Menjelang abad ke-19, Tanah Melayu telah mula menerima sistem pendidikan secular hasil dari penjajahan Inggeris selepas kejatuhan Jepun pada akhir 50-an dimana sistem ini terus berkembang tanpa dapat disekat oleh sistem pelajaran pondok dan berjaya melemahkan perjalanan sistem pendidikan Islam dalam jangka masa yang singkat kerana menerima impak positif dari kerajaan dan juga rakyat. Sejumlah besar masyarakat Melayu yang mendapat pendidikan sekular menjawat jawatan penting dalam pentadbiran negara dan masyarakat dimana dahulunya di duduki oleh penuntut dari sekolah pondok.
Sekolah-sekolah sistem pendidikan Barat ini mendapat sokongan daripada pihak pemerintah dimana sukatan-sukatan pelajaran lebih teratur dan sistematik manakala pengajaran dan pembelajaran sentiasa dikemaskini melalui latihan-latihan yang diberikan dari semasa ke semasa. Oleh demikian,sekolah-sekolah pondok ini mula melakukan penambahbaikan dalam sistem pengajaran mereka dimana mereka mula menerapkan pendidikan akademik seperti Matematik, pengajian bahasa, Sains dan sebagainya bagi menyaingi pendidikan di sekolah-sekolah sekular.
Namun begitu realiti yang berlaku dalam suasana masyarakat kini yang melihat bahawa sekolah ini seakan sudah tidak mempunyai asas kesesuaiannya berdiri bilamana kerajaan negeri membina sekolah- sekolah yang menumpukan juga ajaran agama yang seiring dengan bidang akademik seperti SMKA dan mengambil madrasah-madrasah swasta yang sebelum ini berdiri sendiri untuk dibiyayai dan di bantu. Guru-guru yang menjadi tenaga pengajar diberi latihan yang mencukupi manakala kebajikan mereka dijaga dengan sebaiknya. Mereka mendapat gaji yang bersesuaian dengan usaha yang diberikan tanpa perlu mencari pendapatan sampingan. Oleh yang demikian tugas guru sebagai murabbi dalam mendidik anak murid menjadi bangsa yang berguna dan bertakwa kepada agama, bangsa dan negara dapat ditumpukan sepenuhnya.
Melihat kepada situasi yang berlaku ini menyebabkan sekolah-sekolah pondok mula kurang menerima kehadiran para pelajar ditambah lagi dengan beberapa masalah yang selalu mencengkam sekolah pondok menyebabkan banyak sekolah pondok yang terpaksa ditutup kini. Masalah utama mengapa sekolah pondok ini tidak mampu bertahan pada masa sekarang ialahketiadaan usaha dalam mengistitusikan sekolah aliran tersebut agar kekal dan subur manakala sistem yang biasa diguna pakai pada masa kini ialah lebih kepada kaedah pewarisan sekolah pondok dan prasaranya secara totalnya kepada ketokohan pengasasnya yang digelar tok guru selaku pemilik keseluruhan sekolah-sekolah sedemikian.
Apabila mereka meninggal dunia maka sekolah pondok itu akan turut tidak bernafas sekiranya penggantinya tidak diasuh dengan sebaiknya. Tenaga pengajarnya pula kebiasaannya terdiri daripada kalangan anggota keluarga seperti anak atau menantu pengasas sekolah tersebut yang bersedia mewarisi kepimpinan dan ketokohan tok guru. Keadaan ini biasanya berlaku disebabkan sekolah pondok merupakan milik pengasas dan ia perlu menjadi harta pusaka yang perlu diagihkan secara adil kepada asnaf zuriatnya melainkan apabila ia telah di waqafkan secara lebih awal lagi.
Oleh yang demikian walau sehebat manapun sekolah tersebut dari pandangan umum, sekiranya pengasasnya meninggal maka ia tidak mampu untuk bertahan melainkan seanndai ada usaha-usaha yang diambil oleh kerajaan negeri dalam mengambil alih pentadbiran. Ini dapat dilihat melalui ucapan Menteri Besar Kelantan tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika berucap dalam majlis peletakkan batu asas Asrama lelaki kedua Maahad Muhammadi Kelantan yang menyatakan senario yang berlaku terhadap sekolah pondok. Antara petikan ucapan beliau ialah:
"Sepatutnya, perjuangan dan penyebaran Islam tidak boleh terhenti dengan matinya pengasas. Sebagai contoh ialah Tok Kenali yang amat terkenal dengan anak muridnya turut datang dari seluruh nusantara.Tetapi, apabila dia meninggal dunia, semuanya hilang dan terus terkubur dan keadaan sama turut terjadi kepada banyak lagi sekolah pondok lain yang terkenal seperti di Bunut Payong, Kutan dan Pulai Chondong,'' Dalam keadaan itu, jika pelajarnya ingin meneruskan lagi survival, sekolah pondok terpaksa menubuhkan pusat pengajian sendiri yang bermakna dia perlu bermula daripada peringkat asas iaitu mencari pelajar dan membina reputasi”. (http://www.utusan.com.my/pix/2008/0710/Utusan_Malaysia/Timur/wt_01.1.jpg[/img]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan