1.3 HUBUNGAN KEILMUWAN DI ANTARA ANDALUS DAN NEGERA-NEGARA ARAB SEBELAH TIMUR.
Kehebatan dan kegemilangan yang dikecapi oleh pakar-pakar perubatan di Andalus tidak bermakna perubatan di Andalus berdiri dengan sendirinya dengan tidak melakukan perhubungan keilmuan yang di ada di negara-negara Arab yang terletak di sebelah timur. Ini bermakna setiap kajian atau kemunculan protokol baru yang muncul selain dari Andalus di ambil peduli oleh tokoh-tokoh perubatan yang berada di Andalus. Ini kerana pada mereka ilmu adalah amat penting bagi mereka dalam memberikan sumbangan kepada manusia untuk mencapai kehidupan yang sihat. Hubungan yang berlaku ini tidak hanya terhad di kalangan ilmuwan sahaja tetapi ianya terjadi juga di kalangan pelajar-pelajar, perkembangan pemikiran serta kajian-kajian dan perhubungan ilmu in juga terjadi dari kemunculan penulisan-penulisan mengenai perubatan.
Penulisan-penulisan mengenai perubatan yang muncul di sebelah timur begitu cepat sampai ke Andalus, kehadiran karya-karya tersebut menjadi bahan penting untuk melakukan kajian serta memberi beberapa komentar dan cadangan terhadap karya-karya yang hadir dari timur. Contoh yang boleh di berikan dari kesan kehadiran karya-karya sebelah timur adalah seperti yang terjadi pada penulis Andalus yang terkenal iaitu al-Zahrawi malah tidak ketinggalan tokoh-tokoh perubatan yang lain yang berada di Andalus. Al-Zahrawi sendiri cukup terkesan dan menjadikan karya atau buku yang dikarang oleh al-Razi sebagai rujukan beliau yang berjudul al-Tasrif malah idea-idea yang di kemukann oleh al-Razi turut di tulis kembali di dalam karya agung al-Zahrawi ini. Bukan al-Razi sahaja yang menjadikan rujukan di dalam penulisan karya oleh al-Zahrawi ini, antara karya-karya lain yang hadir dari sebelah timur ialah karya-karya karangan Ibnu al-Jazar. Kemasukan karya Ibnu al-Jazar iaitu Zad al-Musfair Wa Qut al-Hadir ke Andalus melalui muridnya iaitu Umar bin Jaafar, tokoh ini telah berguru dengan al-Jazar di Qairawan, Tunisia dan kembali semula ke Andalus dengan membawa karya tersebut.
Antara tokoh-tokoh perubatan dari Andalus yang telah melakukan perjalanan ke luar dari Andalus untuk mempelajari perubatan ialah:-
1- Yahya bin Yahya, juga di kenali sebagai Ibnu al-Saminah.
2- Ahmad bin Yunus al-Jazami al-Harrani.
3- Umar bin Yunus al-Jazami al-Harrani.
4- Muhammad bin Abdun al-Jabali.
5- Abu Marwan Abdul Malik bin Zahar.
6- Abu al-Silat Umaiyah bin Abdul Aziz.
Tokoh-tokoh perubatan ini telah keluar dari Andalus dan pergi ke beberapa buah negeri untuk mendalami ilmu perubatan dari tokoh-tokoh perubatan yang menetap di situ, antara tempat yang menjadi pilihan untuk mendalami ilmu perubatan ialah Baghdad, Qairawan, dan Mesir. Terdapat juga di kalangan mereka yang bekerja sehingga ke tahap menguruskan hospital atau Maristan. Setelah pengalaman yang di perolehi begitu banyak berserta dengan ilmu yang di perolehi tokoh-tokoh ini kembali ke Andalus untuk menabur bakti kepada rakyat atau berkhidmat sebagai doktor peribadi kepada khalifah-khalifah yang memerintah, antara tokoh-tokoh perubatan Andalus yang berkhidmat untuk khalifah ialah Ahmad bin Yunus al-Jazami al-Harrani dan Umar bin Yunus al-Jazami al-Harrani, mereka berdua telah berkhidmat untuk khalifah al-Mustansir.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan