Mala/Melayu yang
kompleks dengan etnik-etnik Indochina. Perlu diingat Melayu juga boleh
kehilangan identiti mereka akibat penjajahan, perang atau pemaksaan
budaya seperti yang berlaku pada orang Melayu di Cape Town, Filipina,
Thailand dan sebagainya. Jadi orang Mon pada hari ini bukanlah Melayu
pada ertikata sebenarnya kerana akibat percampuran etnik yang kompleks
walaupun cendekiawan mereka masih mencari-cari kerajaan purba mereka
yang dinamakan ‘Suvarnabhumi’-menunjukkan mereka mungkin masih mahu
menjejak moyang Mala mereka).
Jika kita lihat DNA Melayu Kedah dan
Iban, kedua-dua mereka mempunyai persamaan. Tetapi kenapa Melayu Kedah
(mewakili kepada semua Melayu di semenanjung dan Indonesia yang pernah
mempunyai peradaban dan kerajaan) lebih bijak dan segak? Ini adalah
kerana mereka daripada keturunan Nabi Ibrahim a.s. dan Keturah. Begitu
juga Melayu Selangor, Perak, Johor dan lain-lain serta Mahmeri.
Kedua-dua puak ini mempunyai DNA yang serupa. Namun Melayu Selangor jauh
lebih bijak dan segak daripada Mahmeri. Punca perbezaan adalah daripada
genetik Nabi Ibrahim a.s. Jadi jika kita menjejak Melayu dari susur
galur Mala Kuno (iaitu jurai Keturah dari kerajaan misteri dari Timur
Jauh ini), jejak akan menjadi lebih kompleks, merangkumi persoalan
Ophir, Tanah Punt (The Land of Gods-nenek moyang Firaun Purba),
kerajaan-kerajaan misteri sezaman atau lebih tua dari era Nabi Ibrahim
a.s. dan Akkadia-Babylon hinggalah era sebelum Banjir Besar, Lemuria dan
Atlantis. INI ADALAH KISAH YANG LAIN. MISTERI YANG LAIN.
Jawab soalan ini. Bagaimana Ptolemy
boleh mengetahui peta lengkap Semenanjung Tanah Melayu pada abad kedua
Sebelum Masehi berserta gelaran Golden Chersonese (Semenanjung Emas)?
Padahal mengikut sejarah moden orang-orang Barat hanya sampai di dunia
sebelah sini selepas ekspedisi penjelajah Sepanyol dan Portugis seperti
Magelland. Terdapat kemisterian di situ. Sama seperti Piri Reis yang
membuat peta paling misteri di dunia berdasarkan manuskrip peta-peta
kuno, Ptolemy juga mendapat sumber yang sama, daripada manuskrip
peta-peta kuno lama sebelum era Yunani. Sebahagiannya daripada era
Firaun kuno (ingat, perpustakaan Iskandariah yang terkenal, yang
menyimpan sejumlah besar manuskrip purba).
Namun Mala bukanlah bangsa asal. Mala
mempunyai ‘benang-benang merah’ dengan bangsa Scythia. Scythia merupakan
bangsa asas kepada semua puak Eskimo, asli Yunan, asli Dai, asli
Taiwan, hingga ke kaum Ainu di Jepun dan suku misteri di pulau-pulau
Jepun sebelum kedatangan kaum Yamato (kaum dominan Jepun pada hari ini),
Lembah Mekong, Tanah Melayu, Borneo, Sumatera, Jawa, Sulawesi ,
Filipina, Pasifik , Madagascar dan Amerika Latin.
Scythia merupakan sebuah bangsa nomad
berkerajaan yang berasal daripada Asia Tengah (ingat Teori Kapak Tua dan
bangsa Kamboja?) berhampiran dengan Laut Hitam. Kaitan antara Melayu
dengan Scythia telah dirumus oleh seorang arkeologis Eropah di sekitar
tahun 1830an lagi. Maka ada kemungkinan Scythia merupakan bangsa asal
daripada Nabi Adam a.s. Ini kerana Nabi Adam a.s. mempunyai 22 pasang
anak, atau bermaksud 22 bangsa asas (kemungkinan dari kajian setakat
ini).
Kamboja, Aryan, Mala, Manessah, suku Sakya dan Buddha.
Bangsa Mala itu memang bukan daripada
Yahudi. Perlu diingatkan Yahudi itu daripada seorang lelaki bernama
Yehudah (Anak Nabi Yaakob a.s yang berkomplot dengan abangnya
Shimon(Simeon) untuk membunuh Nabi Yusof a.s.). Sedangkan hipotesis
daripada Ralph Olsen mengatakan bahawa Bangsa Mala ini daripada Bani
Menasseh anak kepada Nabi Yusof a.s ini jelas apabila kajian DNA telah
dilakukan pada puak ‘Bani Menasseh’ di daerah Assam, Burma telah
mengesahkan bahawa mereka mempunyai DNA bangsa Israel. Daerah Assam
adalah laluan Mala-Deutro@bani Menasseh yang lari daripada peperangan
Assyrian yang membumihanguskan Kota Nineveh kerajaan Judah. Kajian
mengatakan Bahasa Melayu juga wujud di daerah Assam. Oleh kerana itu,
bangsa Mala yang sifatnya tidak menyenangi ‘Yahudi’ ini memang ada
kaitan dengan sirah Nabi Yusof a.s yang dibuang dalam perigi oleh
saudaranya iaitu Shimon dan Yehudah.
Disini adalah ditegaskan sekiranya
bangsa Mala ada bloodline dengan bani Menasseh (Keturunan Nabi Yusof
a.s@Joseph), maka layaklah digelar berketurunan Bani Israel bukan
Yahudi. Kerana Bani Israel itu bertebaran luas di bumi ini yang mana ia
lahir daripada 12 anak keturunan nabi Yaakob a.s, sedangkan Yahudi hanya
salah satu suku kaum dalam ras bani Israel. Samalah dalam kes pendita
Yahudi yang mengatakan bahawa Nabi Ibrahim a.s. itu Yahudi, lalu Allah
SWT tegaskan baginda bukan Yahudi. Mana tidaknya, Yahudi hanyalah salah
satu suku kaum daripada Bani Israel yang wujud lama selepas Nabi Ibrahim
a.s. Seperkara lagi bangsa Bani Israel bertebaran hingga ke bumi Afrika
dan puak Lembah Afrika memang ada mempunyai genetik Bani Israel dari
Bani Benjamin@Bunyamin iaitu adik kepada Nabi Yusof a.s malahan di China
juga mempunyai keturunan Bani Isarel yang sudah bercampur dengan bangsa
Cina iaitu Puak Cina Kaifeng.
Oleh yang demikian, “Lost Tribe Israel”
sememangnya lari ke sebelah Asia melalui ‘Laluan Sutera’ untuk turun ke
Yunnan, Mekong dan Indochina hinnga terserap dalam bangsa Mala (Hari ini
pegang syariat Nabi Muhammad s.a.w. yakni Islam). Ada yang terpisah ke
China lalu membentuk komuniti Kaifeng.
Maka bani Israel merangkumi keturunan
Nabi Ibrahim turun kepada Ishak lalu Yaakob dan turun kepada seluruh 12
anak nabi Yaakob a.s. Maka pengkhianatan Yahudi (Perisitwa Samiri dan
Sapi) adalah pilihan puak Yahudi itu sendiri dan tiada kaitan dengan ras
Israel lain yang masih memegang syariat mentauhidkan Allah Taala.
Kajian projek genome oleh Rabbai
Jacobovici telah dilakukan untuk mengesahkan hipotesis Dr. Ralph Olsen
berkenaan Israel DNA variant dalam Bangsa Mala (rujuk website beliau,
link: www.mormonslocation.com). Projek genome itu dijangka akan lengkap
dalam masa 5 hingga 10 tahun akan datang khusus untuk menjejaki lost
tribe disebelah South East Asia region.
Kajian ini hanyalah satu kajian untuk
mencari asal-usul Kaum Melayu. Tidak perlu kita percaya bulat-bulat
tentang kajian ini, hanya jadikan ia sebagai salah satu bahan bacaan
kerana tiada bukti sahih daripada Kaum Melayu dan Islam itu sendiri,
kebanyakannya hanyalah berpandukan pada kajian barat dan orang-orang
yahudi. Wallahua’lam.
Tetapi sebagai orang Islam, saya
berharap dan berdoa kepada Allah SWT supaya kita adalah Muslimin &
Muslimat yang akan berada di samping Imam Mahdi di hari kebangkitan
nanti. Insya’allah
Sabtu, 25 Februari 2012
Sejarah Sekolah Pondok Di Malaysia-Part 5-
Sistem aliran kebangsaan hadir di dalam masyarkat hanya agak lewat dari sistem pondok yang telah terbukti memberi impak dalam membentuk masyarakat , pengajian dan pembelajarnya pula hanya sekadar terhad di dalam kelas, sekalipun sekolah aliran kebangsaan ini mempunya hala tuju yang agak jelas tetapi tidak pula tertera pengajaran dan pembelajaran yang dihasilkan dari aliran ini benar-benar ingin memberikan sumbangan terhadap masyarakat yang mengelilingi sekolah tersebut. Ini dapat dilihat dari Falsafah Pendidikan Kebangsaan:
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah yang lebih memperkembangkan potensi secara individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang secara harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan kepada Tuhan.
Falsafah ini lebih menjelaskan secara lanjut untuk mengembangkan potensi individu tetapi tidak melibatkan mengembangkan potensi masyarakat, ini bermaksud pembelajaran dan pengajaran yang ada hanya melibatkan individu yang hadir di sekolah tersebut, apa yang berlaku di luar sekolah tidak menjadi keutamaan sekalipun segala kepincangan yang berlaku di dalam masyarakat setempat benar-benar menyesakkan nafas sesiapa sahaja termasuk golongan pendidik yang berada di sekolah aliran kebangsaan. Peranan pendidik pula terhad pada pengajaran dan pembelajaran lingkungan keluasan sekolah tersebut. Kebersamaan bersama masyarakat dalam menyampaikan ilmu pula tidak dapat dilakukan kerana hala dan tujuan tidak begitu menyeluruh walaupun setiap sekolah di aliran kebangsaan mempunyai Persatuan Ibubapa dan Guru Sekolah (PBIG), peranan yang sepatutya berfungsi seperti sekolah aliran pondok tidak dapat dipraktikkan dan masih kabur hingga kini, hanya kedengaran yuran PIBG wajib dilunaskan pada tiap-tiap tahun.
Peringkat-peringkat pengajian dan pembelajaran pondok pula terbahagi kepada tiga peringkat iaitu ibtida’i (permulaan atau bawah), thanawi (menengah) dan ‘aliyy (atas atau tinggi). Peringkat permulaan adalah peringkat bagi para pelajar yang masih baru. Mereka ini belajar menulis dan membaca di samping membaca al-Quran serta mempelajari asas-asas agama dengan menggunakan kitab-kitab Jawi yang rendah dan mudah, menghafal matan-matan Nahu dan Saraf di dalam bahasa arab serta mempelajari beberapa kitab-kitab yang berkaitan Tauhid dan Fekah.Peringkat pertengahan atau menengah terdiri daripada pelajar-pelajar yang telah pun mempunyai asas-asas pengetahuan agama Islam. Mereka menggunakan kitab-kitab Jawi yang lebih tinggi sedikit dalam semua bidang di samping mempelajari Nahu, Saraf, Bahasa Arab, Tauhid dan Fekah.
Rabu, 25 Januari 2012
Pakar genetik perjelas asal usul manusia dari Melayu Proto
Seorang pakar genetik Universiti Oxford, Dr Stephen Oppenheimer berkata beliau terkejut apabila melihat betapa kajian ke atas asal usul warga pribumi di negara ini dijalankan mengikut pertimbangan politik.
Reaksi seperti itu dapat dikesan melalui laporan media ke atas satu persidangan mengenai asal usul orang Melayu minggu lalu, yang mendedahkan bahawa Orang Asli daripada suku Senoi, Semang dan Melayu Proto merupakan "pemegang obor" yang merintis tamadun manusia moden.
Oppenheimer ketika menjelaskan penemuan itu dalam satu wawancara dengan Malaysiakini minggu lalu berkata, Orang Asli khususnya dari suku Semang dan Melayu Proto merupakan keturunan daripada manusia pertama yang menjejakkan kaki ke Asia Tenggara.
Keturunan manusia itu, di kawasan yang dahulunya dikenali sebagai Pentas Sunda ini juga menjadi nenek moyang kepada keturunan mereka di Asia Timur dan juga di benua Amerika, katanya.
Keturunan Semang dan Melayu Proto itu mempunyai ciri khas dan unik, sama seperti keturunan yang tersebar daripada kawasan Pentas Sunda, kata Oppenheimer lagi.
Perkara itu menunjukkan bahawa masyarakat tersebut telah wujud di sini semenjak penduduk awal tiba di kawasan ini, tambahnya.
Beliau menjalankan kajian tersebut ke atas sampel DNA yang diperolehi daripada penduduk serata dunia untuk menentukan asal usul masyarakat dunia – bermula daripada manusia pertama di Afrika sehingga kepada warga Eropah di teluk Arab dan juga tanah warga Asia timur di Pentas Sunda.
Oppenheimer berada di Kuala Lumpur pada Jumaat lalu untuk membentangkan kajiannya di persidangan Asal Usul Melayu: Induknya di Alam Melayu, anjuran Ikatan Ahli Arkeologi Malaysia.
Beliau telah menerbitkan kajiannya sebelum ini melalui buku Eden in the East dan juga Out of Eden yang memperincikan teorinya mengenai migrasi penduduk awal dunia.
Pembentangan kajiannya boleh dilihat di laman yayasan Bradshaw Foundation, satu badan yang bergiat dalam kajian genetik, antropologi dan arkeologi.
p/s:kita semua berasal daripada Adam dan Hawa tp kajian yg dilakukan ini juga tak boleh tolak ketepi utk lebihkan percambahan minda lagi mendalam.
sumber: http://www.malaysiakini.com/news/187444

Rabu, 11 Januari 2012
Muflis 2019: Henti beri mandat kepada BN
PULAU PINANG, 11 Jan: Pengesahan Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) bahawa Malaysia akan bankrap menjelang 2019 menujukkan rakyat perlu menukar kerajaan supaya Pakatan Rakyat dapat menyelamatkan negara, kata Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.
Menurutnya, Malaysia akan menjadi negara penghutang sebelum akhir dekad ini jika Kerajaan BN meneruskan cara-cara perbelanjaan dan peminjaman yang tidak bertanggungjawab.
Nisbah hutang Kerajaan Persekutuan kepada KDNK telah meningkat setiap tahun dari 53.1% pada tahun 2010, 53.8% pada tahun 2011 hingga 54.8% pada tahun 2012. Kadar hutang ini amat membimbangkan kerana sudah hampir mencecah siling hutang negara iaitu 55%.
Mengikut felo Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) Mohd Ariff Abdul Kareem, sekiranya Kerajaan Persekutuan terus meminjam seperti sekarang, nisbah hutang kepada KNDK negara akan mencapai 100% ataupun menyamai KDNK menjelang tahun 2019.
Secara mutlak, hutang Kerajaan Persekutuan telah meningkat sebanyak 71% dalam tempoh 4 tahun kepada RM456 bilion pada akhir 2011 daripada RM266 bilion pada akhir 2007.
Jika kadar peningkatan yang sama diteruskan, hutang negara akan meningkat kepada RM780 bilion pada tahun 2016 dan RM1,300 bilion pada tahun 2020.
Yang lebih menrunsingkan kata Lim, kadar pinjaman negara adalah jauh lebih tinggi daripada kadar pertumbuhan ekonomi.
"Ini amat berbahaya, dan lebih teruk lagi jika ditambah dengan data Laporan Tahunan Bank Negara 2010 yang mendedahkan bahawa hutang isi rumah Malaysia pada akhir 2010 berada di tahap RM581 bilion atau pun 76 peratus daripada KDNK, lantas “menobatkan” Malaysia sebagai negara dengan hutang isi rumah yang tertinggi di Asia selepas Korea Selatan.
"Tambahan pula, nisbah bayaran hutang isi rumah Malaysia berada di tahap 47.8 peratus pada tahun 2010, atau dalam erti kata lain, setengah daripada pendapatan isi rumah digunakan untuk pembayaran hutang," kata Lim.
Beliau yang juga Setiausaha DAP berkata, Rakyat Malaysia bukan sahaja dibebani hutang piutang, tetapi kos barang-barang harian juga sedang melambung sementara pendapatan dan gaji tidak meningkat. Susu bayi pun telah naik harga sebanyak 50% baru-baru ini. Antara kos barangan harian yang meningkat adalah:
1. Gula: RM1.45/kg (Jan 2010) kepada RM2.30 (Mei 2011) – 58% dalam 18 bulan.
2. Telur: Gred B RM9/30biji (Sep 2010) kepada RM10/30biji (sekarang).
3. Tarif Elektrik: kenaikan purata 7.12% pada bulan Jun 2011.
4. Teh Tarik dan Kopi Susu: Kenaikan RM0.10 hingga RM0.20 (9.1% hingga 18.2%).
5. Roti Gardenia: Kenaikan 5-14% (2011).
6. Cukai Perkhidmatan: Kenaikan 1% (cukai tambahan RM720 juta untuk Kerajaan Persekutuan).
7. Bawang: Kenaikan 17% (Dis 2010).
8. Milo: Kenaikan 5% pada suku pertama 2011, 4% pada setengah tahun kedua 2011.
9. Nescafe: Kenaikan 6% pada setengah tahun kedua 2011, di mana harga sudah >RM20/300gm.
10. Semua makanan kegemaran ramai seperti roti canai, char koay teow dan nasi kandar makin kecil bahagiannya walaupun harga tetap sama.
Sebaliknya ujar Lim, negeri-negeri Pakatan Rakyat telah berjaya mengurus kewangan supaya rakyat tidak dibebani hutang.
Di Pulau Pinang, hutang kerajaan negeri telah dikurangkan daripada RM630 juta pada 8 Mac 2008 kepada RM30 juta pada akhir Oktober 201.
"Ini merupakan pengurangan sebanyak 95% ataupun RM600 juta, iaitu pengurangan yang paling besar dalam sejarah mana-mana negeri di Malaysia.
"Adalah jelas bahawa rakyat Malaysia yang menginginkan kehidupan yang lebih baik hari ini dan untuk generasi masa depan hendaklah membuat pilihan di antara sebuah kerajaan yang boros dan meminjam secara tidak bertanggungjawab di samping gagal menjana perkembangan ekonomi, dengan sebuah kerajaan yang berhemat dan telus serta mengutamakan kepentingan rakyat," katanya.
p/s: golongan mana yg paling tertekan dgn keadaan ini,jika dilihat dari trend yg ada kebiasaannya org bawah akan jadi mangsa di tekan oleh org atas utk org2 yg diatas survive in their life.so, fikir2kan lah apa yg patut kita lakukan pd masa yg akan dtg.SELAMATKAN MALAYSIA.....!!!!!
sumber berita: http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/7520-muflis-2019-henti-beri-mandat-kepada-bn

Langgan:
Catatan (Atom)