Ahad, 28 Disember 2008

Wajarkah PPMSI diteruskan?

Assalamualaikum
Kehadapan semua pembaca, kali ini saya ingin memberi fokus kepada salah satu isu yang dikira agak penting bagi kita semua yang berada ditanah air yang kita cintai ini, umum mengetahui bahawa dasar pembelajaran bahasa inggeris bagi mata pelajaran sains dan matematik telah menjadi perdebatan yang amat hangat sekali malah ianya juga memberi modal kepada pihak pembangkang untuk menghadapi pilihanraya parlimen kuala terengganu yang dijadualkan pada 17.1.2009 nanti. Saya amat tertarik dengan salah satu ruangan surat khabar harakah dengan salah seorang orang kuat yang berusaha keras untuk menterjemahkan istilah sains yang kebanyakkannya didalam bahasa inggeris ke bahasa melayu. Terzahir kebencian yang amat sangat kepada mantan perdana menteri yang ke-4 kerana memperkenalkan PPMSI, kerana pada orang yang diwawancara tersebut merasakan usaha yang dilakukan beliau dan kawan-kawannya telah dikuburkan oleh matan perdana menteri yang ke-4 itu. Kata beliau ada perkara yang pegawai-pegawai kerajaan di kementerin pelajaran tidak perasan apa yang sedang berlaku dalam sistem pembelajaran kita. Selama ini saya sering merasakan ada yang tidak kena dengan system pembelajaran kita, ini bukan soal mengenai pengagjian islam tapi saya melihat kepada konsep yang lebih luas merangkumi semua kaum yang ada di Malaysia. Antara bukti yang boleh dilihat kepada kecelaruan sistem pendidikan kita ialah terhasilnya generasi muda kini yang telah hilang arah dan pedoman, kita sendiri boleh melihat bagaimana rentak hidup mereka kini, akan tetapi setelah membaca ruangan wawancara tersebut bertambah lagi maklumat yang ada mengenai kecelaruan yang berlaku. Katanya lagi system pendidikan kita telah kembali kepada era penjajah, contoh yang diberi ialah peperiksaan UPSR, peperiksaan ini ada 5 subjek hanya 2 sahaja yang menggunakan bahasa melayu iaitu bahasa melayu dan pendidikan islam manakala selebihnya sains, matematik dan English semuanya menggunakan bahasa inggeris, jadi bukankah ini bukti jelas yang system pendidikan kita telah di”inggeris”kan malah ianya juga melanggar perlembagaan Negara? Malangnya Negara kita mendapat pemimpin yang bertindak ikut apa yang dirasakannya betul, sikap ini sebenarnya telah wujud dalam jatidiri orang-orang veteran di Malaysia yang susah nak ditegur sikap mereka jika mereka melakukan kesalahan dan kesilapan. Hujah beliau lagi mengenai susahnya bahasa inggeris pada sains ini ialah dari apa yang dialami sendiri oleh matan perdana menteri Malaysia ke-4, beliau yang mengambil jurusan kedoktoran yang kebanyakkannya didlm bahasa inggeris, tetapi beliau sendiri mengalami kesukaran untuk memahami pelajaran yang dipelajari hingga terpaksa ulang berulang kali untuk lulus.

Setelah diberikan 2 bukti yang diberikan amat tidak wajar PPMSI, banyak lagi bukti boleh kita sama-sama cari, semua ini bukan ingin menunjukkan hero terhadapa ketuanan melayu tetapi untuk membolehkan semua bangsa dapat memahami apa yang dipelajari terutama sains dan matematik dengan lebih lagi agar dapatkan bangunkan Negara kita yang dicintai ini agar setanding dengan Negara-negara maju yang lain yang lebih mengutamakan bahasa ibunda mereka. Renung-renungkanlah jika dasar ini terus dipakai, mengikut disiplin ilmu mengenai kebudayaan, hanya jangka masa 30 tahun diperlukan untuk melihat sesuatu itu hilang dan luput, malah tidak mustahil lagi dalam jangka masa 30 tahun lagi orang Malaysia terutama yang berbangsa melayu tidak mampu berbahasa melayu langsung jati diri melayu yang amat dekat dengan islam hilang begitu saja, malangnya kita, fikirkanlah……..

Tiada ulasan: