sajak yg disampaikan oleh Ammu Afdalin Shawqi (panggilan oleh org gaza pdnya) dlm tv hijrah mlm nie terkesan juga di hatiku membaca sajaknya:-
MATA KECILKU
Nukilan : Ammu Afdlin Shauki aka Abu Miasara
Kau buat mataku kecil
Kau buat badanku besar
Kau sayangkan aku
Kau buatku serba kekurangan
Supaya aku berusaha mencari kejayaan
Kemudian kau limpahkan dgn kesenangan
Kau sayangkan aku
Aku leka dengan hidup dunia
Tiada syukur tersemat didada
Hari hari bergelumang dosa
perhubungan kita tidak ku jaga
seperti seorang anak tak mengenang jasa
Kau sayangkan aku
Aku yg sudah hanyut jiwaku
Rasa tak layak lagi bersamaMu
Sangkaku tertutup sudah pintu kemaafanMu
kerana ke-alpaan diriku
Kerana kebodohan diriku
kerana keangkuhan diriku
Kerana ku butakan mata kecilku
"Masihkah Kau sayangkan Aku?"
f16 Israel membedil Gaza
Kau sayangkan aku
Bom Bom Israel mencari Syuhada
Kesengsaraan di tanah Gaza
Kehancuran merata- rata
Kezaliman yg tak terkata
Kau sayangkan aku
Kemanusiaan membawaku ke sana
Kau permudahkan segala cara
Walaupun debar menggoncang dada
Kau beri ku kekuatan minda
Selamat perjalananku ke Gaza
Agar akhirnya dapat ku guna
Mata yang lama tak bercahaya
Kerana hanya mengejar dunia
Kau Sayangkan aku
Mataku melihat, runtun hatiku
bukan kerana kematian dan kesusahan di situ
Gaza tanah barakahMU
walaupun semuanya kelabu
Dipenuhi oleh kekasih-kekasihMU
Yang tidak pernah menyoal cintaMU
Yang tak pernah menyalahkanMU
Walaupun apa saja kesusahan yang kau beri
Kesyukuran tak pernah meninggalkan hati
Semua kekasih kekasihMU itu merindui
Bersamamu di Jannah nanti
Air mata berlinangan dari mata kecilku
Melihat Ketenangan wajah kekasihMU
Melihat Keberanian jiwa kekasihMU
Melihat keredhaan hati kekasihMU
Melihat ketaqwaan hidup kekasihMU
Senyum kekasihMU penuh cahaya
Senyun terukir walaupun duka
Senyum di beri tak memilih siapa
Senyum penuh kesyukuran padaNYA
AKu terduduk, terdiam melihatnya
Mata aku berkelip tidak percaya,
tidak pernah aku melihat sepertinya
Adakah aku dibumi nyata
ataupun menghampiri ahli-ahli syurga
Palestin bergolak atas keizinanMu
Kau mahu Palestin menjadi guru
Pelajaran bagi semua umat MU
Menyuluh jalan pulang padaMU
Aku meminta pengampunan dariMu Ya Allah
Kerana setelah semua yg aku laku
kau masih sudi membuka mataku
kau masih sudi mahu bersama ku
Kau masih sudi sayangkan aku
Kau sayangkan aku
Aku bersyukur dan merasa rendah
kerana diriku yang masih kau endah
Akan ku balas cintamu dengan seluruh jiwaku
dengan badan besarku
dengan seniku, dengan jenakaku, dengan akalku
dengan mata kecilku yang kini melihat kebesaran Mu
kekuatan Mu, Ke BijaksanaanMu, PengampunanMU
Cinta Mu yang memang tidak ada seteru.
Semua yang ku lakukan kini kerana Mu
UntukMu inginku menjadi Qalam
Akan aku ceritakan kebesaranmu kepada sekian Alam
Akan ku sampaikan kasih mu yg sangat mendalam
Ya aku, Budak gemuk yg 120kg ni... ISLAM.
Allahu akbar!
Ahad, 23 Disember 2012
Perbezaan Metodologi Pengajaran&Pembelajaran Di Antara Sekolah Pondok&Aliran Kebangsaan (sambungan....)
Perbezaan lain yang dapat kita lihat diantara kedua-dua
aliran ini ialah dari segi masa yang diperuntukkan untuk mempelajari
subjek-subjek yang berkaitan dengan agama. Jika dilihat pada subjek yang
dipelajari di aliran pondok sudah tentu masa yang diperuntukkan untuk mendalami
ilmu agama tidak terbatas malah adakalanya berlanjutan sampai ke malam dalam
menggali permasalahan dan menghadami tajuk yang dipelajari. Manakala di sekolah
aliran kebangsaan dengan subjek Pendidikan Islam yang begitu ringkas, sudah
tentu boleh dibayangkan berapa lama yang diperuntukkan untuk mempelajari subjek
Pendidikan Islam ini sekalipun subjek
ini menjadi subjek teras di sekolah aliran kebangsaan. Peruntukan waktu bagi
subjek Pendidikan Islam di peringkat sekolah rendah ialah 180 minit seminggu di
Sekolah Kebangsaan (SK) dan 150 minit di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan
(SRJK). Peruntukan waktu di peringkat Sekolah Menengah Rendah pula ialah 140
minit (termasuk 1 waktu amali) + 60 mint seminggu. Manakala di peringkat
Sekolah Menengah Atas ialah 140 minit (termasuk 1 waktu amali) seminggu.
Perbezaan yang telah dijelaskan diatas telah menunjukkan
perbezaan yang amat ketara dari sudut pembelajaran dan pengajaran yang ada pada
dua-dua jenis aliran yang ada di Malaysia. Sudah tentu pengajian di pondok
lebih membantu pelajar atau orang ramai untuk mendalami ilmu agama secara
mendalam, dengan cara begitu Islam yang menjadi agama rasmi di negara kita ini
dapat diamalkan dan dikembang lagi dengan jayanya, malah dapat memperkenalkan
kebaikan agama ini kepada bukan Islam. Tidak keterlaluan juga sekolah aliran
pondok ini terus mendapat sambutan orang ramai walaupun dunia kini telah berada
di ambang permodenan yang begitu tinggi, malah kehadiran pelajar dari luar
negara untuk berguru dan mempelajari semua jenis-jenis kitab yang ditawarkan
oleh aliran pondok ini juga mendapat sambutan. Metologi pembelajaran dan
pengajian yang ditawarkan serta tidak terlalu membebankan dari sudut kewangan
dan tarikan cara pembelajaran juga menjadikan pengajian aliran ini tetap
relevan hingga kini. Yang pasti pengajaran dan pembelajaran didalamnya dapat
mengubati apa yang dipanggil penyakit yang berpunca dari hati.
PERANAN
GURU SEBAGAI MURABBI DI SEKOLAH PONDOK DAN SEKOLAH ALIRAN KEBANGSAAN
Sekolah yang wujud tanpa ada guru akan menyebabkan
pengajian dan pembelajaran di sekolah berkenaan tergantung atau setiap yang
dirancang tidak akan menjadi kenyataan malah akan menyebabkan setiap subjek
yang sepatutnya difahami, tidak akan dapat dihadam oleh pelajar, pengajian dan
pembelajaran tanpa ada bimbingan akan menghasilkan salah faham pada sesuatu
subjek malah boleh menyebabkan pelajar menjadi lebih jahil gara-gara tiada
pembimbang. Malah sudah tercatit dalam sejarah samada di dalam al-Quran atau
mana-mana kitab sejarah, setiap sesuatu benda baru akan menjadi lebih cepat
difahami sekiranya punya pembimbing yang tepat, malah nabi Muhammad S.A.W
sendiri ketika melakukan amanah dalam menyampaikan Islam, baginda tidak
menyampaikan dengan fahaman baginda sendiri, semua yang disampaikan itu
berdasarkan apa yang telah diajar oleh murabbinya yang Maha Agung melalui
perantaraan malaikat Jibrail. Sekalipun yang punya kuasa itu ada kuasa yang
tidak terbatas malah boleh menjadikan insan bernama Muhammad bin Abdullah alim
dalam semua hal agama dalam sekelip mata, tetapi ini tidak berlaku. Setiap
benda baru perlu ada peringkat-peringkat yang perlu dilalui dalam mencapai
peringkat ilmu yang lebih tinggi lagi.
Zat Yang
Maha Agung itu telah mengajar kita umat manusia bagaimana ingin menjadi guru
yang terbaik dalam mendidik pelajar. Segala rahsia dari pembelajaran mengenai
Islam kepada baginda S.A.W terkandung dalam al-Quran. Begitu juga profesyen
perguruan, perlu punya sifat-sifat yang tertentu yang mampu membangunkan minda
dan jatidiri pelajar. Pada kali ini, tidaklah dapat dibezakan peranan guru
dikedua-dua aliran, kedua-dua aliran ini mempunyai hala tuju yang sama dalam
mengamalkan profesyen perguruan. Guru dari aliran kebangsaan mempunya falasafah
mereka sendiri seperti yang tertera pada Falsafah Pendidikan Guru :
Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan
saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan
kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu dan memelihara suatu
masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin.
(Kementerian Pendidikan Malaysia, 2001, ms. 1)
Manakala peranan
yang dimainkan guru di aliran pondok pula tidaklah mempunyai perbezaan jauh
dari Falsafah Pendidikan Guru aliran kebangsaan. Pengajian dan pembelajaran di
aliran pondok banyak terdedah dengan kitab-kitab yang dikira muktabar dan terpakai
dalam bidang agama, sudah tentu falsafah pendidikan guru didalam aliran
pondok banyak dikutip dari ayat-ayat
al-Quran dan juga hadis-hadis nabi yang berkaitan dengan profesyen perguruan
ini. Malah yang lebih menarik lagi dari kalangan guru-guru yang berada di
aliran pondok, mereka mempunyai masa yang begitu banyak bersama dengan
pelajar-pelajarnya, hubungan antara guru dan pelajar menjadi lebih akrab malah
kebiasaannya hubungan antara guru dan pelajar dari aliran pondok tidak akan
putus sampai bila-bila. Guru di aliran pondok sentiasa menjadi rujukan jika ada
timbul kekeliruan daripada permasalahan yang timbul. Malah kalau diperhatikan
kepada kehidupan seharian guru yang berada di aliran pondok, kehidupannya amat
sederhana malah sara hidupnya hadir dari usahanya sendiri, hadiah, zakat,
wakaf, hibah (pemberian) daripada masyarakat sekeliling dan seupamanya. Ini
memperlihatkan aliran pondok mempunyai hubungan akrab dengan masyarkat
sekililing.
Sabtu, 1 Disember 2012
Tentera Israel ramai mati bunuh diri dari berperang
Bunuh diri merupakan penyebab utama kematian di kalangan pasukan tentera yahudi zionis laknatullah. Dari laporan data bahagian pemulihan tentera Israel, harian Ibrani Maariv melaporkan pada tahun 2003 jumlah tentera yahudi lanatullah yang bunuh diri meningkat lebih tinggi berbanding mereka yang terbunuh dalam serangan tentera di Tebing Barat dan Genting Gaza.
Dari laporan tersebut jumlah meningkat kepada 43 tentera Zionis laknatullah bunuh diri berbanding dari angka tahun sebelumnya yang mencatatkan 30 orang. Data ini menunjukkan adanya kenaikan 30% dari jumlah tentera yahudi bunuh diri pada 2002 yang mencapai 31 orang.
Pada tahun 2003 semasa Intifada kedua, seramai 43 tentera yahudi dilaporkan mati kerana bunuh diri dan ini menjadi menjadi penyebab utama kematian di kalangan tentera rejim laknatullah itu. Sementara pada enam bulan pertama tahun 2004 seramai 15 tentera yahudi dilaporkan bunuh diri.
Kementerian Pertahanan sendiri menolak untuk memberi kenyataan kerana merasa malu atas laporan itu.
Jurucakap kementerian hanya mengatakan bahawa dia tidak mengetahui masalah itu dan pihaknya tidak ada hubungannya dengan kes bunuh diri tersebut.
Tentera yahudi laknatullah juga menyangkal bahawa tindakan bunuh diri itu ada kaitan dengan tindakan-tindakan jahat yahudi di wilayah jajahannya.
Sumber tentera berkata alasan seperti faktor emosi, penganiayaan dan ugutan oleh pihak atasan, serta tekanan psikologi sebagai punca tentera yahudi bunuh diri. Hakikat sebenarnya tentera yahudi ini mengalami trauma atas kejahatan mereka di Tebing Barat dan Jalur Gaza yang kemudian berakhir dengan bunuh diri.
Aktivis keamanan Israel mengatakan kepada Aljazeera.net bahawa mereka yakin bahawa kebanyakan tentera yang bunuh diri tidak boleh hidup dengan menanggung beban yang mengerikan atas tindakan kejam mereka di wilayah Palestin.
Pada 2008 seorang polis sempadan Israel bunuh diri di depan Perdana Menteri Perancis ketika itu Nicholas Sarkozy. Pada tahun 2007 hingga tahun 2009 terdapat penurunan jumlah kes bunuh diri. Namun jumlah kes bunuh diri melonjak selepas tahun 2009.
Pada suku pertama 2010 seramai 19 tentera yahudi laknatullah dilaporkan bunuh diri sedangkan pada tahun 2009 statistik mencatatkan terdapat 21 tentera bunuh diri.
Pada 2010 itu dua tentera yahudi laknatullah dilaporkan bunuh diri di Daliat el Carmel. Tentera pertama Ashraf Meriyah 18, ditemui mati kerana tembakan di kepala di rumahnya. Manakala Louis Nasser a Din 21, mengetahui rakannya itu bunuh diri di wilayah tentera yahudi di Haifa, dia juga turut sama bunuh diri dengan menembak kepalanya.
Pasukan Pertahanan Israel (IDF) pernah menjalankan program khusus untuk membantu komander-komander mereka mengesan tekanan psikologi di kalangan tentera akibat meningkatnay jumlah tentera yahudi bunuh diri. Sebahagian daripada program ini, IDF memutuskan untuk mengurangkan jumlah tentera yang membawa senjata ketika pulang.
Menurut IDF, kes bunuh diri ini tidak ada hubungannya dengan perkhidmatan ketenteraan mereka dan IDF mengkaji apakah ada kesilapan oleh komander sebagai pencetus kes bunuh diri.
Pada 2008, laman Ynet melaporkan terdapat dua pegawai dihukum kerana dianggap gagal menghalang seorang prajurit yang bunuh diri akibat tekanan psikologi. Dalam kes yang sama, seorang pegawai kesihatan mental dikenakan tindakan disiplin kerana gagal membantu tentera.
Pada 2011 dilaporkan seorang pengasas kumpulan anti tentera rejim Israel New Profile, Ruth Hiller memberitahu bahawa dianggarkan sebanyak 50% tentera yahudi yang ditanam di tanah perkuburan tentera adalah akibat mati bunuh diri berbanding kemalangan atau dibunuh.
Pada tahun 1989, Jabatan Tentera Israel melaporkan purata angka bunuh diri setiap tahun mencapai 35 orang.
Diterjemahkan dari sumber globalmuslim - http://detikislam.blogspot.com&www.harakahdaily.net
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/14965-tentera-israel-lebih-ramai-mati-bunuh-diri
p/s: fitrah manusia tak sukakan kekerasan dan kekejaman,akhirnya nak selesaikan masalah bunuh diri dalah opsyen mereka.....rupa2nya ada info yg mereka sembunyikan...takut malu lah...

Sabtu, 24 November 2012
PERBEZAAN METODOLOGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI ANTARA SEKOLAH PONDOK DAN ALIRAN KEBANGSAAN (sambungan.....)
Sistem aliran kebangsaan hadir di dalam masyarkat hanya
agak lewat dari sistem pondok yang telah terbukti memberi impak dalam membentuk
masyarakat , pengajian dan pembelajarnya pula hanya sekadar terhad di dalam
kelas, sekalipun sekolah aliran kebangsaan ini mempunya hala tuju yang agak
jelas tetapi tidak pula tertera pengajaran dan pembelajaran yang dihasilkan
dari aliran ini benar-benar ingin memberikan sumbangan terhadap masyarakat yang
mengelilingi sekolah tersebut. Ini dapat dilihat dari Falsafah Pendidikan
Kebangsaan:
Pendidikan di Malaysia adalah
suatu usaha berterusan ke arah yang lebih memperkembangkan potensi secara
individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang
secara harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan
kepada Tuhan.
Falsafah ini lebih menjelaskan secara lanjut untuk
mengembangkan potensi individu tetapi tidak melibatkan mengembangkan potensi
masyarakat, ini bermaksud pembelajaran dan pengajaran yang ada hanya melibatkan
individu yang hadir di sekolah tersebut, apa yang berlaku di luar sekolah tidak
menjadi keutamaan sekalipun segala kepincangan yang berlaku di dalam masyarakat
setempat benar-benar menyesakkan nafas sesiapa sahaja termasuk golongan
pendidik yang berada di sekolah aliran kebangsaan. Peranan pendidik pula terhad
pada pengajaran dan pembelajaran lingkungan keluasan sekolah tersebut.
Kebersamaan bersama masyarakat dalam menyampaikan ilmu pula tidak dapat
dilakukan kerana hala dan tujuan tidak begitu menyeluruh walaupun setiap sekolah
di aliran kebangsaan mempunyai Persatuan Ibubapa dan Guru Sekolah (PBIG),
peranan yang sepatutya berfungsi seperti sekolah aliran pondok tidak dapat
dipraktikkan dan masih kabur hingga kini, hanya kedengaran yuran PIBG wajib
dilunaskan pada tiap-tiap tahun.
Peringkat-peringkat pengajian dan pembelajaran pondok
pula terbahagi kepada tiga peringkat iaitu ibtida’i (permulaan atau
bawah), thanawi (menengah) dan ‘aliyy (atas atau tinggi).
Peringkat permulaan adalah peringkat bagi para pelajar yang masih baru. Mereka
ini belajar menulis dan membaca di samping membaca al-Quran serta mempelajari
asas-asas agama dengan menggunakan kitab-kitab Jawi yang rendah dan mudah,
menghafal matan-matan Nahu dan Saraf di dalam bahasa arab serta mempelajari
beberapa kitab-kitab yang berkaitan Tauhid dan Fekah.Peringkat pertengahan atau
menengah terdiri daripada pelajar-pelajar yang telah pun mempunyai asas-asas
pengetahuan agama Islam. Mereka menggunakan kitab-kitab Jawi yang lebih tinggi
sedikit dalam semua bidang di samping mempelajari Nahu, Saraf, Bahasa Arab, Tauhid dan Fekah.
Pada peringkat tinggi pula pelajar-pelajar telah pun
mempunyai kemampuan untuk mengikuti kursus yang lebih tinggi daripada peringkat
rendah dan menengah, pelajarannya pula lebih mendalam dengan menumpukan kepada
kitab-kitab berbahasa Arab dalam usaha menggali apa yang telah ditulis oleh
ulama-ulama muktabar pada masa dahulu. Menariknya kitab-kitab yang dipelajari
dipondok tidak boleh didapati di sekolah aliran kebangsaan, ini kerana buku-buku yang digunapakai ialah
buku-buku yang telah disediakan oleh pihak kementerian yang mesti selari dengan
KBSR atau KBSM, apa yang ditetapkan oleh kementerian adakalanya terpaksa
diubah, dikemaskini hingga adakalnya kelihatan terlalu lebih mengejar nilai
komersial dan keuntungan semata-mata, jika dilihat kepada subjek Pendidikan
Islam isinya yang ringkas dan adakalanya lebih mementingkan grafik buku
tidaklah membantu dalam menyelesaikan permasalahan yang timbul di kalangan
pelajar mahupun masyarakat, pendedahan sepatutnya sudah didedahkan dari bangku
sekolah dalam menanam minat pelajar dalam mengejar apa yang mereka impikan.
Tetapi pembelajaran dan pengajaran di pondok telah mendedahkan kepada pelajar
kitab-kitab atau buku-buku yang boleh menjawab beberapa persoalan yang berlegar
di dalam masyarakat setempat berkaitan dengan segala hal agama termasuk Akidah
dan paling ketara sekali ialah permasalahan Fekah, antara kitab-kitab yang
dipelajari di sekolah pondok ialah di dalam bidang Nahu ialah matan
al-Jurumiyah dan matan al-Fiyah Ibn Malik, manakala antara
kitab-kitab yang digunakan di dalam subjek Fekah ialah Fath al-Mu’in, Fath
al-Qarib dan I’anah al-Tolibin. Dalam bidang Hadis pula antara kitab
yang digunakan ialah Subul al-Salam, matan al-Arbain al-Nawawi.
Apa yang telah disebutkan tadi menunjukkan sistem
pembelajaran dan pengajian di pondok benar-benar mampu menyediakan individu yang mampu
menangani permasalahan yang timbul di dalam masyarakat, sejak awal lagi sudah
terdedah dengan kitab-kitab yang sememangnya menjadi rujukan di dalam bidang
agama. Pengajian yang mempunya tiga peringkat dan bersinambungan pada tempat
yang sama banyak membantu pelajar-pelajar aliran pondok menghadami apa yang
mereka belajar tanpa perlu berpindah-randah ke tempat lain kerana semuanya
telah lengkap di satu tempat malah tidak perlu risau sekiranya tercicir kelas
atau tidak lulus dalam sesuatu peperiksaan, ini kerana pengajian pondok memberi
peluang kepada siapa sahaja ingin mendalami ilmu agama malah mungkin juga mampu
mencapai cita-cita yang diimpikan oleh pelajar.
Berbeza dengan pengajian aliran kebangsaan, sekalipun
menyediakan pembelajaran dan pengajian yang bermula dari rendah, pendedahan
hanya benar-benar berlaku ketika mereka menjejak kaki ke menara gading, itupun
sekiranya yang berjaya sampai ke menara gading, bagi mereka yang tidak bernasib
baik tetapi punya minat yang belajar impiannya terhenti sekerat jalan. Amat
malang bagi pelajar yang mempunyai minat untuk belajar lebih mendalam tetapi tidak dapat mencapai impian
tersebut kerana sistem yang disediakan telah pun tertulis begitu, ini
menjadikan negara kita kehilangan aset-aset atau sumber tenaga manusia yang
mampu membangunkan negara ini.
Sabtu, 1 September 2012
Mengapa kami kibarkan Sang Saka Malaya?
|
Saya dan saudara Zairi Shafai adalah individu yang bertanggungjawab membuat dan mengibarkan bendera Sang Saka Malaya di malam sambutan kemerdekaan di Dataran Merdeka.
Kami tidak mewakili mana-mana parti politik dari kerajaan mahupun pembangkang. Kami mewakili golongan Anak Muda yang ingin menonjolkan kebenaran dan sejarah yang cuba ditenggelamkan oleh pihak yang bertanggungjawab.
Jauh sekali, ia tidak bermotif untuk menukar Jalur Gemilang kepada Sang Saka Malaya, kerana Sang Saka Malaya yang ditukarkan kepada Jalur Gemilang hari ini.
Saya fikir penulisan ini bukanlah untuk mencari publisiti diri dan rakan-rakan tetapi penulisan ini adalah bertujuan memberi pencerahan umum kepada masyarakat akan tujuan asal kami mengibarkan panji keramat itu.
Mungkin ramai yang tidak tahu akan kewujudan kesatuan terawal yang terlibat dalam menentang penjajah. Kesatuan Melayu Malaya (KMM) yang ditubuhkan pada 1938 adalah gerakan terawal menentang British. Di sinilah bibit-bibit penentangan penjajah berlaku. Ditunjangi oleh Ibrahim Yaakob bertujuan untuk melindungi Hak-Hak orang Melayu dan menentang penjajah British.
Pada tahun 1945, wujud pula Parti kebangsaan Melayu Malaya (PKMM). Parti ini merupakan parti politik Melayu yang pertama tertubuh di Tanah Melayu ketika itu. Matlamat utama penubuhan PKMM ialah untuk menuntut kemerdekaan penuh bagi Tanah Melayu dan menentang sebarang bentuk penjajahan Inggeris.
Parti ini dipelopori oleh Mokhtaruddin Lasso, Ahmad Boestamam dan Dr. Burhanuddin Al-Helmy. PKMM mempunyai dua sayap iatu Angkatan Pemuda Insaf (API) yang di ketuai oleh Ahmad Boestamam dan Angkatan Wanita Sedar (AWAS) yang diketuai oleh Shamsiah Fakeh.
Bagaimanapun beberapa bulan kemudian apabila Kesatuan Melayu Muda (KMM) bergabung dengan PKMM, Dr Burhanuddin Helmi telah mengambil alih pucuk pimpinan sebagai presidennya yang kedua.
Dalam bulan Disember 1947, PKMM bertukar lagi pucuk pimpinan dan kali ini disandang oleh Ishak Haji Muhammad sebagai presidennya yang ketiga. Dengan pertukaran pucuk-pucuk pimpinan itu PKMM tidak lagi condong kepada komunisme sebaliknya bersifat nasionalisme.
Dr Burhanuddin membawa PKMM ke arah mewujudkan Melayu Raya iaitu satu gagasan Kesatuan Malaya-Indonesia yang merupakan salah satu perjuangan utama PKMM. Pada dasarnya perjuangan PKMM adalah didorong oleh keazaman untuk mendapatkan kemerdekaan penuh dari Britain. PKMM lebih cenderung bagi Tanah Melayu menyertai Indonesia bagi mendapat kemerdekaan pada 1949.
Apabila Umno ditubuhkan, PKMM telah menyertainya bersama badan-badan Melayu yang lain, tetapi selepas itu telah keluar darinya apabila tidak setuju dengan pemasukan simbol keris dalam bendera Umno dan tidak puas hati dengan sistem satu badan (tidak mengira saiz) satu undi dalamnya.
Akhirnya, badan-badan yang berhaluan kiri (menentang Inggeris) meninggalkan Umno dan Umno tinggal berhaluan kanan, yang lebih mesra Inggeris. PKMM juga berusaha menubuhkan Pusat Tenaga Rakyat (PUTERA) iaitu gabungan parti-parti politik radikal Melayu dan kemudian bergabung pula dengan All-Malaya Council of Joint Action (AMCJA) yang bertujuan menentang kandungan Perjanjian Persekutuan 1948 bagi penubuhan Persekutuan Tanah Melayu.
Perjuangan PKMM dilabel oleh Inggeris sebagai berbau komunis dan dengan itu beberapa orang pemimpinnya telah ditangkap serta dipenjarakan. Akhirnya pada 18 Jun 1948, PKMM (dan beberapa parti anti-penjajah lain) telah diharamkan dan darurat diisytiharkan oleh pihak berkuasa British dengan persetujuan Yang Dipertua Umno, Datuk Onn Jaafar.
Sang Saka Malaya adalah panji perjuangan mereka dalam menuntut kemerdekaan ditanah Melayu. Panji ini juga pernah berkibar megah digunung semanggol, Perak yang menjadi kubu Hizbul Muslimin yang diketuai oleh Ustaz Abu Bakar Baqir yang diasaskan pada 17 Mac 1948.
Oleh yang demikian, saya bersama saudara Zairi merasakan bendera ini layak dikibar pada malam kemerdekaan selain dari Jalur Gemilang. Penuh dengan pelbagai cerita pahit maung perjuangan di sebalik Sang Saka Malaya ini.
Tulisan ini pada asalnya disiarkan di blog singaselatan.blogspot.com dan disiarkan semula sebagai ulasan di laman Malaysiakini.
p/s: banyak sejarah kita disembunyikan di eropah.banyak yg perlu kita kembalikan sejarah2 kita di sana,tanpanya kita akan hilang jati diri yg menjadi teras kepada negara Malaysia.
Rabu, 18 Julai 2012
HUKUM SEBAT PENZINA DARI SUDUT SAINTIFIK
HUKUM SEBAT PENZINA DARI SUDUT SAINTIFIK
Buat penzina yang belum berkahwin.mereka mempunyai antibody T4 Limfosit
yang kuat dan masih bertenaga. Jika sekiranya seseorang penzina itu
dihinggapi HIV selepas penzinaanya,T4 Limfositnya akan diserang oleh HIV
Aids yang akan menyebabkan sel-sel T4 Limfositnya musnah sehingga
menyebabkan mati dan akhirnya sel sum-sum tulangnya mengalami kelumpuhan
dan fibrosis dan tidak lagi dapat lagi menghasilkan sel-sel T4 yang
baru. Badan akan lemah dan Sindrom Kurang Daya Tahan Penyakit akan
menyerang.
Pesakit jenis ini juga mempunyai kemungkinan untuk
disembuhkan. Tetapi dengan syarat ia mesti didera dan badannya mesti
mengalami kesakitan yang banyak bagi meransang penghasilanan sel-sel T4
yang baru serta mengelakkan sum-sum tulang daripada fibrosis.Cara
terbaik adalah dengan menyebat diantara bawah tengkuk dan di atas
pinggang di bahagian belakang dengan sebatan yang akan meransang
penghasilan semula antibodi T4 yang baru dan pesakit tersebut boleh
sembuh daripada AIDS selepas antibodi sel-sel T4 Limfositnya itu boleh
menguasai HIV AIDS.
Jika sekiranya pesakit tersebut sudah
berkahwin .apabila dihinggapi virus AIDS,sel-sel T4 mereka telah lemah
berbanding dengan sel-sel T4 kepunyaan mereka yang belum berkahwin.
Kelemahan ini berpunca daripada sum-sum tulang yang mengalami sedikit
hakisan dan kurang menghasilkan antibodi kerana lebih banyak ditumpukan
kearah menghasilakan benih-benih bagi tujuan menghasilkan sperma-sperma
baru. Penzina jenis ini tidak akan dapat diselamatkan daripada virus HIV
AIDS dan rejam sehingga mati adalah merupakan penyelesaian terbaik bagi
mengelakkan jangkitan dan penyebaran penyakit di samping memberikan
pengajaran yang menyebabkan orang lain takut untuk melakukan kesalahan
yang sama.
Imuniti Dan Hikmah Pelaksanaan Hukum Sebat Keatas Penzina (Hukum Hudud)
Sistem imuniti badan manusia adalah menepati sistem pentadbiran dan
pertahanan sesebuah negara Islam.Di dalam badan manusia terdapat
berjuta-juta sel yang terdiri kebanyakanya daripada protein. Begitu juga
keadaanya antibodi yang terdiri 100% daripada protein. Salah satu
keistimewaan bagi haiwan vertebrata ialah keupayaan antibodinya
mengenali kandungan asal badan (yang di panggil sel asal)dan benda-benda
yang datang dari luar. Tindakbalas imuniti adalah merangkumi kesemua
aktiviti yang pada akhirnya menghasilkan penghapusan bahan-bahan luar
(foreign materials) samaada melalui proses kecederaan atau tidak
.Tindakbalas imun adalah merangkumi dua fenomena yang asas:
1.Tindakbalas humoral (tindakan antibody)
2.Tindakbalas pembaikan sel
Toleran (ketiadaan tindakbalas imun) adalah juga salah satu daripada
mekanisme tindakbalas imun yang bertindak sebagai mekanisme pertahanan
yang memelihara tindakbalas imun terhadap sel sendiri. Dalam banyak hal,
mekanisme pertahanan badan (tindak balas imun) adalah seolah–olah
sebuah sistem pengawalan (undang-undang hudud) yang di wujudkan bagi
tujuan pengawalan.Sistem ini akan dapat mengenali antara orang asing dan
penduduk tetap sebuah negeri. Orang asing yang di anggap mengancam
keselamatan akan dihapuskan dengan di hukum dan penduduk asal negeri
tersebut yang baik akan di tolerankan. Maka yang menyeleweng di kalangan
penduduk asal negeri itu juga turut dihapuskan bagi tujuan keselamatan
dan sistem sosial yang teratur itu.
Masyarakat yang tidak
melaksanakan hukum yang telah di tentukan oleh Allah itu adalah
seolah-olah masyarakat yang sedang dilanda AIDS dimana kesemua unsur
asing budaya dan kehidupan yang boleh membahayakan manusia dan boleh
memusnahkan kehidupan manusia dibolehkan masuk seluas-luasnya tanpa
sebarang pengawasan.Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui tentang
segala-gala keperluan biologis, psikologi dan mental manusia. Adalah
menjadi satu perkara yang boleh merosakan manusia apabila manusia cuba
menentukan haluan mereka sendiri yang mereka sendiri tidak faham dan
tidak tahu. Sedangkan Allah ,Tuhan yang menjadikan dan menciptakan yang
paling arif dan tahu tentang keperluan-keperluan manusia serta sistem
pengawalanan yang dapat mengawal manusia daripada terjerumus ke lembah
perhambaan nafsu yang boleh memusnahkan manusia itu sendiri.
HUKUM SEBAT PENZINA DARI SUDUT ISLAM
“Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina hendaklah kamu dera
masing-masing dengan 100 rotan dan janganlah kamu berasa kasihan belas
terhadap keduanya dalam melaksanakan perintah Allah jika kamu beriman
kepada Allah dan pada hari kemudian.Hendaklah hadir ketika dijatuhkan
hukumun terhadap mereka sekumpulan dikalangan orang-orang yang beriman”
(An-Nur:2, al Quranul Karim)
Pandangan Ulama’ Tafsir
Hukuman keatas penzina lelaki dan perempuan yang merdeka, berakal dan
yang masih bujang atau dara yang masih belum berkahwin adalah disebat
dengan seratus sebatan setiap seorang. Hikmah memulakan hukuman keatas
perempuan dalam kes zina dan memulakan hukuman keatas lelaki ketika kes
mencuri adalah kerana kes zina selalunya terjadi disebabkan oleh
golongan perempuan yang boleh mengaibkanya lebih daripada lelaki dan
lebih memberi kesan keatasnya, manakala dalam kes mencuri pula selalunya
berlaku keatas orang lelaki kerana mereka lebih berani dan lebih
merbahaya daripada orang perempuan dalam melakukan perkara itu maka
didahulukan orang lelaki daripada orang perempuan.
Pada zahir
ayat ini menerangkan akan ketetapan hukuman keatas penzina –penzina
iaitu 100 sebatan rotan tetapi telah ditetapkan di dalam Sunnah yang
Qat’ie dan penzina yang belum berkahwin dan yang telah berkahwin. Adapun
hukuman bagi penzina yang telah berkahwin ialah direjam dengan batu
sehingga mati mengikut Sunnah secara lisan dan perbuatan. Telah
diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim daripada Ibnu Mas’ud Bahawasanya
Nabi Muhammad salallahualaihi wasalam telah bersabda:
“Tidak
halal darah orang-orang Islam kecuali belarkunya salah satu daripada
tiga perkara iaitu orang yang telah berkahwin berzina, orang yang
membunuh dengan sengaja dan keluar daripada agamanya juga berpecah
daripada jamaah orang-orang Islam”
Janganlah kamu berlembut dan
berasa belas kasihan ketika hendak melakukan hukuman keatas penzina
kerana ini adalah hukuman yang telah ditetapkan oleh Allah juga tidak
boleh merosakkan hudud Allah yang telah ditetapkan dan sebagaimana sabda
Nabi Muhammad SAW daripada apa yang telah diriwayatkan oleh Ahmad dan
Ashab al-Kutub as-Sittah daripada Aisyah radhiAllahu anha:
“Demi Tuhan yang menciptakan diriku, walaupun sekiranya Fatimah bt Muhammad mencuri Sesungguhnya aku akan potong tanganya”
Maka dirikanlah hukum Allah ini keatas orang-orang yang melakukan
perbuatan zina dan pukullah mereka itu dengan pukulan yang menyakitkan
untuk memberikan pengajaran keatas mereka jika kamu beriman dengan Allah
SWT dan hari Akhirat.
Dan dirikanlah hukum Allah ini secara
terang-terangan dihadapan sekumpulan daripada orang-orang Islam tambahan
balasan bagi orang yang berzina.Sesungguhnya penzina-penzina itu
apabila disebat di hadapan orang ramai akan memberi kesan yang lebih
untuk mencegah mereka daripada melakukan perbuatan itu lagi. Telah
berkata Qatadah:
“Allah S.W.T telah memerintahkan sekumpulan
daripada oraang-orang yang beriman untuk melakukan penyaksian ketika
hukuman itu dijalankan adalah kerana untuk memberi peringatan, nasihat
dan pengajaran”.
Kes-Kes zina ini disabitkan dengan salah satu daripada perkara berikut :
1- Iqrar atau pengakuan : Ini selalunya berlaku ketika pemerintahan
Islam Keterangan atau penyaksian: Iaitu penyaksian 4 orang saksi lelaki
yang merdeka, adil dan beragama Islam dan melihat dengan mata mereka
sendiri. Ini sangat jarang berlaku dan tidak terhasil kecuali sedikit.
2- Mempunyai hubungan dengan perempuan yang tidak mempunyai suami yang boleh dikenali baginya.
Hukuman Bagi Mereka Yang Melakukan Penzinaan
Apabila Allah menjadikan manusia Allah juga menjadikan bersama kejadian
manusia itu undang-undang yang dapat mengawal manusia daripada
terjerumus ke lembah kehinaan dan kesengsaraan akibat daripada perbuatan
manusia itu sendiri.Terdapat 17 jenis kesalahan yang dihukumkan dengan
hukum hudud antaranya hukum bagi mereka yang melakukan penzinaan.Apabila
sabit dua kesalahan terdapat dua jenis hukuman bagi dua kategori
manusia yang melakukan kesalahan itu ;
1. Sebat 100 rotan untuk yang belum berkahwin
2. Rejam sampai mati untuk penzina yang sudah berkahwin
Kenapakah terdapat perbezaan di dalam hukuman yang di jalankan bagi
kesalahan yang sama tetapi dilakukan oleh jenis manusia yang berbeza?
Sepintas lalu, Ulama’ menggariskan bahawa menghukum mereka yang belum
berkahwin jika disabitkan kesalahan dengan 100 rotan adalah wajar
sebagai pengajaran bagi mereka yang melakukanya ataupun remaja yang
berkeinginan mencubanya. Hukuman sebat ditentukan bagi penzina jenis
adalah kerana mereka belum pernah merasa nikmat perkahwinan.Keinginan
mereka adalah disebabkan dorongan nafsu yang kadangkala dapat mengatasi
fikiran manusia sehingga menjerumuskanya melakukan kesalahan zina.
Rejam sampai mati pula adalah hukuman yang dijatuhkan ke atas penzina
yang sudah berkahwin kerana penzina jenis ini sudah merasai nikmat
perkahwinan dan tidak ada alasan yang boleh diterima sebagai kemaafan
kerana dikhuatiri tabiat mereka itu akan merosakkan banyak manusia.
Rejam sampai mati adalah ubat yang paling mujarab bagi manusia jenis
ini. – Dr. Jamnul Azhar

Langgan:
Catatan (Atom)