Selasa, 3 Januari 2012

Sejarah Sekolah Pondok Di Malaysia-Part 4-

PERBEZAAN METODOLOGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI ANTARA SEKOLAH PONDOK DAN ALIRAN KEBANGSAAN

Dalam bahagian ini kita akan membincangkan beberapa perkara yang akan menjelaskan perbezaan yang cara pengajaran dan pembelajaran di antara kedua-dua jenis sekolah. Jika dilihat secara mata kasar, kedua-dua jenis sekolah ini mempunyai hala tuju yang hampir serupa antaranya ialah dalam mencapai matlamat akhlak mulia dari setiap apa yang dipelajari dari subjek-subjek yang disediakan terutama subjek yang berkaitan dengan Pendidikan Islam, tetapi jika kita perhalusi lebih mendalam lagi, jelas kelihatan perbezaan yang cukup ketara di antara-antara kedua-duanya, setiap aliran ini ada sejarahnya tersendiri, setiap aliran ini punya metologi tersendiri, setiap aliran ini punya produk yang tersendiri.

            Corak pengajian dan pembelajaran di pondok adalah unik serta tidak punya persamaan langsung dengan cara pengajaran dan pembelajaran aliran kebangsaan. Ini boleh dilihat dari kompenan asas yang menujangi sebuah institusi pondok, iaitu Tuan Guru (Tok Guru), masjid (surau) dan pondok, ini membawa maksud sistem pengajian dan pembelajaran pondok benar-benar melibatkan semua pihak dalam menjayakan aspirasi yang telah ditetapkan oleh tuan punya pondok. Bagaimana pula dengan sekolah aliran kebangsaan? Adakah ciri begini kelihatan pada sekolah aliran kebangsaan? Jika dilihat kepada sekolah aliran kebangsaan, kompenan yang menunjanginya tertakluk kepada keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri , jika menteri yang bertanggung jawab mengenai pelajaran memilih untuk menukar sesuatu yang telah lama diamalan secara tiba-tiba, apakah ini tidak menjadi kerugian kepada warga pendidikan? Hal ini jelas disebut didalam Akta Pendidikan 1996 mengenai pembelajaran dan pengajaran Pendidikan Islam, antara kenyataan-kenyatan berikut ialah:

Seksyen 50 (1),
Jika di dalam sesuatu institusi pendidikan terdapat lima orang murid atau lebih yang menganut agama Islam, maka murid-murid itu hendaklah diberikan pengjaran agama Islam oleh guru yang diluluskan oleh Pihak Berkuasa Negeri.

            Seksyen diatas secara jelas tidak memberi peluang kepada perkembangan Islam kepada pelajar yang menetap atau bermukim dikawasan yang tidak mempunya majoriti agama Islam, ini boleh menyebabkan pelajar tersebut terpaksa mencari tempat belajar yang lain untuk mempelajari agama Islam.

Antara perbezaan dari dari sudut pembelajaran dan pengajaran ialah sistem aliran pondok memperkenalkan sistem pengajian halaqat atau dengan kata lain dipanggil umumi, pembelajaran dan pengajian cara ini adalah cara yang cukup popular dimana-dimana sistem pondok diamalkan iaitu dengan cara seorang guru akan akan duduk bersila dihadapan para pelajarnya sambil membuka kitab yang diletakkan di atas sebuah papan rihal atau meja kecil lagi rendah. Murid-murid pula akan duduk bersila dihadapannya dengan kitab yang dipelajari serta buku catatan. Mereka membentuk lingkaran tapak kuda atau halaqat.

            Corak pengajian seperti ini dikatakan sebagai warisan dari zaman awal islam iaitu ketika Nabi Muhammada S.A.W memulakan dakwahnya pada zaman Mekah dan Madinah. Para sahabat ketika itu duduk mengelilingi dan berhampiran Nabi Muhammad S.A.W untuk mendengar pengajaran yang disampaikan tidak kira dimana tempat itu disampaikan hatta dibawah pokok sekalipun. Tertanya cara pengajian ini amat istimewa kerana ianya melibatkan pelajar yang bukan sedikit dan tidak terhad umur si pendengar asalkan ada kemahuan untuk mempelajari ilmu agama yang akan disampaikan oleh tok guru. Pengajaran dan pembelajaran ini tertanya sesuai dengan galakan yang Islam berikan kepada umatnya untuk menuntut ilmu seperti maksud hadis S.A.W:

            Tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad

            Hingga kini sistem pengajian halaqat masih berjalan di merata tempat di dunia Islam, tidak kira dimana pengajian diadakan ianya tetap mendapat tempat di hati masyarakat. Jika kita ke Kota Bharu boleh kelihatan lautan manusia membanjiri bandar Kota Bharu untuk mendengar ilmu yang akan disampaikan oleh penceramah yang dijemput pada cuti mingguan di Pantai Timur, malah juga telah tercatit dalam sejarah ulama-ulama nusantara juga telah mengadakan halaqat di Masjidil Haram, Mekah. Secara tidak langsung pengajian dan pembelajaran secara halaqat ini benar-benar hadir di tengah masyarakat dalam menyebar dan mengembangkan kefahaman Islam yang syumul kepada setiap lapisan umur tanpa mengenal jantina dan bangsa, ini menunjukkan sistem pengajian pondok benar-benar berintreaksi dengan masyarakat setempat.

Tiada ulasan: