[BARAT SEDANG BERUSAHA MENGHURAI TEKNIK INI]
Salahuddin Al-Ayyubi -
Pedang yang diakui paling tajam di dunia oleh pakar metalurgi. Ketajamannya mampu menembus baju zirah crusader, memotong dua pedang lawan, membelah perisai dan batu tanpa mengalami kerosakan pada matanya. Kehebatan pedang buatan Damsyik dan terkenal dengan panggilan Pedang Persia ini telah mengatasi kehebatan pedang Katana dari Jepun dan pedang Excalibur milik Raja Arthur.Pedang ini diperbuat besi baja "damarcus" dengan teknik rahsia yang disaluti CNT (Carbon Nano Tubes) yang menjadikan ianya AMAT TAJAM dan LENTUR. Seni pembuatan pedang yang terahsia ini amat dikagumi oleh puak Barat dan kajian metalurgi moden setakat hari ini juga, masih tidak berkeupayaan untuk menghasilkan pedang berteknologi tinggi (teknologi NANO) dari peradaban Islam pada kurun ke-12 ini.
Apa itu CNT?
CNT merupakan suatu rantaian atom karbon yang terikat di antara satu sama lain secara heksagonal berbentuk silinder yang mempunyai diameter sekecil 1-2 nanometer. Silinder CNT ini boleh mencapai panjang sehingga berpuluh-puluh mikron dan tertutup di bahagian hujung seolah-olah sebatang paip yang ditutup dikedua-dua hujungnya.
Pencirian yang dilakukan terhadap bahan ini juga menjelaskan bahawa CNT mempunyai kekuatan paling tinggi berbanding bahan lain. Ia juga mempunyai sifat kekonduksian elektrik melebihi kuprum dan logam. Keunikan tiub karbon nano yang lain ialah mempunyai ketahanan terhadap suhu tinggi serta mempunyai jisim yang lebih ringan dari aluminium.
Teknologi NANO.
Kehebatan Pedang Salahuddin Al-Ayyubi telah dibongkar oleh Prof Dr. Peter Paufler dari Jerman. Prof tersebut menjumpai CNT di dalam pedang tersebut bersama senjata2 yang digunakan oleh tentera-tentera Islam pada ketika itu sewaktu perang Salib. CNT ini yang menjadikan pedang tentera Islam ini sangat tajam tetapi mudah lentur. Teknologi NANO ini menggunakan besi baja "damarcus" yang juga dipanggil wootz. Bijih besi ini mengandungi sejumlah peratusan unsur Karbon. Selain besi dan karbon, unsur-unsur seperti Kromium, Mangan, Kobalt juga ditambah bagi menambahkan lagi kekuatan, ketajaman dan kelenturannya.
Salahuddin Al-Ayyubi memimpin Tentera Islam dalam perang salib kurun ke-12.
Teknik pembuatan pedang ini begitu rahsia sehinggakan hanya beberapa keluarga tukang besi di Damsyik saja yang menguasainya. Akhirnya pada kurun ke-18, teknologi pembuatan pedang ini telah pupus. Apa yang tinggal hanyalah pedang-pedang, tombak dan Pisau yang kini tersebar di pelbagai Museum di seluruh dunia. Sekadar mengingatkan kita bahawa Teknologi Hebat Peradaban Islam ini telah hilang di telan zaman.
Wallahua'lam.
p/s: banyak lagi rahsia yg terdapat di Damsyik tidak diterokai lagi dari pelbagai aspek disiplin ilmu selain dari ilmu syarak dan bahasa arab........
HIWAR
Menghidupkan suasana ilmu sesama insan
Ahad, 14 Julai 2013
Ahad, 26 Mei 2013
Pencerahan Bagi Rukun Iman Yang ke-6
Rukun iman ke enam Qada' dan
Qadar suatu penjelasan
Ulama membahagikan rukun iman
yang ke enam kepada 3 bahagian :-
1- Apa yg berkaitan dengan sesuatu yang tidak boleh ditolak
dan dihalang oleh manusia. Seperti bala bencana, kematian, perjalanan sistem
cakerawala.
2- Manusia tidak mampu menghalang atau menolak berlaku
ketetapan tersebut tapi boleh meringankan contohnya seperti naluri, ia boleh
membawa kepada 2 arah halal atau haram, kita memandu naluri tersebut kepada
halal. Begitu juga dlm memilih kawan, kawan mempunyai sikap yg pelbagai adalah
penting kita memilih kawan yg jujur dan amanah. Bolehkah kita terus untuk
memilih kawan yg perasuah,pencuri akhirnya kita rasakan itu takdir kita padahal
kita ada kuasa utk memilih yang lebih baik.
3- Manusia mampu untuk menolak dan menepisnya, ia melibatkan
perkara yang boleh dipilih atau perkara berkaitan ibadah yang berkaitan dgn
dosa dan pahala. Solat fardu boleh anda tinggalkan tetapi dosa akan diterima. Pilihan
utk sihat dan sakit,jika terus percaya kepada qada dan qadar sakit kita tanpa
usaha utk sihat utk adalah pilihan yg salah.
Bahagian ketiga adalah berkaitan dengan hisab kita di
hari kiamat. Pilihan sudah diberi olehNya. Kenapa mesti terus memilih utk melakukan
kejahatan, penipuan, kemaksiatan, ketidakadilan dan kezaliman. Terus percaya
qada dan qadar terhadap perkara maksiat dan buruk adalah salah. Keperluan utk
terus berusaha mendapatkan kebaikan. Atas asas yg ketiga diatas adalah
keperluan kepada adanya mahkamah,supaya kita dapatkan yg mana terbaik dan
betul. Jika tidak semua yg salah dan silap pada pandangan awam dan agama
dibiarkan mcm tu haru dunia kita jika tidak pengadilan. Bukan soal tak terima
qada dan qadar tapi memang dlm rangka penjelasakan bagi rukun iman yang ke 6. Mari
kita dalami sepenuhnya rukum iman ke 6 bukan sekadar sebut rukun shj tanpa
penditilan.
Khamis, 11 April 2013
mengenai undi calon bukan islam dan tafsir surah al-Imran ayat 28
UNDI MUSLIM ZALIM ATAU NON MUSLIM ADIL?
Apabila berlaku pilihanraya, didapati di sesuatu kawasan DUN atau Parlimen itu, terdapat calon non Muslim dan calon bukan Islam. Antara kedua-duanya, mana satu yang perlu dipilih?
Dalam sistem demokrasi di Malaysia, perubahan sistem merupakan perkara yang penting. Sesuatu sistem yang rosak, tidak dapat ditukar dengan kemenangan seseorang individu calon, tetapi hendaklah dimenangi secara kolektif yang dikenali sebagai parti. Ekoran itu, pilihan yang perlu dilakukan oleh seseorang pengundi itu adalah berdasarkan kepada parti yang menawarkan sistem, bukan berdasarkan individu calon. Makanya, dalam kerangka demokrasi di Malaysia, dibenarkan mengundi calon non Muslim yang adil berbanding memilih calon muslim yang zalim.
Ini berdasarkan firman Allah yang menyatakan bahawa Allah SWT tidak akan membinasakan sesebuah negeri yang diperintah oleh orang bukan Islam, sekiranya rakyat dalam negeri tersebut mengamalkan sistem yang baik; sistem saling melakukan pembaik pulih antara satu dengan yang lain.
وَمَا كَانَ رَبُّكَ لِيُهْلِكَ الْقُرَى بِظُلْمٍ وَأَهْلُهَا مُصْلِحُونَ
Maksudnya;
“Dan Tuhanmu sekali-kali tidak akan membinasakan negeri-negeri secara zalim, sedang penduduknya orang-orang yang berbuat kebaikan” (Surah Hud, ayat 117)
Menurut al-Imam Fakhr al-Din al-Razi, beliau menyatakan yang dimaksudkan dengan “negeri-negeri” dalam ayat ini merujuk kepada negeri yang diperintah oleh orang-orang yang tidak beragama Islam.
أي لا يهلكهم بمجرد شركهم إذا كانوا مصلحين يعامل بعضهم بعضاً على الصلاح والسداد
Maksudnya;
“Iaitu, Allah SWT tidak akan membinasakan mereka dengan semata-mata syirik mereka, jika mereka sering melakukan pembaik pulih; dengan berurusan setengah mereka dengan setengah yang lain dalam melakukan pembaik pulih dan bantu membantu ”
Namun begitu, terdapat sebilangan islamis yang melarang mengundi non Muslim beralasan dengan firman Allah SWT yang melarang orang Islam menjadikan orang bukan Islam sebagai wali, atau penguasa.
لَا يَتَّخِذِ الْمُؤْمِنُونَ الْكَافِرِينَ أَوْلِيَاءَ مِنْ دُونِ الْمُؤْمِنِينَ
Maksudnya;
“Janganlah orang-orang mukmin mengambil orang-orang kafir menjadi wali dengan meninggalkan orang-orang mukmin” (Surah al-Imran, ayat 28)
Juga ayat 118 dari surah al-Imran bahawa Allah SWT melarang mengambil orang selain Muslim sebagai Bitanah atau teman kepercayaan.
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا لَا تَتَّخِذُوا بِطَانَةً مِنْ دُونِكُمْ
Maksudnya;
“Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu ambil menjadi teman kepercayaanmu” (Surah ali-Imran, ayat 118)
Penjelasan terhadap pemahaman terhadap ayat ini adalah seperti berikut;
Satu :
Ayat ini bersifat Sad al-Zaraie, iaitu menutup pintu-pintu haram. Ia sama seperti larangan Allah dari mencela sembah-sembahan selain Allah, kerana bimbang berlaku Maalat atau implikasi yang buruk, iaitu celaan non Muslim terhadap Allah tanpa ilmu dan prejudis.
وَلَا تَسُبُّوا الَّذِينَ يَدْعُونَ مِنْ دُونِ اللَّهِ فَيَسُبُّوا اللَّهَ عَدْوًا بِغَيْرِ عِلْمٍ كَذَلِكَ زَيَّنَّا لِكُلِّ أُمَّةٍ عَمَلَهُمْ ثُمَّ إِلَى رَبِّهِمْ مَرْجِعُهُمْ فَيُنَبِّئُهُمْ بِمَا كَانُوا يَعْمَلُونَ
Maksudnya;
“Dan janganlah kamu memaki sembahan-sembahan yang mereka sembah selain Allah, karena mereka nanti akan memaki Allah dengan melampaui batas tanpa pengetahuan. Demikianlah Kami jadikan setiap umat menganggap baik pekerjaan mereka. Kemudian kepada Tuhan merekalah kembali mereka, lalu Dia memberitakan kepada mereka apa yang dahulu mereka kerjakan” (Surah al-an’am, ayat 108)
Ibnu Kathir menyatakan bahawa Allah SWT melarang Rasulullah SAW dan orang-orang mukmin dari memaki sembah-sembahan musyrikin, waima ia boleh mencapai maslahah. Namun, sebenarnya ia boleh membawa kepada mafsadah yang lebih besar, iaitu makian balas dari orang Musyrikin terhadap tuhan orang mukmin, iaitu Allah yang tiada tuhan kecuali Dia .
Menurut Ar-Raisuni pula, hukum asal bagi celaan terhadap sembahan musyrikin adalah harus, malahan dalam beberapa ketika ia menjadi wajib. Ini kerana, menyembah selain Allah merupakan jenayah dan penyelewengan yang cukup besar. Namun, melihat kepada implikasi menyebabkan tercapainya mafsadah yang lebih besar, iaitu mereka mencela Allah dalam keadaan hati mereka ada permusuhan, zalim dan kejahilan, menyebabkan mencela sembahan selain Allah itu dilarang .
Jadi, larangan celaan ini bersifat sad al-Zaraie. Dengan maksud, jika tidak mendatangkan implikasi yang buruk, maka ia tidak dilarang. Maka keadaan yang sama juga pada ayat larangan mengambil non Muslim sebagai pemimpin berdasarkan ayat ke 26 dan ayat 118 dari surah ali-imran.
Dua:
Maksud sad al-Zaraie adalah menutup pintu-pintu haram. Ia berasaskan kepada kaedah fiqh yang menyatakan, “perkara yang membawa kepada haram, maka hukumnya juga turut haram”
ما أدى إلى الحرام فهو حرام
Ia membawa maksud, sesuatu yang boleh membawa kepada haram, maka ia juga turut haram. Contohnya seperti nas melarang meminum arak, maka menjual arak juga adalah haram. Juga, hukum asal menjual anggur adalah harus, tetapi menjadi haram jika dijual kepada pembuat arak.
Juga penting diambil perhatian, menutup pintu haram itu tidak semestinya diharamkan terus, tetapi dengan meletakkan syarat-syarat yang ketat, sudah tercapai maksud Sad al-Zaraie. Ini seperti ulama-ulama Islam tidak terus mengharamkan system perbankan secara mutlak, waima asalnya bank itu terlibat dengan riba. Makanya, mereka benarkan perjalanan bank dengan diletakkan syarat bahawa tidak terlibat dengan riba, gharar dan sebagainya.
Ia sama seperti penderiaan PAS yang mengizinkan perempuan menjadi calon dalam Pilihanraya dengan dikenakan syarat-syarat yang ketat, sedangkan di sana wujud hadis yang menyatakan larangan perempuan menjadi pemimpin .
Makanya, dalam negara yang mengamalkan system demokrasi, kerenahnya tidak sama seperti negara yang mengamalkan system monarki. Ini kerana, dalam system monarki, pemerintah itu umpama tuan kepada rakyat, sedangkan dalam system demokrasi, pemerintah umpama pekerja bagi rakyat. Dalam erti kata yang lain, pemerintah melaksanakan kehendak rakyat, dan rakyat boleh gugurkan sesuatu pemerintah berdasarkan pemilihan rakyat yang dikenali sebagai Pilihanraya atau referendum rakyat.
Disamping itu juga, dalam Negara demokrasi, seseorang yang memegang jawatan dalam negara tidak boleh melakukan tindakannya sewenang-wenangnya. Sebaliknya, ia tertakluk dengan undang-undang bertulis yang disepakati ramai. Dengan maksud, individu menteri yang melakukan tindakan menyalahi undang-undang bertulis, ia boleh dikenakan hukuman.
Ekoran itu, dalam kerangka demokrasi, melantik menteri dari kalangan orang bukan Islam tidak menjadi masalah untuk perlantikan non Muslim sebagai menteri, selama perlantikan itu mendatangkan kebaikan yang banyak, juga tidak mendatangkan kerosakan yang lebih besar berbanding kebaikan.
bloggers menambah dgn pandangan ini :-

لا يَتَّخِذِ الْمُؤْمِنُونَ الْكافِرِينَ أَوْلِياءَ مِنْ دُونِ
الْمُؤْمِنِينَ وَمَنْ يَفْعَلْ ذلِكَ فَلَيْسَ مِنَ اللَّهِ فِي شَيْءٍ
إِلاَّ أَنْ تَتَّقُوا مِنْهُمْ تُقاةً وَيُحَذِّرُكُمُ اللَّهُ نَفْسَهُ
وَإِلَى اللَّهِ الْمَصِيرُ-28-
Ayat
dari surah al-Imran ayat 28 terdapat dalil :-
1-
Tidak dibolehkan
menerima bantuan daripada orang kafir dalam peperangan,dalil tersebut adalah
dari hadis yang daripada Aisyah r.a riwayat Muslim yang bermaksud “Kamu
pulang,aku sekali-kali tidak akan meminta bantuan kamu dalam keadaan kamu
musyrik” hadis ini diucapkan ketika terdapat seorang lelaki ingin mengikutinya
ketika perang Badar
2-
Pendapat daripada jumhur
ulama daripada kalangan 4 mazhab dibolehkan untuk menerima bantuan daripada kafir/non
muslim untuk bertembung dengan kafir/non muslim yang lain. Ia dibolehkan dengan
syarat kafir tersebut mempunyai pandangan positif terhadap orang Islam. Ulama
daripada kalangan mazhab al-Syafie pula meletakkan syarat keperluan (al-Hajat)
pada menerima bantuan bukan Islam. Dalil dari hujah tersebut ialah :-
a)
Nabi Muhammad s.a.w
pernah meminta bantuan daripada Safwan bin Umayyah pada peperangan Hunain
seperti yang diriwayatkan oleh Muslim.
b)
Bantuan daripada
Khaza’ah kepada nabi Muhammad s.a.w ketika tahun pembukaan Mekah.
c)
Qazman-munafik&musyrik-
menyertai peperangan Uhud bersama sahabat-sahabat nabi yg lain.
Hadis yang diriwayat oleh Muslim daripada Aisyah
yang bermaksud“Kamu pulang,aku sekali-kali tidak akan meminta bantuan kamu
dalam keadaan kamu musyrik” berada pada status Mansukh/dimansuh. Ia
dimansuhkh/mansud melalui pertolongan Yahudi Bani Qainuqa’ kepada nabi Muhammad
s.a.w dan harta rampasan perang dibahagikan kepada mereka juga.
المصدر : التفسير المنير د.وهبة الزحيلي ج 3 ص 197 -205
Sabtu, 16 Mac 2013
Perana Guru Sebagai Murabbi di Sekolah Pondok dan Sekolah Aliran Kebangsaan....kesimpulan...
KESIMPULAN
Biar pun berbagai halangan dan cabaran yang perlu di harungi oleh pusat pengajian yang berasaskan pondok, ia tetap mempunyai keistimewaan yang tersendiri berbanding dengan sekolah aliran kebangsaan. Keistimewaan ini benar-benar terserlah dari semenjak sebelum negara mencapai kemerdekan lagi, malah kelangsungan pusat pengajian pondok di teruskan dan di pelihara hingga kini. Ini membuktikan sejarah sekolah pondok ini mempunyai sejarah yang cukup panjang malah boleh di letakkan sebagai sebuah khazanah sejarah negara kerana sumbangan pondok terhadap pengajian dan pembelajaran bagi masyarakat Islam sebelum kemunculan sekolah aliran kebangsaan muncul. Sumbangan dalam menghadapi penjajah dan usaha untuk mencapai kemerdekaan oleh lulusan yang menerima didikan sekolah pondok juga tidak boleh di nafikan oleh sesiapa.
RUJUKAN

Dalam pengajian sistem pondok di kalangan orang Melayu khususnya, telah
sedia wujud beberapa keistimewaan yang boleh di ertikan sebagai ciri pendidikan
yang berterusan, ciri ini boleh di lihat dari maksud hadis rasulullah S.A.W
yang menyarankan setiap umatnya belajar dari sejak lahir hingga ke liang lahad.
Kewujudan ciri ini di dalam sistem pengajian pondok menandakan ada menifestasi
yang mendekati sistem universal dalam pencarian falsafah dan matlamat pendidikan
terkini. Jika di lihat dari segi infrastruktur yang wujud, kemungkinan
keistimewaan yang ada di sekolah sistem ini tidak kelihatan. Namun hakikat di
dalamnya ada tersirat ciri dan prinsip universal yang sejak kebelakangan ini di
cari oleh setengah pemikir dan sesetengah institusi pendidikan Barat.
Atas
dasar menunaikan tugas dan hasrat murni dalam usaha menyampaikan ajaran Islam,
para ulama sejak mula menjejak kakinya di Nusantara telah berusaha keras
mendirikan sistem pendidikan Islam secara pondok. Kerja yang di lakukan oleh
ulama-ulama ini tidak mengharapkan apa-apa balasan yang berupa kebendaan atau
wang, khidmat yang berikan ini ikhlas kerana Allah dan Islam semata-mata. Ulama
pewaris nabi ini menjadi teladan umat dan sentiasa tersemat di hati masyarakat.
Oleh itu, mereka sangat di hormati dan di sanjungi tinggi oleh masyarakat Islam
yang memahami konsep,martabat dan posisi ilmu serta ulama. Meskipun berlaku
berbagai-bagai halangan atau gugatan lantaran silih bergantinya kuasa politik
dalam pemerintahan dan walaupun terpaksa berpindah-randah, namun keunggulannya
tetap terserlah. Kejayaan yang di tempanya dalam mendidik ummah atau masyarakat
jelas terbukti.
Bedasarkan sejarah usia kewujudan dan perkembangannya yang panjang itu
dengan pasang surutnya, tetapi tidak pernah berkubur malahan tetap
memperlihatkan natiah positif yang di hasilkannya, maka adalah tidak
keterlaluan andainya di ungkapkan bahawa sistem pendidikan dan pengajian pondok
ini sebenarnya telah memberi sumbangan bagi pengukuhan rohani, malah pada yang
sama telah mewujudkan daya ketahanan ummah dengan pencapaian keilmuan yang
tinggi bagi melahirkan barisan para ulama yang dapat menjawab pelbagai
persoalan dan permasalahan yang timbul di zaman teknologi maklumat kini.
Kini
kesedaran untuk mengekalkan pengajian pondok ini semakin hari semakin mendapat
sambutan, kemunculan beberapa inividu dermawan dan juga beberapa buah syarikat
untuk menaja perjalanan pengajian yang berasaskan pondok jelas kelihatan. Usaha
yang di lakukan ini atas kesedaran sendiri demi mengekalkan peranan yang telah
di lakukan oleh pondok-pondok yang telah wujud di negara kita ini. Kenyataan
beberapa individu yang amat menghargai sistem pengajian pondok ini dapat di
lihat dari kenyataan Ketua Eksekutif
Yayasan Al Jenderami, Kamarulzaman Omar, beliau berkata:
“Perkampungan itu sebenarnya ialah sebuah pusat pengajian Islam bagi
mengembalikan semula kegemilangan institusi mengaji pondok. Institusi pondok
pada suatu masa dahulu berjaya melahirkan begitu ramai tokoh dan cendekiawan
Islam dan kita sangat perlu berterima kasih kepada mereka. Tanpa mereka, tidak
mungkin kita dapat mengecap sebarang kemanisan kemerdekaan daripada segala
bentuk penjajahan baik secara fizikal mahupun mental," (Utusan Malaysia, 30
Ogos 2006)
Oleh itu, menjadi kewajipan
kepada umat Islam yang berada di Malaysia berganding bahu dan tenaga untuk
mengekalkan sistem pengajian pondok yang telah terbukti menyumbangkan tenaga
yang tidak terhitung dari sudut ilmu, keharmonian sejagat dan juga perpaduan di
kalangan bangsa dan agama yang menetap di negara ini. Sumbangkanlah apa jua
yang termampu, sesungguhnya Allah tidak mensia-siakan pahala orang yang membuat
kebaikan.
Ramli Awang. 1960. Perkembangan Institusi Pondok Di
Nusantara Pengaruhnya di
Negeri Kedah. Universiti Teknologi Malaysia.
Suzalie Mohamad. 2003. Memahami Isu-Isu
Pendidikan Islam Di Malaysia. Institut
Kefahaman
Islam Malaysia(IKIM).
1.
Mendidik Generasi Berakhlak
Mulia: Fokus Peranan Guru Pendidikan Islam- Universiti Malaya Masalah
Pendidikan-Zaharah Hussin 2005.
2. Peranan Guru Dalam
Pendidikan-Kursus Ikhtisas Guru-Guru Agama Islam Kementerian Pendidikan Malaysia,
Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pendidikan Malaysia, Kuala Lumpur-Abdul
Raop Dalip 1985.
3.
Ihya Ulumuddin-Imam
al-Ghazali-Kaherah, Mesir.
4.
Akta Pendidikan (Akta 550)-Kuala
Lumpur: Percetakan Nasional 1996
5.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1222&pub=utusan_malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_01.htm&arc=hive- Web Utusan Malaysia.
6.
Tamadun
Melayu Jilid 3, Ismail Hussein, Dewan Bahasa dan Pustaka 1995
Ahad, 17 Februari 2013
Peranan Guru Sebagai Murabbi di Sekolah Pondok dan Sekolah Aliran Kebangsaan (sambungan......)
Guru sebagai mua'ddib.
Salah satu peranan utama guru adalah bertindak sebagai mua'ddib. Berhubung
perkara ini, Rasulullah S.A.W mengatakan bahawa Allah S.W.T sendiri yang telah
mendidik baginda dengan sebaik-baik pendidikan. Syed Muhammad Naquib aI-Attas
(1979) lebih menekankan peranan guru sebagai mua'ddib berbanding murabbi
dan mu'allim. Beliau menggunakan perkataan ta'dib untuk
menjelaskan erti pendidikan. Al-Ghazali di dalam menghuraikan konsep fa'dib oleh
guru, mengatakan bahawa fa'dib adalah: 1) Proses mendisiplinkan
kedua-dua aspek spiritual dan fizikal manusia, yang turut melibatkan perkataan,
perbuatan, kepercayaan dan niat seseorang; dan proses ini juga melibatkan: 2) Penguasaan
ilmu pengetahuan; dan 3) Perubahan sahsiah bertujuan mencapai akhlak yang mulia
- proses ini melibatkan menahan nafsu dan disiplin yang tinggi (riyadah).
Individu-individu tertentu yang dekat dengan Allah
seperti nabi dan rasul tidak pernah, walaupun sekali, mengharapkan sebarang
balasan kebendaan apabila menyampaikan sesuatu kebenaran ataupun ilmu Allah.
Dari aspek kualiti pengajaran pula, kualiti pengajaran guru-guru (yang mengajar
sesuatu ilmu bertujuan hendak memperoleh balasan kebendaan-ganjaran-upah-gaji)
akan menurun apabila mereka tidak menerima ganjaran tinggi yang mereka
harapkan. Jika terlalu memikirkan soal ganjaran yang menjadi mangsa adalah
pelajar, guru merupakan amanah yang perlu dilangsaikan, orang yang tidak
melaksanakan amanah boleh dikira sebagai golongan yang memecah amanah.
Guru sebagai
Mursyid ianya dari perkataan arsyada, mursyid adalah kata pelaku (ism
fa'if). Ini sinonim dengan perkataan ahda yang bermaksud
memberi petunjuk. Dengan itu, perkataan mursyid bererti orang yang
memberi petunjuk (al-Mu'jam al-Wasit). Ini juga menunjukkan peranan
seorang individu yang memberi petunjuk atau seorang individu yang menunjukan hidayah
(petunjuk) kepada pelajar adalah bertepatan dengan tujuan profesion
keguruan dalam kedua-dua aliran ini sendiri. Abdul Halim Muhammad (2003)
mengaitkan antara ciri-ciri mursyid dengan peri bahasa "melentur
buluh biarlah dari rebung" dan hadis Rasulullah saw yang menyarankan supaya
mendidik anak mengerjakan solat seawal usia tujuh. Telah disebut di dalam
al-Quran yang ada kaitannya dengan sifat-sifat mursyid seorang guru
:
“Hai hambaku! Aku tiada meminta harta benda kepada kamu
(sebagai upah) bagi seruanku. Upahku hanyalah dari Allah” (Maksud Al-Qur' an 11
:29)
“Dan rendahkanlah dirimu terhadap orang-orang yang
mengikutimu, iaitu orang-orang yang beriman” (Maksud Al-Qur'an 42:215)
Berdasarkan dua
ayat Al-Qur' an di atas, ikhlas adalah sifat yang paling utama bagi seorang mursyid.
Ini bermakna, guru yang mursyid ialah guru yang sedia menjadi
seorang penasihat yang ikhlas. Al-Ba'labakki (1995) dalam Al-Mawrid mendefinisikan
penasihat yang ikhlas dalam Bahasa Inggeris dipanggil mentor.
Sabtu, 26 Januari 2013
PERANAN GURU SEBAGAI MURABBI DI SEKOLAH PONDOK DAN SEKOLAH ALIRAN KEBANGSAAN (sambungan perbezaan sekolah aliran kebangsaan&pondok)
Apapun cara yang
diperlihatkan oleh kedua-dua aliran ini, tugas utama guru tetap mendidik dan
membimbing para pelajar ke arah kebaikan dan bersifat mulia, hanya yang menjadi
perbezaan ialah cara dalam penyampian sahaja. Di dalam Islam, guru diletakkan
pada satu tahap yang amat tinggi sesuai dengan peranannya di dalam masyarakat,
tiada masyarakat yang tidak menghormarti profesyen yang amat mulia ini, malah
guru yang hanya mengajar silat dan tomoi cukup disanjung, apatah lagi jika guru
itu mengajarnya tentang perkara yang berkaitan dengan agama dan akhlak.
Mutakhir ini, gejala yang melanda akhlak dan perilaku remaja Islam semakin
membimbangkan. Saban hari tertera tajuk yang berkaitan keruntuhan akhlak yang
amat menggerunkan bakal-bakal ibu bapa yang bakal menimang anak, jika begini
keadaannya bagaimana pula suasana yang akan muncul pada dekad-dekad yang akan
datang. Sudah pasti cabaran yang hadir bukan lagi menyesakkan nafas kita, malah
mampu menggegar sebuah negara, daripada sebuah negara yang makmur ke sebuah
negara yang runtuh dari semua sudut sama ada dari ekonomi, politik dan sistem
kemasyarakatan. Sejarah telah membuktikan jika masyarakat sesuatu tempat akan
runtuh dengan sebab kebajetan akhlaknya sekalipun muncul sebagai kuasa besar
dunia seperti yang dialami oleh Empayer Rom. Dengan cabaran yang begitu besar ini,
guru pada dua-dua aliran ini perlu mempunyai peranan sebagai mu’allim, murabbi,
mu’addib, mursyid dan da’i. Setiap dari peranan ini
mempunyai huraiannya yang tersendiri.
Tengku Ghani Tengku Jusoh (2002) mengatakan tarbiyyah
adalah mencurahkan kasih sayang, memelihara, mendidik, mengembangkan,
menyuburkan dan membesarkan. Antara ciri-ciri guru murabbi menurut
al-Ghazali adalah: 1) Menyayangi pelajar dan memperlakukan mereka
seperti anak sendiri; 2) Sentiasa menasihati pelajar dalam segala hal
termasuk pembelajaran dan perlakuan mereka; dan 3) Menjaga disiplin pe1ajar
dengan menggunakan pendekatan mencegah dan menegur secara baik terhadap
perlakuan maksiat dan juga menggalakkan perlakuan makruf secara kasih
sayang.
Guru
sebagai mu’allim, mu'allim adalah kata nama (isim fa 'il) yang
muncul dari kata terbitan/masdar, ta'lim(pengajaran). Perkataan ta'lim
boleh didapati didalam aI-Quran 2:31:
“Dan Allah mengajarkan kepada Adam segala nama, kemudian
Ia berkata kepada malaikat: Beritahulah Aku semua nama-nama itu jika kamu
benar”
Al-ta’lim
membawa maksud: 1)Mengajar; 2)Menjadikan seseorang individu memiliki ilmu
pengetahuan; dan proses tersebut berlaku secara berperingkat-peringkat. Al-Ghazali
mengatakan ta'lim adalah proses menguasai ilmu yang meningkatkan
manusia daripada taraf haiwan kepada taraf manusia. Manusia sememangnya
memiliki sifat-sifat yang turut dimiliki oleh haiwan antaranya hawa nafsu,
bermusuhan, dan sukakan kebendaan; dan pada masa yang sama manusia mempunyai
sifat mereka sendiri seperti berakaI, beriman, bijaksana dan sebagainya.
Didalam sistem
pendidikan yang ada pada dua-dua aliran, para guru perlu memperkemaskan lagi
peranan mereka dalam memberi ilmu kepada pelajar. Ini kerana, ilmu ini akan
dijadikan panduan oleh pelajar dan juga perisai kehidupan untuk mengawal
unsur-unsur kehaiwanan yang secara semulajadi ada dalam diri manusia (termasuk
pelajar) dan juga meningkatkan akhlak mereka. Seorang individu yang tahu
menggunakan dengan baik dan betul unsur-unsur kemanusiaannya akan dapat
mengawal unsur-unsur kehaiwanan yang ada dalam dirinya, maka ia akan menjadi
manusia sebenar dengan memiliki akhlak yang mulia. Sebaliknya, jika seseorang
itu tunduk kepada seluruh unsur haiwan yang ada di dalam dirinya, maka
perbuatan, kelakukan, pemikiran serta rohnya juga adalah sama tarafnya dengan haiwan.
Fenomena berkenaan telah disebutkan di dalam ayat Al-Qur'an berikut:
Dan telah kamu ketahui orang-orang yang melanggar di
antaramu pada hari Sabtu,
lalu Kami berfirman kepada mereka: "Jadilah kamu kera yang hina" (Maksud Al-Qur'an 2:65)
Oleh itu, dalam
pembangunan bangsa yang berasaskan ilmu pengetahuan dewasa ini, guru, selain
berperanan membentuk akhlak pelajar, mereka juga berperanan sebagai mu'allim.
Selaku mu' allim, dalam proses pengajaran dan pembelajaran, guru
sewajarnya mempunyai niat yang ikhlas; mengetahui cara mengajar yang berkesan;
memberi rangsangan serta motivasi kepada para pelajar. Di dalam proses
pengajaran dan pembelajaran, al-Ghazali menekankan supaya para guru mengajar
dengan niat untuk menyelamatkan para pelajarnya daripada seksaan api neraka;
mengajar bukan untuk mendapat upah atau pun apa-apa ganjaran di dunia,
sebaliknya bertujuan mendekatkan diri kepada Allah; tidak memandang remeh ke
atas ilmu yang disampaikan, sebaliknya, meyakininya dengan penuh bermakna;
memberi perhatian kepada pelajar yang 1emah dalam pelajaran; selain mengamalkan
ilmu yang disampaikannya kepada pe1ajar.
Guru sebagai murabbi,
Murabbi berasal daripada kata terbitan, tarbiyyah (pendidikan). Perkataan
tarbiyyah juga didapati dalam Al-Qur 'an 17:24 yang bermaksud:
"Wahai Tuhanku, sayangilah keduanya sebagaimana
mereka mendidikku sewaktu kecil"
Ahad, 23 Disember 2012
MATA KECILKU
sajak yg disampaikan oleh Ammu Afdalin Shawqi (panggilan oleh org gaza pdnya) dlm tv hijrah mlm nie terkesan juga di hatiku membaca sajaknya:-
MATA KECILKU
Nukilan : Ammu Afdlin Shauki aka Abu Miasara
Kau buat mataku kecil
Kau buat badanku besar
Kau sayangkan aku
Kau buatku serba kekurangan
Supaya aku berusaha mencari kejayaan
Kemudian kau limpahkan dgn kesenangan
Kau sayangkan aku
Aku leka dengan hidup dunia
Tiada syukur tersemat didada
Hari hari bergelumang dosa
perhubungan kita tidak ku jaga
seperti seorang anak tak mengenang jasa
Kau sayangkan aku
Aku yg sudah hanyut jiwaku
Rasa tak layak lagi bersamaMu
Sangkaku tertutup sudah pintu kemaafanMu
kerana ke-alpaan diriku
Kerana kebodohan diriku
kerana keangkuhan diriku
Kerana ku butakan mata kecilku
"Masihkah Kau sayangkan Aku?"
f16 Israel membedil Gaza
Kau sayangkan aku
Bom Bom Israel mencari Syuhada
Kesengsaraan di tanah Gaza
Kehancuran merata- rata
Kezaliman yg tak terkata
Kau sayangkan aku
Kemanusiaan membawaku ke sana
Kau permudahkan segala cara
Walaupun debar menggoncang dada
Kau beri ku kekuatan minda
Selamat perjalananku ke Gaza
Agar akhirnya dapat ku guna
Mata yang lama tak bercahaya
Kerana hanya mengejar dunia
Kau Sayangkan aku
Mataku melihat, runtun hatiku
bukan kerana kematian dan kesusahan di situ
Gaza tanah barakahMU
walaupun semuanya kelabu
Dipenuhi oleh kekasih-kekasihMU
Yang tidak pernah menyoal cintaMU
Yang tak pernah menyalahkanMU
Walaupun apa saja kesusahan yang kau beri
Kesyukuran tak pernah meninggalkan hati
Semua kekasih kekasihMU itu merindui
Bersamamu di Jannah nanti
Air mata berlinangan dari mata kecilku
Melihat Ketenangan wajah kekasihMU
Melihat Keberanian jiwa kekasihMU
Melihat keredhaan hati kekasihMU
Melihat ketaqwaan hidup kekasihMU
Senyum kekasihMU penuh cahaya
Senyun terukir walaupun duka
Senyum di beri tak memilih siapa
Senyum penuh kesyukuran padaNYA
AKu terduduk, terdiam melihatnya
Mata aku berkelip tidak percaya,
tidak pernah aku melihat sepertinya
Adakah aku dibumi nyata
ataupun menghampiri ahli-ahli syurga
Palestin bergolak atas keizinanMu
Kau mahu Palestin menjadi guru
Pelajaran bagi semua umat MU
Menyuluh jalan pulang padaMU
Aku meminta pengampunan dariMu Ya Allah
Kerana setelah semua yg aku laku
kau masih sudi membuka mataku
kau masih sudi mahu bersama ku
Kau masih sudi sayangkan aku
Kau sayangkan aku
Aku bersyukur dan merasa rendah
kerana diriku yang masih kau endah
Akan ku balas cintamu dengan seluruh jiwaku
dengan badan besarku
dengan seniku, dengan jenakaku, dengan akalku
dengan mata kecilku yang kini melihat kebesaran Mu
kekuatan Mu, Ke BijaksanaanMu, PengampunanMU
Cinta Mu yang memang tidak ada seteru.
Semua yang ku lakukan kini kerana Mu
UntukMu inginku menjadi Qalam
Akan aku ceritakan kebesaranmu kepada sekian Alam
Akan ku sampaikan kasih mu yg sangat mendalam
Ya aku, Budak gemuk yg 120kg ni... ISLAM.
Allahu akbar!

Langgan:
Catatan (Atom)