Ahad, 26 Mei 2013

Pencerahan Bagi Rukun Iman Yang ke-6


Rukun iman ke enam Qada' dan Qadar suatu penjelasan

Ulama membahagikan rukun iman yang ke enam kepada 3 bahagian :-

1-      Apa yg berkaitan dengan sesuatu yang tidak boleh ditolak dan dihalang oleh manusia. Seperti bala bencana, kematian, perjalanan sistem cakerawala.

2-      Manusia tidak mampu menghalang atau menolak berlaku ketetapan tersebut tapi boleh meringankan contohnya seperti naluri, ia boleh membawa kepada 2 arah halal atau haram, kita memandu naluri tersebut kepada halal. Begitu juga dlm memilih kawan, kawan mempunyai sikap yg pelbagai adalah penting kita memilih kawan yg jujur dan amanah. Bolehkah kita terus untuk memilih kawan yg perasuah,pencuri akhirnya kita rasakan itu takdir kita padahal kita ada kuasa utk memilih yang lebih baik.

3-      Manusia mampu untuk menolak dan menepisnya, ia melibatkan perkara yang boleh dipilih atau perkara berkaitan ibadah yang berkaitan dgn dosa dan pahala. Solat fardu boleh anda tinggalkan tetapi dosa akan diterima. Pilihan utk sihat dan sakit,jika terus percaya kepada qada dan qadar sakit kita tanpa usaha utk sihat utk adalah pilihan yg salah.

Bahagian ketiga adalah berkaitan dengan hisab kita di hari kiamat. Pilihan sudah diberi olehNya. Kenapa mesti terus memilih utk melakukan kejahatan, penipuan, kemaksiatan, ketidakadilan dan kezaliman. Terus percaya qada dan qadar terhadap perkara maksiat dan buruk adalah salah. Keperluan utk terus berusaha mendapatkan kebaikan. Atas asas yg ketiga diatas adalah keperluan kepada adanya mahkamah,supaya kita dapatkan yg mana terbaik dan betul. Jika tidak semua yg salah dan silap pada pandangan awam dan agama dibiarkan mcm tu haru dunia kita jika tidak pengadilan. Bukan soal tak terima qada dan qadar tapi memang dlm rangka penjelasakan bagi rukun iman yang ke 6. Mari kita dalami sepenuhnya rukum iman ke 6 bukan sekadar sebut rukun shj tanpa penditilan.