Isnin, 30 November 2009

KEISTIMEWAAN IBNU AL-ADIM siri 3

KEISTIMEWAAN IBNU AL-ADIM

Tercatit juga sejarah Ibnu al-Adim bukan sahaja yang di kenali sebagai seorang sejarawan yang amat dikagumi oleh orang-orang yang hidup sezaman dengannya atau orang yang mengenali beliau setelah kewafatannya. Kekaguman terhadapnya tidak terbatas pada kemampuan beliau menulis sejarah yang berlaku di depan matanya atau sejarah lampau, malah beliau boleh di anggap sebagai seorang yang digilai oleh peminat kaligrafi arab ketika itu, kepandaian beliau dalam bidang ini dapat dilihat dari sambutan terhadapnya. Beliau merupakan seorang yang pakar dalam bidang kaligrafi arab serta asal usul dan kaedah penulisan kaligrafi arab. Setiap kali beliau berangkat ke sesuatu tempat dengan tujuan yang berlainan samada di sebabkan urusan politik atau belajar, beliau akan menjadi tumpuan dari kalangan para-para cendiakawan atau orang-orang politik dengan menjemput beliau untuk bertandang ke tempat mereka. Beliau di minta oleh orang menjemputnya untuk menulis sebuah syair dengan kaligrafinya yang menarik untuk di abadikan serta untuk dijadikan satu perhiasan atau barang yang boleh di banggakan kerana kaligrafi itu di tulis oleh Ibnu al-Adim, malah orang ramai ketika itu berlumba-lumba untuk memiliki kaligrafi yang di tulis oleh beliau, terdapat juga di kalangan mereka yang menjual kaligrafi cantik dengan mengatakan tulisan ini di tulis oleh Ibnu al-Adim.

Beliau juga merupakan orang yang bertanggungjawab mencipta kaedah Qalam al-Hawasyi. Kecantikan dan keindahan kaligrafi beliau boleh di dapati daripada syair-syiar yang di cipta oleh penyair ketika itu dan juga di iktiraf oleh tokoh sezaman dengan beliau seperti Yaqut al-Hamawi beliau mengatakan Ibnu al-Adim cukup prihatin mengenai perkembangan kaligrafi arab. Kaligrafi beliau juga masih boleh di dapati pada hari ini di sekolah agama al-Halawiyah terletak di Halab, tulisan beliau di gantung di salah satu papan tanda yang tergantung di sekolah tersebut. Kebanyakan penyair-penyair yang melihat kaligrafi beliau memuji bakat yang ada pada Ibnu al-Adim ini, antara mereka ialah Ibnu al-Qisrani, syiar beliau adalah seperti berikut:-

بخد معذبي أيات حسن فقل ما شئت فيه ولا تحاشي
ونسخة حسنه فرنت فصحت وها خط الكمال على الحواشي

Menarik juga untuk di tulis disini mengenai kemampun Ibnu al-Adim di dalam penulisan syair setelah kita mengetahui kemampun beliau di dalam kaligrafi arab. Syair-syiar beliau boleh di dapati di dalam buku-buku biodata, sejarah dan juga sastera. Kemampuan beliau di dalam penulisan syair adalah sama taraf dengan penyair-penyair hebat yang lain pada era pemerintahan al-Ayubi. Syair-syair yang di tulis oleh beliau sebenarnya tidak di karang oleh beliau sendiri malah generasi setelah kewafatnnya juga tidak memulakan usaha untuk menghimpun syair-syair beliau. Kemungkinan beliau sendiri tidak menghimpun syair-syairnya sendiri kerana sibuk dengan tugas yang di amanahkan kepadanya akhirnya syair-syair yang di tulis beliau terabai begitu sahaja. Bagi sesiapa yang meniliti syair-syair beliau, tujuan beliau di gunakan dalam penulisan syair tidak sama dengan penyair-penyair yang wujud ketika itu atau penyair-penyair yang wujud di dalam lipatan sejarah.

Syair-syair yang beliau guna lebih kepada untuk mencatit dan merakam peristiwa sejarah yang berlaku ketika itu. Beliau tidak menggunakan kemampuan beliau dalam mengungkapkan syair untuk menyerang atau menjatuhkan pihak yang tidak sehaluan dengannya. Oleh sebab itu syair-syair beliau memungkinkan pembaca yang menilai syairnya di penuhi dengan unsur-unsur yang menarik pada susunan kalimat dan kosa katanya, serta keindahan syairnya dalam menggambarkan sesuatu peristiwa. Pada helaian seterusnya kita dapat melihat syair beliau dalam menggambar dan menceritakan kehancuran Halab yang di serang oleh tentera Monggol. Antara syair beliau yang boleh kita lihat ialah mengenai sebuah kota yang di kenali sebagai Surra Man Ra’a atau Samarra’ kini terletak di Iraq. Beliau berdiri di hadapan tinggalan bangunan yang menunjukkan sebuah tamadun pernah berdiri di situ. Syair beliau itu mengungkapkan tentang sikap dan pembagunan pada zaman itu, syair beliau berbunyi:

نزلنا سر من راى فازدهتنا محاسنا الدوارس اذ نزلنا
وخاطبنا لسان الحال منها حللنا قبلكم ثم ارتحلنا

Tiada ulasan: