Khamis, 25 Disember 2008

Selamat Hari Natal dan Selamat Tahun Baru Hijrah dan Masihi

Assalamualaikum w.b.t
Dikesempatan ini saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat hari natal pada penganut agama kristian dan juga selamat menyambut tahun baru hijrah pada semua umat islam dan juga kepada semua rakyat malaysia selamat menyambut tahun baru 2009. Sempena dengan tahun baru hijrah dan masihi ini marilah kita sama-sama menyemat azam agar menjadi manusia yang lebih baik dimasa akan datang, malah kita juga sama-sama mengharapkan negara yang kita cintai ini semakin maju dan bebas dari unsur-unsur negatif dalam setiap lapangan yang menjadi teras kepada negara kita yang kita cintai ini.

Ingatlah setiap kita mempunyai tanggungjawab, kita tidak boleh lari dari tanggungjawab itu ini kerana tanggung jawab itu akan ditanya oleh allah taala di mahsyar nanti, jika kita tidak lakukan tanggung jawab kita dengan baik susahlah kita akan menjawab soalan yang bakal dikemukan nanti. Antara tanggungjawab kita ialah memastikan negara kita diperintah oleh pemimpin yang adil, tidak rasuah dll sifat yang tidak sewajarnya disebut disini, semua manusia tidak kira agama tidak sukakan perkra negatif. Jatuh bangun sebuah negara terletak pada kematangan rakyat. Jangan biarkan tangan-tangan pengkhianat merompak hak-hak kita. Negara kita adalah tanggungjawab kita. Inilah antara azam yang kita perlukan bagi semua rakyat malaysia.

Insya'allah dengan usaha semua pihak segala azam yang menyeru kearah kebaikan akan menjadi realiti jika kita saling hormat menghormati antara satu sama lain, marilah kita renung sejarah Islam yang lampau bagaimana kebebasan suara dalam semua lapangan akhirnya menjadikan tamadun Islam ketika itu menjadi hebat dan gagah malah masih menjadi buah mulut para-para sejarawan. Akhir kata selamat tahun baru hijrah dan masihi, ma'as salamah!!!

Tiada ulasan: