Isnin, 3 Mei 2010

Ibnu al-Adim Sejarawan Halab (siri 8)

METODOLOGI KITAB ZABDATUL HALAB FI TARIKH AL-HALAB (IBNU AL-ADIM)

PENCERITAAN SEJARAH MENGIKUT TAHUN

Segala peristiwa yang berlaku di Halab atau sekitarnya menyebabkan beliau menyusun kitab beliau ini dengan metod yang sama di gunakan oleh sejarawan yang lain seperti al-Zahabi di dalam kitabnya Tarikh al-Islam dan al-Tabari di dalam kitabnya Tarikh al-Rasul Wa al-Mulk. Kitab beliau yang berjudul Baghyatul Talab Fit Tarikhil Halab, beliau menggunakan metod dengan menyusun mengikut huruf-huruf yang ada di dalam Bahasa Arab. Metod sebegini di gunakan kerana kewujudan banyak nama-nama tokoh yang beliau tulis, tetapi pada buku beliau untuk meringkaskan kitab Baghyatul Talab Fit Tarikhil Halab tidak terdapat metod yang serupa. Penggunaan dengan menyusun mengikut huruf-huruf Arab tidak di gunakan di dalam buku beliau yang menjadi tajuk perbincangan ini, penggunaan adalah mengikut tahun jelas dapat di lihat pada penulisan kitab Zabdatul Halab Fit Tarikhil Halab. Tahun yang dapat dicatat di sini melalui kajian saya yang terhad ini ialah di bawah tajuk Saif al-Daulah al-Hamdani 333 hingga 356 hijrah. Metod ini dapat lihat dengan jelas di bawah tajuk ini, antaranya yang dapat di lihat dari kitabnya ialah:-

فلما وصل حلب أجلسه معه على السرير. ودخل سيف الدولة حلب، يوم الإثنين لثمان خلون من شهر ربيع الأول، من سنة ثلاث وثلاثين وثلاثمائة.

Ayat yang di kutip dari buku Zabdatul Halab ini jelas menunjukkan kepada kita beliau lari dari gaya penulisan dari kitab beliau yang berjudul Baghyatul Talab. Malah terdapat juga peristiwa atau sejarah yang lain yang di catat tahunnya, seperti judul yang di bawah tajuk Said al-Daulah al-Hamdani dari 381 hingga 392 hijrah, judul di bawah tajuk ini ialah Maut Said al-Daulah, ayat tersebut ialah:-

ومات أبو الفضائل سعيد الدولة، ليلة السبت النصف من صفر سنة اثنتين وتسعين وثلاثمائة، سقته جارية سماً، فمات.

Jelas sekali Ibnu al-Adim mengambil berat setiap peristiwa yang berlaku dengan mencatit waktu dan hari peristiwa yang berlaku. Ini menunjukkan kepada kita beliau begitu teliti dengan setiap yang berlaku serta ingin menyampaikan maklumat kepada pembaca seolah-olah pembaca dapat menghayati setiap peristiwa itu. Malah peristiwa seterusnya yang dapat di nukilkan dari kajian saya melalui kitab beliau yang di dapat di nyatakan sini ialah sejarah yang berlaku dari tahun 487 hingga 507 hijrah, di antara peristiwa yang terjadi sepanjang tahun ini yang dapat di lihat dari kitab beliau seperti al-Franj fi al-Syam, al-Khiyanah wa Dukhul Antokiyah dan Halab wa al-Franj.

PENGGUNAAN BAHASA YANG MUDAH

Penggunaan bahasa yang di gunakan oleh Ibnu al-Adim tidak terlau tinggi hingga sukar di fahami atau terlalu hingga kelihatan seperti bahasa bagi sesiapa yang ingin mempelajari Bahasa Arab pada peringkat permulaan. Beliau tidaklah menggunakan uslub atau gaya sastera atau balaghah di dalam penulisanya seperti Ibnu Jubair di dalam kitabnya mengenai bandar Mousil yang terletak di utara Iraq. Penggunaan bahasa yang mudah di fahami ini begitu ketara di dalam penulisan beliau tiada langsung lafaz yang memrmingkan pembaca hingga terpaksa membuka kamus yang besar seperti Taj al-Urs, ianya seakan menyamai apa yang di lakukan oleh Ibnu al-Athir, Ibnu Hayyan dan Ibnu Tobatoba, beliau lebih mengutamakan pembacanya dari berkarya demi kepentingan sendiri. Penggunaan bahasa jenis ini memungkinkan orang bukan Arab memahami isi kandungna penulisan beliau dengan mudah, sasaran yang ingin di sampaikan dapat di fahami tanpa perlu di ulang berkali-kali. Antara contoh dari kitab beliau di bawah tajuk Halab Qabla Islam, di bawah tajuk ini beliau mencerita sejarah Halab ketika zaman nabi Ibrahim A.S, petikan adalah seperti berikut:

اسم حلب عربي لا شك فيه. وكان لقباً لتل قلعتها. وإنما عرف بذلك لأن إبراهيم الخليل صلوات الله عليه، كان إذا اشتمل من الأرض المقدسة، ينتهي إلى هذا التل فيضع به أثقاله، ويبث رعاءه إلى نهر الفرات وإلى الجبل الأسود. وكان مقامه بهذا التل يحبس به بعض الرعاء، ومعهم الأغنام، والمعز، والبقر. وكان الضعفاء إذا سمعوا بمقدمه أتوه من كل وجه، من بلاد الشمال. فيجتمعون مع من اتبعه من الأرض المقدسة، لينالوا من بره، فكان يأمر الرعاء بحلب ما معهم طرفي النهار. ويأمر ولده وعبيده باتخاذ الطعام فإذا فرغ له من ذلك أمر بحمله إلى الطرق المختلفة بإزاء التل، فيتنادى الضعفاء: " إن إبراهيم حلب " ، فيتبادرون إليه.

Sesiapa sahaja yang membaca petikan di atas akan memahami asal usul dan sejarah yang belaku di Halab. Pada bab-bab seterusnya beliau tetap menggunakan gaya penulisan yang sama. Usaha yang di lakukan beliau ini wajar di beri pujian kerana terdapat juga sejarawan yang lain seperti beliau menggunakan bahasa yang agak tinggi dan menggunakan bahasa yang bercampur aduk antara bahasa ‘ajam (bukan Arab) atau bahasa ‘ammiah (bahasa Arab dialek).

Tiada ulasan: