Rabu, 17 Disember 2008

Hargailah Alam Ini

Assalamualaikum
Buat semua pembaca yang dihormati sekalian semoga berada dibawah payung rahmatNya selalu. Topik yang ingin di hilite disini ialah mengenai kejadian tanah runtuh yang telah pun berlaku di bukit antarabangsa. Tragedi ini mengundang berbagai pelbagai reaksi dikalangan orang ramai, kawasan yang dikenali juga sebagai hollywood malaysia ini kerana didiami ramai artis-artis malaysia kini rebah ranap menyembah bumi. Tragedi ini juga menzahirkan sikap orang-orang kaya yang tidak biasa dengan kesusahan, sehingga terjadi peristiwa mengamuk oleh seorang penduduk sambil ditenteramkan oleh YB Azmin terpampang di siaran buletin utama TV3, makanan yang dibuang dengan banyakkannya ditepi longgakan sampah juga menjadi tajuk berita di TV3, pelik juga memikirkan, agaknya orang-orang kaya tidak mahu menjamah makanan paling ringkas hingga dibuang begitu saja atau memang makanan yang dijamu itu tidak sedap, semuanya ini mengundang persepsi mengenai sikap yang dimiliki oleh golongan yang mendiami kawasan yang dikatakan elit ini. Apa pun kita sepatutnya bersyukur kerana masih ramai lagi yang terselamat dari tragedi ini walaupun banyak wang telah melayang kerana tragedi ini. Yang menariknya siaran tv memberi liputan yang amat istimewa kepada golongan yang kaya ini tetapi kenapa kawasan yang miskin tidak mendapat liputan yang hebat seperti apa yang terjadi dibukit antarabangsa ini, sedangkan mereka juga memerlukan bantuan. Entahlah, agaknya penyiar tv tidak lebih mementingkan nilai glamour dan komersial berbanding nilai kemanusiaan dalam ingin merakamkan sesuatu, nasiblah kita dapat penyiar tv yang sebegini.

Fokus yang ingin diberi disini ialah mengapa ini semua terjadi? Adakah kerana kerakusan manusia atau kerana fenomena alam yang menjadi penyebab tanah runtuh ini terjadi, setiap orang akan berhujah berdasarkan apa yang mereka ketahui, tetapi kita sebagai orang Islam yang beriman dengan alquran dan hadis, tentunya kita perlu kembali kepada sumber perundangan kita dengan tragedi yang berlaku ini. Jika diteliti, segala bencana alam yang berlaku adalah disebabkan tangan-tangan manusia tamak haloba dalam mencari kemewahan dunia, ghairah mengejar keuntungan sering kali aspek yang berkaitan dengan fitrah alam dan juga fitrah yang ada pada manusia sering dilupakan, ini hanya bukan terjadi didalam projek yang berkaitan dengan pembangunan semata-mata, malah ianya juga melibatkan projek yang berkaitan buku-buku teks sekalipun buku tersebut merupakan buku yang berupa agama. Masihkan terdapat golongan koporat yang berjiwa seperti abdul rahmn bin auf yang dikenali sebagai sahabat nabi yang paling kaya serta dermawan? Mungkin ada tapi hanya segelintir sahaja yang mahu bersikap sebegitu yang lain hanya memikirkan keuntungan hingga tidak mempedulikan nyawa manusia, binatang dan juga tumbuh-tumbuhan. Malangnya bumi yang kini makin tidak selamat diduduki, bumi diibaratkan perempuan yang sgt tua yang hanya menanti untuk rebah, kasihan bumi, bumi yang allah cipta dengan lengkap telah diubah dengan cara yang tidak bertamadun hingga menyebabkan cuaca dunia berubah sama sekali, atmosfera makin nipis malah ada saintis yang meramalkan jika keadaan begini berterusan bongkah-bongkah ais ada dikutub selatan dan utara akan cair dan menyebabkan banyak tanah akan terhapus termasuklah malaysia. Salah siapa jika fonemena ini berlaku? Bencana alam tidak akan berlaku jika manusia mempunyai adab dan akhlak ketika berhadapan dengan alam yang amat luas ini, di dalam alquran banyak ayat yang menyatakan kita mesti melihat bagaimana alam, binatang dan tubuh manusia bagaimana diciptakan, saranan tuhan itu bukan hanya sekadar melihat tapi mengkaji dan memelihara kejadian yang tuhan ciptakan. Maksud ayat alquran dari surah at-Toriq ayat 5 "maka lihatlah pada manusia bagaimana ianya dicipta", surah al-ghosiyah ayat 17 "apakah mereka tidak melihat kepada unta bagaimana ianya dicipta", surah yang sama ayat 18 hingga 20 " apakah mereka tidak melihat kepada langit bagaimana ianya diangkat, dan kepada bukit bagaimana ianya dipasak dan kepada bumi bagaimana ianya dihamparkan". Amat jelas tuhan telah lama mengajar kita bagaimana kita harus menggunakan segala ciptaan allah dengan sebaik-baiknya. Jika dilihat pula pada sejarah hijrah nabi ke madinah, baginda mengambil berat mengenai pencemaran yang berlaku di madinah kerana madinah dan penyakit taun tidak dapat dipisahkan, lalu baginda mengarahkan semua orang madinah melakukan perbersihan total. Tapi, apakah sikap kita sebagai umat islam kini? Sejarah silam yang ada pada baginda bukan hanya perlu dibaca tapi perlu dihayati, galilan alquran sedalam yang mungkin akan terjumpa jawapan yang kita mesti menghargai alam semula jadi agar dunia yang kita jaga kini selamat untuk generasi yang akan datang, atau dengan persoalan lain, mungkinkah dunia kita sudah bersedia untuk ditamatkan hayatnya? Fikir-fikirkanlah………

Tiada ulasan: