Guru
sebagai mu’allim, mu'allim adalah kata nama (isim fa 'il) yang
muncul dari kata terbitan/masdar, ta'lim(pengajaran). Perkataan ta'lim
boleh didapati didalam aI-Quran 2:31:
“Dan Allah mengajarkan kepada Adam segala nama, kemudian
Ia berkata kepada malaikat: Beritahulah Aku semua nama-nama itu jika kamu
benar”
Al-ta’lim
membawa maksud: 1)Mengajar; 2)Menjadikan seseorang individu memiliki ilmu
pengetahuan; dan proses tersebut berlaku secara berperingkat-peringkat. Al-Ghazali
mengatakan ta'lim adalah proses menguasai ilmu yang meningkatkan
manusia daripada taraf haiwan kepada taraf manusia. Manusia sememangnya
memiliki sifat-sifat yang turut dimiliki oleh haiwan antaranya hawa nafsu,
bermusuhan, dan sukakan kebendaan; dan pada masa yang sama manusia mempunyai
sifat mereka sendiri seperti berakaI, beriman, bijaksana dan sebagainya.
Didalam sistem
pendidikan yang ada pada dua-dua aliran, para guru perlu memperkemaskan lagi
peranan mereka dalam memberi ilmu kepada pelajar. Ini kerana, ilmu ini akan
dijadikan panduan oleh pelajar dan juga perisai kehidupan untuk mengawal
unsur-unsur kehaiwanan yang secara semulajadi ada dalam diri manusia (termasuk
pelajar) dan juga meningkatkan akhlak mereka. Seorang individu yang tahu
menggunakan dengan baik dan betul unsur-unsur kemanusiaannya akan dapat
mengawal unsur-unsur kehaiwanan yang ada dalam dirinya, maka ia akan menjadi
manusia sebenar dengan memiliki akhlak yang mulia. Sebaliknya, jika seseorang
itu tunduk kepada seluruh unsur haiwan yang ada di dalam dirinya, maka
perbuatan, kelakukan, pemikiran serta rohnya juga adalah sama tarafnya dengan haiwan.
Fenomena berkenaan telah disebutkan di dalam ayat Al-Qur'an berikut:
Dan telah kamu ketahui orang-orang yang melanggar di
antaramu pada hari Sabtu,
lalu Kami berfirman kepada mereka: "Jadilah kamu kera yang hina" (Maksud Al-Qur'an 2:65)
Oleh itu, dalam
pembangunan bangsa yang berasaskan ilmu pengetahuan dewasa ini, guru, selain
berperanan membentuk akhlak pelajar, mereka juga berperanan sebagai mu'allim.
Selaku mu' allim, dalam proses pengajaran dan pembelajaran, guru
sewajarnya mempunyai niat yang ikhlas; mengetahui cara mengajar yang berkesan;
memberi rangsangan serta motivasi kepada para pelajar. Di dalam proses
pengajaran dan pembelajaran, al-Ghazali menekankan supaya para guru mengajar
dengan niat untuk menyelamatkan para pelajarnya daripada seksaan api neraka;
mengajar bukan untuk mendapat upah atau pun apa-apa ganjaran di dunia,
sebaliknya bertujuan mendekatkan diri kepada Allah; tidak memandang remeh ke
atas ilmu yang disampaikan, sebaliknya, meyakininya dengan penuh bermakna;
memberi perhatian kepada pelajar yang 1emah dalam pelajaran; selain mengamalkan
ilmu yang disampaikannya kepada pe1ajar.
Guru sebagai murabbi,
Murabbi berasal daripada kata terbitan, tarbiyyah (pendidikan). Perkataan
tarbiyyah juga didapati dalam Al-Qur 'an 17:24 yang bermaksud:
"Wahai Tuhanku, sayangilah keduanya sebagaimana
mereka mendidikku sewaktu kecil"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan