Rukun iman ke enam Qada' dan
Qadar suatu penjelasan
Ulama membahagikan rukun iman
yang ke enam kepada 3 bahagian :-
1- Apa yg berkaitan dengan sesuatu yang tidak boleh ditolak
dan dihalang oleh manusia. Seperti bala bencana, kematian, perjalanan sistem
cakerawala.
2- Manusia tidak mampu menghalang atau menolak berlaku
ketetapan tersebut tapi boleh meringankan contohnya seperti naluri, ia boleh
membawa kepada 2 arah halal atau haram, kita memandu naluri tersebut kepada
halal. Begitu juga dlm memilih kawan, kawan mempunyai sikap yg pelbagai adalah
penting kita memilih kawan yg jujur dan amanah. Bolehkah kita terus untuk
memilih kawan yg perasuah,pencuri akhirnya kita rasakan itu takdir kita padahal
kita ada kuasa utk memilih yang lebih baik.
3- Manusia mampu untuk menolak dan menepisnya, ia melibatkan
perkara yang boleh dipilih atau perkara berkaitan ibadah yang berkaitan dgn
dosa dan pahala. Solat fardu boleh anda tinggalkan tetapi dosa akan diterima. Pilihan
utk sihat dan sakit,jika terus percaya kepada qada dan qadar sakit kita tanpa
usaha utk sihat utk adalah pilihan yg salah.
Bahagian ketiga adalah berkaitan dengan hisab kita di
hari kiamat. Pilihan sudah diberi olehNya. Kenapa mesti terus memilih utk melakukan
kejahatan, penipuan, kemaksiatan, ketidakadilan dan kezaliman. Terus percaya
qada dan qadar terhadap perkara maksiat dan buruk adalah salah. Keperluan utk
terus berusaha mendapatkan kebaikan. Atas asas yg ketiga diatas adalah
keperluan kepada adanya mahkamah,supaya kita dapatkan yg mana terbaik dan
betul. Jika tidak semua yg salah dan silap pada pandangan awam dan agama
dibiarkan mcm tu haru dunia kita jika tidak pengadilan. Bukan soal tak terima
qada dan qadar tapi memang dlm rangka penjelasakan bagi rukun iman yang ke 6. Mari
kita dalami sepenuhnya rukum iman ke 6 bukan sekadar sebut rukun shj tanpa
penditilan.