Biar pun berbagai halangan dan cabaran yang perlu di harungi oleh pusat pengajian yang berasaskan pondok, ia tetap mempunyai keistimewaan yang tersendiri berbanding dengan sekolah aliran kebangsaan. Keistimewaan ini benar-benar terserlah dari semenjak sebelum negara mencapai kemerdekan lagi, malah kelangsungan pusat pengajian pondok di teruskan dan di pelihara hingga kini. Ini membuktikan sejarah sekolah pondok ini mempunyai sejarah yang cukup panjang malah boleh di letakkan sebagai sebuah khazanah sejarah negara kerana sumbangan pondok terhadap pengajian dan pembelajaran bagi masyarakat Islam sebelum kemunculan sekolah aliran kebangsaan muncul. Sumbangan dalam menghadapi penjajah dan usaha untuk mencapai kemerdekaan oleh lulusan yang menerima didikan sekolah pondok juga tidak boleh di nafikan oleh sesiapa.
Dalam pengajian sistem pondok di kalangan orang Melayu khususnya, telah
sedia wujud beberapa keistimewaan yang boleh di ertikan sebagai ciri pendidikan
yang berterusan, ciri ini boleh di lihat dari maksud hadis rasulullah S.A.W
yang menyarankan setiap umatnya belajar dari sejak lahir hingga ke liang lahad.
Kewujudan ciri ini di dalam sistem pengajian pondok menandakan ada menifestasi
yang mendekati sistem universal dalam pencarian falsafah dan matlamat pendidikan
terkini. Jika di lihat dari segi infrastruktur yang wujud, kemungkinan
keistimewaan yang ada di sekolah sistem ini tidak kelihatan. Namun hakikat di
dalamnya ada tersirat ciri dan prinsip universal yang sejak kebelakangan ini di
cari oleh setengah pemikir dan sesetengah institusi pendidikan Barat.
Atas
dasar menunaikan tugas dan hasrat murni dalam usaha menyampaikan ajaran Islam,
para ulama sejak mula menjejak kakinya di Nusantara telah berusaha keras
mendirikan sistem pendidikan Islam secara pondok. Kerja yang di lakukan oleh
ulama-ulama ini tidak mengharapkan apa-apa balasan yang berupa kebendaan atau
wang, khidmat yang berikan ini ikhlas kerana Allah dan Islam semata-mata. Ulama
pewaris nabi ini menjadi teladan umat dan sentiasa tersemat di hati masyarakat.
Oleh itu, mereka sangat di hormati dan di sanjungi tinggi oleh masyarakat Islam
yang memahami konsep,martabat dan posisi ilmu serta ulama. Meskipun berlaku
berbagai-bagai halangan atau gugatan lantaran silih bergantinya kuasa politik
dalam pemerintahan dan walaupun terpaksa berpindah-randah, namun keunggulannya
tetap terserlah. Kejayaan yang di tempanya dalam mendidik ummah atau masyarakat
jelas terbukti.
Bedasarkan sejarah usia kewujudan dan perkembangannya yang panjang itu
dengan pasang surutnya, tetapi tidak pernah berkubur malahan tetap
memperlihatkan natiah positif yang di hasilkannya, maka adalah tidak
keterlaluan andainya di ungkapkan bahawa sistem pendidikan dan pengajian pondok
ini sebenarnya telah memberi sumbangan bagi pengukuhan rohani, malah pada yang
sama telah mewujudkan daya ketahanan ummah dengan pencapaian keilmuan yang
tinggi bagi melahirkan barisan para ulama yang dapat menjawab pelbagai
persoalan dan permasalahan yang timbul di zaman teknologi maklumat kini.
Kini
kesedaran untuk mengekalkan pengajian pondok ini semakin hari semakin mendapat
sambutan, kemunculan beberapa inividu dermawan dan juga beberapa buah syarikat
untuk menaja perjalanan pengajian yang berasaskan pondok jelas kelihatan. Usaha
yang di lakukan ini atas kesedaran sendiri demi mengekalkan peranan yang telah
di lakukan oleh pondok-pondok yang telah wujud di negara kita ini. Kenyataan
beberapa individu yang amat menghargai sistem pengajian pondok ini dapat di
lihat dari kenyataan Ketua Eksekutif
Yayasan Al Jenderami, Kamarulzaman Omar, beliau berkata:
“Perkampungan itu sebenarnya ialah sebuah pusat pengajian Islam bagi
mengembalikan semula kegemilangan institusi mengaji pondok. Institusi pondok
pada suatu masa dahulu berjaya melahirkan begitu ramai tokoh dan cendekiawan
Islam dan kita sangat perlu berterima kasih kepada mereka. Tanpa mereka, tidak
mungkin kita dapat mengecap sebarang kemanisan kemerdekaan daripada segala
bentuk penjajahan baik secara fizikal mahupun mental," (Utusan Malaysia, 30
Ogos 2006)
Oleh itu, menjadi kewajipan
kepada umat Islam yang berada di Malaysia berganding bahu dan tenaga untuk
mengekalkan sistem pengajian pondok yang telah terbukti menyumbangkan tenaga
yang tidak terhitung dari sudut ilmu, keharmonian sejagat dan juga perpaduan di
kalangan bangsa dan agama yang menetap di negara ini. Sumbangkanlah apa jua
yang termampu, sesungguhnya Allah tidak mensia-siakan pahala orang yang membuat
kebaikan.
Ramli Awang. 1960. Perkembangan Institusi Pondok Di
Nusantara Pengaruhnya di
Negeri Kedah. Universiti Teknologi Malaysia.
Suzalie Mohamad. 2003. Memahami Isu-Isu
Pendidikan Islam Di Malaysia. Institut
Kefahaman
Islam Malaysia(IKIM).
1.
Mendidik Generasi Berakhlak
Mulia: Fokus Peranan Guru Pendidikan Islam- Universiti Malaya Masalah
Pendidikan-Zaharah Hussin 2005.
2. Peranan Guru Dalam
Pendidikan-Kursus Ikhtisas Guru-Guru Agama Islam Kementerian Pendidikan Malaysia,
Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pendidikan Malaysia, Kuala Lumpur-Abdul
Raop Dalip 1985.
3.
Ihya Ulumuddin-Imam
al-Ghazali-Kaherah, Mesir.
4.
Akta Pendidikan (Akta 550)-Kuala
Lumpur: Percetakan Nasional 1996
5.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1222&pub=utusan_malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_01.htm&arc=hive- Web Utusan Malaysia.
6.
Tamadun
Melayu Jilid 3, Ismail Hussein, Dewan Bahasa dan Pustaka 1995
Tiada ulasan:
Catat Ulasan