Setelah di nyatakan perkembangan hingga terbentuknya tokoh-tokoh perubatan dari Andalus ini. Kelebihan yang ada pada tokoh-tokoh ini membolehkan terbentuknya kaedah perubatan yang tersendiri malah menjadi ikutan oleh pengamal perubatan terutamanya dari barat. Kelebihan yang dimiliki ini adalah merupakan kesinambungan dari usaha-usaha yang telah di mulakan sejak awal lagi pada tamadun-tamadun Islam sebelumnya. Kegemilangan yang di capai oleh kerajaan Islam sebelum kelahiran kerajaan di Andalus memang menyeluruh. Dengan kata lain usaha-usaha yang di lakukan sejak abad kedua hijrah atau abad kelapan masihi dapat teruskan dan digarap dengan lebih baik lagi. Ungkapan terima kasih adalah ungkapan yang sesuai bagi apa telah di usahakan Baghdad kerana telah melahirkan satu cara baru dalam bidang ini dengan menggunakan kaedah pengujian dan catitan dari ujian yang di lakukan. Apa yang di lakukan oleh tokoh-tokoh perubatan dari Andalus ini menonjolkan mengenai usaha mereka tanpa jemu untuk mendalami setiap ilmu dan melakukan kajian lebih terperinci dalam bidang yang boleh dikatakan agak mencabar kerana melibatkan tubuh badan manusia malah kejayaan yang terhasil ini juga menandakan kerjasama dan hubungan intelek dengan dunia Islam luar Andalus sentiasa wujud. Seterusnya di bawah ini boleh di lihat kelebihan yang terdapat di dalam perubatan dari Andalus ini:-
- Tokoh perubatan di Andalus di anggap sebagai pengamal perubatan yang bertuah kerana bentuk muka bumi yang ada di situ begitu sesuai untuk melakukan pelbagai jenis kajian dan eksperimen. Ini kerana di Andalus terdapat berbagai-bagai tumbuh-tumbuhan yang sesuai untuk di jadikan ubat malah kaya dengan pelbagai jenis hasil bumi. Anugerah yang di milik ini mendorong tokoh-tokoh dalam bidang perubatan untuk bekerja dengan lebih gigih lagi dalam menghasilkan ubat baru untuk menyembuhkan penyakit-penyakit, usaha yang gigih ini di sertai dengan kemunculan penulisan-penulisan mengenai tumbuhan yang dapat menyembuhkan penyakit tetapi dalam masa yang sama mereka juga adalah golongan yang pakar dari aspek bahasa hingga mampu melakukan terjemahan dari karya perubatan dari bahasa asing ke Bahasa Arab seperti terjemahan yang di lakukan terhadap kitab al-Hasya’ish tulisan Disagurides, terjemahan ini di lakukan pada pemerintahan khalifah Abdul Rahman al-Nasir. Kemampuan tokoh-tokoh perubatan ini telah menonjolkan kehebatan yang mereka dalam beberapa disiplin ilmu, antara tokoh-tokoh yang telah melakukan usaha sebegini ialah Ibnu Jaljal dan Ibnu Wafid. Usaha yang telah di lakukan oleh tokoh-tokoh ini kebanyakkannya telah diterjemah ke bahasa asing yang lain.
- Kelebihan yang ada pada tokoh-tokoh perubatan ini tidak hanya terhad di dalam skop mengkaji dan mencipta ubat untuk menyembuhkan penyakit tetapi tokoh-tokoh ini juga mampu mengenal pasti penyakit yang berkemungkinan akan muncul di kawasan-kawasan yang terletak di bawah pemerintahan khalifah al-Umawi Andalus ini. Al-Zahrawi dapat mengenal pasti beberapa kawasan di Andalus terdedah kepada pendarahan malah beliau juga menyediakan cara-cara untuk mengelak berlakunya spendarahan di kawasan-kawasan tersebut. Cara yang digunakan oleh al-Zahrawi ini digunakan juga oleh Ibnu Zahar dalam mengenal pasti beberapa penyakit yang muncul di Marrakesh, Maghribi.
- Tokoh-tokoh perubatan di Andalus mengambil berat tentang penjagaan kesihatan dan mencegah diri daripada terkena penyakit. Ini dapat di lihat dari kemunculan karya khusus mengenai kesihatan dan penjagaan diri daripada di hinggapi penyakit seperti karya yang di tulis oleh Ibnu Khalsun dan Ibnu al-Khatib al-Silmani.
- Kelebihan yang di miliki oleh tokoh-tokoh perubatan ini juga jelas kelihatan pada kemampuan mereka dalam menguraikan beberapa penyakit yang berjangkit dan juga penyakit yang berbahaya malah memberikan sebab kepada kemunculan penyakit atau wabak yang muncul di sertakan juga cara-cara mengelak dan mengatasi penyakit-penyakit ini. Antara karya yang membicarakan hal sebegini ialah buku Kitab al-Ansari menghuraikan penyakit taun.
- Bidang pembedahan juga mendapat perhatian dari tokoh-tokoh perubatan yang berada di Andalus ini. Mereka mejadikan bidang pembedahan ini sebagai satu disiplin ilmu yang berdiri dengan sendirinya seperti yang di lakukan oleh al-Zahrawi di dalam karya al-Tasrif.
- Karya-karya yang di hasilkan oleh tokoh-tokoh perubatan dari Andalus ini di tulis dengan gaya bahasa yang mudah di fahami, mempunyai kecantikan susun kata dari sudut bahasa dan malah segala istilah di terangkan secara terperinci serta tidak sulit untuk memahami setiap yang istilah yang di kemukan. Tokoh-tokoh tersebut antaranya ialah Ibnu Talmus, Ibnu Khalsun dan Ibnu Khatimah.
- Andalus merupakan lorong utama dalam mengembangkan ilmu ke Eropah ketika itu. Disiplin ilmu yang di pindahkan ke Eropah tidak hanya melalui usaha yang di lakukan melalui terjemah tetapi juga melalui pergaulan hidup seharian orang-orang Eropah dengan masyarkat Islam di Andalus, malah pergaulan mereka juga tidak hanya terhad kepada orang-orang Islam tetapi juga kepada bangsa-bangsa lain seperti bangsa Yahudi dan Kristian tempatan. Melalui cara ini orang-orang Eropah dapat mengambil segala ilmu pengetahuan yang lahir dengan mudah malah dapat juga di pindahkan ke negara-negara Eropah yang lain.
Ternyata kenyataan di atas memberi bayangkan kepada kita kelebihan dan keistimewaan yang ada pada pengamal perubatan Andalus samada dari gerak kerja mahu pun gerakan terjemahan yang di lakukan oleh tokoh-tokoh tersebut. Menariknya juga untuk di perkatakan disini, konsep cintakan ilmu benar-benar wujud di kalangan masyarakat Andalus tidak kira dari apa bangsa sekalipun, suasana ini benar-benar menggamit orang-orang Eropah untuk mendalami segala ilmu yang terdapat di Andalus secara amnya atau perubatan secara khususnya. Malah dari sudut yang lain benar-benar kelihatan semua penganut agama-agama samawi berganding bahu untuk menjayakan setiap kajian, terjemahan mahupun projek mengenai perubatan yang di jalankan. Secara kasarnya kita dapat melihat masyarakat Andalus yang mempunyai berbagai-bagai agama saling hidup harmoni dan saling membantu untuk mengejar kejayaan dalam lapangan ilmu perubatan. Kerjasama yang erat ini membuahkan hasil yang tidak terhingga dalam menilai kelebihan yang terdapat di dalam ilmu perubatan di Andalus ini. Disiplin ilmu ini telah menyaksikan satu pemikiran yang jelas lagi sempurna bagi pemikiran Islam dan Arab, aliran pemikiran yang muncul ini menggambarkan kepada kita semacam ada satu kesepaduan dan kesatuan yang saling kait mengait antrasa satu sama lain hingga mampu muncul sebagai seumber rujukan bagi segenap masyarkat ketika itu malah idea yang telah terhasil itu digunakan hingga kini di seluruh dunia yang mengamalkan perubatan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan