Rabu, 31 Ogos 2011

SEJARAH MENGENAI MAT INDERA DLM BERITA HARIAN

Inilah petikan dari Berita Harian mengenai Mat Indera yg diungkapkan oleh Mat Sabu sebagai hero melawan penjajah.Tapi pihak kerajaan bantai Mat Sabu. Sejarah adakalanya pahit utk ditelan bila hakikat sebenar ditemui.Sejarah boleh menjadi sempadan dan pengajaran kepada generasi seterusnya.Sebagai generasi baru pasca merdeka kita perlu melihat sejarah dgn mata hati bukan dgn emosi.Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke-54

Selasa, 30 Ogos 2011

Beraya Di Istana Sultan Pahang Pekan Hari Raya Pertama

kali ini kita tgk pula gambar istana terbuka di istana sultan pahang pekan. ramai juga yg dtg sampai di istana lebih kurang jam 12 tgh hari ramai lagi yg dok masuk istana nak makan free.semua bangsa ada cina,india orang putih pun ada......yg remaja remaji dan juga dewasa agaknya kawan2 dan cikgu2 anak sultan yg kawin org pakistan tu kot....maklumlah anak2 vip nie banyak bersekolah antarabangsa. last2 pusing yg makanan berat ada nasi dagang je,tgk2 dah habis...maknanya adalah yg awal lagi dtg makan nasi dagang sampai habis,akhirnya makan kuih muih,lemang,rendang dan minum air kopi o dan teh tarik sdp juga. anak2 pun depa paling happy sekali dapat berlari sana sini dpt kerepek pisang barulah berenti lari kejap,dah siap makan lari semua....itulah anak2. bawah ini gambar2 di ambil di open house istana sultan pahang.



di hadapan pintu pagar istana sultan pahang pekan



kena gilir2 tangkap gambar depan pagar istana,kali ini giliran ayahnya pula bergambar.

dalam dewan makan istana sultan pahang,baru sampai terus snap pic tp zaidane dah nak beraksi...!!!


beratur nak amik duit raya dari kerabat raja pahang tp zaidane buat langkah seribu lah pulak...!!!

suasana di open house istana sultan pahang,pekan.

beratur nak ambil duit raya tapi tak dapat sbb times up....

sedondon di pagi raya di istana sultan pahang,pekan.

dapat kerepek terus tak jd berlari sana sini tapi kejaplah....

waseem tunjuk isyarat 'sedap' makan kerepek dgn jari telunjuk....

3 beranak dok sedap makan free..hehehe

apa yang happy sgt tu...??!!

zaidane cabut bunga tu campak dlm kolam tu patutnya happy.

kawasan santapan di raja di dewan makan istana sultan pahang

bergambar di ruang santapan di raja

nak bergambar berdua last2 zaidane cepat je dtg...

dapat juga gambar berdua tp ada nun sapa kat belakang si kecil tu,itulah waseem dok lari sana sini...


Ini kali kedua beraya di istana 1st taun 2007 tp tak dapat makan apa2 pun just bergambar berdua tak dapat anak lagi time tu,maklumlah baru kawin 2 minggu sebelum puasa.raya kali ini bawak sekali anak-anak makan di open house istana sultan pahang. raya ke-3 open house rumah mertua di pekan ini. balik k.l nanti hari jumaat banyaklah pula open house kena attend,yg penting rapatkan silaturahim...selamat hari raya adil fitri dan selamat menyambut hari kemerdekaan yg ke-54....


Gambar sekitar hari raya pertama sebelah pagi.

Gambar2 sekitar hari raya pertama ziarah pd hari raya pertama pada pagi beraya di istana sultan pahang pekan. mlmnya pula ziarah sahabat seperjuangan semasa belajar di syria hambali di kelat rendang pekan.di bawah ini ada gambar2 sepanjang raya yg pertama:-


zaidane 1st time bermain bunga api adiknya waseem tgk je kat belakang pegang tgn maknya



zaidan dan waseem dgn sepupu di pekan,pahang


waseem  1st time pakai songkok


di pagi 1st raya di rumah tok pekan

zaidane masam muka tak nak pakai baju melayu di pagi raya


akhirnya setelah di pujuk mau juga pakai baju melayu baru.

senang je pujuk zaidane ajak bergambar konfem tak nangis dah.....!!!!


posing bersama 2 heroku di pagi hari raya waseem dan zaidane.


zaidane dan sepupunya syafiq 8 bulan nangis sbb ibunya takde disisi g dapur kejap.


gaya model si kecil gambar candid depa tgk main kerusi.


setakat ini dulu pic kita sambung pula lawatan pagi raya ke istana sultan pahang di pekan.....

Isnin, 29 Ogos 2011

SELAMAT HARI RAYA ADIL FITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN

السلام عليكم

Pada kesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat hari raya adil fitri serta memohon kemaafan jika ada tersalah silap dan tersalah kata sepanjang penulisan saya di dalam blog saya ini.

Dikesempatan ini juga sama-sama kita hayati hadis ini yang diambil dari kitab Fath al-Bari yang berbunyi:-

ثَبَتَ عِنْد مُسْلِم مِنْ حَدِيث أَبِي هُرَيْرَة أَيْضًا مَرْفُوعًا: الصَّلَوَات الْخَمْس وَرَمَضَان إِلَى رَمَضَان مُكَفِّرَات لِمَا بَيْنهنَّ مَا اُجْتُنِبَتْ الْكَبَائِر

bermaksud

Telah sabit disisi Muslim hadis daripada Abu Hurairah juga yg dirawayatkan secara marfuk: solat lima waktu yg wajib dari ramadan ini hingga ramadan seterusnya adalah kafarah selama mana dijauhi dosa-dosa besar

Sama-sama kita ambil kesempatan setelah habis ramadan ini utk terus meningkatkan amalan kita agar sentiasa berada dlm keampunanNya inysaalah

Ahad, 21 Ogos 2011

Sejarah Sekolah Pondok Di Malaysia

PENDAHULUAN

Islam menurut kajian sejarah telah mula berkembang di kepulauan Nusantara semenjak abad ke 10 masihi lagi ketika mana para saudagar dari Timur Tengah melakukan aktiviti perdagangan yang berulang-alik dari kepulauan Arab ke Asia Tenggara. Aktiviti perdagangan ini semakin rancak menjelang abad ke 11 masihi bilamana banyak kerajaan-kerajaan Islam muncul seperti kerajaan Acheh, Melaka, Pasai dan lain-lain. Perkembangan Islam ini di pelopori oleh golongan saudagar yang melakukan aktiviti dakwah kepada penduduk tempatan didalam usaha menyebarkan agama Islam. Semangat penyebaran ini begitu kuat bila mana setiap individu ingin berjihad bagi mencari keredaan Allah. Ini diselaraskan lagi dengan firman Allah yang bermaksud:

            “ Dan hendaklah ada daripada kamu sekalian satu ummah / puak yang menyeru kepada al-Khair atau kebaikan dan menyuruh dengan ma’aruf dan melarang dari perkara yang mungkar”

Begitu juga dengan sabda nabi s.a.w:

            “ Sampaikanlah kamu sekalian daripada sekalipun satu ayat dan sesiapa yang berdusta di atasku dengan sengaja maka hendaklah ia sediakan tempat duduknya dari api neraka ”

Bermula dari tujuan berdakwah kepada penduduk tempatan melalui perjumpaan-perjumpaan yang berlaku antara para pendakwah dengan mereka di rumah-rumah atau tempat beribadat mewujudkan satu bentuk pengajian yang lebih teratur dimana mereka menyediakan tempat pengajian khas berupa rumah-rumah kecil yang didirikan di sesebuah kawasan bilamana ramai dikalangan warga tempatan yang menerima dan memeluk Islam.

Mereka akan menetap di situ dalam tempoh masa yang tertentu bagi mendalami ajaran Islam. Di Tanah Melayu metod pengajian ini di beri gelaran pengajian pondok kerana bangunan pengajian adalah berupa pondok-pondok kecil. Mereka diajarkan dengan pelajaran agama terutama dalam bidang akidah serta ibadah, juga perkara-perkara yang berhubungkait dengan rukun iman, Islam dan perkara-perkara fardu ain. Menurut Haji Wan Hussein dalam karyanya Pendidikan Pondok dan Penyediaan Tenaga Ulama Orang-orang melayu yang mengerjakan haji dan telah menetap di Mekah untuk menuntut ilmu dalam tempoh masa tertentu kembali ke Tanah Melayu dan bekerjasama dengan penduduk tempatan menyediakan pendidikan agama kepada warga tempatan.

Mereka bergotong-royong mendirikan masjid-masjid dan tempat-tempat pengajian yang dikenali dengan nama pondok dan pengajian yang dilakukan adalah berbentuk halaqat dimana para pelajar akan mengelilingi guru-guru mereka bagi mendapatkan ilmu. Tujuan utama didirikan pondok adalah untuk melahirkan ulama yang dapat menentang dan menghadapi cabaran pendakwah kristian dan sebagai menyebarkan ilmu-ilmu tradisi Islam.

SISTEM SEKOLAH PONDOK

Sekolah pondok merupakan sekolah yang didirikan oleh individu dalam menjalankan misi dakwah dan satu kaedah didalam menyampaikan ilmu agama kepada penduduk tempatan. Kebanyakan sekolah pondok ini didirikan di sesebuah kawasan yang di buka melalui tanah persendirian. Sistem yang diguna pakai oleh sekolah ini dalam pengajaran adalah berbentuk halaqat iaitu murid akan mengelilingi guru dimana guru tersebut akan membaca kitab-kitab dan menerangkan tentang setiap ilmu dan murid pula akan menadah kitab dengan membuat catatan dari setiap penjelasan guru. Metod pengajaran yang dilaksanakan dalam bentuk sehala di mana guru yang menentukan jenis-jenis ilmu yang akan diajar serta jenis-jenis kitab yang di gunakan.

Majoriti kitab yang di guna pakai adalah sama dengan kitab yang di pakai oleh intitusi-institusi pengajian tinggi dari Timur Tengah seperti Universiti al-Azhar. Dari sudut potensi pelajar di kesan melalui keupayaan dan ketekunan mereka menguasai kitab-kitab yang dipelajari. Para pelajar yang mengikuti pengajian di sekolah pondok ini kebanyakannya akan meneruskan pengajian mereka ke institusi pengajian tinggi di Timur Tengah selepas tamat belajar di sekolah pondok bagi mereka yang berkeinginan menambah ilmu kerana institusi tersebut tidak menetapkan kelayakan dan kecemerlangan seseorang pelajar untuk mengikuti pengajian di sana.

Kokurikulum yang diguna pakai juga kurang teratur dan lebih ditumpukan kepada aspek ukhrawi ilmu agama sahaja, oleh yang demikian mereka agak ketinggalan dalam bidang akademik kerana menganggap ia lebih kepada duniawi. Dari sudut sukatan pelajaran pula agak lemah di mana tiada sukatan tertentu dan kitab-kitab yang diguna dibaca awal muka surat sehingga akhir dan mengambil masa yang agak lama di mana terdapat pengulangan serta pertindihan topik hingga tiada hala tuju dan pengajaran dari guru juga tidak sistematik.

Kebanyakan guru yang berkhidmat di sekolah pondok mendapat pendidikan melalui sistem pondok juga dan mereka semua tidak mendapat latihan mengajar secara formal dan mereka juga menerima gaji yang kurang dengan nasib mereka tidak terbela dengan sebaiknya serta dipinggirkan dimana mereka hanya menerima gaji dari yuran pengajian pelajar hingga menyebabkan kebanyakan mereka terlibat dalam bidang ekonomi yang lain seperti bidang pertanian dan lain-lain untuk menyara hidup mereka (Pendidikan Islam di Malaysia dari Pondok ke Universiti, Abdullah Muhammad Zain, 2005).

            Sekolah pondok merupakan satu kawasan yang mengandungi bangunan-bangunan seperti berikut, sebuah surau sebagai tempat pengajaran dan pembelajaran antara guru dengan murid, rumah guru dan juga rumah-rumah kecil(pondok) yang boleh mencapai kepada ratusan buah yang menjadi penempatan bagi penuntut. Ia biasa dibangunkan di kawasan perkampungan yang jauh dari kawasan bandar.

Sekolah-sekolah pondok ini tidak meletakkan satu syarat kepada setiap penuntut yang ingin mengikuti pengajian dan ia hanya terpulang kepada kemahuan seseorang dan keizinan dari tok guru bagi sesebuah sekolah pondok. Kebiasaannnya mereka akan belajar mengenai ilmu-ilmu tradisi Islam seperti al-Quran dan tafsirnya, al-Hadis, Fiqh, Faraidh, Qawaid, Lughah Arab, nahu saraf, Balaghah dan lain-lain di mana sukatan pelajaran ini dijalankan dengan menadah kitab iaitu tok guru membaca kitab dan memberi penerangan atau penjelasan manakala para pelajar akan membuka dan mencatit apa yang dirasakan penting dari pengajaran tadi. Sistem sekolah pondok juga tidak mempunyai tingkatan kelas pelajaran yang rendah atau tinggi tetapi dinilai dengan jenis kitab-kitab yang dipelajari dalam tiap-tiap satu ilmu yang ditentukan oleh tok guru dan mereka juga tidak mempunyai peperiksaan bagi menilai tahap keupayaan murid.

Ukuran kejayaan dinilai dengan sejauh mana kefahaman murid terhadap ilmu yang dipelajari dan berkemampuan untuk mengajarnya kepada rakan-rakan yang lain. Bagi murid yang mampu memahami kitab dalam bahasa Arab, mereka akan diberi gelaran ‘alim’ iaitu mereka dianggap sebagai faqih. Tempoh masa bagi murid yang mengikuti pengajian di sekolah pondok adalah tidak terhad dimana mereka boleh tinggal dan belajar selama mana yang mereka suka. Oleh yang demikian, terdapat segelintir murid yang tinggal di pondok selama dua puluh tahun atau lebih.